Wednesday, January 30, 2013

THE WEDDING BREAKER




Sebuah novel yang HARUS korang ada.. :)

Mengisahkan mengenai Ariana Rose yang berniat nak 'menyelamatkankan rakannya daripada mengahwini seorang lelaki mata keranjang. Muncul di hari perkahwinan itu sambil mengaku sedang hamil anak kepada pengantin lelaki. Dan perkahwinan itu terbatal.

Namun masalah itu tidak selesai disitu sahaja. Tengku Adam Kamil, nama pengantin lelaki itu, tidak puas hati dan berusaha menjejaki wanita yang berani memburukkan namanya. Ariana Rose diculik, dan pada mulanya, dia hanya ingin memujuk Ariana Rose untuk tampil menceritakan hal yang sebenar, membersihkan namanya yang tercemar, namun tidak disangka, dia seolah-olah terpaut dengan wanita cantik itu. Ariana yang berkeras, hamilkan anak lelaki itu, membuatkan Adam bingung dan cuba mengingati nama-nama bekas wanita yang ditidurinya, samaada Ariana adalah salah seorang daripadanya. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Ariana dirogol, dan kemudian Adam yakin, Ariana masih anak dara.

Pelik bagi Tengku Adam Kamil, sudah ramai wanita bersamanya, namun Ariana berbeza. Dia hanya inginkan Ariana hanya untuknya. Kerana satu malam, Tengku Adam Kamil hampir merogol Ariana buat kali kedua, Ariana ditimpa kemalangan, dan keesokkan harinya Ariana pergi meninggalkan tempat itu. Tengku Adam Kamil sangat kecewa apabila mendapat tahu, satu-satunya wanita yang dicintainya itu sudah bertunang. Nekad berubah, dia menerima jodoh yang ditentukan oleh ibu bapanya.

Dia seperti bayi yang lahir semula, apabila kembali ke jalan Allah, meninggalkan sikap liarnya selama ini. Dan hanya Allah yang mengetahui betapa bersyukurnya dia apabila dia mendapat tahu, jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya, sebenarnya adalah wanita itu... Ariana Rose..

Dah, tak mahu cerita panjang, marilah sama-sama memiliki novel hebat ini, dan menyusuri dunia indah 2 insan yang diolah dengan begitu menarik oleh penulisnya.

Tajuk : The Wedding Breaker
Penulis : Evelyn Rose
Halaman : 642 muka surat
Harga : RM25/28


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui... (Surah Al-Baqarah : 216)





P/S - Recommended by Lulu Caldina.





.

Apple Umum iPad Baru Versi Komputer Tablet


Apple Inc berkata, syarikat elektronik terkemuka itu akan menjual iPad versi komputer tablet dengan kapasiti 128 gigabyte, dua kali melebihi kapasiti model sedia ada itu. Apple yang menjual lebih kurang 120 juta iPad setakat ini berkata, iPad versi terbaru itu akan berada di pasaran bermula 5 Februari depan. Ia boleh dimiliki dalam warna hitam atau putih. Ipad beserta WiFi akan dijual pada harga RM2,400 manakala bagi versi selular tanpa wayar berharga RM2,800. -Mstar






.

Ini adalah masalah yang sangat serius


Penduduk Korea Utara yang kelaparan didakwa bertindak membunuh anak mereka untuk dijadikan makanan bagi mengelak kelaparan, lapor The Sunday Times. Seorang ayah dikatakan telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya untuk dijadikan makanan, ketika kebimbangan lebih banyak lagi kes seperti itu berlaku di negara komunis ini. Menurut The Sunday Times, mereka memperolehi maklumat itu daripada wartawan yang menyaksikan beberapa kejadian mengerikan itu di negara ini. Kes lain yang dilaporkan termasuklah seorang penduduk yang menggali kubur cucunya untuk dijadikan makanan dan anak warga emas itu bertindak memasak daging anaknya sendiri.

Beribu-ribu rakyat Korea Utara dikhuatiri mengalami kebuluran, meskipun perkara itu dinafikan oleh pemimpin negara ini, Kim Jong-un. Lebih 10,000 penduduk negara ini didakwa terbunuh di wilayah selatan Pyongyang akibat kebuluran. Menurut seorang pemberi maklumat di Hwanghae, seorang lelaki di kampungnya dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu selepas membunuh dua anaknya dan cuba memakan mayat anaknya. Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas isterinya membuat aduan kepada pihak berkuasa dan mayat kanak-kanak itu ditemui. Laporan itu dikumpulkan oleh Asia Press menggunakan 'wartawan penduduk tempatan'. Ramai penduduk Korea Utara mengalami kebuluran akibat kejatuhan pengeluaran makanan di negara ini, terutama akibat dilanda musim kemarau. - AGENSI







.

Dia kehilangan isteri kerana isterinya gemuk


Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Janos Soltesz yang 'kehilangan' isterinya pada tahun lalu selepas tiga syarikat penerbangan enggan membawa isterinya itu dari Eropah ke AS, bertindak menyaman syarikat-syarikat terbabit berjumlah AS$6 juta (RM18 juta), semalam. Syarikat-syarikat penerbangan itu enggan membawa isteri plaintif, Vilma Soltesz kerana wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, menurut saman yang difailkan lelaki itu di Mahkamah Persekutuan di Manhattan.

Ketika kejadian itu, Soltesz dilaporkan mempunyai berat badan sebanyak 193 kilogram, selain berkerusi roda dan menghidap penyakit diabetis serta buah pinggang. Soltesz ditemui meninggal dunia di kediaman percutian mereka di Hungary pada Oktober 24 Oktober lalu. Menurut saman yang difailkan, ketiga-tiga syarikat penerbangan itu menyebabkan kematian dan melakukan kecuaian melampau. -AP






.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat cicit kembar


Sambutan hari lahir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kali ini lebih bermakna apabila beliau menerima kelahiran cicit sulungnya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82. Lebih menggembirakan cicit sulung tersebut yang dilahirkan 21 Januari lalu itu adalah pasangan kembar perempuan. Nik Aziz, melahirkan kegembiraan beliau kerana kelahiran kedua-dua cicit sulungnya itu di saat menyambut ulang tahun kelahirannya dan menganggap ia adalah rezeki. “Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali.

“Mudah-mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam. Nik Aziz mempunyai 57 cucu dan dua cicit kembar. Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera, selamat dilahirkan Isnin lalu kira-kira jam 7.15 pagi di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian. Bayi kembar itu adalah cucu sulung kepada anak Nik Aziz yang pertama iaitu pasangan Nik Aini, 50 dan Fakhruddin. Pasangan kembar itu adalah anak sulung kepada Nik Farhana, 27 yang juga anak kedua Nik Aini. -SH







.

Lelaki berusia 100 tahun ini adalah 'budak pejabat' tertua di Britain


Lelaki yang berusia 100 tahun, menjadi 'budak pejabat' (office boy) tertua di Britain. Apabila semua orang yang berusia sepertinya menikmati persaraan - bekas jurutera ini, Jim Clements begitu bosan pada usia 66 tahun, dan dia telah menerima pekerjaan baru dengan sebuah firma keselamatan Harlow. Dan selepas memasuki tahun 86 pekerjaan pada tahun 2013, Encik Clements mengatakan dia tidak mempunyai niat untuk bersara. Walaupun usianya semakin meningkat, dia masih melakukan sisterm fail, menjawab telefon dan fotokopi. Jim juga bertanggungjawab untuk membuat teh - dan dia sangat terkenal disamping teman-teman sepejabatnya kerana keramahannya. Bapa-dua anak ini baru menyambut ulang tahun ke 100 nya dan dia sangat menyayangi kerjanya dan mengaku tidak akan bersara.


Jim, yang dilahirkan dalam lapan adik beradik, pergi ke sekolah di High Wych, Hertfordshire, sebelum meninggalkannya ketika berusia 14 tahun untuk memulakan bidang kejuruteraan. Semasa tahun-tahun perang Jim bekerja di kilang Ernest Ltd Lake di berdekatan Bishop Stortford membuat torpedo. Disana dia telah bertemu dengan Gladys isterinya, Pasangan itu berkahwin pada tahun 1944 dan telah bersama-sama sehingga dia meninggal dunia 19 tahun yang lalu. Apabila dia menjadi bosan dengan persaraannya pada tahun 1980, dan dia menerima kerja sementara dengan Active Security, di Harlow, di mana dia masih berkerja hari ini. AFP






.

Remaja ini menjadi chef kerana dia tidak suka masakan ibunya


Pada usia 14 tahun, remaja biasanya mejadikan burger dan kentang goreng atau pizza sebagai menu harian. Tetapi seorang chef remaja telah melakukan eksperimen terhadap banyak makanan sehinggakan dia telah diambil oleh restoran terkemuka di Beverly Hills. Remaja hebat ini, Flynn McGarry telah memasak untuk lebih daripada 120 orang, menjalankan restoran dengan menu 18-hidangan dan membuatkan pengkritik kagum untuk lebih tiga tahun kerjayanya yang bermula ketika dia berusia 11 tahun.


Apa yang membuatkan dia terinspirasi menjadi chef remaja di usia muda? Menurut Flynn, dia pada mulanya terpaksa ke dapur, kerana dia tidak suka masakan ibunya. Ibunya Meg McGarry, tidak ambil hati, dan telah membeli buku masakan untuk anaknya dan juga menunjukkan resipi internet untuk melihat jika Flynn boleh memasak hidangan yang lebih baik. -AP






.

Peminat Chelsea melancarkan petisyen untuk mengeluarkan Rafael Benitez daripada Chelsea


Tekanan ke atas Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez semakin teruk apabila penyokong telah memulakan petisyen dalam talian untuk mengeluarkan dia dari Stamford Bridge sebelum musim panas. Satu kenyataan, semua peminat kelab ini, boleh menandatangani petisyen ini di laman web change.org, dan berharap pemilik Chelsea, Roman Abramovich akan mengambil tindakan selepas kelab itu hampir tersingkir Piala FA kepada Brentford. Penyokong cuba untuk mendapatkan 2,500 tandatangan dan mereka sangat positif bakal mencapai sasaran itu.


Kenyataan itu berbunyi: 'penyokong adalah nadi dan jiwa mana-mana kelab bola sepak. Sebagai penyokong, kita telah menjelaskan dengan tegas, bahawa Rafael Benitez tidak dimahukan di Chelsea Football Club tetapi Chelsea Board tidak mengendahkan kehendak penyokong, dan menyaksikan  Chelsea telah melepaskan Piala Eropah dan Piala FA hanya beberapa bulan selepas itu'. -DM




P/S - Jom sign petition :)




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!