Monday, March 11, 2013

CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS




Bila baca novel ni, tak sangka jalan ceritanya sangat sempoi dan bersahaja. Dan ilustrasi luar novel ni pun memang menarikkan, dan bunga ros tu memang ada kaitan dengan jalan ceritanya tau..

Novel ni mengisahkan Kasih (Cik Blur) yang tertekan dengan suasana pejabat, kerana ada ketua yang suka sangat nak marah-marah seolah-olah Kasih ni ada jer salah dengan dia. Bila Kasih nekad berhenti kerja, pandai pula ketua tu pujuk, sampai datang rumah, sebab nak Kasih kembali bekerja. Bila dah tak kerja, teman serumah Kasih syorkan dia kerja sementara sebagai orang gaji. Bukan susah pun, kemas rumah jer. Masuk pukul 10 pagi dan bila dah selesai, bolehlah balik. Masa tu Kasih memang lega sangat sebab tak jumpa ketuanya yang tak serupa orang tu..hehe

Tiba-tiba suatu hari, semasa sedang kemas rumah majikannya, Kasih terkejut melihat ketuanya ada dalam rumah tu. Kebetulan, rumah tu rumah Encik Ikhlas, ketua kat pejabatnya dulu. Dan bermula dari situ, hubungan mereka mula rapat. Dari menjadi kawan, dan akhirnya Kasih mendapati dia jatuh hati dengan Encik Kasih..


Anak babun baca surat khabar,
apa khabar?

Walaweh.. Pagi-pagi lagi aku dah dapat SMS seperti ini. Dia ini nak bertanya khabar aku atau nak bertanya khabar anak babun?


Encik Kasih ni, walaupun orangnya kayu, tak pandai meluahkan perasaan cinta, tapi orangnya memang romantik tau. Romantik dengan caranya yang tersendiri. Nak tau kenalah baca novel ni kan.. Lepas tu taulah samaada Cik Blur kita ni ada jodoh ke tak dengan Encik Ikhlas.. Tak nak cerita panjang, tapi novel ni memang sangat best :)

Tajuk : Cik Blur dan Encik Ikhlas
Penulis : Airisz
Halaman : 481 muka surat
Harga : RM19/RM22





P/S - Recommended by Lulu Caldina





.

Lagenda kisah cinta Arabella Grace Garcia dan Christian Soriano


KIRA-kira 11 tahun lalu, kisah cinta antara Arabella Grace Gracia dan Christian Soriano pernah menjadi fenomena tersendiri berikutan drama bersiri Sana’y Wala Nang Wakas mendapat perhatian ramai. Kini, kisah cinta mereka sekali lagi diulang tayang menerusi saluran Astro Bella (saluran 133) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3 petang. Membariskan pelakon terkenal Filipina seperti Jericho Rosales sebagai Christian Soriano, Kristine Hermosa sebagai Arabella Grace Garcia, Diether Ocampo sebagai Leonardo Madrigal III, dan Angelika dela Cruz sebagai Mary Ann Santos. Cerita ini mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan insan bernama Ara@Arabella Grace Garcia (lakonan Kristine Hermosa) bersama Christian Soriano (lakonan Jericho Rosales). Pertemuan yang tidak disengajakan di atas kapal sewaktu kali pertama bertentang mata dan beberapa insiden-insiden kecil telah membuatkan mereka bermusuhan.

Namun takdir telah menyebelahi mereka apabila sekali lagi Ara bertemu Christian sewaktu beliau menjalani latihan pertama bekerja sebagai jurucakap pelancong di Pulau Corregidor. Tragedi jatuh dari bot tersebut telah membawa mereka ke sebuah pulau terpencil di mana bermulanya destinasi percintaan mereka. Setelah diselamatkan selama beberapa hari terperangkap dari pulau tersebut, mereka memulakan hidup masing-masing di kota Manila.

Christian peneraju Swan Airlines dan pengarah bagi majalah Metro berasal dari golongan berada serta kaya, manakala Ara pula setelah ditinggalkan ibunya kira-ira 15 tahun yang lalu tinggal bersama nenek angkatnya iaitu Choleng serta ayahnya Anton yang menjalani hukuman di penjara. Namun konflik masa lampau akibat dosa-dosa silam ibu bapa mereka telah memisahkan hubungan percintaan dua insan ini. Ara yang mengetahui bahawa ayahnya yang menjalani hukuman penjara selama 15 tahun adalah pembunuh kepada ibu bapa Christian telah nekad memutuskan hubungan mereka. Dapatkah Christian dan Arabella bertemu kembali? Dan dapatkan mereka menerima semula setelah hati dihancurkan sehingga ruang kosong itu telah terisi? -SH






.

Abang Barack Obama yang popular di Kenya


 Abang kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mendakwa beliau bosan dengan tuduhan orang ramai yang mendakwa beliau menggunakan nama adiknya bagi mencipta kemasyhuran di Kenya. Malik Obama, yang kini berhijrah ke AS, mendakwa Obama juga adalah sebahagian daripada namanya dan perkara paling penting adalah beliau dilahirkan terlebih dahulu sebelum Presiden AS pertama berkulit hitam itu dilahirkan. "Hanya satu daripada anggota keluarga ditakdirkan hebat," kata Malik mengulas tentang kejayaan adiknya berbanding dirinya. Jelasnya, bapa mereka pernah menegaskan bahawa mereka semua bakal menjadi insan hebat kerana lahir daripada keluarga yang hebat seperti dirinya. "Secara jujur, satu perkara yang membuatkan saya terus bertahan disebabkan saya adalah Obama, bermakna saya orang penting," katanya.

Baru-baru ini, lelaki berusia 54 tahun itu kalah bertanding atas tiket bebas bagi calon gabenor daerah Siaya pada pilihan raya umum Kenya. Malik pernah mempunyai 12 isteri dan kini dituduh memukul isterinya yang ke-12, seorang gadis bawah umur, Sheila Anyango. Walaupun Malik dan Obama berkongsi bapa, namun mereka tidak memiliki fizikal yang sama. Namun, mereka tetap berhubungan dan pernah menjadi pengapit bagi perkahwinan masing-masing dan masih berhubungan antara satu sama lain, terutama ketika ini kedua-duanya tinggal di Washington, AS. "Saya bertemu adik saya secara peribadi sekurang-kurangnya sekali seminggu apabila saya melawatnya di White House," katanya. Beliau juga berkata, kemasyhuran adiknya membuatkan dirinya menjadi mangsa kebencian, perkauman dan ketaksuban. - AGENSI





.

Kanak-kanak lelaki berkahwin dengan wanita 61 tahun kerana diarahkan oleh nenek moyang yang sudah mati


Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lapan tahun telah berkahwin dengan seorang wanita berusia 61 tahun kerana hantu nenek moyangnya mengarahkannya melakukannya. Sanele Masilela berkahwin dengan Helen Shabangu, yang pernah berkahwin dan ibu kepada lima orang anak. Sanele, dari Tshwane, Afrika Selatan, berkata dia telah diberitahu oleh nenek moyangnya yang telah mati untuk berkahwin dan keluarganya takut hukuman tuhan, lalu bersetuju untuk mengahwinkannya. Mereka membayar sebanyak £ 500 kepada pengantin perempuan dan £ 1,000 lagi dibayar dihari besar mereka, yang telah dirancang dalam hanya dua bulan.


Berpakaian lengkap dengan tali leher, dan juga saling bertukar cincin, Sanele disahkan mengahwini wanita itu dihadapan 100 orang tetamu. Dia mengejutkan masyarakat, namun keluarganya mempertahankan majlis itu, dan berkata ia hanya ritual dan tidak salah di sisi undang-undang. Ibu Sanele, Masilela Sabar berkata: 'Ini adalah kali pertama ianya berlaku dalam keluarga. Sanele dan pengantin perempuannya tidak menandatangani sijil perkahwinan dan tidak perlu untuk hidup bersama. Kedua-dua telah kembali kepada kehidupan normal mereka.


Sanele hari ini berkata, dia berharap dia akan mempunyai perkahwinan dengan seseorang yang sama umur atau lebih muda darinya suatu hari nanti. Walaupun usia isterinya cukup untuk menjadi neneknya, pengantin perempuan, Helen sangat gembira dengan perkahwinan itu. Helen, yang juga bekerja di pusat kitar semula, berkata: 'Saya telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak saya sendiri, tetapi saya tahu bahawa ini adalah apa yang nenek moyang mahu - dan kini mereka gembira dengan pilihan mereka.. -AFP




P/S - $^#&*(*%






.

United Airlines melakukan sesuatu yang sangat bererti buat lelaki ini


Apa yang dilakukan oleh United Airlines ini begitu mengharukan. Pesawat sanggup lewat demi menunggu seorang lelaki yang ingin menemui ibunya yang sedang nazak. Seorang ibu memang begitu bererti bagi setiap orang, begitu juga bagi Kerry Drake. Dia berusaha mencari penerbangan terpantas menuju Texas, dimana si ibu yang sedang nazak berada. Namun, usahanya nyaris gagal ketika penerbangan dari San Fransisco menuju Houston terlambat. Sedangkan dia harus meneruskan penerbangannya dari Houston ke Lubbock, Texas. Pagi itu, Drake diberitahu, ibunya sedang nazak setelah bertahun-tahun menderita rheumatoid arthritis.

Ketika dalam pesawat menuju Houston, dia pun mula menangis kerana penerbangannya lewat sehingga dia berisiko tak dapat segera terbang ke Texas. Ketika itulah, seorang pramugari melihat Drake dan setelah mendengar ceritanya, dia berjanji untuk melakukan apapun yang dapat mereka lakukan. Dan, mereka benar-benar menepati janji! Melalui radio informasi penerbangan, mereka menghubungi kapten pesawat United Airlines yang akan menerbangkan Drake ke Texas. Kapten tersebut kemudian berjanji menunda penerbangan pesawat sehingga Drake tiba. Tak hanya itu, pihak United Airlines pun berjanji memindahkan barang yang Drake bawa sepantas mungkin ke penerbangan menuju Texas.

Usaha United Airlines pun membuahkan hasil. Drake tiba di Texas tepat pada waktunya. Dia masih sempat melihat detik-detik terakhir ibunya sebelum akhirnya meninggal dunia. “Pada satu ketika, dia membuka mata dan saya fikir dia mengenaliku, dan itu adalah saat-saat terakhir sebelum akhirnya dia benar-benar pergi,” ujar Drake. Drake pun menuliskan ucapan terima kasih kepada united Airlines atas usaha mereka yang luar biasa. -News





.

Pinjam buku dari perpustakaan, selepas 51 tahun baru dikembalikan..


Pada hanya 200 muka surat, buku nipis mengenai artis Sepanyol, Goya sepatutnya hanya mengambil masa yang singkat untuk dibaca. Tetapi David Black mengambil masa lebih daripada setengah abad untuk memulangkan buku tersebut selepas meminjamnya dari perpustakaan Edinburgh. Setelah terlepas tarikh kembali 51 tahun yang lalu, kini, lelaki berusia 60 tahun itu telah mengembalikan buku tersebut dan dikenakan denda lewathampir £ 3,000, tetapi dia dikecualikan denda sebagai sebahagian pengampunan kepada buku-buku yang tertunggak.

Setakat ini, perpustakaan Edinburgh menyaksikan sebanyak 4000 buah yang lewat dikembalikan. Dan sebenarnya, buku yang dikembalikan oleh David Black ini bukanlah satu-satunya buku yang lewat dikembalikan kerana pada bulan Disember 2011, sebuah buku bertajuk Victorian miscellany Good Words telah dikembalikan ke perpustakaan di Cumbria selepas 123 tahun. -DM





.

Wanita ini mogok lapar selama 12 tahun


Seorang wanita India yang melancarkan mogok lapar selama lebih 12 tahun memberitahu Sky News beliau akan meneruskan bantahannya walaupun didakwa dengan cubaan membunuh diri. Irom Sharmila memulakan tindakan itu selepas menyaksikan pembunuhan sekumpulan penduduk awam oleh pasukan separa tentera India di Manipur pada November 2000. Wanita berusia 40 tahun itu berkata beliau tidak akan menamatkan mogok lapar kecuali kerajaan India memansuhkan kandungan kontroversi perundangan Akta Kuasa Khas Pasukan Bersenjata (AFSPA). “Saya rakyat demokratik. Saya bukan wanita sukakan keganasan, cuma mahukan kehidupan normal. Saya bersungguh-sungguh dengan matlamat saya. Perjuangan ini amat diperlukan sama ada ia sukar atau mudah ia bukan masalah,” katanya.


Tuntut kemerdekaan 

AFSPA memberikan askar India imuniti daripada pendakwaan di kawasan yang berlaku konflik. Pemberontakan berlaku selama lima dekad kebelakangan ini di di Manipur, di timur laut India. Sekumpulan militan menuntut kemerdekaan daripada India. Kumpulan hak asasi manusia mendakwa AFSPA digunakan oleh tentera sebagai perlindungan sah untuk melakukan penderaan dan pembunuhan. Irom juga dikenali sebagai Wanita Besi Manipur oleh penyokongnya, tidak makan sebarang makanan pejal selama lebih 12 tahun.

Beliau baru-baru ini ditahan dan dipaksa makan dua kali sehari menerusi tiub di hidungnya. Pemakanannya mengandungi cecair karbohidrat, protein dan vitamin. Irom ditahan tiga hari selepas mogok laparnya bermula tetapi menurut undang-undang India perlu dibebaskan setiap tahun untuk melihat jika beliau akan makan semula. Pada 2006, ketika dibebaskan, beliau melancarkan mogok lapar di New Delhi tetapi ditahan dan didakwa dengan cubaan membunuh diri menurut seksyen 309 kanun keseksaan India. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!