Wednesday, January 16, 2013

OH, MY BODYGUARD



Novel menarik ini mengisahkan kisah pengkhianatan, persabahatan, kekeluargaan dan cinta. Agak menarik membaca novel setebal 515 muka surat, yang ditulis oleh Hanny Syazwany ini. Kisah mengenai seorang gadis yang bersahabat baik dengan Nisya, Ain Qistina, lahir dalam sebuah keluarga yang kaya dan memiliki seorang bodyguard yang sangat bertanggungjawab dan dingin. Bodyguard ini, Ivan Lee, sorang pemuda cina sentiasa bersamanya, dengan alasan itu adalah tanggungjawabnya.

Malang bagi Ain Qistina bila satu-persatu kejadian aneh menimpanya. Daripada kehilangan teman lelaki yang sangat disayanginya, Dain Hakimi, sehinggalah misteri kematian ayahnya, Tuan Ghazi. Kehilangan tempat bergantung membuatkan Ain Qistina semakin rapat dengan bodyguard itu yang tetap setia menjaganya walaupun Tuan Ghazi sudah tiada. Tanpa mereka sedari, telah wujud perasaan cinta diantara mereka berdua.

Apakah kau tahu?
Sejak kali pertama bertemu denganmu.
Ku tahu akan dirimu.
Ayuh kita susuri jalan itu bersama-sama.
Hari yang indah.
Telah muncul di hadapan kita.

Novel ini terselit mengenai perjalanan ke Jepun dan penulis menulis tempat-tempat disana dengan begitu teliti. Adakah, akan ada jodoh Ain Qistina bersama bodyguardnya yang setia ini? Apakah cerita sebenar diatas kejadian-kejadian aneh yang berlaku kepada Ain Qistina? Dan siapakah Ivan Lee yang sebenar? Ikuti kisah menarik ini dalam novel dari buku prima yang berharga RM19.90/RM22.90.





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Tikus mampu sembuh sendiri


Sejenis tikus kecil dari Afrika didapati mampu menyembuhkan lukanya sendiri, sekali gus menjadi kunci kepada revolusi perubatan dalam bidang pertumbuhan semula tisu mamalia. Sebelum ini, hanya cicak diketahui boleh menggantikan anggotanya yang hilang, namun secara saintifik, biologi amfibia sangat berbeza dengan manusia dan pakar mendapati haiwan itu tidak boleh digunakan dalam perubatan manusia. Menurut sekumpulan saintis dari Universiti Florida, gen tikus kecil dari Afrika yang dikenali dengan nama santifiknya Acomys kempi dan Acomys percivali itu didapati paling hampir dengan manusia dan berpotensi merawat luka manusia. Ketua kajian, Ashley Seifert berkata, tikus itu mampu membina semula tisu telinga sama seperti cicak membina semula anggotanya yang hilang akibat diserang.

"Tikus kecil ini mampu menghasilkan kulit, folikel rambut dan rawan," katanya. Seifert melakukan ujian menggunakan kaedah menebuk lubang pada telinga tikus tersebut untuk melihat bagaimana ia akan tumbuh semula. "Keputusannya sangat menakjubkan. Tisu yang pelbagai tumbuh semula melalui kaedah yang sama digunakan oleh cicak untuk menghasilkan anggotanya," katanya. Sementara itu, Profesor Ken Muneoka dari Universiti Tulane, menganggap penemuan tersebut sangat penting kerana ia menghasilkan kaedah baru perubatan merawat luka di bahagian kulit dan pertumbuhan semula tisu di kalangan manusia. - AGENSI






.

Pakar menemui monyet kuno di Uganda


Pakar Perancis mengaku berhasil menemukan fosil tengkorak yang berada dalam keadaan baik di Uganda. Fosil ini dianggarkan berusia 20 juta tahun. Fosil ini ditemukan di bahagian gunung berapi di negara terpencil di timur laut wilayah Karamoja, salah satu area berkembang di Uganda. Menurut laporan BBC, pakar berkata, tengkorak herbivora pemanjat pohon ini sama ukuran dengan cimpanzi. Bezanya, ia memiliki ukuran otak yang lebih kecil. Palaentolog Martin PickFord dari College de France di Paris bersama Brigitte Senut dari French National Museum of Natural History mengatakan, tengkorak ini berasal dari makhluk yang digelar Ugandapithecus.

“Fosil ini sangat penting dan menempatkan Uganda dalam peta dunia sains,” ujarnya. Senat berkata, sisa-sisa yang ada akan dibawa ke Paris untuk diberi sinar-x dan didokumentasikan kemudian dibawa kembali ke Uganda. “Fosil ini akan dibersihkan di Perancis dan kemudian setelah setahun, fosil ini akan dikembalikan,” ujarnya. -BBC.







.

Inilah pokok kedua terbesar didunia


Terletak di pegunungan Sierra Nevada Amerika Syarikat. Pokok yang berusia ribuan tahun ini berada taman nasional Sequoia, di sebelah barat lereng Sierra Nevada dan California. Pokok Sequoia raksasa boleh tumbuh mencapai 237 kaki atau setara dengan ketinggian 20 tingkat dan boleh jadi akan tumbuh besar dan tinggi seterusnya. Batangnya berwarna merah berkarat, menebal dengan lapisan dalam kulit berkerut, dan 27 meter dengan diameter di dasar. Pokok ini begitu besar, sehinggakan anda hampir tidak dapat melihat semuanya. Pohon Sequoia yang paling terkenal diberi nama ‘The Presiden’ yang berusia 3200 tahun merupakan pokok terbesar ke dua di dunia. Pokok pertama ialah sequoia raksasa yang terletak di Giant Forest of Sequoia National Park di Tulare County, California, The General Sherman”.

Dengan ketinggian 83.8 meter (275 kaki), diameter 7.7 meter (25 kaki), sebuah batang diperkirakan volume 1.487 meter kubik (52.513 kaki kubik), dan diperkirakan berusia 2300 – 2700 tahun. Penelitian terbaru oleh ilmuwan Steve Sillett dari Humboldt State University telah mendedahkan bahawa ‘The Presiden’ peringkat nombor dua di antara semua pokok-pokok besar yang sudah pernah diukur.


Walaupun The Presiden” tidak berdiri sebagai tertinggi dari pokok sequoia atau Eucalyptus regnans di Australia, namun tinggi bukanlah segalanya, yang jelas The Presiden jauh lebih besar daripada pokok redwood pantai atau eukaliptus. The presiden memiliki hampir dua juta daun. Batangnya terus melebar, sementara tungkai atas tumbuh kuat bahkan ketika usia pokok bertambah. Steve Sillett dan kumpulannya membuktikan penemuan tak terduga ini dengan memanjat pokok terbesar dan mengukur mereka lebih menyeluruh daripada yang pernah dilakukan sebelumnya. -NG






.

Pasport Bintang sukan ini rosak digigit anjing


Pemain Rugby Wales, Jason Tovey terpaksa lewat hadir dalam pertandingannya di Perancis kerana Buster, anjingnya telah memakan pasportnya. Kelab Jason, Cardiff Blues bakal menghadapi Toulon di Piala Heineken. Sebenarnya Jason sudah berkemas dan bersiap untuk pergi, namun sesuatu telah mengejutkannya. Jason menemui pasportnya dikunyah Buster di lantai bilik tidur. Jason kemudian memuat turun foto pasportnya, lengkap dengan tanda gigi di Twitter, ‘The Remains of pasport’.

Jason juga berkata, Buster selalu mengunyah sesuatu tetapi biasanya stokin dan kasut. "Apabila saya melihat pasport itu, saya fikir saya tidak akan boleh melepasi keselamatan lapangan terbang’’ ujar Jason. Karena pasportnya rosak, pemain berusia 23 tahun itu segera mengurus pasportnya. Setelah membayar 125 euro, Jason akhirnya mendapatkan pasport baru dengan cepat. -mirror






.

Gempar.. anjing ini mirip singa.. eh bukankah ini anak singa?


Kewujudan 'anak singa' di wilayah Norfolk, Virginia, Amerika Syarikat, membuat jiran panik. Setelah disiasat, ternyata 'anak singa' tersebut hanyalah anjing yang fizikalnya mirip singa. Anjing bernama Charles ini merupakan jenis anjing yang cukup unik, iaitu labradoodle. Anjing labradoodle merupakan hasil perkahwinan silang antara jenis Labrador Retriever dan poodle mini atau standard. Polis tempatan pada mulanya terkejut kerana dihujani telefon dari penduduk yang risau dengan kewujudan 'anak singa' tersebut. Pada mulanya, polis tak percaya ketika penduduk melaporkan adanya 'anak singa' berkeliaran di jalan dekat penempatan.

Bahkan ada yang melaporkan, 'anak singa' tersebut seperti sedang mencari mangsa. Semakin banyaknya laporan, membuatkan polis akhirnya membuat siasatan. Apatah lagi apabila dikhabarkan, ada 2 ekor anak singa. Polis bersenjata pun datang dan hanya menemukan si anjing yang memiliki nama lengkap Charles the Monarch. Charles memang sengaja didandan oleh pemiliknya agar mirip singa. Bulu di bahagian tubuhnya dicukur hingga sangat pendek, sedangkan bulu di kepalanya dibiarkan panjang agar mirip seperti kepala singa. Pemilik Charles, Natalie Painter, sengaja mendandan anjing seperti itu agar mirip dengan maskot pasukan universitinya.

Natalie menuntut di Old Dominion University di Norfolk. Maskot utama kampus tersebut adalah singa mengenakan mahkota. "Saya menuntut di Old Dominion University dan maskot kami adalah singa. Kami juga memiliki zoo binatang di sini, namun, saya faham jika penduduk takut dengan haiwan ini," ucap Natalie Painter. Menurutnya, Charles banyak melakukan kegiatannya sendiri sepanjang waktu. "Ia memang benar-benar kelihatan seperti singa.." ujarnya. -Mirror






.

Ulama Saudi Halalkan Makanan yang Dimasak Oleh Orang Non-Muslim


Bekas hakim mahkamah syariah Arab, Saudi Syekh Muhammad al-Jazlani kelmarin menegaskan kaum muslim dihalalkan makan makanan dimasak orang orang non-muslim, kecuali daging. Komen ini menangkis kenyataan Syekh Abdullah al-Mani yang menyebut makanan dibuat oleh pekerja asing non-muslim haram dimakan orang muslim. Syekh Abdullah merupakan anggota Dewan Ulama Senior Arab Saudi. Pekerja dari Indonesia dan Filipina kebanyakan bekerja di sektor rumah tangga, seperti menjadi pembantu, pemandu, dan tukang kebun. Pekerja Filipina kebanyakan non-muslim berjumlah 250 ribu dan dari Indonesia sekitar 900 ribu. "Muslim dibolehkan memakan makanan dimasak tanpa berdoa (sesuai syariat Islam)... dan ini disepakati oleh para ulama," kata Syekh Jazlani dalam temubual khas dengan stesen tv Al Arabiya.

Namun dia menekankan kaum muslim agar tidak makan dari pinggan yang sebelumnya digunakan untuk menyajikan menu babi atau alkohol. Syeikh Mani menyeru kepada kerajaan agar mengurangkan pekerja asing non-muslim. Dia mendesak tenaga kerja non-muslim jangan ditugaskan buat memasak. "Anda tidak boleh berurusan dengan pembantu non-muslim kerana mereka penyembah berhala." Soal makan di restoran, menurutnya, kaum muslim tidak perlu curiga. Kecuali, tahu ada tukang masak non-muslim, haram membeli makan di sana. -Al-arabiya






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!