Monday, April 29, 2013

Puteri Sarah kekasih baru pengarah filem Syamsul Yusof? Apa kata Datuk Yusof Haslam..


Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam mahu anaknya, Syamsul, 29, yang dikatakan sedang dilamun cinta dengan pelakon Puteri Sarah Liyana menumpukan perhatian kepada pembikinan filem. Enggan membuat sebarang komen mengenai hubungan itu,menurut Yusof buat masa ini dia mahu Syamsul memberi tumpuan kepada filem arahannya, KL Gangster 2 yang masih di dalam pembikinan. "Sama ada saya tahu atau tidak saya tidak mahu komen (mengenai hubungan cinta Syamsul). "Syamsul kini berada di Bangkok, Thailand untuk urusan filem arahannya, jadi saya minta dia tumpukan perhatian untuk menyiapkan filem itu dahulu," katanya.

 Ditanya sama ada dia merestui, jika benar anaknya itu menjalinkan hubungan dengan Puteri Sarah, bagi Yusof sebagai seorang dewasa, Syamsul mempunyai hak untuk membuat keputusan. "Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mahu komen apa-apa berkaitan hubungan ini. "Sebagai seorang yang dewasa Syamsul mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup, cuma buat masa ini saya mahu dia segera menyiapkan kerjanya dahulu," katanya. Kisah percintaan Puteri Sarah dan Syamsul mula menjadi perhatian apabila bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian baru-baru ini membuat pengakuan terbuka mengenai hal itu kepada sebuah portal berita. - Utusan





.

Gaun Kim Kardashian yang singkat dan menampakkan..... adeh


Kebanyakan wanita lebih gemar mengenakan pakaian yang besar dan juga lebih suka berehat dirumah ketika hamil, namun berbeza dengan artis realiti Kim Kardashian. Dia yang tetap aktif menjalani hariannya, agak bergelut dengan pakaian yang dikenakan sepanjang kehamilan anak pertamanya bersama penyanyi Kanye West ini. Baru-baru ini Kim mengenakan gaun berwarna hitam yang agak kembang dibahagian bawah. Namun ianya terlalu pendek dan jarang sehingga menampakkan seluar dalamnya. Jelas tidak selesa, artis realiti itu kerap dilihat menahan gaunnya dari kembang ditiup angin. Malang baginya, orang disekeliling jelas dapat melihat seluar dalamnya.


Ketika menaiki tangga, dia dilihat meminta Kanye West memerhatikan gaunnya dari belakang. Sejak akhir-akhir ini, Kim Kardashian sering dicemuh kerana pilihannya mengenakan pakaian yang sesuai dengan keadaannya yang hamil. Nampak tidak mengendahkan cemuhan itu, Kim tetap berpakaian mengikut citarasanya, walaupun dia jelas kelihatan tidak selesa. -AP





.

Pengakuan pelakon Sharnaaz Ahmad



Selepas kontroversi kisah cinta Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad tidak direstui keluarga berakhir, pelakon lelaki itu mengambil langkah tidak lagi aktif menggunakan mana-mana laman sosial Internet. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, dia menyifatkan laman sosial terutamanya seperti Twitter boleh memusnahkan kehidupan seseorang tanpa disedari kerana ia mampu mewujudkan salah faham, pergaduhan dan rasa kecil hati terhadap mana-mana pihak. "Sekarang ini saya sudah kurangkan penggunaan Twitter di mana saya tidak lagi berkongsi hal-hal peribadi di laman itu, hanya sekadar mempromosikan kerja-kerja saya sahaja.

"Apa yang dilalui sebelum ini saya sudah belajar. Bagi saya, masyarakat sudah menyalahgunakan Twitter dengan menceritakan setiap hal yang berlaku dalam hidup ke laman itu. "Ia sekali gus memberikan sudut pandangan yang berbeza-beza daripada pihak yang membacanya," kata Sharnaaz. Tambah Sharnaaz, dia juga tidak mahu berkongsi sebarang cerita mengenai kisah kehidupan peribadinya kepada umum. Malah ditanya adakah dia menemui pengganti lain selepas Shila, Sharnaaz enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu

"Cukuplah, dengan kejadian sebelum ini. Bercakap pun salah, berdiam pun salah. "Langkah terbaik ialah saya tak mahu cakap fasal hal peribadi lagi. Nanti tempiasnya akan terkena kepada keluarga saya. Kasihanlah mereka," ujarnya yang sedang menjalani penggambaran drama Mira untuk saluran Astro Ria.

Sementara itu, bersempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Sharnaaz berkata dia akan pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk mengundi. "Ini merupakan kali kedua saya mengundi di DUN (Dewan Undangan Negeri) Datuk Keramat, bawah parlimen Jelutong. Ini adalah satu kewajipan kita sebagai rakyat," tuturnya. Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan muncul dengan filem Gila Baby arahan Khabir Bhatia dan Mukhlis di TV2. -Mstar






.

Panas : Inilah artis yang dikatakan menggoda suami pelakon Noniswara


Kalau sebelum ini pelakon Noniswara enggan mendedahkan siapakah artis wanita yang didakwa menjadi perosak rumah tangganya hingga dia dan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan, hampir-hampir bercerai. Namun semalam, menerusi Berita Harian di ruangan sisipan Bpop menyebut, artis tersebut adalah personaliti televisyen yang terkenal dengan aktiviti lasak, Maznah Zulkifli. Khabarnya, Maznah Zulkifli dan suami Noniswara sering keluar bersama suatu ketika dahulu tetapi dalam diam dikatakan personaliti TV ini mengoda usahawan tersebut. Noniswara berkata, beliau tidak menyangka artis yang dianggap sebagai temannya itu sanggup mengkhianatinya.


“Siapa sangka kawan sendiri sanggup mengkhianati saya. Dia juga rakan artis. Saya mengenalinya dengan rapat malah dia pernah meminta saya mencarikan teman lelaki untuknya” “Artis ini mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk di lokasi penggambaran. Dia meracuni fikiran suami dan memburukkan saya” “Selepas berbincang dengan suami, beliau mengakui mencintai artis ini dan tidak mahu melepaskannya. Tidak guna saya menunggu lagi jika suami sendiri mengakui wajah saya serupa hantu,” jelas Noniswara. - BH





.




Hebat.. Masa tidur pun boleh masak dan makan..


Seorang wanita yang berasal dari England, Lesley Cusack, menjalani diet ketat pada siang hari akibat gangguan tidur aneh yang dia hidapi. Gangguan tidur membuatkannya mengambil 2500 kalori pada malam hari ketika tertidur tanpa dia sedari. Cusack, 55, selalu mengambil makanan penuh lemak seperti daging, puding, dan mentega pada tengah malam. Ibu tiga anak ini bahkan tak menyedari tindakannya dan tak mampu mengawal dirinya, kerana waktu itu dia dalam keadaan terlelap. Wanita dari Warrington, Chesire di England tersebut memiliki gangguan tidur aneh. Bukan saja berjalan dalam tidur, Cusack juga memasak dan makan dalam tidur.

Meskipun begitu, Cusack sama sekali tak dapat mengingati tindakannya setelah bangun. "Saya hanya boleh mengetahuinya dari sisa-sisa makanan di pagi hari," ujar Cusack. Untuk menghentikan kebiasaan makan ketika tidur, Cusack pernah cuba memasang alarm di pintu dapur agar dia terbangun. Namun, usahanya sia-sia. "Kadang-kadang saya menemui sisa sup di dapur atau mangkuk atau sisa makanan tin tanpa tahu saya memakannya setelah dipanaskan atau tidak," tuturnya. Akibat gangguan tidur yang dia hidapi, menjaga berat badan menjadi perjuangan yang sukar buat Cusack. "Saya cuba menurunkan berat badan, tapi itu adalah perjuangan yang sukar. Saya diet ketat pada siang hari dan makan besar di malam hari," katanya.-The Sun






.

Datuk Lee Chong Wei cipta sejarah lagi


Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei diuji dalam perlawanan akhir yang mendebarkan sebelum merangkul kejuaraan ketiga tahun ini - Siri Super Terbuka India dengan menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago di New Delhi, malam tadi. Selepas menang selesa dalam set pembukaan, Chong Wei tumpas di set kedua dan dipaksa mengharungi aksi mencemaskan di set ketiga. Dia memenangi pertarungan sengit 21-15, 18-21 dan 21-17 dalam masa 63 minit. Ini adalah kemenangan ketiga Chong Wei sejak awal tahun ini. Sebelum ini dia menjuarai Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia. Dia juga merupakan juara Terbuka India 2011, tetapi gagal mempertahankannya tahun lepas. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!