Wednesday, March 20, 2013

Justin Bieber sengaja buat kontroversi murahan?


LUMRAH bergelar selebriti pastinya tidak dapat lari dari kontroversi. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini penyanyi terkenal, Justin Bieber, dilihat semakin rancak meraih kontroversi. Sikap pelatun ... ini dikatakan semakin teruk setelah berpisah dengan Salena Gomez. Malah media melaporkan Bieber sengaja mahu mencuri perhatian Gomez. Bagaimanapun, Bieber menafikan perkara itu. "Saya bukan sengaja menimbulkan kontroversi untuk mencuri perhatian sesiapa dan saya tidak mengharapkan perhatian sesiapa pun," kata Bieber. -SH





.

Ia adalah calon anjing terkecil di dunia


Seekor anak anjing yang lahir tiga minggu lalu kemungkinan besar akan menjadi calon anjing terkecil di dunia. Oleh kerana terlalu kecil, anjing yang dinamakan Beyonce, seekor anjing Dachsund betina, boleh dimuatkan didalam gelas. Beyonce yang lahir pada 8 Mac lalu dinamakan mengikut penyanyi terkenal Amerika Syarikat tersebut. Pada usia dua minggu, ukuran Beyonce menyamai kad nama. Grace Foundation yang beribu pejabat di El Dorado mengatakan bahawa Jabatan Kesihatan Haiwan menangkap ibu Beyonce yang kemudian melahirkan lima ekor anak anjing.

Beyonce lahir terakhir dan jantungnya pada ketika itu tidak berdenyut. Doktor haiwan berjaya menyelamatkan Beyonce setelah menekan dadanya dan memberi bantuan pernapasan. Mereka juga sudah menghantar permintaan ke Guinness World Records untuk anjing terkecil di dunia. -dogster





.

Tangkuban Parahu dibuka semula untuk pelawat


Pihak berkuasa Indonesia menarik balik status amaran terhadap gunung berapi Tangkuban Parahu di Jawa Barat, sekali gus membolehkan kawasan itu dibuka semula kepada pelawat selepas hampir sebulan ditutup. Gunung berapi yang terletak 20 kilometer ke utara kota Bandung itu dinasihatkan ditutup kepada pelawat susulan peningkatan aktiviti di kawah Ratu yang turut mengeluarkan gas beracun pada tahap berbahaya kepada manusia. Ketua Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Badan Geologi Indonesia, Surono berkata penurunan status amaran waspada itu kepada status normal bermula pukul 4.30 petang Isnin setelah pihaknya berpuas hati dengan keadaan semasa gunung berapi berkenaan.

Keputusan itu dibuat berdasarkan hasil pengamatan kejadian gempa bumi, deformasi, visual, pengukuran gas, suhu kawah dan tanah serta analisis data, katanya. Sungguhpun Tangkuban Paruhu sudah boleh dilawati, PVMBG mengesyorkan supaya pengunjung dilarang turun ke dasar kawah Ratu dan kawah Upas, atau menginap dalam kawasan kawah-kawah aktif di kompleks pelancongan Gunung Tangkuban Parahu demi keselamatan mereka. Gunung Tangkuban Parahu merupakan gunung berapi aktif yang mempunyai sembilan buah kawah. Dua kawah utamanya yang terletak di puncak iaitu kawah Ratu dan kawah Upas, masing-masing mempunyai diameter 1,000 meter dengan kedalaman 400 meter, menjadi tumpuan pengunjung. - Bernama

Buku terkecil di dunia, dengan 22 muka surat


Membuat benda-benda mini dengan skala ukuran milimeter mungkin tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Tetapi, hal ini selalu menjadi hal yang mudah bagi seniman. Seorang seniman yang berasal dari Siberia, Anatoliy Konenko, membuat buku berukuran mini sebesar 0.9 mm berbahasa Rusia dengan tajuk Chameleon. Buku tersebut terdiri dari 30 halaman dan pernah tercatat sebagai buku terkecil di dunia oleh Guinness World Records.


Tak ingin kalah dengan Anatoliy, sebuah perusahaan bernama Toppan Printing berasal dari Jepun ingin memecahkan rekod dan merampas gelaran buku terkecil di dunia itu. Sebenarnya, Toppan Printing telah mencetak buku-buku berukuran mikro sejak tahun 1964. Saat itu, ukuran huruf di dalamnya hanya sebesar 0.01 mm. Buku-buku garapan Toppan Printing dicetak dengan teknologi canggih yang mirip dengan cetakan wang. Toppan Printing akhirnya berhasil memecahkan rekod buku terkecil di dunia dengan mencipta buku sebesar 0.75 milimeter.


Buku ini diberi tajuk Shiki no Kusabana, di mana di dalamnya terangkum beraneka bunga, lengkap dengan gambar dan namanya. Buku ini sangat mustahil dibaca dengan mata kasar. Kanta pembesar diperlukan untuk membaca isi buku di dalamnya. Ketika ini, buku Shiki no Kusabana yang mengandungi 22 muka surat dipamerkan di muzium Toppan Printing di Tokyo. Tak hanya sekadar dipamerkan saja, namun buku ini juga dijual dengan harga 29,400 yen. -AP






.

Aneh : Ayam jantan bertelur. Bukan sebiji....


Pakar di China sedang menyelidiki sebuah kes yang menggemparkan, iaitu munculnya seekor ayam jantan yang boleh bertelur. Huang Li membesarkan ayam jantan itu dengan tujuh ekor ayam betina di kawasan penternakan kecil di Desa Chumiao, Kota Mengcheng, China. Li mengatakan, seluruh anggota keluarganya sudah makan ayam-ayamnya satu-persatu pada musim sejuk ini dan hanya ayam jantan itulah yang tinggal. Li terkejut ketika menemukan ayam jantannya mengeluarkan telur. Li sebelumnya menyangka hal itu adalah sebuah lawak. "Saya sangka hal itu adalah lawak dan salah seorang jiran saya yang meletakkan telur itu dekat ayam saya. Namun, pada esok harinya, ada telur lain muncul, begitulah hari-hari selanjutnya. Saya menyaksikan ayam jantan saya bertelur," ujar Li.

Peristiwa itu terus tersebar ke stesen tv dan pakar dari Kementerian Pertanian China segera meminjam telur dari ayam jantan milik Li, untuk dikaji. "Mereka (pakar) ingin tahu, apakah ayam saya adalah ayam betina yang kelihatan seperti ayam jantan, atau ia berubah menjadi ayam betina, ketika ayam-ayam betina milik saya sudah habis dimakan," jelas Li. "Yang dapat saya katakan adalah, ayam ini melakukan tugas yang baik. Di pagi hari, suaranya dapat membangunkan kami dari tidur," tambahnya. -orange






.

Akibat menjadi putera palsu


Seorang lelaki kaki perempuan dan mendakwa dirinya putera Tahiti dipenjarakan 14 tahun semalam kerana mencuri AUS$16 juta (RM51.8 juta) daripada Jabatan Kesihatan Australia. Hohepa Morehu-Barlow, juga dikenali sebagai Joel Barlow, kelahiran New Zealand, mengaku bersalah terhadap lapan kesalahan termasuk menipu sebagai pekerja dan pemalsuan di Mahkamah Daerah Brisbane. Ketika menjatuhkan hukuman, hakim Kerry O’Brien, berkata Morehu-Barlow memindahkan dana daripada geran yang dikendalikan untuk membiayai gaya hidup mewahnya.

“Saya tidak boleh pandang ringan jumlah wang terbabit. Ia adalah wang rakyat,” lapor akhbar The Australian memetik O’Brien sebagai berkata. Tuduhan ke atas lelaki berusia 37 tahun itu berkaitan dengan menipu kerajaan negeri ketika bekerja sebagai pengurus pertengahan bagi Kesihatan Queensland antara 2007 dan 2011. “Dana dipindahkan oleh Morehu-Barlow adalah wang awam bertujuan membantu badan kebajikan dan kumpulan komuniti lain. “Wang berkenaan digunakan untuk menampung gaya hidup mewahnya yang kononnya putera Tahiti yang terpaksa bekerja untuk mendapatkan pusaka diraja,” kata pendakwa, Todd Fuller, kepada mahkamah seperti dilaporkan Brisbane Courier-Mail. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!