Saturday, March 23, 2013

INFO : Telefon Pintar Boleh Rekod Nadi Manusia


Sebuah telefon pintar boleh mencatatkan nadi seorang pengguna dengan hanya melihat mukanya, diperkenalkan di Jepun pada Isnin. Syarikat teknologi gergasi Fujitsu merancang untuk menjadikan ciptaan itu sebagai kegunaan praktikal bagi telefon pintar dalam tempoh setahun, yang membolehkan orang di tempat kerja atau rumah dapat mengesan kesihatan mereka dan mengumpul data untuk analisis tanpa melibatkan peranti khas. Telefon pintar itu berfungsi dengan bertindak secara variasi dalam kecerahan wajah seseorang yang disebabkan oleh aliran darah. Pengkaji berkata, saluran darah yang kecil yang terlalu banyak di muka, membolehkan pemantauan haemoglobin yang mana menyerap cahaya hijau.

Haemoglobin merupakan protein yang dijumpai dalam sel darah merah yang mengandungi iron dan menyalurkan oksigen. Penggunaannya mudah dengan menunjukkan sebuah kamera kepada wajah seseorang dalam tempoh sepantas lima saat dapat membolehkan catatan nadi dilakukan, sementara teknologi itu secara automatik melakukan saringan terhadap kesan kepada pergerakan kepala atau perubahan yang disebabkan oleh berdiri dengan cepat. “Malah di tempat kerja yang begitu sibuk, atau bila-bila masa seseorang itu sedang duduk di hadapan komputer, sama ada melakukan persidangan secara dalam talian atau menulis emel, nadi mereka boleh diukur semasa satu ketika yang senyap,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Di rumah, sebuah kamera akan dipasangkan di televisyen bagi mencatatkan nadi seseorang yang sedang berehat di hadapannya, atau sebuah cermin apabila seseorang sedang mempersiapkan diri pada waktu pagi,” katanya kenyataan itu. “Pengesan nadi dibina di pintu masuk sesuatu kawasan atau pusat kawalan di lapangan terbang bagi memudahkan aplikasi keselamatan mengesan orang-orang yang mengalami maalah kesihatan dan mereka yang berkelakuan mencurigakan.” - AFP





.

Perompak ini didambakan ramai wanita..


Perompak bank yang berasal dari Perancis ini bukan hanya diburu kerana jenayah, namun ramai wanita yang mendambakannya menjadi pasangan hidup “Mungkin ramai yang menganggap Toni Musulin merupakan seorang penjenayah. Seorang penipu. Namun, dia adalah seorang lelaki yang menarik,” ujar peguam Musulin, Herve Banabanaste dalam sebuah kenyataan di Lyon. “Dia menerima lamaran perkahwinan dan permintaan agar wajahnya dapat ditampilkan di t-shirt. Kami berada pada situasi yang sangat tak masuk akal tapi kami menghadapinya dengan gembira disebabkan oleh nilai besar yang bakal diperolehi lelaki itu jika menerima urusniaga itu,” kata Banabanaste, tanpa menyebutkan berapa jumlahnya.


Musulin (39) menjadi pujaan di Perancis setelah memandu kereta keluar dari Kota Lyon dengan membawa 11.6 juta euro (US$17 juta) dalam vannya tahun lalu. Setelah 11 hari menjadi buruan, dia akhirnya menyerahkan diri kepada polis. Lebih dari 9 juta euro ditemukan kembali oleh polis di sebuah tempat parkir bawah tanah, dua hari setelah ia hilang. Tapi Musulin tak mau memberi keterangan mengenai baki 2.5 juta euro yang hilang. “Saatnya akan tiba, ketika dia memberi penjelasan,” lanjut peguambela itu. -AP






.

Coklat baru beli ada beberapa ekor ulat


Keseronokan sebuah keluarga berhujung minggu dengan menikmati coklat yang dibeli dari sebuah pasar raya, di sini bertukar pengalaman meloyakan apabila mereka termakan beberapa ekor ulat. Lebih menjijikkan, ulat itu ditemui masih hidup di dalam coklat berjenama berkenaan. Kakitangan sebuah pertubuhan kebajikan yang hanya mahu dikenali sebagai Su, 35, berkata, beliau dan anaknya sempat makan kepingan pertama coklat itu sebelum menyedari coklat berkenaan berulat. “Mulanya saya ternampak garis-garis pada kepingan coklat itu, saya ingat biasa sahaja dan saya makan. Tapi apabila berasa pelik, saya koyakkan semua kertas pembungkus dan terkejut mendapati banyak ulat di dalamnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Menurutnya, menyedari coklat yang dimakan hanya akan luput lima bulan lagi iaitu pada Ogos 2013, beliau kemudian membawa semula coklat tersebut ke pasar raya berkenaan.

 “Mereka bersetuju untuk menukarkan coklat itu dengan makanan lain. Namun, saya kesal apabila mereka hanya memberi alasan bahawa coklat itu berulat sebab dari pertukaran suhu semasa proses penghantaran,” katanya. Tidak cukup dengan coklat berulat, susu kultur yang digantikan dengan coklat itu juga rosak apabila anaknya yang berusia tiga tahun disahkan doktor mengalami keracunan makanan selepas susu itu diminum. “Walaupun susu itu hanya akan luput pada 29 Mac 2013, anak saya muntah serta-merta menyebabkan saya membawanya ke klinik.

“Semua ini disahkan doktor dan saya begitu kesal dan kecewa dengan kecuaian pihak pasar raya berkenaan dan akan membuat laporan kepada pihak berwajib,” katanya. Penolong Pegawai Tadbir Unit Aduan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Rozihan Abd Ghani berkata, sebarang masalah pengguna yang bersabit dengan masalah makanan seperti harga mahal dan luput tarikh (termasuk berulat) boleh dirujuk di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu. “Pengguna boleh membawa makanan terbabit ke Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu untuk siasatan dan tindakan seterusnya,” katanya. -SH





.

Penerbit filem popular, Raja Azmi rela habis duit demi anak ikan'


Penerbit filem popular, Raja Azmi Raja Sulaiman berhabis sebanyak RM1 juta demi menghasilkan filem terbarunya berjudul 'Anak Ikan'. Filem terbitan JAS Productions itu akan dibintangi oleh bakat baru, Davin Singh. Filem arahan menantu beliau, Shahdan Hashim itu yang dijangka akan memulakan penggambaran selepas April nanti. Bercakap secara eksklusif kepada Utusan, Raja Azmi berkata, walaupun "anak ikan" beliau bukanlah berbangsa Melayu tetapi beliau yakin Davin mampu memberikan satu lakonan yang memuaskan. "Setelah berbincang dengan pengarah filem, kami mengambil keputusan bahawa Davin Singh, anak jati Kuala Lumpur merupakan orang yang sesuai untuk mendukung watak utama dalam Anak Ikan," katanya.

Tambahnya, biarpun Davin tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, namun beliau telah menyerahkan tanggungjawab untuk mendidik dan mengasah bakat lakonan pemuda itu di tangan Khir Rahman. Selain Davin, Raja Azmi berkata, pihaknya bakal mengadakan sesi pemilihan pelakon wanita yang akan digandingkan dengan Davin dan pelakon-pelakon lain untuk filem Anak Ikan dalam waktu terdekat ini. Sebelum ini Raja Azmi pernah menerbitkan filem seperti filem Black Widow Wajah Ayu, Cinta 200 Ela, Haru Biru, dan ... Dalam Botol. Filem Anak Ikan, kata Raja Azmi lagi, adalah sebuah filem puaka yang diangkat daripada naskah cerpen dan diolah dan digarap untuk medium layar lebar. - mD





.

Najwa Latif bercerita tentang keputusan SPM nya


Lega. Bersyukur. Gembira. Itu perasaan Najwa Latif, 18, sebaik mengetahui keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam. Memperolehi 4A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Agama Islam dan lulus dalam lima lagi mata pelajaran, berita itu diterimanya dengan linangan air mata kegembiraan. Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kosong ini, sehari sebelum keputusan keluar, geraknya hati terdetik yang dia tidak memperolehi sebarang A dalam kesembilan mata pelajaran yang diambilnya. Sementara ibunya pula menjangkakan dia hanya akan mendapat 3A. Disebabkan rasa risau dan terlalu gementar, Najwa membuat keputusan tidak mahu pergi ke sekolahnya untuk mengambil keputusan tersebut. "Sebenarnya sehari sebelum keputusan keluar, saya dan kawan-kawan berjanji nak pergi sekolah dan nak ambil keputusan sama-sama. Tapi malam gerak hati saya kata yang saya tak dapat satu A pun. Saya mula risau dan rasa seram sejuk. Terus saya buat keputusan tak mahu pergi sekolah.

"Jadi kakak saya yang tolong ambilkan. Saya tunggu di rumah. Saya memang susah hati sangat. Tapi bila kakak telefon dan beritahu saya dapat 4A, saya lega. Allhamdulillah. Saya sampai menangis", kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim kepada Malaysia Digest.com ketika dihubungi, semalam. Tambah gembira tidak cukup dengan ucapan tahniah daripada keluarga, Najwa menerima hadiah seutas jam tangan jenama Esprit daripada ibu dan kakaknya, Iqa. "Allhamdulillah, ibu dan ahli keluarga lain gembira dengan keputusan saya. Ibu dengan kakak hadiahkan saya jam tangan Esprit warna merah jambu. Ibu ada beritahu saya, sebenarnya dia tak sangka saya dapat 4A, sebab dia jangka saya hanya dapat 3A. "Tanpa pengetahuan saya, ibu dan kakak dari awal-awal lagi dah belikan saya seutas jam. Ibu kata, tak kiralah saya dapat berapa A pun, mereka nak hadiahkan saya jam tu", katanya.

Ditanya mengenai perancangan selepas ini Najwa berkata, buat masa ini dia sedang meneliti beberapa buah Universiti Awam dan Swasta untuk melanjutkan pelajarannya. Malah dia mahu mengikuti pengajian dalam jurusan yang diminatinya iaitu Tesl. "Alhamdulillah, Bahasa Inggeris saya dapat A. Saya memang merancang nak ambil tesl tapi saya tak tahu lagi saya boleh dapat masuk universiti mana. Saya tak kisah mana-mana, IPTA dan IPTS, dua-dua saya pilih. Dan perancangannya, saya akan sambung belajar pada Jun nanti", katanya. Tentang karier nyanyian, Najwa memberitahu dia masih lagi mahu meneruskan karier sebagai penyanyi.

Dia akan cuba membahagikan masa di antara nyanyian dan pelajaran. Bintang YouTube ini juga bakal melancarkan single terbarunya berjudul I Love You tidak lama lagi. "Saya tak akan hilang dari industri. Selagi saya mampu, saya akan teruskan karier nyanyian. Bila dah mula belajar nanti, saya akan bahagikan masa antara karier dan pelajaran. Buat masa ini saya sedang mempromosikan single berjudul Sahabat bersama Syam Kamarul & Sleeq. InsyaAllah, single baru saya akan release tak lama lagi berjudul I Love You.

 "Selain itu saya juga akan memulakan konsert jejalah yang diberi nama 'Jelajah Sahabat'. Untuk konsert jelajah ni, bukan persembahan saya seorang saja, malah ada artis lain seperti band I Am Nita, House of Five dan The Aliff. Kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia sehingga bulan Jun nanti. Macam bulan lepas, konsert ni dah diadakan di Johor Bahru. Perlaksaan konsert ni pun bergantung kepada jadual saya, kalau saya tidak sibuk, kita akan teruskan jelajah ni", katanya. Dalam pada itu ditanya mengenai hubungan dengan bapanya kini semenjak kontroversi yang tercetus beberapa bulan lalu, Najwa berkata, dia sebolehnya tidak mahu bercerita lagi tentang isu tersebut kerana tidak mahu mengaibkan keluarga sendiri. "Isu ni dah lama. Saya pun tak mahu komen apa-apa. Saya masuk dalam industri sebab nak tunjuk bakat saya dan kongsi muzik saya dengan semua orang. Saya tak mahu libatkan keluarga saya", katanya. - mD






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!