Wednesday, February 27, 2013

Istimewa bagi yang memiliki mata warna coklat


Mereka yang mempunyai mata berwarna coklat boleh dipercayai berbanding lelaki bermata biru atau warna lain, lapor satu kajian. Dalam satu kajian baru diterbitkan dalam PLOS ONE, penyelidik diketuai Karel Kleisner dari Universiti Charles di Republik Czech, menyiasat faktor yang menentukan wajah boleh dipercayai. Pengaruh interaksi sosial Penyelidikan sebelum ini menunjukkan penampilan wajah secara ketara mempengaruhi pelbagai interaksi sosial. Persepsi wajah memberi maklumat berkaitan kepercayaan, berikutan itu ia memberi memberi kesan ke atas kejayaan ekonomi, sosial dan reproduktif seseorang individu. Penyelidik bertanya sekumpulan peserta untuk menentukan kadar kebolehpercayaan wajah lelaki dan wanita berdasarkan dua kriteria.

Pertama, warna mata dan kedua, bentuk wajah. “Sejumlah besar subjek mendapati wajah bermata coklat lebih dipercayai berbanding biru, tidak kira sama ada mereka lelaki atau wanita,” kata salah seorang penyelidik berkenaan. Wajah lelaki bulat bermulut besar dan dagu lebih lebar dilihat lebih dipercayai berbanding runcing, bagaimanapun bentuk wajah wanita tidak banyak memberi kesan sejauh mana mereka boleh dipercayai.

Penyelidik juga menjalankan ujian ketiga, memberi peserta gambar wajah lelaki yang sama kecuali satu variasi: warna mata. Ketika ujian ini mereka mendapati kedua-dua warna mata dianggap boleh dipercayai. Mereka juga mendapati kunci untuk dianggap boleh dipercayai bukan datangnya dari warna mata, namun daripada kriteria wajah yang dikongsi individu bermata coklat. Sebagai contoh, lelaki bermata coklat secara umum memiliki bibir lebar dengan sudut lebih menaik, dagu lebar, mata besar dan kening lebih rapat antara satu sama lain, kriteria dianggap maskulin dan lebih dipercayai. AGENSI





.

Adik Kate Middleton, Pippa Jadi Penulis Jemputan Untuk Waitrose


Pippa Middleton, adik Kate Middleton iaitu bakal permaisuri Britain telah bersetuju untuk menjadi penulis jemputan untuk sebuah majalah bulanan pasar raya popular Britain - Waitrose. Majalah berkenaan dikenali dengan nama 'Waitrose Kitchen'. Wanita berusia 29 tahun itu yang melonjak ke persada populariti setelah menjadi pengapit kakaknya pada tahun 2011 akan berkongsi tips tentang bagaimana hendak menyediakan jamuan dan melayan rakan-rakan dan tetamu di hujung minggu.


Dalam terbitan edisi April, majalah itu telah menjadikan Pippa sebagai 'cover' muka hadapannya. Kolum barunya itu akan dikenali dengan nama; 'Pippa's Friday Night Feasts'. Sebelum ini Pippa bekerja untuk syarikat keluarganya yang menguruskan majlis-majlis keramaian dan syarikat. Pengarang majalah tersebut, William Sitwell berkata, mereka berharap para pembaca akan menghargai tips santai yang bakal diberikan oleh Pippa nanti. -DM





.

Kembar melahirkan bayi pada hari yang sama ...dan disambut oleh doktor yang sama


Aiden dan Donavyn Nelson dilahirkan hanya selang dua jam menjelang tahun baru oleh ibu mereka yang merupakan kembar seiras. Akron Beacon Journal melaporkan ibu muda berusia 19 tahun itu, Aimee dan Ashlee Nelson tidak merancang akan melahirkan bayi mereka pada tarikh yang sama. Ini kerana tarikh sebenar jangkaan bersalin kedua-duanya adalah seminggu. Donavyn Scott Bratten dilahirkan tengah hari menjelang tahun 2013 manakala Aiden Lee Alan Dilts lahir dua jam kemudian, kira-kira jam 2 petang. Menariknya, kedua-dua bayi itu juga disambut oleh doktor yang sama di Hospital Summa Akron City. -BBC





.

Kerana kejujuran peminta sedekah ini, dia dihadiahkan sesuatu yang sangat besar nilainya..


Perbuatan baik pasti dibalas baik. Itulah yang terjadi pada Billy Ray Harris, seorang peminta sedekah di Kansas City, AS. Billy Ray akan menerima wang tunai sebesar lebih dari 100,000 dolar AS. Wang sebesar itu menjadi habuan Billy Ray setelah dia mengembalikan sebentuk cincin pertunangan milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam gelasnya awal bulan ini. Tunang Sarah Darling begitu berterima kasih kepada Billy Ray. Dia lalu membuat sebuah laman web yang mencari derma bagi si peminta sedekah jujur itu. Hasilnya luar biasa, setakat ini, sudah 6000 orang mendermakan wang dengan jumlah 145,000 dolar AS. "Peristiwa ini membuat kami sedar bahawa masih ramai orang yang baik di luar sana," kata Sarah.

Bagaimana cincin pertunangan Sarah boleh terjatuh? Rupanya hari itu Sarah membuka dan meletakkannya bersama dengan wang syiling. Ketika dia ingin menyedekahkan beberapa syiling kepada Billy Ray, ternyata cincin itu secara tak sengaja juga terikut. Billy Ray yang menemukan cincin di gelasnya tentu saja sangat terkejut. "Cincin itu sangat besar dan saya tahu itu cincin asli dan mahal," kata Billy Ray. Keesokan harinya, Sarah sangat bingung ketika mengetahui cincin pertunangannya hilang. Dia lalu kembali ke tempat Billy Ray biasa berada dan bertanya apakah Billy Ray menemukan benda berharga.

"Apakah ianya sebentuk cincin? Dia menjawab 'Ya'. Lalu saya katakan, saya masih menyimpannya," ujar Billy Ray. Sarah sangat gembira dapat menemui kembali cincinnya. Dia lalu memberikan semua wang di dalam dompetnya kepada Billy Ray. "Ianya seperti sebuah keajaiban. Pada mulanya saya yakin tak akan dapat kembali cincin itu," ujar Sarah. Jadi, mengapa seorang peminta sedekah miskin seperti Billy Ray tidak menjual cincin yang diyakininya sangat mahal itu? Menurut Billy Ray, dia masih memegang teguh ajaran datuknya. "Datuk saya seorang paderi. Dia membesarkan saya sejak saya berusia enam bulan. Dan saya masih ingat semua ajarannya," ujarnya. -The Daily Telegraph






.

Pakaian Michelle Obama terpaksa di edit kerana terlalu seksi


Penampilan Isteri presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama, dianggap terlalu seksi. Alasan inilah yang membuatkan agensi berita Fars melakukan perubahan foto secara digital. Demikian dilaporkan jurnalis foto sekaligus blogger,Golnaz Esfandiari. Michelle mengenakan gaun yang memperlihatkan bahagian lengan dan bahu serta dada. Cara berpakaian seperti ini dianggap melanggar peraturan kesopanan di beberapa negara-negara Muslim. Fars kemudian mengubah foto wanita itu dengan menambahkan lengan baju pada gaun Michelle serta menutup bahagian dada yang sedikit terbuka. Michelle mengumumkan filem terbaik versi Oscar dan jatuh ke Argo. Michelle mengumumkannya dari White House. - AP





.

Kebab Halal Didapati Dicemari Daging Khinzir


Masyarakat Islam Eropah telah digemparkan dengan satu laporan yang didedahkan oleh sebuah makmal yang berpusat di Switzerland yang mereka telah menemui kesan DNA daging khinzir dalam tujuh daripada 20 ujian yang dijalankan ke atas kebab. Menurut Majlis Pusat Islam Switzerland (CCIS), ujian itu mendapati terdapatnya kesan daging khinzir di dalam kebab-kebab yang dijual di beberapa buah bandar di negara itu. CCIS bagaimanapun percaya, kejadian itu bukanlah sesuatu yang disengajakan tetapi berlaku akibat kurangnya pengetahuan mengenai hukum hakam halal ketika dalam proses pembuatan.

Misalnya kata mereka, ada kemungkinan peralatan yang sama digunakan untuk memproses daging khinzir turut digunakan untuk menghasilkan kebab yang sepatutnya halal untuk pasaran umat Islam. Menurut CCIS lagi, kebab-kebab yang diuji itu telah dijual secara meluas di bandar-bandar seperti Basel, Biel, Geneva, Kreuzlingen, Lausanne, Lucerne, Winterhur dan Zurich. CCIS mengkomisyenkan ujian tersebut setelah timbulnya kebimbangan dan keraguan ekoran skandal daging khinzir yang ditemui dalam daging kebab di Jerman baru-baru ini.




 P/S - Sana sini makanan diragui halal, sedih.. nampaknya orang islam sekarang sukar mempercayai makanan halal itu benar-benar halal. Besar kemungkinan kita semua akan ter..makan sesuatu yang tidak halal.. Patutlah hati semakin 'hitam' :'(






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!