Wednesday, March 27, 2013

KALAU MEMANG HARUS BEGITU




Menarik hasil tulisan Acik Lana ni. Sebuah novel tebal yang ditulis dengan baik dan berjaya membuatkan lulu terbuai dengan ceritanya. Mengisahkan mengenai Tuan Putra, lelaki yang angkuh, namun tampan dan berkedudukan tinggi yang menjadi bos di tempat kerja baru seorang gadis berasal dari kampung, Adara. Adara kerja hanya sebagai tea lady di syarikat kepunyaan ayah Tuan Putra. Siapa tidak kenal dengan keangkuhan Tuan Putra? Malah dihari pertama Adara bekerja saja, dia sudah diingatkan oleh kawan baiknya, Husna yang juga bekerja disitu mengenai lelaki itu.

Malangnya, pada mula Adara bekerja disitu, Tuan Putra memandang hina padanya. Maklumlah, gadis kampung, dengan pakaian baju kurung yang dah pudar, malah pakai kasut yang sudah sedikit terkoyak dihujungnya. Malahan, kesilapan pertama Adara sewaktu bekerja, membuatkan Tuan Putra dendam padanya kerana niat untuk memberhentikan Adara di halang oleh Datuk Hamdi ayah Tuan Putra. Tuan Putra nekad, akan buat Adara menangis sampai nak berhenti kerja.

Namun bagaikan terpukau, apabila melihat Adara berubah imej. Dari rambut, pakaian sehinggalah beg tangan dan kasutnya, semuanya berubah. Tiba-tiba dia rasa Adara sangat cantik. Semuanya kerana Encik Riyad yang juga sepupu Tuan Putra, yang nekad mengubah imej Adara. Dia dibawa membeli belah dan mengubah keseluruhan imejnya. Encik Riyad ada hati sebenarnya dengan Adara.

Bermula dari itu, Tuan Putra selalu mencari peluang untuk mendekati Adara. Dan dia semakin tercabar bila saingannya adalah sepupu sendiri. Mungkin Tuan Putra bernasib baik, kerana sepupunya itu sudah ada kekasih, dan dia berjaya membuatkan Adara menjauhkan diri daripada Encik Riyad. Walaupun dia tidak terang-terangan meluah rasa, dia berjaya mengaturkan majlis pertunangannya dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu.

Cukup! hehe, untuk mengetahui kisah lanjut mengenai novel ini, sila dapatkan dipasaran yer.. Adakah majlis pertunangan itu berjaya? Sudi ke Adara menjadi tunang Tuan Putra? Apa reaksi Encik Riyad mengenai hal ini? Dan sebenarnya, ada hal besar yang akan terjadi di antara Tuan Putra dan Adara, dan ianya benar-benar menguji hubungan mereka. Watak Tuan Putra, yang kasar dan angkuh, akhirnya berubah apabila mengenali Adara dan keluarganya. Adakah kasih sayang dan cinta Tuan Putra kepada Adara kekal selamanya???



Tajuk : Kalau Memang Harus Begitu
Penulis : Acik Lana
Halaman : 1031 muka surat
Harga : RM36 / RM39






P/S - Recommended by Lulu Caldina





* untuk review novel lain [KLIK]







.



Krew kabin wanita syarikat penerbangan, kini dibolehkan pakai seluar



Krew kabin wanita yang berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan Korea Selatan pada Selasa menang kes yang berpanjangan bagi menukarkan syarat kod berpakaian yang hanya boleh memakai skirt selepas suruhanjaya hak asasi manusia kebangsaan menyifatkannya sebagai satu diskriminasi. Bermula awal bulan depan, kira-kira 3,000 krew kabin wanita bagi penerbangan Asiana dibenarkan untuk memakai seluar buat pertama kali sejak syarikat itu ditubuhkan selama 25 tahun, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Keputusan itu ekoran pemerhati hak asasi manusia memberi respons kepada laporan oleh Kesatuan Dagangan Gabungan Korea, yang melihat kod berpakaian pada masa ini sebagai satu “diskriminasi gender”. Asiana mempunyai kod berpakaian sebanyak 10 muka surat untuk krew kabin wanita, yang meliputi kesemuanya dari saiz subang sehingga ke warna rambut dan jenis solek pada mata.

Ketua kesatuan tenaga kerja Asiana, Kweon Soo-Joung berkata, beliau mengalu-alukan keputusan syarikat itu tetapi terdapat suara-suara yang bimbang bahawa krew kabin masih tertekan untuk tidak memakai seluar. “Terdapat kemungkinan bagi krew yang senior akan menilai secara negatif terhadap mereka yang memakai seluar, dalam laporan prestasi dalaman,” kata Kweon kepada agensi berita Yonhap. - AFP






.

Seorang profesor universiti Amerika Syarikat mahu menjadi presiden Iran seterusnya



Seorang lelaki campuran Iran dan Amerika Syarikat (AS) yang tinggal di AS selama 40 tahun mahu menjadi Presiden Iran yang seterusnya. Hooshang Amirahmadi merupakan seorang profesor di Universiti Rutgers selama hampir 30 tahun. Amirahmadi mengisytiharkan mengenai hasratnya tahun lepas dan mahu ke serata dunia untuk mengumpul wang. Kempen itu sesuatu yang panjang kerana profesor liberal itu mesti memenangi kelulusan pemimpin-pemimpin di negara itu untuk menyertai pemilihan.

Amirahmadi adalah presiden kepada Majlis Iran AS yang tidak berorientasikan keuntungan. Beliau menghabiskan masa bertahun-tahun bekerja untuk hubungan rakyat AS-Iran. Beliau memikirkan bahawa kebanyakan isu antara Barat dan Iran – termasuk memperkayakan nuklear- boleh diselesakan menerusi diplomasi dan mengembalikan semula kepercayaan. - AP






.

Iklan kereta ni hina wanita


Pengeluar kereta terkenal dunia, Ford dan agensi iklan WPP memohon maaf secara terbuka semalam berhubung karya seni mereka yang menggambarkan tiga wanita diikat di tempat letak barang belakang model Figo, yang boleh didapati di India. Menurut jurucakap WPP, Chris Preuss, gambaran lukisan kartun itu sebenarnya latihan kreatif oleh pasukan yang mengemukakan hasrat untuk menyertai pertandingan iklan. Salah satu imej menggambarkan bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berluscooni dan seorang calon dalam kempen semasa memandu Ford Figo manakala tiga orang wanita diikat di belakang kereta itu.


Imej lain menggambarkan Paris Hilton memandu kereta berkenaan manakala tiga beradik Kardashian diikat di belakang. “Kami amat kesal dengan perkara ini dan bersetuju dengan rakan agensi kami yang iklan ini tidak sepatutnya disiarkan,” kata Ford dalam satu kenyataan. “Poster itu juga bertentangan dengan standard profesionalisme dan kesopanan dalam Ford dan agensi rakan kongsi kami,” katanya. WPP juga tidak ketinggalan mengeluarkan kenyataan dan mengatakan mereka kesal dengan kewujudan poster berkenaan. Ford telah melancarkan model Figo pada tahun 2009, yang dihasilkan di India dan dieksport ke negara-negara lain di Asia dan Afrika. -AGENSI







.

Siapa sangka cita-cita sebenar David Beckham bukannya menjadi pemain bola sepak


TERKENAL sebagai pemain bola sepak dunia, David Beckham, 37, sebenarnya pernah menyimpan hasrat untuk menjadi anggota tentera. Malah menurut Bekham, cita-citanya itu lahir sejak kecil sebelum dia melibatkan diri dalam arena sukan bola sepak lagi. "Bagi saya menjadi tentera amat mencabar sebab itulah saya pernah berniat untuk masuk ke sekolah tentera. "Tapi disebabkan keluarga tidak mengizinkan, saya memilih untuk aktif dalam sukan bola sepak sehingga ke hari ini," katanya. -AP




P/S - Tapi kalau cita-citanya tu berjaya, belum tau dia femes macam sekarang kan..ngeh ngeh






.

Akhirnya pelakon ini setuju untuk melakukan pembedahan


Pelakon Sidek Hussain yang sebelum ini tidak terfikir untuk membuang ketumbuhan pada muka akhirnya bersetuju melakukan pembedahan selepas mendapat nasihat beberapa doktor pakar, Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh, di sini. Sidek, 62, berkata pembedahan tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat selepas pihak hospital selesai menjalani beberapa sesi pemeriksaan. "Pada awalnya saya tidak yakin untuk membuang ketumbuhan ini kerana tidak lama dulu saya pernah buat pembedahan tetapi ia semakin membesar menyebabkan saya semakin takut. Tapi selepas berjumpa pakar di hospital ini, mereka nasihatkan saya untuk membuangnya sebelum ia bertukar menjadi kanser. "Sepatutnya saya perlu menjalani pembedahan pada 4 April ini namun pihak hospital terpaksa menundanya pada satu tarikh lain atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Sidek yang pernah membintangi filem Toyol ini menghidapi ketumbuhan sejak 30 tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan pertama bagi membuang ketumbuhan tersebut pada 1982 namun ia tidak berjaya. Jelas Sidek, dia pernah diberitahu bahawa risiko untuk membuang ketumbuhan yang semakin membesar itu adalah tinggi. "Saya sudah beritahu kepada pihak hospital untuk membuangnya bukan mudah dan ada risiko yang perlu diambil, namun mereka meyakinkan saya dengan peralatan dan kepakaran doktor-doktor pada ketika ini, ketumbuhan itu dapat dibuang. "Mungkin ketika pembedahan pertama dilakukan, kepakaran doktor dan peralatan pembedahan mungkin terhad berbanding sekarang,” katanya. Dalam pada itu, Sidek berkata, atas tujuan itu dia mahu memohon Skim Insurans Seniman yang baru sahaja dilaksanakan pada Januari lalu bagi membantu mengurangkan beban kos pembedahan tersebut.

"Saya cuba mohon kalau-kalau dapat bantuan dari skim insurans Seniman itu. Kalau tidak dapat pun tidak apa sebab ada pihak iaitu kerabat diraja Pahang bersedia memberi bantuan kepada saya. "Selain itu saya juga ada kumpul sedikit duit hasil daripada berlakon, Insya-Allah ia dapat menampung kos tersebut," katanya. Kata Sidek, buat masa ini dia terpaksa menolak untuk mengambil tawaran berlakon untuk berehat sepenuhnya sebelum menjalani pembedahan. "Sekarang saya memang kurang berlakon, drama terakhir pun Tanah Kubur, filem yang baru selesai ialah dengan Metrowealth tajuk Paku Puntianak. "Insya-Allah selepas pembedahan ini dan jika kesihatan saya tak ada masalah, saya akan teruskan aktiviti lakonan," katanya. Dalam perkembangan lain, Sidek yang mempunyai lima cahaya mata mengakui gembira dengan kejayaan anak-anak yang dibesarkan hasil pendapatannya dalam bidang lakonan.

Anak sulungnya iaituMuhd Nizar, 35, bekerja sebagai pegawai bank, sementara Siti Hajar, 33, dan Umi Kalsom, 32, bertugas sebagai guru. Anak ketiganya iaitu Siti Mariam, 29, pula bertugas di Perbadanan Kemajuan dan Kraftangan Malaysia, manakala anak bongsunya iaitu Mohd Adam, 22, pula bakal bergelar doktor dan sekarang masih menuntut di tahun akhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)."Dari segi pendapatan setiap bulan, mereka yang banyak tanggung saya dan isteri," katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, berkata pihaknya ada menerima permohonan Sidek untuk Skim Insurans Seniman dan sedang berusaha menguruskannya secepat mungkin.

Bagaimanapun, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata proses tersebut memerlukan sedikit masa kerana terpaksa melalui beberapa prosedur terlebih dahulu. "Kami sudah menerima permohonan untuk Sidek dan ia masih dalam proses lagi. Mungkin ia mengambil masa kerana perlu melalui banyak peringkat. "Bagaimanapun saya sedang usahakan untuk mendapatkan bantuan daripada Tabung Penggiat Seni dalam masa terdekat ini sebagai bantuan kewangan untuk menampung kos pembedahan tersebut," katanya. -Mstar




P/S - Cubalah buka tabung untuk pelakon ni.. siapa tau ada yang bermurah hati untuk menderma. Semoga dipermudahkan..





.

Gambar-gambar tanah runtuh di Bandung


Pasukan mencari dan menyelamat hingga petang semalam sudah menemui 10 mayat penduduk yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mukapayung, Cililin, daerah Bandung Barat, Jawa Barat sejak Isnin.


Gerakan mencari tujuh lagi penduduk yang masih hilang diteruskan dan operasi itu mungkin diteruskan sehingga petang ini jika cuaca cerah kekal sepanjang hari, kata jurucakap pasukan penyelamat. Tanah runtuh itu berlaku pagi semalam di tiga tempat iaitu di kawasan Pasirpogor, Bukit Pasir Cikareo dan Bukit Dipatiukur, disebabkan hujan lebat yang turun sejam malam Isnin.

Tanah runtuh itu menyapu lebih 20 rumah penduduk di kawasan petempatan yang terletak di kaki bukit berkenaan. Data Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menyebut bahawa dalam tempoh tiga bulan terakhir, 53 kejadian tanah runtuh berlaku di beberapa kawasan di Indonesia menyebabkan 83 orang terkorban. - BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!