Saturday, April 6, 2013

Manifesto Barisan Nasional “Aku Janji Kepada Rakyat”


BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.

Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia. Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan.

Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat. BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang.

Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas. Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

Membina Lebuh raya Pan Borneo.

Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

Sekolah satu sesi diperluaskan.

Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

Transformasi sekolah vokasional.

4,000 anggota Polis setiap tahun.

Penggunaan SafeCam.

Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.





.

Kejadian aneh di Sungai Brantas



Penduduk Kota Kediri berpusu-pusu menyerbu Sungai Brantas di sini selepas ribuan ekor ikan timbul dari dasar sungai itu, Sabtu lalu. Tribunnews.com melaporkan, ikan-ikan itu timbul selepas air di Empangan Karangkates dilepaskan bagi membuang mendapan lumpur di situ kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan. Perkara itu sekali gus membuatkan ikan-ikan di sungai itu mabuk selepas air sungai menjadi keruh bercampur lumpur. Bagaikan pesta, penduduk membawa pelbagai kelengkapan bagi menangkap ikan yang timbul ke permukaan air akibat mabuk seawal pukul 8 pagi waktu tempatan.

Penduduk tempatan menggelar operasi membuang lumpur itu sebagai pladu. ''Biasanya, pintu air dibuka selama 24 jam hingga mengakibatkan banyak ikan mabuk. Selagi air sungai keruh, banyak ikan akan timbul,'' kata Ali Saroni, 31. Ali ketika ditemui bersama isterinya telah mendapat satu tong ikan pelbagai jenis selepas mula menyauk ikan yang timbul dari awal pagi. Antara ikan yang berjaya ditangkap penduduk adalah daripada jenis bader, wader, sili, gabus dan juga udang.- AGENSI







.

Chris Korbulic, Lelaki ini dikatakan berani melakukan apa saja


Berani melakukan apa saja, mungkin itu ungkapan sesuai buat seorang peminat sukan kayak dari Brazil, Pedro Oliva. Dalam penjelajahan terbaharunya, lelaki itu menunjukkan keberaniannya berdayung di kawasan berhampiran lahar panas yang melimpah dari Gunung Berapi Kilauea, Hawaii, hingga mengalir ke lautan. Tidak cukup dengan itu, dia turun dari kayak dan berjalan di kawasan berbatu di situ serta cuba menguji kehangatan lahar lebur dengan suhu mencecah antara 700 dan 1,100 darjah celsius dengan mencelup pendayung ke dalamnya.


Pendayung tersebut terbakar sejurus terkena cecair panas itu. Oliva meneroka beberapa laluan berkayak di Hawaii yang kurang diketahui umum bersama dua rakannya, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry. Dua lelaki tersebut yang merupakan peminat sukan kayak profesional mengakui keberanian Oliva dalam ekspedisi tersebut. "Anda boleh mendengar dengan jelas bunyi desis lahar panas yang bercampur air laut. Memang menakutkan dan tangan anda boleh terbakar seandainya terkena cecair itu.


"Namun, Oliva tetap Oliva, dia mahu merasai sesuatu dengan lebih dekat, kerana itu dia berani mencuba dengan pendayung," kata mereka. Pasukan itu menghabiskan masa selama sehari menjelajah kawasan tersebut yang terletak pada ketinggian 60 meter dengan melalui kawasan lahar yang telah mengeras. Penjelajahan pasukan itu dirakam bagi program televisyen Brazil, Kaiak yang akan disiarkan di negara tersebut. - AGENSI






.

Petua kurangkan mata sembab (eye bags)



Mata yang sembab sememangnya bukan sesuatu yang mencantikkan. Ianya turut memberikan petanda masalah kesihatan yang diakibatkan oleh kurang tidur dan zat makanan. Bagi mengelakkan masalah tersebut, anda boleh mencuba tip secara sendiri di rumah yang lebih mudah dan tidak perlu memakan belanja terlalu banyak.


Antaranya adalah pengamalan pemakanan pisang pada setiap hari. Kaya dengan kalium, bahan mineral tersebut mampu mengawal jumlah air yang tersimpan di bahagian mata. Selain itu, diuretik semulajadi yang elok diambil adalah seperti strawberi, tomato dan teh hijau. -YM






.

Berita Terkini mengenai Shah Rukh Khan


Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) bakal berdepan saman RM57 juta yang difailkan oleh pelakon dan pengarah veteran, Manoj Kumar kerana mengedar filem "Om Shanti Om" di Jepun tanpa memotong adegan yang mempersedanya. Media di India melaporkan Kumar menuntut saman tersebut daripada SRK dan penerbit filem, Eros International. Kali pertama Kumar mengambil tindakan undang-undang adalah pada tahun 2007, iaitu kali pertama filem tersebut ditayangkan kerana terdapat satu adegan mempersenda tingkah lakunya.

Pada tahun 2008, sebuah mahkamah di Mumbai mengarahkan adegan itu dipadamkan daripada tayangan dan SRK meminta maaf kepada Kumar. Namun Kumar memberitahu bahawa adegan itu tidak dipotong ketika filem itu ditayangkan di Jepun baru-baru ini. "Saya memaafkan SRK dulu, tetapi kali ini dia perlu bertanggungjawab kerana tidak menghormati saya." Filem "Om Shanti Om" adalah sebuah filem romantik komedi yang menampilkan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone sebagai peneraju filem. -AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!