Friday, March 29, 2013

Acara realiti tv ini dihentikan serta merta kerana pesertanya mati



Sebuah acara realiti tv Perancis, Survivor, dibatalkan setelah salah seorang pesertanya mati ketika penggambaran sedang di buat di Kemboja. Gerard Babin, nama peserta itu, mati akibat serangan jantung pada hari pertama penggambaran. Eksekutif di TF1, stesen tv yang menayangkan "Koh Lanta" - sekuel Survivor yang difilemkan di Kemboja - memutuskan membatalkan tayangan siri ke-16 itu. Rancangan realiti ini adalah salah satu program acara TV yang paling ramai peminat di Perancis. Seorang peserta dari musim-musim sebelumnya menyatakan rasa terkejut dengan tragedi itu. Dia berkata kepada media Perancis bahawa staf perubatan memang selalu berada di sekitar lokasi penggambaran. TF1 belum mendedahkan perincian tentang apa yang dilakukan para peserta ketika Babin mati. -AP






.

Tengoklah akibat memakai contact lense (3 Gambar)



Seorang remaja perempuan di sini terkejut apabila diberitahu dia hampir hilang penglihatannya setelah sejenis parasit mula membiak pada kanta sentuh yang dipakainya dan mula merosakkan kornea matanya. Doktor mendapati mata Hyde, 18, dijangkiti parasit mikroskopik atau acanthamoeba yang biasa ditemui pada air dan tanah yang merebak sama ada menerusi kanta sentuh, luka, atau luka kulit dan semasa bernafas.


Ekoran jangkitan itu, Ashley Hyde terpaksa menjalani rawatan selama berbulan-bulan dan mengharungi satu prosedur yang mengerikan apabila pakar optik perlu menggerudi ke dalam matanya. Selain itu, kotoran yang terdapat pada biji mata remaja tersebut turut dibuang ketika kakitangan perubatan cuba mencari punca mengapa mata kirinya dijangkiti radang. Acanthamoeba mengakibatkan Hyde yang berasal dari Pembroke Pines, Florida mengalami masalah pemandangan kabur dan dia terpaksa berulang alik berjumpa pakar mata.


''Mereka (doktor) melakukan pelbagai cara untuk membuang kotoran pada mata saya. Kadangkala mereka terpaksa menggerudi mata saya. Ia agak menjijikkan,'' katanya sebagaimana dilapor Local10.com. Sementara itu, seorang pakar perubatan optometric, Dr. Adam Clarin berkata, pengguna kanta sentuh perlu menukar alat itu setiap hari. ''Tiada apa yang lebih selamat atau sihat daripada membuang kanta sentuh setiap hari dan bermula dengan alat yang baru pada hari berikutnya,'' kata Clarin. - AGENSI






.

Bayi ini sangat gebu.. comel! (3 Gambar)



Seorang bayi di Britain dilahirkan dengan berat 7.02 kilogram secara normal, sekali gus menjadikannya, bayi kedua terbesar pernah dilahirkan di negara ini tanpa melibatkan pembedahan. Bayi yang diberi nama George King itu dilahirkan di Hospital Diraja Gloucestershire pada 11 Februari lalu. Bayi itu dilahirkan secara normal, sesuatu yang luar biasa bagi bayi sebesar itu kerana biasanya pembedahan akan dilakukan bagi mengelak kesukaran proses kelahiran. Namun, sebelum King dilahirkan, tidak terdapat tanda-tanda bayi itu memiliki saiz sebesar itu ekoran ibu bapanya juga dilahirkan dengan berat yang normal dan pasangan itu juga tidak berbadan besar.


Saiz King yang besar menyebabkan ibunya, Jade menghadapi kesukaran untuk melahirkannya apabila bahagian bahu King tersangkut. "Sebanyak 20 kakitangan hospital terlibat dalam proses kelahiran itu dan situasi turut menjadi cemas dengan King tidak mendapat oksigen selama lima minit. "Doktor turut memberitahu bahawa bayi saya hanya mempunyai 10 peratus peluang untuk hidup," kata Jade. Jade berkata, dia akhirnya berjaya melahirkan King dan bayi lelakinya itu kemudiannya dipindahkan ke hospital lain untuk penjagaan rapi, sebelum dibenarkan keluar empat minggu selepas itu.


"Kini King sihat seperti bayi-bayi lain, tetapi kami terpaksa membeli baju baharu untuknya kerana dia kini memakai pakaian bersaiz antara empat dan enam bulan," ujar Jade. Bayi lelaki paling besar pernah dilahirkan di Britain ialah Guy Carr dari Barrow, Cumbria dengan berat 7.03 kilogram, manakala rekod dunia dipegang oleh bayi dari Ohio, Amerika Syarikat dengan berat 10.8 kilogram yang dilahirkan pada 1879. - AGENSI





.

Apakah yang menimpa kanak-kanak lelaki ini?



Seorang kanak-kanak lelaki Amerika Syarikat (AS) ditemui dalam keadaan tanpa baju dan lemah tidak cukup zat di sebuah apartmen bersama mayat ibunya, yang meninggal dunia sejak beberapa hari lalu, kata polis. Polis New Jersey berkata, permintaan pertama kanak-kanak itu selepas diperiksa adalah air jus dan sandwic keju panggang. Ibunya, dikenal pasti pada Rabu sebagai Kiana Workman, 38, ditemui meninggal dunia pada Selasa di atas lantai bilik tidur ibunya selepas pekerja selenggara bangunan itu terhidu bau busuk. Disebabkan pintu berkunci, polis berkata, budak lelaki itu tidak dapat keluar dari rumah itu.


Pegawai polis, Joseph Sauer berkata, kanak-kanak itu ditemui tanpa baju dan boleh berkomunikasi dan tidak menangis apabila Sauer menendang pecah pintu rumah. “Hanya satu cara yang boleh menterjemahkan kanak-kanak kecil ini seperti kejadian Perang Dunia Kedua, dari khemah pemerhatian, dia begitu kurus. Maksud saya, anda boleh melihat kesemua tulangnya,” kata Sauer kepada The Associated Press. Budak lelaki itu tidak cukup kuat untuk membuka pintu peti sejuk dan tidak dapat membuka satu tin sup. Polis berkata, kanak-kanak itu memberitahu mereka yang dia makan dari pek berisi gula.





.

Nama anak Kim Kardashian dan Kanye West


SEBELUM ini, sumber terdekat memberitahu, pasangan selebriti, Kim Kardashian dan Kanye West memilih nama, North untuk anak pertama mereka. Namun, Kardashian menolak untuk memilih nama itu dan kini masih mencari nama yang sesuai. "North tidak sesuai untuk bayi kami kerana nama kami bermula dengan huruf, 'K'. Jadi, anak kami haruslah huruf 'K' juga. "Setakat ini, masih belum ada nama yang sesuai, namun saya mahu nama yang unik dan sedap didengar," katanya.




P/S - Okey, nampaknya lepas ni akan ada banyak khabar angin mengenai nama anak mereka.. Tak kisahlah apa nama pun, tapi mesti orang tak sabar nak tengok rupa bayi tu nanti ikut siapa.. jeng jeng....






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!