Sunday, February 24, 2013

Gambar-gambar kejadian kemalangan kereta Nascar


Kira-kira 28 penonton mengalami kecederaan apabila kereta pemandu Kyle Larson melambung ke udara dan serpihan kenderaan berterbangan ke arah penonton pada perlumbaan pembuka tirai kereta NASCAR, pagi Ahad.


Presiden Litar Antarabangsa Daytona, Joie Chitwood berkata, seramai 14 penonton yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan manakala 14 lagi diberi rawatan di litar terbabit.


Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan laporan mengenai sekurang-kurangnya dua orang cedera parah dan seorang lagi dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan.


"Tidak sesuai bagi saya untuk membuat ulasan berkaitan perkara itu pada masa ini," katanya. -AP





.

Batu yang sangat aneh dan mengejutkan penduduk kampung


Batu yang ditemukan oleh warga China bernama Luo Yuanshui dari Provinsi Fujian, sangat aneh. Batu itu boleh menghisap rokok sama seperti manusia. Pada awalnya, penduduk menyangka bahawa batu berwarna coklat dengan bentuk yang tidak terstruktur itu adalah bongkahan batu biasa. Namun batu itu boleh menghisap rokok hingga habis selama lima minit. Luo sempat cuba memberikan batu itu beberapa rokok yang dihidupkan dan ukuran yang berbeza. Dan batu seberat 2.2 kilogram itu terus menghisapnya hingga habis.

Lelaki China itu menemukan batu perokok itu di Gunung Shangyou. Lou sendiri mengaku tidak sedar menemukan batu itu kerana dirinya hanya ingin mencari lubang untuk meletak rokoknya buat sementara. Luo tak sedar memasukkan puntung rokoknya ke sebuah batu dan rokoknya mendadak habis seperti sedang dihisap. Luo mendemonstrasikan kehebatan batu itu di depan penduduk lainnya. Para penduduk yang mengunjungi kediaman Luo juga terkejut dengan keanehan batu misteri itu. -DM






.

Tikus diuji jadi ejen pengintipan sama seperti manusia


Pasukan perisik tentera Rusia sedang menjalankan uji kaji terhadap tikus untuk dijadikan ejen pengintipan sama seperti manusia. Menurut pakar, fizikal tikus yang kecil dan pantas membolehkan haiwan tersebut menyelinap masuk ke beberapa tempat yang sukar, selain tidak mudah dikesan oleh pihak musuh. Tikus juga dilihat berupaya mengesan bahan letupan, peluru dan kedudukan tebusan, sama seperti anjing yang mempunyai deria bau yang tajam. Beberapa sumber di sini menyatakan bahawa tikus sudah digunakan oleh pasukan tentera Israel ketika berdepan dengan situasi pengganas.

Akhbar Izvestia melaporkan, sekiranya tikus-tikus berkenaan melepasi semua ujian yang dijalankan, haiwan terbabit bukan sahaja bakal ditempatkan di dalam pasukan perisik negara, malah Rusia akan dikenali sebagai negara 'perangkap tikus'. Seorang daripada pakar perisikan, Anton Venediktov berkata, tikus boleh diajar untuk mengenal bau beberapa bahan yang sering digunakan untuk tujuan jahat seperti bom, dadah dan mayat manusia. "Selain bau, haiwan kecil itu juga diajar untuk mengenal tanda isyarat," katanya. Tikus juga terkenal dengan sikap yang tenang ekoran sistem saraf yang lebih mudah berbanding haiwan lain, sekali gus menjadi pilihan ideal sebagai ejen perisik haiwan. Haiwan kecil itu dijangka mampu melakukan 150 tugasan dalam tempoh sebulan, selain bekerja mengikut aturan dalam masa enam hingga lapan jam. - AGENSI





.

Cubaan terjun bangunan dari tingkat 7


Sepasukan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa sejam sebelum berjaya menghalang niat seorang kakitangan sebuah universiti untuk terjun dari tingkat tujuh bangunan 10 tingkat di Jalan Simpang Tiga. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 36 tahun yang dipercayai mengalami masalah keluarga, membuka tingkap dan duduk di tepi koridor bangunan terbabit untuk terjun. Bagaimanapun kejadian itu disedari kakitangan universiti, lalu menghubungi ahli keluarganya dan selepas mereka gagal memujuknya, anggota bomba dipanggil untuk membantu. Sumber berkata, kejadian bermula apabila mangsa dikatakan mengalami masalah kelmarin, yang memberi tekanan kepadanya sehingga dia bertindak sedemikian.

“Ketika dia berada di tepi koridor bangunan, beberapa ahli keluarga, termasuk isterinya tampil memujuk supaya dia membatalkan hasratnya. “Beberapa kali isteri mangsa cuba memujuk, namun gagal dan usaha itu berlarutan sehingga memaksa anggota bomba dipanggil,” katanya. Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Batu Lintang ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari. Katanya, anggota bomba membuka satu tingkap bagi memujuk mangsa sambil ditemani isterinya supaya tidak meneruskan niatnya. “Hanya selepas sejam kami berjaya memujuknya sebelum dia diserahkan kepada polis. Lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan masih dijalankan. -HM





.

Info : Kopi didakwa panjangkan umur setahun


Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun umur manusia. Kajian dilakukan ke atas 500,000 warga emas mendapati risiko kematian menurun disebabkan mereka lebih banyak meminum kopi dalam sehari. Saintis Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Neal Freedman berkata, dari penyelidikan dilakukan mereka yang mengambil dua atau tiga cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 10 hingga 15 peratus. “Tetapi sekiranya individu mengambil lebih daripada dua atau tiga cawan, ia tidak memberi manfaat malah dianggap tidak sihat kerana kandungan kafein boleh memberi risiko kepada masalah jantung, strok, kencing manis dan Parkinson," katanya.

Menurutnya, hipotesis kajian dari individu berusia 50 dan 71 itu telah dilakukan sejak 12 tahun lalu dan menunjukkan bukti kukuh. “Tabiat minum kopi dikaitkan dengan tingkah laku yang mampu menghindari seseorang daripada mengambil minuman beralkohol, karbonat ataupun memakan daging berkalori tinggi," katanya. Beliau berkata, kopi boleh meningkatkan tekanan darah tinggi. “Sebatian berbeza dalam kopi adalah penting, iaitu pengambilan tanpa gula adalah yang terbaik,” katanya. Dr Freedman berkata, pengambilan kopi dalam kadar sederhana tidak memudaratkan kesihatan malahan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan meskipun pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan.

"Kajian menunjukkan kesan pengambilan kopi dapat mengurangkan risiko diabetes iaitu dua kali adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi," katanya. Menurutnya lagi, kajian membuktikan selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. "Kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti fizikal seperti mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam akan lebih segar setelah meminum kopi," katanya. - Jurnal Penyelidikan Kafein.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!