Saturday, April 20, 2013

Eh kantoi rupanya, dia yang buat..


Lelaki yang menghantar surat beracun kepada Presiden Barack Obama dipercayai bertindak demikian kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan mengenai pendedahannya bahawa sebuah hospital Mississippi menjual organ manusia ke pasar gelap. Paul Kevin Curtis, 45, berkata dia yang menemui skandal hospital itu dan menulis surat kepada pegawai kerajaan selain cuba menemui Senator Roger Wicker untuk memintanya bertindak. Perkara ini ditulis oleh Curtis dalam satu laman web miliknya. Curtis dikenali di Mississippi sebagai peniru lagak Elvis Presley dan pernah memakai kostum penyanyi itu di penjara.

Kelmarin, Jabatan Kehakiman Amerika disifatkan membuat siasatan pantas diketuai oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI), sesuatu yang dianggap luar biasa. Jabatan itu menuduh Curtis menghantar surat berisi racun ‘ricin’ yang boleh membawa maut, kepada Wicker dan Obama. Surat itu dipintas pihak berkuasa sebelum ia sampai ke destinasi. Dalam surat itu, Curtis merujuk kepada pasaran gelap organ manusia dan berkata: “Mungkin anda baru mahu memberi perhatian, sekalipun ada orang perlu mati.” “Dia beritahu saya mengenai tindakan hospital mengambil organ mayat dan memaklumkannya kepada ahli perundangan tetapi tiada siapa mahu mendengarnya.

“Dia menjadi seorang suka membuat teori konspirasi,” kata Verna Gates dari Birmingham, Alabama. Gates mengenali Curtis beberapa tahun lalu lelaki itu tinggal di Alabama. Gates adalah wartawan bebas yang bertugas untuk Reuters. Bekas isteri Curtis, Laura pula menyatakan: “Dia ada masalah kemurungan. Mungkin dia tidak makan ubat.” Curtis ditahan Rabu lalu di rumahnya di Corinth, Mississippi, kira-kira 80 kilometer ke utara Tupelo, tempat lahir Elvis Presley. Wicker, seorang anggota Parti Republikan dari Mississippi, memberitahu akhbar Roll Call bahawa dia sudah menemui Curtis. Lebih 24 video menunjukkan seorang lelaki bernama Kevin Curtis meniru aksi Elvis dan orang lain di YouTube. - REUTERS





.

Planet baru ditemui.. dan yang istimewanya..


Saintis baru-baru ini berjaya menemui zon habitat di luar sistem solar yang berpotensi untuk didiami oleh manusia, termasuk sepasang planet yang mengorbit pada bintang induk yang sama. Penemuan terbaharu itu, sekali gus dimasukkan dalam senarai kira-kira 700 sistem solar yang ditemui sejak 1995. Ketua Saintis, William Borucki yang bekerjasama dengan Pusat Kajian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, planet baharu tersebut mengorbit bintang induk yang dikenali sebagai Kepler-62 dalam kumpulan bintang Lyra dan terletak kira-kira 1,200 tahun cahaya dari Bumi. Jelasnya, dua planet terbabit yang mempunyai saiz 1.5 kali ganda daripada Bumi, terletak pada kedudukan sesuai dari bintang induk dan dipercayai mempunyai sumber air yang sangat penting untuk hidupan.

"Berdasarkan kajian melalui sistem teleskop angkasa Kepler, kami mendapati dua planet yang ditemui dalam sistem solar Kepler-62 merupakan calon planet terbaik untuk didiami," katanya. Model sistem solar yang dihasilkan melalui imej komputer menunjukkan dua planet itu yang dilabel sebagai Kepler-62e dan Kepler-62f, kelihatan kukuh dengan gabungan permukaan batu, ais dan campuran batu dan ais. Terdapat tiga planet lain yang berada pada kedudukan yang lebih dekat dengan Kepler-62 dan didapati tidak sesuai untuk hidupan kerana terlalu panas.

Sehingga kini, Borucki dan pasukannya telah menemui lebih 2,700 calon planet untuk menggantikan Bumi. Saintis turut menemui dua planet yang mengelilingi bintang induk lain, Kepler-69 dalam kumpulan bintang Cygnus dengan jarak 2,700 tahun cahaya dari Bumi. Cahaya bergerak pada kelajuan kira-kira 299,792 kilometer sesaat, atau kira-kira 10 trilion kilometer setahun. Teleskop yang berkuasa lebih tinggi diperlukan untuk mengkaji sama ada sistem solar terbabit mempunyai sumber air atau tidak. - REUTERS





.

Terkini : Individu tertua didunia dengan usia...


Individu tertua di dunia, Jiroemon Kimura meraikan sambutan hari jadinya yang ke-116 tahun di sini semalam. Kimura dinobatkan sebagai individu paling tua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada Disember tahun lalu selepas kematian Dina Manfredini dari Iowa, Amerika Syarikat (AS) yang ketika itu berusia 115 tahun. Perdana Menteri, Shenzo Abe turut mengucapkan tahniah kepada Kimura sempena hari jadinya. Selain itu, Kimura menerima kunjungan daripada Datuk Bandar Kyotango, Yasushi Nakayama di rumahnya. - REUTERS





.

Kanak-kanak berusia 5 tahun dirogol kejam


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun kini bertarung untuk hidup selepas dia diculik dan dirogol secara kejam dalam satu kejadian jenayah seksual terbaharu di India, hari ini. Menurut pegawai polis Rajan Bhagat, kanak-kanak malang itu dirogol dalam tempoh 48 jam lalu di dalam sebuah bilik, selepas diculik ketika dia sedang bermain di satu kawasan perumahan di sini pada Isnin lalu. "Polis kini menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan suspek yang dipercayai merupakan jiran mangsa," katanya. Kanak-kanak itu dimasukkan ke unit rawatan rapi di sebuah hospital di sini kelmarin dan doktor memberitahu bahawa mangsa berada dalam keadaan kritikal. - AFP





.

Wah hebatnya Sazzy Falak


Jenama baju SF By Sazzy Falak yang dimiliki oleh pelakon serba boleh, Sazzy Falak akan ke peringkat antarabangsa apabila terpilih menyertai Plitzs New York Fashion Week pada 7 dan 8 September ini. "Sekarang saya dan pasukan saya sedang memberi fokus utama pada pertunjukan fesyen itu dan kita akan cuba memperkenalkan batik yang diberi nafas sesuai dengan jenama pakaian saya," katanya. - Utusan





.

Keputusan Penamaan Calon (PRU 13)


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penamaan calon termasuk sama ada terdapat pertandingan atau tidak bagi mana-mana kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat diketahui menjelang 12 tengah hari, Sabtu. SPR yang akan mengadakan sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat SPR di sini akan turut mengeluarkan statistik termasuk jumlah calon dan parti yang bertanding, calon bebas, jumlah calon wanita dan lelaki, calon termuda dan calon tertua. Sidang berita itu akan dikendalikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Proses penamaan calon pada pilihan raya kali ini dijangka dapat diselesaikan lebih awal berikutan keputusan SPR memansuhkan proses bantahan dan tempoh penarikan balik pencalonan pada hari penamaan. Tindakan itu adalah bagi memudahkan lagi proses pada hari tersebut tanpa melibatkan bantahan yang tidak munasabah. Sebanyak 222 pusat penamaan calon dibuka di seluruh negara esok yang bakal menyaksikan pertandingan bagi merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DU Npada pilihan raya umum yang ditetapkan, 5 Mei. Pencalonan akan dibuka mulai 9 pagi sehingga 10 pagi. -Bernama





SENARAI CALON PRU 13 LENGKAP *update (sumber PRU13)






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!