Wednesday, April 10, 2013

Lelaki ini melakukan aksi mendebarkan semata-mata mengutip dana tabung kanak-kanak



Seorang lelaki warga Afrika Selatan melakukan penerbangan sejauh kira-kira enam kilometer menggunakan 160 belon yang diisi gas helium, semata-mata untuk mengutip dana bagi Tabung Kanak-Kanak Nelson Mandela. Stesen penyiaran BBC, semalam melaporkan Matt Silver-Vallance melakukan aksi mendebarkan itu dari Pulau Roben, lokasi yang pernah menjadi tempat bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dipenjarakan, ke bandar raya Cape Town.

Dalam aksi itu, Vallance merentasi laut yang dipenuhi dengan ikan jerung, stesen tenaga nuklear dan lapangan terbang yang sibuk. Menurut Times Live, penerbangan Vallance juga tidak berjalan seperti yang dirancang berikutan perubahan angin yang menyebabkannya tidak dapat mendarat di lokasi yang ditetapkan. Vallance berkata, dia terpaksa mengawal pendaratannya dengan meletupkan belon. Dia akhirnya berjaya mendarat dengan selamat di laut, tidak jauh dari lokasi yang ditetapkan dan disambut oleh pasukan pengawal pantai. - AGENSI





.

Hukuman keatas pelajar yang terlibat dengan kes buli dan pukul ketua tingkatan



Tiga pelajar SMK Tun Hussein Onn, di sini dikenakan tindakan buang sekolah setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan. Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin, berkata tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah. Katanya dalam kejadian pada 4 Mac lalu, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain dan membelasah mangsa di sekolah.

Kejadian itu dirakam dan tersebar luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu dan mendapat komen negatif daripada orang ramai. "Susulan kejadian itu pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah menjalankan siasatan serta membuat keputusan membuang tiga pelajar terbabit sejak 8 Mac lalu kerana melanggar peraturan sekolah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Bagaimanapun, katanya, pelajar berkenaan masih diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum diterima meneruskan semula persekolahan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit. Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh. - Bernama





P/S - Gelaplah masa depan





.

Gempar : Tom Cruise ditahan kerana melakukan..


KECOH apabila aktor antarabangsa, Tom Cruise, ditahan kerana melakukan adegan asmara bersama dua pramugari di sebuah lapangan terbang. Bagaimanapun, bekas suami Katie Holmes itu sebenarnya tidak bersalah. Menurut sumber, lelaki yang ditahan itu mempunyai wajah yang seiras dengan Cruise. "Semasa kejadian itu, Tom Cruise berada di Ireland melakukan penggambaran filem terbarunya Oblivion. "Sejak berita tersebut tersebar, Tom Cruise sering dikritik hebat," kata sumber itu.

Kejam : Wanita ini bunuh bayi.. bukan seorang, tapi..


Seorang wanita Illinois yang mengaku menyembunyikan anak perempuannya yang baru lahir hingga mati membeku dijatuhkan hukuman 50 tahun penjara. Dia melakukan perbuatannya tahun 2004 dan ditahan polis lima tahun kemudian. Katie Stockton, 32, sebelumnya menghadapi tuduhan 60 tahun penjara atas kematian bayinya, Baby Crysal. Dia menghadapi 11 tuduhan pembunuhan hingga pembunuhan darjah pertama. Stockton menyembunyikan kehamilannya dan melahirkan bayi secara rahsia pada 17 Disember 2004. Setelah itu, dia menyembunyikannya di dalam tumpukan pakaian kotor dan meletakkannya di jalan dekat rumah orangtuanya. Penduduk menemukan bayinya beberapa hari kemudian dalam keadaan membeku. Stockton tidak mengaku dia adalah ibu bayi itu dan menolak untuk memberikan sampel DNA.

Detektif menyiasat kes itu setahun kemudian dengan mengumpulkan bukti dari puntung rokok di sekitar mayat bayi. Polis menemui, air liur pada puntung rokok sepadan dengan darah yang ditemui pada pakaian yang digunakan untuk membungkus bayi. Stockton ditangkap pada tahun 2009 setelah pemeriksaan lebih lanjut menunjukkan dia adalah ibu bayi dengan kesepadanan 99.96 peratus. Setelah penangkapannya, polis menemukan petunjuk lain bahawa Baby Crystal bukan korban pertamanya. Polis menemukan sisa-sisa kerangka dari dua bayi lain yang dibungkus kain dan patung dalam beg plastik terpisah di beg keretanya. Unit Patologi forensik tidak dapat menentukan apakah bayi perempuan yang ditemukan di bagasi itu lahir dalam keadaan hidup atau mati. -AP





.

Pasangan kekasih mati bersama.. Kemalangan atau sengaja?



Sepasang kekasih maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah pasar raya di Jalan Bakau Chondong di sini malam tadi. Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Azam berkata, dia nampak kedua-dua mereka dalam keadaan mencurigakan keluar dari sebuah pusat hiburan keluarga pada pukul 7.40 malam. Katanya, mereka kemudian naik ke tingkat atas sebelum menutup mata masing-masing lalu terjun bersama-sama. "Saya terkejut melihat tindakan pasangan itu yang berlaku sekelip mata dan bergegas ke tempat kejadian. Hasil pemeriksaan saya dapati wanita itu jatuh di atas sebuah kereta sebelum tercampak ke longkang berhampiran," kata Azam.

 "Lelaki terbabit pula berada di longkang dalam keadaan mengerikan. Ini kejadian bunuh diri kali keempat sejak pasar raya itu beroperasi," dakwanya Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pasangan tersebut dipercayai penduduk tempatan dan berusia lingkungan 30-an. "Identiti wanita masih belum dapat dikesan manakala lelaki terbabit berasal dari Taman Bukit Pasir, di sini. Motif kejadian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya. Din meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu supaya datang ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. -utusan




P/S - Gambar sekadar hiasan




.

Pelajar samseng belasah pelajar lain, kini dicari polis


Polis sedang mengesan pelajar-pelajar sekolah menengah yang berseronok membelasah seorang pelajar lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang. Kejadian tidak berperikemanusiaan itu dirakamkan oleh salah seorang pelajar samseng itu dan video itu tersebar di Internet. Polis Diraja Malaysia, menerusi laman Facebook rasminya, hari ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu yang terlibat di dalam klip video tersebut supaya melaporkannya di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. "Pihak sekolah, mangsa atau keluarga yang terlibat juga diseru tampil untuk membuat laporan di balai polis terdekat," menurut kenyataan polis dalam laman Facebook itu.

Video berdurasi satu minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja yang masih memakai pakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain, dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah kelas. Mangsa itu dilihat tidak melawan apabila seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu menyerangnya bertubi-tubi - menumbuk, menendang dan menyiku mangsa ala Tomoi.

Kejadian itu turut disertai oleh dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa. Salah seorang daripada mereka berbadan gempal. Mangsa turut dipukul menggunakan objek keras dan pesta pembantaian itu hanya berhenti apabila seorang daripada anggota kumpulan itu meminta agar perbuatan itu dihentikan. Dipercayai pembantaian itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa melihat mangsa dijadikan punching bag bagi kumpulan samseng itu.

Perkhidmatan Celcom terjejas sejak tengah malam


Semua jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Celcom melibatkan hampir 13 juta pelanggan syarikat telekomunikasi (Telco) itu 'lumpuh' sama sekali bermula pukul 12 tengah malam tadi dipercayai berpunca daripada masalah teknikal. Gangguan yang difahamkan hanya akan pulih sepenuhnya pukul 6 pagi ini, membabitkan semua panggilan keluar menggunakan telefon mudah alih termasuk ke luar negara, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perkhidmatan Internet. Ia juga menjejaskan perkhidmatan jalur lebar (broadband) kepada kira-kira satu juta pelanggan yang mengakses Internet daripada komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar. Bagaimanapun, panggilan masuk dan SMS ke telefon mudah alih Celcom tidak terjejas. Sehingga pukul 2.30 pagi ini pihak teknikal Celcom masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu.

Pihak pusat khidmat pelanggan Celcom yang dihubungi memberitahu masalah itu dijangka pulih sepenuhnya pukul 6 pagi ini. Menurut pegawai pusat berkenaan, sejak pukul 12 tengah malam tadi pihaknya menerima aduan daripada para pelanggan yang mengadu mereka gagal menggunakan perkhidmatan talian telefon mudah alih dan Internet. Katanya, pihaknya dimaklumkan oleh pihak teknikal, gangguan itu berpunca daripada kerja-kerja menaik taraf sistem rangkaian. "Kami memohon maaf kepada para pelanggan," katanya. - Utusan







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!