Thursday, April 25, 2013

LIVE STREAMING FC BASEL VS CHELSEA Europa League Semifinal 1st Leg 26 APRIL 2013


LIVE STREAMING FC BASEL VS CHELSEA Europa League Semifinal 1st Leg 26 APRIL 2013 | Pagi ini akan menyaksikan Pasukan Chelsea berkunjung ke Switzerland dan bertemu dengan FC Basel dalam perlawanan semifinal pusingan pertama. Perlawanan ini penting buat FC Basel dan mereka perlu menang sebagai bekalan di pusingan kedua nanti, di Stamford Bridge bagi memastikan kemaraan Chelsea disekat. Walaubagaimana pun, dengan prestasi Chelsea yang agak baik sejak akhir-akhir ini, diharap dapat menundukkan pasukan dari Swiss itu dengan kemenangan jaringan besar. Marilah kita saksikan perlawanan menarik ini, dan lihat siapakah pemain yang bakal menyerlah..





Live Streaming






.

PRU 13 : Lagi artis sibuk berkempen


Penyanyi Dafi juga tidak ketinggalan sama-sama turun padang bagi membantu bapanya, menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaacob, berkempen menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Biarpun merasa penat namun pelantun Bila Terasa Rindu itu meluahkan rasa teruja dan seronok apabila sekali sekala melalui pengalaman berpolitik. Bercakap kepada sebuah blog hiburan, pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri ini bersyukur kerana bapanya masih lagi mengekalkan lagi kawasan Parlimen Bera yang telah disandangnya sejak beberapa penggal yang lalu. Sekaligus mengharapkan kemenangan berpihak kepada bapanya. "Dafi teruja dapat membantu ayah Dafi berkempen pada kali ini.

Kadangkala tu ada juga Dafi bernyanyi di pentas ceramah, itu pun kalau ada permintaan dari orang sekeliling dan itu salah satu cara Dafi membantu mereka. Penat tu memang penat tapi ianya seronok”, katanya. Bagaimanapun Dafi menegaskan yang dia masih belum terfikir lagi untuk mengikut jejak langkah bapanya itu. “Bukan hendak kata tidak berminat langsung tentang mengikut jejak langkah ayah sebagai ahli politik. Tapi minat untuk menceburi bidang politik secara serius rasanya masih belum ada lagi.


Mungkin tidak sekarang tapi masa akan datang kita pun tak tahu", ujar bekas pelajar Akademi Fantasia 5 ini. Dalam pada itu, Dafi mendedahkan bukan mudah menjadi anak kepada seorang yang berpengaruh apatahlagi memegang jawatan yang penting di dalam Kerajaan. Kata Dafi, dia seringkali didekati individu yang mengaku dirinya sebagai saudara terdekat semata-mata mahu mendapatkan projek kerajaan dari bapanya yang memegang jawatan bertaraf Menteri sebelum Parlimen di bubarkan baru baru ini. “Memang ramai yang nak rapat dengan saya semata-mata nak ambil kesempatan bagi kepentingan peribadi mereka. Sampai ada yang mengaku saudara pun iya, padahal saya pun tak kenal sangat orang tu. "Hal macam ni memang buat saya rimas. Tapi tu lah layankan jelah. Selagi saya boleh layan saya layankan jer.” katanya. - mD





.

Google, tolong padam video hina Islam


Kerajaan Indonesia hari ini meminta syarikat pengendali laman web perkongsian video YouTube, Google memadamkan satu video yang dipercayai mempersendakan agama Islam. Menteri Penerangan, Taifatul Sembiring berkata, kerajaan telah meminta kerjasama Google untuk memadamkan video yang memaparkan lima pelajar perempuan sebuah sekolah tinggi mempersendakan solat dengan membuat tarian mengikut rentak lagu Maroon 5, One More Time. Polis Indonesia berkata, kelima-lima pelajar berkenaan telah dibuang sekolah dan berkemungkinan didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina Islam. Bagaimanapun, maklumat lanjut tentang pelajar berkenaan tidak didedahkan. - DPA





.

Cara David Beckham ajar anak-anaknya


MEMBESAR di dalam sebuah keluarga yang terkenal bukan bermakna anak-anak David dan Victoria Beckham mempunyai cara hidup yang berbeza dari kanak-kanak yang lain. Sudah diajar sejak kecil untuk sentiasa menghormati orang lain, Brooklyn, Romeo dan Cruz mempunyai budi bahasa yang amat tinggi. Menurut sumber terdekat, ini merupakan hasil ajaran pasangan terkenal itu yang mahukan anak-anak mereka terikat dengan nilai-nilai mulia. Sebagai bapa menurut Beckham, dia sememangnya mahu anak-anaknya diajar akhlak yang sempurna sejak kecil lagi. Bukan sahaja melalui disiplin yang ketat, menurut Beckham, dia dan isteri sudah terbiasa dibesarkan di keluarga yang mementingkan disiplin.

Apabila tanggungjawab ini beralih kepada mereka, ia menjadi lebih mudah. "Saya dan Victoria dibesarkan dengan nilai disiplin yang tinggi oleh kedua ibu bapa kami. Semestinya anak-anak kami juga akan di ajar begitu," katanya dalam satu temuramah baru-baru ini. Menurut beliau, sejak berumur dua atau tiga tahun lagi, 'terima kasih' dan 'tolong' sudah menjadi perkataan kesukaan anak-anaknya. "Mereka adalah anak-anak yang baik," kata Beckham, memuji.


Tidak memandang remeh dengan kesan populariti yang dikecapinya, bagi Beckham kesibukan dia dan isteri bukan alasan untuk anak-anaknya dibesarkan tanpa ajaran sempurna. Bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa mengamalkan apa yang diajar, dia dan isterinya sentiasa berkomunikasi dengan guru-guru. "Antara soalan pertama yang akan kami tanya ketika berjumpa dengan guru mereka adalah bagaimanakah sikap mereka sewaktu di sekolah? "Dan jawapan guru mereka cukup baik sekali, anak-anak kami mempunyai akhlak yang sempurna," katanya. -AP





.

Apa itu penyakit Legionella atau lebih dikenali sebagai Legionellosis



Apa itu Legionella? 


Legionellosis adalah nama kolektif yang diberikan kepada penyakit seperti radang paru-paru yang disebabkan oleh bakteria legionella. Ini termasuk penyakit Legionnaires paling serius, serta keadaan yang sama tetapi kurang serius demam Pontiac dan demam Lochgoilhead. Penyakit Legionnaires 'adalah satu bentuk yang boleh membawa maut paru-paru dan semua orang mudah terdedah kepada jangkitan.


Golongan berisiko tinggi, termasuk: 

- golongan berusia lebih 45 tahun
- perokok dan peminum berat
- golongan yang mengalami pernafasan kronik (asma dll) atau penyakit buah pinggang
- sesiapa sahaja yang mempunyai sistem imun terjejas


Bakteria Legionella pneumophila dan bakteria yang berkaitan adalah biasanya terdapat dalam sumber air semulajadi seperti sungai, tasik dan takungan air, tetapi biasanya dalam jumlah yang rendah. Mereka juga boleh didapati dalam sistem air yang dibina seperti menara penyejuk, kondenser penyejatan dan spa whirlpool.


dari mana ia datang? 

Bakteria Legionella hidup meluas dalam sistem air semula jadi, contohnya sungai dan kolam. Wabak ini berlaku daripada pendedahan kepada legionella berkembang dalam sistem yang dibina di mana air dikekalkan pada suhu yang cukup tinggi untuk menggalakkan pertumbuhan, contohnya menara penyejuk, kondenser penyejatan, kolam renang spa dan sistem air panas yang digunakan dalam semua jenis premis (kerja dan domestik).


 bagaimana ianya memasuki badan kita? 

Orang ramai boleh menghidap penyakit Legionnaires ' dengan terhidu titisan kecil air yang digantung di udara, yang mengandungi bakteria. Syarat-syarat tertentu meningkatkan risiko dari legionella, termasuk:

- suhu air antara 20-45 ° C, yang sesuai untuk pertumbuhan
- aerosol yang dicipta oleh menara penyejuk, atau air di kedai yang disimpan dan / atau air diedarkan semula
- sumber nutrien untuk organisma cth. Kehadiran lumpur, skala atau fouling


Apakah tanda-tandanya? 

Tanda-tanda yang serupa dengan selesema, iaitu demam pada suhu yang tinggi, demam dan menggigil, batuk, sakit otot dan sakit kepala. Dalam kes yang teruk, mungkin juga terdapat pneumonia, dan kadang-kadang cirit-birit, serta tanda-tanda kekeliruan mental.




* Sumber





.

Sedih : Bapa bawa mayat anak dalam beg naik bas sebab tak mampu bayar van mayat


Seorang bapa di China telah ditahan atas tuduhan cuba menyeludup mayat anak perempuannya berusia dua tahun dalam sebuah beg menaiki bas selepas kanak-kanak itu mati. Yang Cheng, 35, dan  isterinya Lin Sun membawa mayat anak mereka dari rumah mayat di Hospital Hefei, di wilayah Anhui selepas memasukkannya ke dalam sebuah beg yang besar. Mereka kemudian pergi ke stesen bas tempatan di mana mereka cuba untuk menaiki bas dan kembali ke rumah mereka di Ququi.


Walaubagaimana pun, rancangan itu telah gagal apabila pengimbas keselamatan mengesan mayat kanak-kanak itu di dalam beg. Polis telah dipanggil dan Encik Yang telah disoal siasat. Dia memberitahu, mereka terpaksa melakukannya selepas menyedari bahawa mereka tidak mampu membayar van mayat. Lelaki itu akhirnya dibebaskan tanpa hukuman dan sebuah teksi swasta dibayar untuk dua jam perjalanan kembali ke rumah. Jurucakap polis berkata: "Ia adalah dilarang untuk membawa mayat dalam pengangkutan awam.




P/S - Patutnya, bagilah van mayat, ini bagi teksi swasta. Itukan pengangkutan awam juga.. huhu





.

Bukti tarian dalam lagu Gentlemen PSY mengandungi unsur lucah

 
Meskipun video klip Psy berjudul Gentleman dihujani pujian, video lagu terbarunya itu juga turut di kritik. Seorang profesor bernama Jung Hee Jun menganggap video klip yang sudah ditonton 200 juta kali di YouTube itu mengandung unsur pornografi. Profesor tersebut mengutarakan pendapatnya dengan menulis artikel berjudul 'PSY’s Pornographic Hallyu, Are You Proud of It?' Lantas artikel berkenaan mendapatkan banyak komen negatif. "Kebudayaan lebih kuat daripada pistol atau senjata. Jika Psy mempunyai kebebasan untuk bereskpresi, saya juga begitu," ujarnya di program radio CBS 'Kim Hyun Jeong's News Show', baru-baru ini. Hee Jun berkata, beliau sebenarnya tidak kisah jika aksi hubungan lelaki dan wanita diekspresikan dengan cara yang sangat intim dan menghairahkan.


Tetapi yang menjadi masalah, apabila para wanita terang-terangan menjadi objek seksual dalam video klip itu. "Video klip tersebut sangat memalukan untuk ditonton dengan keluarga. Saya tidak mahu anak saya yang duduk di sekolah menonton video klip tersebut," tuturnya. "Saya rasa negara kita (Korea Selatan) ini lucu. Masyarakat tergila-gila dengan video klip pornografi Psy dan media terus menerus memberitakan berapa kali video klip itu ditonton.

Bila tengok betul2 gambar ni, baru perasan baju watak perempuan tu dedahkan ^&#$%*

Seolah-olah kita sebuah bangsa yang hanya berfikir harga diri bergantung pada carta Billboard," kritik Hee Jun. Sementara itu baru-baru ini, Hwang Min Woo atau lebih dikenal dengan jolokan 'Little Psy' tampil dengan video klip parodi Gentleman. Sebelum ini kanak-kanak berusia tujuh tahun ni pernah mencipta fenomena menerusi video parodi Gangnam Style. "Saya membuat parodi untuk video klip Gentleman pakcik Psy. Pakcik Psy, semangat! Saya menyokong awak!" tulis Min Woo di akaun Twitter-nya.




P/S - Ya, kali pertama tengok pun dah rasa macam tu.. Bayangkan kanak-kanak akan ikut tarian dalam lagu tu.. adeh. Biasanya yang terbaik, hanya akan berlaku sekali seumur hidup..






.

Hukuman berat ini dijatuhkan ke atas Luis Suarez di atas insiden menggigit lengan Ivanovic


Terkini : Suarez kena ban 10 game, dan nampaknya dia akan 'bercuti' dan hanya akan bermain bola semula hujung bulan september ni kerana menggigit Ivanovic dalam perlawanan Liverpool menentang Chelsea baru-baru ini. Berat hukuman ni, tengok lepas ni dia berani gigit orang lagi tak?? Liverpool bagaimana pun dalam satu kenyataan, terkejut dengan hukuman itu dan berkata ianya terlalu berat untuk kelab itu. FA mengakui, hukuman ban 3 perlawanan adalah terlalu ringan dan kesalahan Suarez sangat berat dan berharap agar hukuman ini akan dapat menjadi pengajaran kepada pemain itu.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Luis Suarez pernah menghadapi hukuman ban perlawanan dan denda £40,000 setelah didapati bersalah rasis terhadap pemain Manchester United, Patrice Evra tahun 2011.





P/S - Pemain bola tidak memerlukan kontroversi. Bermainlah dengan adil di padang dan dapatkan respect dari peminat :)





.

Real Madrid pun kena belasah???


Penyerang Poland Robert Lewandowski menjaringkan kesemua gol Borussia Dortmund yang membelasah Real Madrid 4-1 dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi ini.


Kekalahan Real membayangkan kelab Jerman akan menguasai pentas akhir Liga Juara-Juara, selepas Barcelona turut menjadi mangsa kepada Bayern Munich apabila kalah 0-4, semalam.


 Jaringan tunggal Real diperoleh menerusi Cristiano Ronaldo. - AFP




P/S - Ini memang sangat mengejutkan..hehe, untuk perlawanan balas, nampaknya Barcelona dan Real Madrid perlukan jaringan yang besar untuk mara ke akhir.. Persoalannya, boleh ke???? huhu






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!