Tuesday, January 15, 2013

Bintang sukan ini sanggup melakukannya untuk menang!


Pelumba basikal, Lance Armstrong mengaku mengambil dadah untuk memenangi Tour de France. Armstrong dilaporkan membuat pengakuan terbuka dalam rancangan temu bual Oprah Winfrey. Pengakuan itu didedahkan seorang yang mengetahui sesi temu bual berkenaan yang bakal disiarkan pada Khamis ini. Kejuaraan Armstrong dalam tujuh kejohanan berprestij Tour de France itu ditarik balik, tahun lalu selepas Agensi Anti Dadah Amerika Syarikat USADA mendapati pelumba itu mengambil dadah terlarang. - AP





.

Basikal jadi simbol kekayaan disana


Menonjolkan kereta mewah dan pakaian mahal menjadi cara kebanyakan orang kaya untuk memperlihatkan kekayaan mereka. Namun cara itu tidak berlaku di China, kerana kini mereka akan dilihat semakin kaya dengan hanya menaiki basikal. Ya, basikal kini menjadi trend baru di China. Ramai orang kaya disana cuba untuk mengubah gaya hidup mereka menjadi lebih pentingkan kesihatan. Mereka lebih memilih menaiki basikal daripada kereta mewah. Meskipun China dikenali sebagai pasaran kereta terbesar di dunia, namun penjualan basikal disana meningkat sepuluh persen per tahun! Basikal yang digunakan masyarakat kaya China ini tentunya berbeza dengan basikal yang dipakai masyarakat biasa.

Harga sebuah basikal yang dimiliki kalangan berada China ini, diketahui lebih mahal dari rata-rata pendapatan yang boleh diperolehi masyarakat biasa dalam tempoh tiga tahun. Bahkan dalam beberapa kes, basikal yang dibeli jutawan China berharga lebih mahal dari harga sebuah kereta. Direktor kreatif sebuah perusahaan kewangan China, Yu Yiqun, mengaku memiliki basikal berharga US$ 16 ribu. Basikal ini merupakan buatan tangan khusus oleh Alex Moulton. “Ini mungkin basikal satu-satunya di Beijing. Ini seperti memandu Roll-Royce berbentuk basikal, sangat klasik, buatan tangan,” kata lelaki berusia 40 tahun yang memiliki sekitar 38 basikal kelas premium itu. -weirdasia.com






.

Ritual aneh lagi menjijikkan berkaitan kasta


Ritual kuno berusia ratusan tahun di India mengajar masyarakat Hindu kasta rendah untuk berguling di sisa makanan yang dibuang oleh kasta lebih tinggi. Hal itu dipercayai mereka dilakukan untuk menghilangkan penyakit. Yang unik, meskipun ritual ini telah ditentang oleh banyak pihak, masyarakat pelaku ritual ini tetap tak mahu berhenti melakukan ritualnya. Ritual ini sendiri disebut Made Snana atau Mandi Ludah, iaitu ritual yang umum dilakukan di Karnataka ketika perayaan rutin yang dilakukan di kuil berumur 4000 tahun Kukke Subramanya. Ritual ini juga dilakukan di kuil Sri Krishna di kota Udupi. Sebagai sebahagian dari ritual kuno, para Dalit, sebutan untuk anggota kasta paling rendah, berguling melintasi sisa makanan yang dimakan para brahmana, sebutan untuk orang dengan kasta lebih tinggi.

Dengan bergulingnya mereka di sisa makanan tersebut, diyakini, semua kesusahan dan penyakit akan hilang dan disembuhkan. Festival rutin ini diikuti hingga 25000 orang yang berguling di sisa makanan’ para Brahmana. Sementara, di sisi lain, ada sebahagian Dalit yang bergabung dalam Organisasi Kesejahteraan Dalit, yang menganggap ritual ini tidak berperikemanusiaan dan tak dapat diterima. Jika memang dapat menyembuhkan penyakit secara efektif, sebaiknya kerajaan pusat menutup hospital. Sedangkan pihak yang memprotes lainnya menganggap tradisi ini tak berbeza dengan kejahatan tradisi sati dimana para janda dibakar saat pemakaman suaminya. Bahkan menteri sosial dan kesejahteaan, A. Narayanaswamy, yang juga seorang Dalit, mengatakan bahawa tak ada toleransi bagi ritual ini.


Dia tidak peduli kasta mana yang berguling atau kasta mana yang membuang makanan, ritual ini tetap menjadi sebuah hal yang sangat tidak wajar dan menjijikkan. Penjelasan akan ritual aneh ini pun dijelaskan oleh salah seorang pengikutnya, seorang astrologi, Kabyadi Jayarama Acharva. Menurutnya, Snana tak ada hubungannya dengan pembahagian kasta. “Para Brahmana yang makan dianggap sebagai representasi dewa Subramanya, dan sisa mereka dianggap kurniaan dewa. Saya sendiri berguling snana ketika berumur 16 tahun dan penyakit kulit saya sembuh. Beberapa pihak yakin bahawa ada efek psikologi yang timbul ketika melakukan ritual ini sehingga menyebabkan keyakinan pada diri mereka dan membantu menyembuhkan penyakit atau bahkan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sementara debat mengenai ritual ini terus berjalan, ternyata satu-satunya cara untuk menghentikan ritual ini adalah dengan mengubah keyakinan para pengikutnya yang tentunya memerlukann waktu yang lama. -ID






.

Kelakuan pelancong ke China ini membuatkan ramai orang terharu


Rendahnya moral masyarakat kota di China sering kali menjadi tajuk berita. Ramai warga yang tidak peduli dengan kesusahan jran ataupun orang yang mendapatkan kemalangan di jalanraya. Biasanya warga kota di China lebih memilih tidak menolong ataupun berlagak tidak melihat. Kini muncul di dunia maya dan menjadi topik utama apabila seorang lelaki asing dilihat berkongsi makanannya dengan seorang pengemis wanita tua di depan Mc Donald. Di pintu depan McDonalds, seorang pemuda tampan berasal dari Amerika bernama Jason Loose membeli dua kentang goreng dan ayam, kemudian berbahagi seorang satu dengan seorang pengemis wanita tua. Mereka duduk berdampingan, makan dan saling berbual.  Kemurahan hati Jason membuatkan beberapa orang tersentuh dan mengingatkan rendahnya tahap moral masyarakat China.


Menjadi selebriti semalam di China. 

Lelaki itu terkejut ketika seorang wartawan China dari Xiandai Kuaibao ingin menemubualnya. Jason menjawab “Ini bukan hal yang istimewa. Malah anda datang untuk menemubual perkara yang kecil dan hal ini membuat saya malu..” Pemuda Amerika ini berkata kepada wartawan, “Mereka adalah manusia, saya juga manusia. Mereka wajar mendapatkan sedikit hormat dan perhatian. Ini benar-benar bukan perkara yang besar selain makan dan berbual dengan mereka. ”Wartawan bertanya mengenai hal yang dibualkan bersama pengemis itu, Jason menjawab mereka berbual dan berkenalan antara satu sama lain. Wanita itu mengatakan dia berusia 80 tahun dan berasal dari Provinsi Anhui. Dia baru datang dari Nanjing dan tak punya pilihan selain hidup mengemis kerana anak-anaknya tidak dapat menampung kehidupannya.

Jason juga berkata, dia pernah bekerja buruh kasar dan kotor, jadi baginya, dia tidak peduli dengan penampilan seseorang yang kotor asalkan memiliki hati yang bersih. Warga china sering menganggap orang asing tidak memahami keadaan nasional di China. Sebahagian besar pengemis adalah penipu dan tidak layak menerima bantuan dari orang lain. Jason berkata, dia memang benar-benar tidak memahami keadaan di China. Dia hanya pengunjung sementara saja. Namun Jason berharap wanita tua itu bukanlah penipu.


Tetapi jika dia benar-benar penipu, Jason berkata, dia tetap membantu semampu yang boleh kerana wanita tua itu lebih menyedihkan disebabkan dia harus menjadi pengemis. Siapapun akan terharu dengan perhatian yang diberikan Jason, bahkan ketika ramai yang mengkritik dia memberikan makanan tidak sihat kepada wanita tua, Jason juga menjawab dengan tenang, bahawa dia akan memberikan makanan yang lebih sihat seperti buah atau roti jika memiliki peluang lain untuk bertemu lagi dengan ibu tua itu. -XK






.

Terkejut coklat berjenama ada ulat dan kulat


Seorang pengguna mendakwa trauma untuk makan coklat selepas mengalami muntah-muntah akibat menjamah makanan ringan itu yang sudah berkulat dan berulat. Mohd Khairi Awang, 52, berkata, dia membeli coklat itu pada minggu lalu di sebuah pasar raya berhampiran kediamannya, sebelum menikmati makanan manis berkenaan bersama rakan-rakan pada keesokan harinya. “Ketika makan coklat berkenaan dalam keadaan gelap pada waktu malam, kami tidak nampak coklat itu sememangnya sudah berkulat. “Sebaik sahaja menjamah coklat itu, kami dapati rasanya sedikit pelik dan segera beredar ke tempat lebih terang untuk memastikan kondisi coklat yang dimakan.

“Selepas itu, barulah kami perasan bahawa coklat itu sudah berkulat dan terdapat sejenis serangga seperti kumbang,” katanya. Mohd Khairi berkata, kejadian itu menyebabkannya bersama rakan-rakan muntah-muntah. Dia berasa kesal dengan perkara yang berlaku memandangkan tarikh luput yang tertera pada coklat berkenaan adalah berakhir pada Julai tahun ini. “Sebelum membeli sebarang produk makanan, saya akan sentiasa pastikan tarikh luputnya terlebih dahulu agar tidak membeli barangan yang sudah tamat tempoh. “Bagaimanapun, saya kesal dengan perkara yang berlaku kerana pengeluar coklat berkenaan turut mendapat pensijilan ISO.

“Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan pengguna, malah turut menyebabkan saya trauma untuk menjamah makanan,” katanya. Beliau berkata, berikutan kejadian itu, dia telah mengemukakan aduan di pasar raya berkenaan seterusnya menghubungi dan mengingatkan syarikat pengeluar coklat untuk menjaga kualiti produk supaya perkara sama tidak berulang. “Saya berharap pendedahan ini dapat memberi pengajaran kepada syarikat pengeluar makanan agar mereka sentiasa menjaga kualiti produk masing-masing,” katanya. -SH






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!