Sunday, April 21, 2013

LIVE STREAMING LIVERPOOL VS CHELSEA BPL 21 APRIL 2013


LIVE STREAMING LIVERPOOL VS CHELSEA BPL 21 APRIL 2013 | Malam ini menyaksikan Big game bagi peminat bola sepak England dimana Liverpool akan bertemu dengan Chelsea di Stadium Anfield dalam BPL. Perlawanan ini menarik kerana kedua-dua pasukan benar-benar memerlukan 3 mata penuh untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka di tangga liga. Marilah kita saksikan perlawanan menarik ini, dan lihat siapakah pemain yang bakal menyerlah..




Live Streaming






.

Gambar Nora Danish bersama Fasha Sandha dan bayinya


Alhamdulillah.. Tiada perkataan yang cukup indah untuk menggambarkan keadaan hubungan dua orang artis cantik ini apabila sekeping gambar yang memperlihatkan hubungan mereka kembali jernih, lebih-lebih lagi ianya bagi meraikan kelahiran insan baru ke dunia ini.


Menerusi akaun Instagram, Nora Danish berkongsikan sekeping gambarnya bersama anak tunggalnya, Rayqal datang melawat bayi lelaki pasangan Fasha Sandha & Rizal Ashram atau lebih dikenali Jejai, Putra Rayfal.

“Congrats Jejai & Fasha on the new born Rayfal. Such an adorable baby,” tulis Nora Danish mengiringi gambar tersebut. 


- Rotikaya




.

Sedihnya kehidupan pelakon ini yang pernah popular satu masa dulu..


SEJAK kebelakangan ini penampilan pelakon Macaulay Culkin semakin jauh daripada aura seorang bintang filem terkenal. Pelakon filem Home Alone itu selalu dilihat muncul dalam keadaan berserabut seperti orang gelandangan. Seperti dilaporkan oleh The Sun, seorang wartawan olahraga bernama Marley Spindley melihat bintang ini berjalan di Shoreditch, London, United Kingdom baru-baru ini. Wartawan tersebut nyaris tidak mengenali kelibat Culkin yang ketika itu sedang bersama rakannya, Drew. “Pada mulanya saya tidak mengenalinya sebab saya ingat dia hanya gelandangan yang sedang menghisap rokok.


Kami sempat berbincang sebentar. Saya memang tidak akan tahu kalau Drew tidak mengatakan bahawa lelaki di sampingnya itu ialah Macaulay Culkin," ungkap wartawan itu. Penampilan mengejutkan itu memang berkali-kali ditunjukkan oleh aktor berusia 32 tahun ini. Awal tahun lalu, dia sempat muncul dengan tubuh kurus keringnya yang cukup menghibakan. Pelakon filem yang berlakon pada usia kanak-kanak itu dikatakan kelihatan begitu selepas kerjayanya sebagai pelakon semakin merudum sejak kebelakangan ini. -AP





.

Gambar suami Nurul Izzah Anwar (2 Gambar)



Gambar ini diambil ketika hari penamaan calon bagi kerusi Lembah Pantai baru-baru ini. Nurul Izzah dilihat bersama suaminya dan diiringi oleh 3000 orang yang turut menyertainya. Nurul Izzah yang mengalahkan Shahrizat jalil di kerusi parlimen itu pada PRU 12 dan dijangka akan tetap mempertahankan kerusi tersebut apabila dijadual bakal menentang pencabarnya Raja Nong Chik dari Barisan Nasional. Nurul Izzah telah berkahwin dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan mereka memiliki dua orang anak, bernama Raja Nur Safiyah dan Raja Harith.


Raja Ahmad Shahrir Iskandar merupakan bekas pelajar "Bukit Bintang Boys School" dan juga bekas penuntut Universiti Cambridge. Kini, Shahrir bekerja di sebuah bank korporat. Nurul Izzah dan Shahrir mula berkenalan ketika bertemu di Institut Kajian Dasar (satu institusi yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu). Perkahwinan mereka diadakan pada Mei 2003 ketika Anwar Ibrahim masih berada di dalam Penjara Sungai Buluh. Penjara Malaysia telah membenarkan Anwar Ibrahim keluar dari penjara untuk menjadi wali kepada anaknya, Nurul Izzah. -Wikipedia






.

Inilah Pengebom Boston yang sebenar.. (latar belakangnya)



Remaja Boston keturunan etnik Chechen, Dzhokhar dan abangnya Tamerlan Tsarnaev adalah pemastautin tetap Amerika yang datang ke benua baru itu lebih 10 tahun yang lalu dan diibaratkan sebagai remaja normal yang baik serta aktif oleh mereka yang mengenali mereka. Dzhokhar, 19, yang berjaya diberkas oleh pasukan keselamatan lewat Jumaat adalah ahli gusti yang popular di sekolah menengahnya dan kini adalah pelajar Universiti Massachusetts. Dia juga adalah pengguna laman Twitter, yang aktif dan berkomunikasi sepertimana remaja Amerika yang lain. Kawan-kawan dan jiran sebenarnya telah melahirkan rasa terkejut mereka apabila namanya didedahkan oleh pihak berkuasa sebagai salah seorang daripada dua orang yang bertanggungjawab meletupkan bom buatan sendiri di acara maraton antarabangsa Boston yang berlangsung baru-baru ini.

Mereka meletupkan dua butir bom menggunakan periuk masak bermampat tinggi yang diisi dengan bebiji besi, paku dan benda tajam yang lain. Letupan itu telah mengorbankan tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, seorang pelajar universiti dari China dan seorang wanita tempatan. Lebih 180 orang lagi mangsa mengalami kecederaan termasuk beberapa mangsa yang kehilangan kaki akibat letupan yang kuat itu. "Dia (Dzhokhar) adalah seorang remaja yang baik, sangat baik dan saya akan kata yang dia tidak berupaya untuk melakukan kekejaman ini...itu yang akan saya kata mengenainya," kata Larry Aaronson, seorang jiran kepada stesen televisyen CNN . Sementara ramai yang mengenali Dzhokhar sebagai seorang remaja yang baik dan terkenal di kalangan rakan-rakannya tetapi tidak ramai yang mengetahui mengenai abangnya Tamerlan.


Tamerlan terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan yang berjaya menjejaki lokasi mereka dan mengepung mereka pada Jumaat. Pemuda berusia 26 tahun itu adalah pelajar program kejuruteraan dan meminati tinju. Namun begitu, FBI pernah menyoal siasat Tamerlan pada tahun 2011 atas permintaan sebuah negara asing tetapi tiada apa yang dapat dikaitkan dengannya. Pakcik kepada mereka Ruslan Tsarni berkata, anak-anak saudaranya itu tiba di Amerika dari Kyrgyzstan pada tahun 2003 dan diberi taraf pelarian politik. -AP





.

Pelakon terkenal, Azean Irdawaty kritikal



Anak sulung kepada seniwati Azean Irdawaty, pelakon Benjy memaklumkan keadaan ibunya semakin lemah, sejak dua bulan lalu. Menurutnya, pergerakan ibunya semakin terbatas dan hanya berehat di rumah sebelum menunggu pembedahan membuang tumor membuang tumor yang semakin merebak pada selaput perlindungan otaknya. Benjy juga berkata pembedahan yang akan dijalankan di Hospital Sungai Buloh pada 22 April ini., berisiko tinggi. Kesihatan ibunya semakin merosot sejak dua bulan lalu, selepas terputus bekalan ubat berikutan kehabisan wang simpanan.

“Beberapa bulan kebelakangan ini mama boleh bergerak hasil pengambilan ubat berkenaan. Walaupun harganya mahal, RM9,000 sebulan, banyak perubahan dapat dilihat, malah mama mula bergerak dan agak cergas berbanding sebelumnya. "Namun, disebabkan situasi kewangan tidak mengizinkan, kami tidak lagi dapat membeli ubat terbabit. Kesannya, tubuh mama semakin lemah, mudah letih, hilang selera makan, apatah lagi selepas tumor menyerang sebelah kiri otaknya.

"Kesan tumor memberi tekanan pada otaknya sehingga dia banyak berdiam diri. Mungkin otak dia tidak dapat menerima maklumat apabila orang bercakap dengannya dan sukar untuk bercakap semula,” kata Benjy. Tambah Benjy, buat masa ini dia, ayah dan adik beradikya bergilir-gilir menjaga ibunya. Doktor juga menasihatkan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat bagi mengelakkan ibunya terdedah kepada jangkitan penyakit lain. -MD





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!