Thursday, January 24, 2013

Jambatan kematian mencipta sensasi luar biasa


Jambatan yang dibuat dari lantai kaca ini dipanggil Jambatan Kematian kerana sensasi luar biasa dirasakan pejalan kaki di atasnya. Jambatan sepanjang sekitar 60 meter ini mengeliligi Gunung Tianmen yang berlokasi di Pegunungan Tianmen, Provinsi Hunan, China. Jambatan yang hanya selebar sekitar hampir 2 meter ini berada di ketinggian 1,430 meter. Berada di tebing gunung. Jambatan yang menggunakan kaca-kaca setebal 2.5 inci ini menawarkan kengerian yang luar biasa.

Dengan permukaan jalan jambatan yang terbuat dari kaca, pelancong boleh menikmati keindahan alam dari ketinggian, tepat di bawah kaki. Para pelancong diwajibkan mengenakan penutup kain untuk alas kasut. Perturan ini dilakukan agar kaca mudah dibersihkan. Jambatan Kematian ini dibuat sepanjang sekitar 60 meter. -weirdasianews







.

Rumah kecil yang bernilai tinggi


Sebuah rumah terkecil di Brussels akan dilelong pada 6 Februari ini dengan harga permulaan 146,200 euro (RM596,658). Rumah lima tingkat berusia berabad-abad itu yang juga bekas kedai perabot mempunyai lebar 2.75 meter manakala tingkat bawahnya pula hanya selebar 1.75 meter. "Rumah kecil ini terdapat banyak keistimewaannya dan ramai pelancong yang mahu melihatnya," kata Claude Rotsart de Hertaing, seorang pesara yang bertanggungjawab membawa bakal pembeli melihat rumah terbabit. Rumah itu terletak berhampiran Dataran Grand Place di tengah Brussels dengan tulisan 'La plus petite maison de Bruxelles' (Rumah terkecil di Brussels) tertera di atas pintu masuk kediaman terbabit. -AP






.

Kerjaya baru Spiderman yang lebih hebat dari menjadi superhero..


Adakah Spiderman kehilangan pekerjaan hingga dia bekerja menjadi pembersih tingkap? Itulah yang terlihat dalam gambar ini. Sebenarnya orang dalam kostum tersebut adalah Merril Hunt (43). Dia bekerja sebagai pembersih tingkap di Hospital All Children's Hospital, St. Petersburg, Florida. Demi menghibur anak-anak yang terbaring lemah di hospital tersebut, maka Hunt rela mengenakan kostum spiderman sewaktu bertugas. Dan nampaknya bukan hanya Hunt seorang. Setiap pekerja di situ juga melakukan hal yang sama.

Sambil membersihkan tingkap, mereka melambaikan tangan pada pesakit. Idea ini bermula dari gagasan Holly Ott, seorang koordinator yang ingin memberi kesempatan kepada anak-anak melihat pahlawan super impian mereka. "Anak-anak di hospital memiliki peluang untuk melihat pahlawan mereka sedang memanjat sisi bangunan. Mereka terkejut dan merasa menikmati hari yang istimewa," Ujar Ott.-AP







.

Hebat! Beckham menghadiri ujian kecerdasan di Chelsea


Khabar gembira dari Chelsea FC. Anak David Beckham, Brooklyn bersedia untuk mengikuti jejak langkah ayahnya selepas menghadiri ujian kecerdasan di Chelsea. Remaja berusia 13 tahun itu menyertai ujian kecerdasan bawah 14 tahun kelab itu di tempat latihan Cobham mereka minggu ini. Dan kelihatan ayah kepada Brooklyn, pemain bola terkenal, David Beckham turut berada di situ memberi semangat kepada anak sulungnya.


Pemain remaja, Cole Dasilva membuat pengesahan itu menerusi twitter, " Anak David Beckham, Brooklyn melakukan ujian kecerdasan untuk pasukan # chelseafc saya," tulisnya di Twitter. Dan dia kemudian mengesahkan bahawa David turut hadir untuk melihat anak sulungnya pada sesi latihan. -Daily Star







.

Filem epik Amerika Syarikat 'Cloud Atlas' di potong 40 minit..


Pihak berkuasa China memotong 40 minit dari filem epik Amerika Syarikat "Cloud Atlas" selepas tayangan perdananya pada Rabu. Menurut Post Fajar Xiaoxiang, hampir satu perempat daripada filem itu diarahkah ditapis sebelum ditayangkan kepada penduduk di negara tersebut. Perkara tersebut diambil serius selepas filem terbaru "James Bond: Skyfall" yang ditayangkan minggu lalu mendorong kekecewaan pelbagai pihak dan mendapat kritikkan media di China. "Cloud Atlas" berdurasi selama 172 minit dalam versi asal ditayangkan di Amerika Syarikat.

Tetapi selepas tapisan daripada Pentadbiran Negeri Filem Radio dan Televisyen China (SARFT) ianya tidak lebih dari dua jam. Malah sebuah akhbar Zhejiang Express menyenaraikan filem tersebut sebagai filem yang lemah dan plot yang mengelirukan. Filem tersebut akan berada di pawagam di China minggu depan selepas pembukaan di Amerika Syarikat pada bulan Oktober lalu. Pegawai SARFT tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.-AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!