Thursday, April 11, 2013

DIA SEGALANYA - SHA IBRAHIM




Membaca novel ini seumpama melihat drama di tv. Cerita yang sangat rumit namun menarik untuk dibaca. Cinta yang sangat sukar dimengertikan dari seorang lelaki, yang menyintai gadis, yang telah dijadikan anak angkat keluarganya dari kecil. Dalam keluarga itu, semua orang, kecuali dia, menganggap gadis manis itu merupakan keluarga sendiri. Gadis itu disayangi dan mendapat perhatian yang lebih. Berbeza pada penglihatan orang lain, Faizul, sangat angkuh menghadapi Suraya. Suraya dilayan kasar dan penuh benci.

Namun sebenarnya, jauh dilubuk hati Faizul, Suraya adalah satu-satunya gadis yang bertakhta dalam hatinya. Berada ditempat yang paling istimewa. Disebalik sikap kasarnya terhadap Suraya, dia menyimpan perasaan cinta dan sayang melebihi siapa pun terhadap Suraya. Enggan melayan rasa hati, dia membawa diri belajar diluar negara selama 5 tahun, dengan harapan akan dapat mengikis cintanya terhadap Suraya. Disebabkan Suraya belajar bidang kedoktoran, Faizul juga nekad membeli dan membaca buku perubatan, untuk lebih mengetahui apa yang dibelajar buah hatinya. Sakitnya menyimpan perasaan... Setelah kembali ke Malaysia, rasa hati itu semakin dalam, dan rupa-rupanya, Suraya juga menyimpan rasa yang sama.

Namun tiba-tiba, Suraya menjauhkan diri daripada Faizul. Pengumuman Suraya pada suatu hari, yang dia akan mengahwini orang lain, membuatkan Faizul mengamuk. Disebalik, keputusan mengejutkan Suraya itu, rupanya dia menghidap sakit parah, dan sengaja membuat pengumuman itu untuk menyembunyikan penyakitnya. Faizul terkejut dengan berita itu. Dan dengan keadaan Suraya yang tenat, mampukah mereka meneruskan hubungan mereka. Adakah keluarga mereka merestui hubungan ini?

Kisah yang sangat menarik. Satu lagi hasil tulisan Sha Ibrahim..


Tajuk : Dia Segalanya
Penulis : Sha Ibrahim
Halaman : 1112 muka surat
Harga : RM37/RM40





P/S - Recommended by Lulu Caldina
(membaca novel ini, membangkitkan adrenalin yang sukar untuk ditafsir.. Cerita yang rumit, namun mudah difahami... terbaik )






.

'Jenazah cedera parah' itu didapati hidup semula selepas 6 jam di isytihar mati


Dia sudah diisytiharkan mati berikutan kecederaan parah yang dialami, namun kira-kira enam jam selepas itu iaitu ketika ‘jenazahnya’ dituntut keluarga untuk urusan pengebumian, tiba-tiba jantungnya berdegup semula, sekali gus mengejutkan semua pihak. Itu keajaiban dan kekuasaan Allah yang diperlihatkan ke atas Ketua Tentera al-Qassam kawasan Zaitun, Muhammad al-Hasanad, 32. Muhammad berkata, kejadian itu berlaku selepas dia diserang puluhan pesawat tanpa juruterbang (drone) milik Israel pada 2008 menyebabkan dia cedera teruk termasuk kedua-dua kakinya terpaksa dipotong hingga paras paha. “Nyata, kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Saya sudah disahkan meninggal dunia namun selepas enam jam, jantung saya tiba-tiba berdenyut semula.

“Anggota keluarga dan sahabat handai yang ketika itu datang menuntut ‘jenazah’ saya untuk dikebumikan semuanya terkejut, lantas bersyukur dengan kekuasaan Allah,” katanya yang ditemani isteri, Fatimah Hasanad, 32. Mengimbas kejadian itu, Muhammad berkata, pada tahun berkenaan dia dan pasukan tentera pimpinannya berjuang melawan tentera Israel yang mahu merampas tanah Palestin. "Sebagai ketua, sudah semestinya saya menjadi sasaran tentera Israel. Tentera Israel sebenarnya pengecut kerana mereka tidak berani berlawan secara berhadapan sebaliknya hanya menghantar pesawat tanpa juruterbang untuk membunuh pejuang Islam," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian jam 9 pagi itu, dia dan anak buahnya berusaha menembak pesawat itu di dalam kawasan ladang buah zaitun di Zaitun. "Tiba-tiba lebih 10 pesawat itu berada betul-betul di atas kepala saya sebelum menghujani ratusan peluru dan bom beracun. Ketika itu, saya sangkakan sudah mati namun berserah kepada Allah kerana sudah bersedia untuk mati syahid demi mempertahankankan Islam. "Selepas itu saya terus tidak sedarkan diri dan hanya sedar beberapa hari kemudian sebelum keluarga dan rakan menceritakan yang saya mati hidup semula," katanya. Menceeritakan kejadian sama, Fatimah pula berkata, sebaik saja diberitahu suaminya sudah meninggal dunia, dia menangis mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil.

"Namun, saya sedari setiap pejuang di bmmi Palestin inginkan syahid...begitu juga suami saya. Jadi, saya tabahkan hati kerana sudah menjangka perkara itu akan berlaku," katanya. Menurutnya, selepas diserang jet tentera Israel, suaminya tudak dapat dikeluarkan daripada kawasan pertempuran kerana musuh menggunakan bom beracun. "Selepas beberapa jam barulah Muhammad berjaya dikeluarkan namun pakar perubatan mengesahkan dia mati di tempat kejadian dan dia dibawa ke bilik mayat Hospital al-Shifa. "Semua persiapan pengebumiannya sudah diuruskan sebelum jantungnya berdenyut semula enam jam kemudian.

Itu keajaiban dan kehebatan kuasa Allah. "Bagaimanapun, dua kaki Muhammad terpaksa dipotong dan dia melakukan pembedahan itu di Mesir dan sehingga kini dia tidak mendapat rawatan lanjutan atau menerima kaki palsu," katanya. Muhammad yang masih mengendalikan pergerakan tenteranya di kawasan berkenaan berkata, dia berharap rakyat Malaysia mampu memberikan sumbangan bagi membolehkannya mendapat rawatan di Malaysia. "Seorang daripada rakan saya sudah melakukan pembedahan itu di Malaysia. Malah, dia juga kini mempunyai kaki palsu. Saya pun mahukan begitu. "Saya mahu terus menabur bakti kepada rakyat Palestin selagi nyawa dikandung badan," katanya berharap badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia tampil membantunya. -HM





.

Cara mudah dan jimat bagi anda yang ingin mendapatkan bulu mata lentik semulajadi


Bulu mata melentik pasti membuatkan mata nampak lebih besar dan bermaya di samping memberikan imej wajah yang menggoda. Malangnya, tidak semua orang dikurniakan dengan jenis bulu mata sedemikian dan sering berpaling kepada produk kosmetik. Namun, terdapat cara mudah dan menjimatkan bagi anda yang ingin mendapatkan rupa bulu mata lentik semulajadi tanpa bergantung kepada maskara ataupun pelentik bulu mata. Salah satunya adalah dengan menggunakan sudu besi yang dipanaskan. Sebuah teknik yang sudah lama wujud semenjak beberapa ratus tahun dahulu, ada juga segelintir pihak yang mendapati bahawa penggunaan sudu besi adalah lebih efektif berbanding dengan pelentik bulu mata moden disebabkan oleh kesannya yang berkekalan sepanjang hari.

Antara selebriti terkenal yang mengamalkan teknik ini adalah model Victoria's Secret, Miranda Kerr. Untuk mendapatkan kesan bulu mata melentik, apa yang anda perlu lakukan terlebih dahulu adalah dengan menyapu bedak di bulu mata supaya ianya tidak melekit. Ini juga boleh boleh menghindari sebarang gumpalan yang selalunya terdapat ketika menggunakan maskara. Setelah itu, posisikan sudu besi yang baru dipanaskan betul-betul di atas bulu mata dengan pandangan mata anda menghala ke arah bahagian dalam sudu tersebut.

Sebelum memulakan teknik ini, anda perlu memastikan agar sudu tersebut tidak terlalu panas bagi mengelakkan kulit melecur. Dengan perlahan-lahan, anda tarikkan bulu mata yang kemudiannya ditekankan ke permukaan bawah sudu selama sekurang-kurangnya 10 saat. Teknik sedemikian boleh dibuat secara berulangkali sehingga anda mendapat lentikan bulu mata yang ideal. Jika anda ingin memakai maskara, pastikan anda menekap sudu panas tersebut sebaik selepas maskara disapukan semasa ia masih basah bagi mengelakkan maskara dari merebak ke sekitar kelopak mata dan membuang gumpalan yang ada. -Info






.

Kreatif : Menggunakan tangan sendiri sebagai kanvas lukisannya


Svetlana Kolosova adalah seorang pemuzik sekaligus pelukis berasal dari Rusia, yang menciptakan lukisannya dengan menggunakan tangannya sendiri sebagai kanvas menggantikan kertas. Pelukis yang bermukim di kota Moscow ini menggelar seni lukisannya dengan nama Palm Drawings.


Kebanyakan tema dalam lukisannya adalah kisah dongeng. Beberapa dongeng yang di lukis antara lain dongeng-dongeng ciptaan Hans Christian Andersen, The Little Mermaid dan The Little Match Girl sehinggalah dongeng yang berasal dari negaranya iaitu Rusia seperti The Snow Maiden.


Kesemua gambaran dongeng-dongeng tersebut berhasil di lukisnya serupa menggunakan warna-warna yang hidup. Seniman multi talent ini memanfaatkan garis dan tapak tangan manusia dengan teliti dalam mengeksekusi lukisan yang dibuatnya. Kolosova membuat pandangan melukis di kanvas yang tidak lembut dan sukar, namun lukisan itu kelihatan hidup. -AFP






.

Pelik : Rumah Mawi dan Ekin ada bunian


Tidak tahu sama ada itu alasan semata atau sebab-musabah itu benar-benar belaka. Atau mungkin ini taktik baru perompak tersebut. Dalam laporan sebuah akhbar hari ini menyebut, seorang lelaki telah memecah masuk rumah penyanyi, Mawi, selepas lelaki itu ternampak bayangan sepasang bunian. “Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.

“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya. Menurut Mawi, ketika itu dia tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat (Ekin), 34 ke ibu kota atas urusan kerja. Bagaimanapun, selepas kepulangannya, dia diceritakan semula kejadian itu semalam oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika berusia setahun.

Katanya, sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika menjamah makanan. Ini merupakan kejadian kali kedua rumah penyanyi itu dipecah masuk. Kali pertama, sekitar Mac tahun lalu rumahnya dimasuki perompak dan kerugian hampir RM10,000. Bagaimanapun Mawi dan seluruh ahli keluarganya selamat. -MD






.

Gambar-gambar Jambatan Berbentuk Naga di atas sungai Han, Vietnam


Dalam rangka memperingati 38 tahun pembebasan Da Nang, kerajaan Vietnam membina jambatan berbentuk naga terbesar didunia yang terletak di atas Sungai Han. Tidak hanya itu, jambatan terbesar dari jenisnya di dunia ini dihiasi lebih dari 2500 lampu LED dan dapat menyemburkan api! Pembinaan jambatan naga dengan panjang 545 kaki ini di mulakan pada tahun 2009. Setelah empat tahun kemudian, tepatnya tahun 2013 jambatan ini telah selesai dibina, dengan perbelanjaan sebesar $85 Juta Dolar Amerika!


Jambatan ini merupakan jambatan yang cukup unik kerana selain memiliki cahaya yang indah ketika malam hari dan dapat menyemburkan api, jambatan ini mampu memancutkan air ke udara. Jambatan ini rasmi dibuka pada 29/03/2013.


Proses upacara yang dihadiri Wakil Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc, Menteri Pengangkutan, Dihn La Thang, ketua Komite Sentral Dalam Negeri (mantan Ketua dan Sekretari Parti Da Nang) Nguyen Ba Thanh dan pejabat Da Nang, yang memotong pita perasmian Jambatan Naga. Jambatan ini dibina oleh kontraktor Louis Berger Group yang merancang jambatan naga enam jalur meniru bentuk naga pada Dinasti Ly. -AP





.

Apa nak jadi? Kanak-kanak 6 tahun tembak kanak-kanak 4 tahun dikepala..


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, secara tidak sengaja tertembak rakannya berusia enam tahun di kepala, menyebabkan kanak-kanak itu maut dalam satu kejadian di New Jersey, semalam. Kes itu merupakan yang kedua melibatkan tembakan oleh kanak-kanak dalam tempoh sehari. Ketua Polis di bandar Toms River, Michael Mastronardy berkata, kanak-kanak berusia empat tahun itu menembak rakannya, Brendon Holt menggunakan raifal .22 kaliber pada jarak kira-kira 14 meter. "Ketika kejadian, kedua-dua kanak-kanak tersebut sedang bermain, sebelum suspek masuk ke dalam rumahnya dan membawa keluar raifal tersebut, lalu menembak Holt di kepala," katanya. - AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!