Saturday, March 30, 2013

Gergasi dijatuhkan penjara selama 45 tahun



Sebuah mahkamah Bosnia semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 45 tahun ke atas bekas komander separa tentera Bosnia-Serb yang digelar 'Gergasi Grbavica', Veselin Vlahovic kerana menyebabkan zaman kezaliman ke atas orang awam Sarajevo semasa perang Bosnia 1992 hingga 1995. "Semasa penindasan sistematik terhadap penduduk bukan Serb, dia terlibat dalam pengusiran mangsa-mangsa dengan melakukan jenayah seperti mendera, merogol dan memenjarakan mangsa," kata hakim, Zoran Bozic semasa menjatuhkan hukuman di mahkamah yang penuh sesak di Sarajevo. Vlahovic, 43, langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila keputusan itu dibacakan, hukuman yang paling berat dijatuhkan mahkamah Bosnia atas kesalahan jenayah perang setakat ini. - AFP





.

Review Filem - “Sembunyi : Bisikan Azazil”


BAGI peminat-peminat filem seram tempatan, jangan ketinggalan untuk saksikan filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd berjudul “Sembunyi : Bisikan Azazil” di pawagam yang telah bermula semenjak 28 Mac lalu. Filem seram pertama arahan Khabir Bhatia ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Datin Paduka Umie Aida, Remy Ishak, Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad, Emelda Rosmila dan Sara Ali sebagai tunggak utama. Sejak awal lagi, permainan plot cerita yang begitu misteri akan membuatkan penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kepada Aishah dan siapakah Aishah yang sebenarnya.

Apatah lagi, kehadirannya tidak berapa digemari oleh penduduk kampung kerana membuatkan makhluk yang paling dimusuhi - Azazil kembali menyerang kampung. Di sini, pada permulaannya, penonton akan tertanya-tanya bagaimana rupa Azazil kerana ketika kehadirannya ia hanya dilihatkan menerusi bayang-bayang dan mengapa dia menyerang penduduk kampung. Kehadiran seorang kanak-kanak kecil yang berwajah hodoh dan hanya dilihat oleh Aishah seorang sahaja akan membuatkan penonton terus dihujani tanda tanya. Malah, ketika babak Aishah mengejar kanak-kanak itu jauh ke dalam hutan, bagi mereka yang kurang berani, pasti akan melihat babak tersebut di sebalik jari jemari kerana suasana, pencahayaan dan kesan bunyi akan membuatkan debaran mengiringi perjalanan Aishah.


Sinematografi menarik 

Tidak hanya jalan cerita yang penuh tanda tanya namun mantap, sinematografi yang cantik - biarpun di dalam hutan dan di tepi lombong membuatkan penonton tidak akan bosan menonton filem ini. Apatah lagi permainan pencahayaan mengikut suasana, banyak memainkan peranan sehingga ada ketikanya membuatkan penonton merasai ketakutan. Begitu juga kesan bunyi yang akan membuatkan penonton merasai debaran dan kejutannya. Selain itu, lakonan mantap oleh semua pelakon akan membuatkan anda berpuas hati menonton filem yang penuh tanda tanya ini.


Kecelaruan Aishah 

Aishah (Diana Danielle) adalah seorang gadis muda yang hidup di zaman penjajahan Jepun. Dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada askar Jepun, Aishah dipukul sehingga pengsan. Setelah tersedar, dia mendapati dirinya berada di sebuah kampung yang sunyi. Dia diberikan sebuah tempat berlindung oleh orang kampung dan mulakan hidup barunya di sana. Tetapi, tidak lama selepas itu, Aishah mula menyedari tahu bahawa kampung tersebut juga mempunyai rahsia tersendiri. Aishah sering didatangi seorang kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu bahawa sebuah roh jahat yang tidak diketahui asalnya sedang menghantui kawasan hutan di kampung itu. Roh yang dikenali sebagai Azazil itu sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya yang selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik sahaja Aishah menjejak kakinya di sana. Siapa sebenarnya Aishah? Mengapa kehadirannya mencelarukan kampung tersebut? Siapakah kanak-kanak berwajah hodoh yang sering dilihat oleh Aishah? Semuanya akan terjawab pada penghujung ceritanya. Bagi yang merindui sebuah karya seram yang berkualiti, jangan lupa menonton filem ini di pawagam. -SH






P/S - Suka sangat filem seram, harap-harap filem ni sehebat review ni..






.

Ciptaan menakjubkan hanya daripada gula-gula getah


Seorang guru sanggup meluangkan masa tiga bulan untuk menyiapkan struktur bangunan geometri dengan menggunakan 4,000 keping gula-gula getah. Jeremy Laffon, 34, dari Marseilles, Perancis membina struktur kompleks geometri berukuran dua meter lebar dan hampir tiga meter panjang sebelum diruntuhkan secara perlahan. “Gula-gula getah ini disusun dan dipasang dengan penuh teliti. Saya menggunakan air liur dan gam sebagai pelekat untuk mencantumkan kepingan gula-gula getah ini,” katanya.


Menurutnya, ia merupakan arca simbol kekecewaan yang mana pembinaannya dilakukan bertujuan untuk melihat arca tersebut runtuh dengan perlahan dan penuh berseni. “Ilham untuk membuat arca ini tercetus selepas saya dijemput untuk mengajar di sebuah sekolah seni yang penuh dengan pelajar. Saya mencari alternatif untuk memuatkan kesemua pelajar tersebut ke dalam satu kelas dan dari situ timbul idea tentang formula ruang dan kepadatan,” katanya.


Menurutnya, beliau terpesona dengan pembinaan sebuah rumah kad dan memutuskan untuk mewujudkan arca yang sama dengan menggunakan bahan yang belum pernah digunakan sebelum ini. “Gula-gula getah adalah tidak stabil dan satu usaha sukar untuk membuat struktur binaan ini,” katanya. Beliau berkata, kepuasan hanya dapat dicapai tatkala melihat keseluruhan struktur binaan itu runtuh secara perlahan. -DM






.

Ngerinya akibat orang yang terlalu kecanduan najis dadah



Ini adalah akibat yang sangat mengerikan dari orang yang kecanduan dadah. Untuk mendapatkan penyelesaian sementara dari tuntutan kecanduan dadah yang harus di penuhi, seorang pecandu dadah sering menyayat bahagian tubuhnya untuk menghisap darahnya sendiri. Kecanduan adalah satu perasaan keinginan yang menuntut untuk harus dipenuhi.


Kaitannya dengan kecanduan dadah maka penyelesaian pertama dan tercepat ketika pecandu tidak dapat membeli dadah adalah menghisap darah sendiri yang memang darahnya sudah mengandung ubat-ubat terlarang tersebut. Satu langkah salah yang harus di bayar mahal. Foto-foto dalam entri ini menunjukkan betapa mengerikannya ketika orang sudah terlalu bergantung kepada dadah. Lihatlah bekas luka lama dan baru yang masih menitiskan darahnya.


Jika sudah terjadi demikian, maka berbagai macam penyakit akan datang kepada pecandu tersebut, lebih-lebih infeksi yang akan dia deritai. Satu pengajaran buat kita, berfikirlah seribu kali ketika ada niat untuk mencuba menggunakan dadah. Efeknya akan sangat membahayakan diri sendiri. Dadah bukanlah penyelesaian untuk masalah dalam hidup. Penyelesaian terbaik adalah mendekatkan diri pada Tuhan. -AP




P/S - Semoga entri ini menjadi pengajaran buat kita semua..






.

Pemandangan ngeri di taman itu mengejutkan warga sekitar..


Warga kota Uruapan, Negara Bahagian Michoachan, Mexico pada awal pagi waktu tempatan dikejutkan dengan sebuah pemandangan mengerikan. Tujuh mayat lelaki dengan luka tembak di kepala, didudukkan di kerusi plastik di sebuah taman di kota itu. Selain didudukkan di kerusi plastik, di tubuh ketujuh mayat lelaki yang disyaki berusia antara 15-40 tahun itu dilekatkan kertas dengan tulisan: "Peringatan! Ini akan menimpa para pencuri, penculik, pemerkosa dan pemeras ugut," demikian tulisan tersebut. Polis tempatan kini masih menyelidiki kes tersebut dan belum dapat menyiasat motif di sebalik pembunuhan sadis itu.-AP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!