Saturday, February 9, 2013

Inilah gambar babi ngepet atau babi jadian yang berjaya ditangkap


Penduduk desa Pesanggrahan di sini dihebohkan dengan penangkapan seekor babi yang percayai makhluk jadi-jadian atau lebih dikenali sebagai babi ngepet. Makhluk tersebut yang berukuran 30 sentimeter panjang dan seberat tiga kilogram ditangkap ketika haiwan itu masuk ke halaman sebuah rumah penduduk di sini. Babi ngepet itu kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung, H. Abdurrahman yang mengurung haiwan berkenaan di dalam kandang di rumahnya.


"Sejak berita penangkapan babi ngepet itu, rumah saya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai, tidak kira dari dalam kampung atau luar daerah. "Saya terpaksa mengurung haiwan ini di dalam kandang bagi mengelakkan penduduk membunuhnya," katanya. -sm







.

Apa tak karam? Feri tu bawa ramai sangat penumpang..


Berpuluh-puluh penumpang dikhuatiri terbunuh, selepas sebuah feri yang membawa lebih 100 penumpang karam setelah terlibat dalam satu nahas di sebatang sungai di Bangladesh, hari ini. Feri tersebut melalui Sungai Meghna, berdekatan bandar Gazaria di daerah tengah Munshiganj, pada kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan), sebelum ia berlanggar dengan sebuah bot yang membawa pasir. Beberapa penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai ketika bot itu tenggelam dengan pantas, sementara selebihnya masih hilang.

Pegawai Daerah Munshiganj, Saifuddin Badal berkata, lebih 50 penumpang dikhuatiri hilang dan 25 lagi berjaya menyelamatkan diri. Saifuddin berkata, feri MV Sarosh itu membawa penumpang dari ibu negara Dhaka ke daerah tenggara Chandpur. “Bot penyelamat dihantar ke tempat kejadian dan kami berharap dapat menunda kapal tersebut secepat mungkin," katanya. - AFP






.

Derita tidak mempunyai tulang leher..


Derita seorang kanak-kanak di Jember, Jawa Timur, Indonesia yang tidak mempunyai tulang leher masih berlarutan sejak beberapa tahun lalu memandangkan tiada pihak berwajib tampil untuk membantu meringankan penderitaan yang dialami kanak-kanak itu. Malah beban ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, Bambang Herwantoro, 33, dan Hendita Novianti, 29, semakin bertambah apabila mendapati nama anak mereka, Ricky Lilian Putra Dwi Herlambang tidak tersenarai dalam sistem Jaminan Kesihatan Masyarakat (Jamkesmas). Hal itu menyebabkan Ricky tidak menerima bantuan ubat-ubatan sejak lebih setahun lalu, selepas kanak-kanak berusia empat tahun berkenaan disahkan menderita penyakit kuman tuberkulosis tulang. -TBn






.

Penjawat awam yang sudah meninggal dunia boleh naik pangkat?


Seorang lelaki yang sudah meninggal dunia setahun adalah antara 422 pegawai perkhidmatan awam dinaikkan pangkat oleh Kerajaan Petadbiran Aceh baru-baru ini, mengundang kritikan daripada pelbagai pihak. Kesilapan itu hanya disedari setelah surat keputusan kenaikan pangkat para pegawai berkenaan yang dikeluarkan itu, didapati mengandungi nama Rahmad Hidayat, yang sudah meninggal dunia. "Kami terperanjat ada nama Rahmad Hidayat dalam pelantikan itu, padahal dia sudah meninggal dunia pada Januari 2012. Kami tidak tahu penyakitnya, tetapi Allahyarham pernah mengalami pendarahan otak," kata seorang rakannya yang enggan menyebut nama, lapor akhbar harian Kompas.

Ketua Badan Perjawatan Pendidikan dan Latihan (BKPP) Aceh, Nasrullah yang mengesahkan kesilapan itu, percaya ia berlaku kerana pihak yang mencadangkan kenaikan pangkat pegawai itu tidak mengetahui bahawa beliau sudah meninggal dunia. Ketua Badan Perundangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh, Abdullah Saleh berkata kesilapan yang berlaku itu mencerminkan buruknya sistem pentadbiran pegawai dan makanisme BKPP Aceh dan perkara itu mengecewakan orang ramai dan DPR Aceh. -BERNAMA







.

Facebook tidak dapat dilayari kerana sibuk!


Lebih separuh daripada pengguna Facebook di Amerika Syarikat (AS) 'berehat' daripada melayari rangkaian laman sosial itu dengan alasan yang diberikan mereka adalah terlalu sibuk, lapor satu kajian yang disiarkan semalam. Menurut Pusat Penyelidikan Pew, kira-kira 61 peratus daripada pengguna laman itu memberitahu, mereka tidak melayari Facebook pada masa-masa tertentu dengan 27 peratus lagi merancang untuk mengurangkan masa mengakses laman sosial itu pada tahun depan. Alasan yang paling tinggi diberikan iaitu sebanyak 21 peratus adalah kerana terlalu sibuk yang menyebabkan mereka tidak melayari Facebook.

Antara alasan lain yang diberikan ialah mereka 'penat melayan komen-komen bodoh', kawan-kawan yang bersifat 'gila-gila', bosan dan ia menimbulkan masalah dalam hubungan percintaan. ''Data ini menunjukkan orang ramai cuba melakukan perubahan dengan menyesuaikan diri dalam cara bersosial yang baharu,'' kata Pengarah Projek Internet Pew, Lee Rainie yang juga merupakan penulis bersama kajian bertajuk Datang dan Melangkah di Facebook.

Pew memberitahu, dianggarkan lebih dua pertiga orang dewasa di AS menggunakan internet hanya untuk melayari Facebook. Kajian itu menambah, satu perlima daripada mereka yang bukan pengguna Facebook berkata, mereka pernah menjadi pengguna laman itu namun telah berhenti. Antara alasan yang diberikan adalah mereka penat 'dengan sikap suka ambil berat' yang membuang masa. Kaji selidik itu dibuat berdasarkan temu bual telefon antara 13 hingga 16 Disember dengan menjadikan 1,006 orang dewasa di AS sebagai responden. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!