Sunday, January 27, 2013

Kisah pelakon veteran, Kuswadinata yang semakin uzur


Sudah enam bulan pelakon veteran, Kuswadinata, hanya mampu terlantar di katil kerana menderita pelbagai komplikasi penyakit. Selebih masanya lagi dihabiskan di hospital untuk menjalani rawatan lanjut hingga boleh diibaratkan Hospital Ampang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai rumah keduanya. Walaupun dalam keadaan semakin uzur, Kuswadinata atau nama sebenarnya, Kuswadi Bujang, 74, dilihat masih bersemangat untuk kembali pulih walaupun sebenarnya penderitaannya hanya empunya diri yang tahu. Kuswadinata dikesan mengalami penyakit kanser prostat, komplikasi pendarahan ulser usus, buah pinggang kanan rosak dan kanser kelenjar. Khamis lalu, B*POP berkesempatan menziarahi Kuswadinata di kediamannya di PPR Hiliran Ampang.

Wakil B*POP disambut isterinya, Kamariah Mohd Said, 57. Sewaktu kunjungan itu, Kuswadinata dilihat hanya berbaring dan sesekali membuka mata, selain ada kalanya sempat menjeling ke arah isterinya yang sedang ditemubual. “Keadaan kesihatan Abang Kus tidak banyak berubah sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini, dia dimasukkan ke Hospital Ampang selama empat hari kerana mengalami sesak nafas. Kalau ikutkan, Abung Kus sendiri sudah tidak mahu ke hospital kerana sudah bosan keluar masuk hospital, namun terpaksa dimasukkan ke hospital juga berikutan mengalami sesak nafas yang teruk,” katanya. -BH







.

Gempar : Penyanyi Indonesia Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar terlibat dalam pesta dadah


Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad. Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai. Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.

Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian. Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti. Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. - BERNAMA






.

Tragedi yang sangat sadis menimpanya.. Namun siapa sangka...


Ketika usianya baru 15 bulan, Tilly Sawford jatuh ke dalam tab mandi yang berisi air panas. Kala itu kepalanya dulu yang menyentuh air panas. 86 peratus tubuhnya pun melepuh. Namun setelah menjalani 321 pembedahan, kini Tilly kembali cantik. Tilly mendapat luka parah itu pada Mac 2009. Ketika itu salah seorang abangnya tiba-tiba menghidupkan suis air panas ketika Tilly sedang memanjat bakul pakaian yang ada di sebelah tab mandi. Pada saat itu ibunya, Ny Sawford (26) baru saja meninggalkan anak kecilnya untuk memeriksa mesin cucinya di tingkat bawah. Biasanya Ny Sawford akan meletakkan Tilly di tempat tidur jika kanak-kanak itu jauh darinya. Namun ketika itu Tilly sedang sibuk bermain. Tanpa lengah Ny Sawford meninggalkan Tilly untuk beberapa saat.


"Lalu saya dengar teriakan dan saya lari ke atas. Tilly ada di dalam tab," ujar Ny Sawford. Ketika itu Tilly tidak sedarkan diri, kemungkinan kerana sakit serius yang dialaminya. "Ketika diangkat, kulitnya mengelupas di tangan saya," kata Ny Sawford. Ketika ini Tilly bahkan sudah boleh berjalan dengan bantuan kerangka besi kerana ketika Tilly ini sudah mula bersekolah. Tilly telah melakukan pembedahannya yang ke-321 di Queen's Medical Centre di Nottingham. Dan kini dia sedang dalam masa pemulihan di rumahnya, Strelley, Nottinghamshire. -DM







.

Pemain Bola Sepak Felda United, cedera parah dalam kemalangan


Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi itu, Ahmad Fauzi patah tangan kanan sementara rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebuh raya. - UTUSAN





.

Mari kenali tujuh hijab hati agar kita dapat menjauhinya


Mari kita kenali tujuh hijab hati agar kita dapat menjauhinya:

  1. "Azzunub", tumpukan dosa tanpa diiringi dengan kesungguhan bertaubat 
  2. "Alwasikh" banyak makan dan minum haram 
  3. "Aljahlu" sangat pintar ilmu dunia tetapi bodoh dan malas belajar Islam 
  4. "Alhawa tutbau" Nafsu yang diperturutkan terus menerus, seperti minum air laut yang kesannya menghilangkan dahaga 
  5. "Hubbuddunya", terlalu cinta dunia sehingga tidak peduli lagi halal dan haram 
  6. "Alzhulmu" ramai orang yang telah disakiti 
  7. "Asysyaithoonu rookibuhu" kerana semua hal-hal tersebut diatas (1 - 6), maka dengan mudah syaitan menundukkannya sampai tidak sedar manusia itu dalam kesesatan. Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. Kemudian ia akan menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah ia dari orang-orang yang sesat. (Surah Al-A'raf ayat 175). -RO





.

Kisah terkini bekas peserta Akademi Fantasia, Anding


Pelakon dan pengacara, Anding Indrawani Zaini menjelaskan keputusannya untuk menjadi jurulatih peribadi bukan kerana telah bosan dengan dunia seni yang diceburinya hampir sembilan tahun lalu. Anding, 30, berkata, dia melakukan kerja tersebut kerana memang meminati bidang tersebut selain dapat membantu orang lain menjaga kesihatan dengan lebih berkesan. "Sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah pusat kecergasan sebagai jurulatih namun selepas beberapa tahun saya berhenti dan melakukan latihan peribadi kepada pelanggan yang berminat. "Selain dapat membantu orang menjaga kesihatan dan membina badan pada masa sama saya juga turut melakukan senaman yang telah menjadi rutin saya," jelasnya. Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Anding berkata, dia kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada bidang pengacaraan yang dilihat lebih memberikan kepuasan.

Anding berkata, dia semakin selesa bergelar pengacara dan tawaran yang datang kepadanya juga cukup banyak. "Saya sekarang banyak merantau kerana program yang saya terlibat berbentuk travelog dan selain memberikan kepuasan pengalaman yang dikutip ketika merantau juga banyak mengubah presepsi saya mengenai kehidupan untuk menjadi insan lebih baik," jelasnya. Tambah Anding, dia juga tidak pernah melupakan dunia lakonan dan nyanyian namun terpaksa menghadkan aktiviti itu kerana terlalu sibuk dengan bidang pengacaraan dan tugasnya sebagai jurulatih peribadi. Sementara itu, Anding memberitahu dia terharu apabila dipilih oleh pengarah, Saw Teong Hin sebagai watak utama dalam teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 26 Mei depan.

Anding berkata, walaupun menyedari tanggungjawab itu besar namun yakin dapat melunaskan amanah itu dengan sebaik-baiknya. "Chow Kit Road! Chow Kit Road! adalah teater kelima saya dan ia berbeza daripada yang lain kerana ia mengangkat 20 lagu popular Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan untuk memastikan semua karya Allahyarham dibawa dengan baik adalah satu cabaran," ujarnya. Selain Anding, teater muzikal itu turut menampilkan Nadia Aqilah, Adibah Noor, Tony Eusoff, Shantini Venugopal dan Junji Delfino. -MStar







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!