Sunday, January 13, 2013

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI



Lama dah intai novel ni. Dengan warna birunya, dan ketebalannya ^___^

Tajuk : Cinta Untuk Sedetik Lagi - Ezza Mysara
Halaman : 815 muka surat
Keluaran : Karyaseni
Harga : RM28.00/RM31.00

Novel ni mendapat sambutan baik dari penggemar novel kerana sejak beberapa bulan yang lalu tersenarai diantara novel yang laris. Apa istimewanya? Masa buat pilihan beli novel, lulu tengok novel ni mendapat komen yang hebat dari pembaca. Ada yang cakap ceritanya sedih.

Novel ini mengisahkan pasangan kembar, Naila Farafeesa dan Naila Faraneesha yang berbeza watak namun saling rapat antara satu sama lain. Seorang dengan sikap yang agak kasar dan seorang pula lemah lembut. Feesa yang selalu positif, disahkan menghidap penyakit serius yang membuatkan dia nekad menolak kebahagiaan diri sendiri kerana menganggap dia tak layak bahagia disebabkan nyawanya yang semakin singkat. Seorang lelaki yang sangat menyintainya mendapat tahu penyakitnya dan membuatkan dia melakukan sesuatu untuk memastikan gadis yang menawan hatinya itu akan menjadi isterinya.

'Feesa, percayalah, jika awak ada sedetik lagipun, cinta saya pada awak tak akan pernah padam. Izinkan saya untuk membahagiakan awak. Menemani sisa-sisa hidup awak.. Biar kita lawan rasa sakit itu bersama-sama.. Kerana sebenarnya keadaan yang kita rasai sekarang adalah lebih menyakitkan....'

Tekanan perasaan yang dialami Feesa semakin hebat kerana si ibu yang bersikap dingin terhadapnya. Juga kembarnya yang tiba-tiba kehilangan tunang. Disamping dugaan-dugaan hebat dalam hidupnya, dia bersyukur memiliki seorang suami yang sangat menyintai dan menyayanginya. Apakah akhir cerita novel ini? Dapatkah dia sembuh dari sakitnya, dan adakah ibunya akan menyanyanginya seperti menyayangi kembarnya, Faraneesha?





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Pelik. Sungai susu wujud didunia..?


Di China, tepatnya di kota Wenzhou terdapat sungai yang dinamakan Sungai Quxi. Apa yang menghairankan, air di sungai ini berwarna putih dan sungai ini digelar 'sungai susu' kerana itu. Mungkin anda semua bertanya-tanya dari manakah asal warna putih pada air sungai ini. Adakah mungkin ada sesorang yang sengaja membuang banyak susu ke tempat ini sehingga airnya berubah menjadi berwarna putih? Tentu saja tidak, kerana penyebab sungai ini menjadi berwarna putih ialah pencemaran yang menimbulkan lapisan berminyak putih.

Lembaga perlindungan kesihatan mendedahkan sisa latex yang dibuang dari perusahaan industri itu menjadi penyebab sumber pencemaran di sungai tersebut. Dan anehnya lagi, akhbar tempatan menyebutkan bahawa pencemaran itu dikenal pasti sebagai emulsi alam, emulsi yang tidak mengandungi racun biokimia. Dan itu bererti, adakah air di sungai yang mendapat gelaran sebagai 'sungai susu' ini selamat untuk diminum? -cdaily




P/S -  Emulsi ialah satu campuran yang terdiri daripada dua bahan tak boleh campur (tak boleh bersebati).





.

Budak lari dari dengan menggunakan kereta Mercedes Benz bapanya


Seorang budak lelaki 13 tahun melarikan diri daripada ibu bapa angkatnya di Itali, menggunakan kereta jenis Mercedes Benz milik bapanya dan memandu 1,000 km ke arah Poland sebelum berhenti di Jerman. Budak peminat sukan go-kart itu berjaya sampai ke tol lebuh raya dan menyeberangi dua sempadan antarabangsa pemanduan selama dua hari di seluruh utara Itali, Austria dan separuh daripada Jerman. "Dia kelihatan seperti 16 tahun, tetapi berjaya untuk menyeberangi dua sempadan. "Ia luar biasa," kata Ketua Polis Carabinieri Eleonora Spadati, Montebelluna di timur laut Itali di mana tempat kanak-kanak itu berjaya dikesan. Spadati berkata budak itu mahu ke Poland kerana ingin berjumpa kakak kandungnya.- AFP







.

Maklumat terkini dan lengkap mengenai rebet RM200, Pakej Komunikasi Belia


Syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam Pakej Komunikasi Belia telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa mereka telah melantik hampir 1,000 wakil jualan di seluruh negara sehingga semalam. Jumlah wakil-wakil jualan yang dilantik oleh syarikat-syarikat telekomunikasi itu akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa diseluruh negara untuk memastikan para belia dapat membeli telefon pintar 3G yang mereka idamkan dengan lebih mudah. Mereka yang telah berjaya mendaftar diminta bersabar sedikit dan kerap menyemak senarai wakil-wakil penjual yang telah dilantik di laman-laman sesawang setiap syarikat telekomunikasi atau pemberi perkhidmatan di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html. Setiap syarikat telekomunikasi juga menawarkan beberapa model telefon pintar untuk para belia membuat pilihan.

Disebabkan permintaan yang diluar jangkaan, ada kemungkinan tidak cukup stok atau kekurangan model telefon. Setakat ini terdapat 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di bawah skim ini. Model-model telefon ini akan ditambahkan dari semasa ke semasa oleh pihak syarikat selaras dengan penambahan stok dari yang sedia ada agar para belia mempunyai lebih banyak pilihan. Perlu diingat bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tidak menawarkan semua telefon pintar yang disenaraikan di bawah. Belia perlu ke laman sesawang syarikat-syarikat tersebut dahulu untuk melihat model telefon yang ditawarkan oleh setiap syarikat. SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar. Setelah mendaftar, belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik.

Jenis-jenis telefon:
1. iPhone 5,
2. Samsung Galaxy S3,
3. Samsung Galaxy Mini 2
4. Samsung Galaxy Y
5. Samsung Galaxy Note 2
6. Samsung Galaxy Ace Plus
7. Samsung Galaxy S3 Mini
8. Samsung Galaxy Note
9. Samsung Galaxy Nexus
10. LG Optimus LE E400
11. HTC Desire C
12. HTC One X
13. HTC Wildfire S
14. HTC Desire X
15. HTC One S
16. Nokia Asha 311
17. Sony Xperia Tipo Single
18. Sony Xperia SL
19. Sony Xperia Ion
20. Sony Xperia S
21. Huawei Ascend P1
22. Windows Phone 8X By HTC
23. Ninetology Blackpearl 2 i9400
24. Ninetology Stealth 2 i9500
25. Palette i5300
26. ZTE Acqua
27. Buzz 4G Cloud Phone
28. Insight i9430

- Bernama









.

Kisah pelik dari peniaga kedai runcit


“Seumur hidup inilah pertama kali saya tengok biji petai warna putih,” kata seorang peniaga kedai runcit, Norma Rahim, 34, yang terkejut melihat sebanyak empat daripada sepapan petai berwarna putih sedangkan biji selebihnya berwarna hijau seperti kebiasaannya. Menyifatkan penemuan itu sebagai sesuatu yang pelik, katanya, petai unik itu turut mendapat perhatian pelanggan kedainya. Menurutnya, ramai yang melihat petai itu seakan tidak percaya kerana tidak pernah melihat petai berwarna putih sebelum ini termasuk dalam internet. “Terdapat 17 biji bagi sepapan petai dan empat daripadanya berwarna ganjil.

Saya penggemar petai dan selalu beli petai untuk jadikan ulam. Sepanjang saya makan petai, tidak pernah saya temui biji petai warna putih seperti ini. “Saya juga mengunyah sedikit isi petai ganjil ini dan rasanya berlainan dari biji petai berwarna hijau kerana rasanya kelat seperti biji nangka,” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya, di Kampung Batu 9 Ibok kelmarin. Ibu kepada tiga anak ini berkata, petai berkenaan dibawa oleh ibu saudaranya ke kedainya selepas seorang suri rumah di kampungnya menyedari keganjilan petai tersebut ketika memotong biji petai tersebut untuk dijadikan ulam.

Suri rumah itu yang mesra disapa sebagai Ti membeli petai itu atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia Speciosa dari penjual ikan yang masuk ke kampung mereka. “Dia bersetuju meletakkan petai ganjil itu buat sementara di kedai saya bagi membolehkan penduduk kampung melihat keunikan pada petai tersebut. Sekali imbas biji petai ini seperti isi buah jering. “Bagaimanapun sebenarnya tiada yang mustahil dalam dunia ini, semuanya kuasa ALLAH SWT,” kata Norma lagi. -SH






.

Akhirnya : Artis ini putus tunang


Bintang pop, Britney Spears mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan pertunangannya dengan Jason Trawick berakhir semalam, beberapa jam selepas mengundurkan diri sebagai juri rancangan realiti, X-Factor. “Britney Spears dan Jason Trawick mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan pertunangan mereka selepas setahun. Mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing, namun dalam masa yang sama masih mengekalkan persahabatan," menurut wakil Spears, Jeff Raymond kepada majalah People.

Awal pagi semalam, penyanyi berusia 31 tahun itu mengumumkan untuk menamatkan tugasnya sebagai juri dalam X-Factor, walaupun hanya terlibat dalam rancangan itu selama satu musim, dengan alasan untuk menumpukan perhatian kepada pembikinan album baharunya. - DPA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!