Friday, January 11, 2013

Cuba bekerja sambil berdiri daripada duduk sepanjang hari


Pekerja pejabat yang menghabiskan masa bekerja secara duduk sepanjang hari perlu menukar gaya dengan cara bekerja sambil berdiri. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis dari Universiti Chester, Dr. John Buckley, berdiri selama tiga jam mampu membakar 3.6 kilogram lemak dalam tempoh setahun. Katanya, pekerja boleh menukar gaya bekerja secara berdiri dengan menggunakan meja komputer biasa untuk menjalankan rutin harian. Bekerja secara berdiri telah dipelopori oleh Ernest Hemingway yang merupakan seorang penulis yang menjalankan tugasan harian secara berdiri dengan sebuah meja khas paras dada.

Kata Buckley, menukar cara gaya bekerja daripada duduk kepada berdiri mampu mengurangkan obesiti dan melancarkan peredaran darah. "Berdiri selama tiga jam mampu membakar 144 kalori,'' ujar saintis Jabatan Klinikal Sains dan Nutrisi Universiti berkenaan. Katanya lagi, ramai pekerja banyak menghabiskan masa secara duduk, keadaan itu akan menyebabkan kadar metabolisma lemah. ''Ia bukan sesuatu yang normal, manusia dicipta untuk berdiri dan terus bergerak,''ujarnya lagi. Beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan pakar perubatan yang menjalankan kajian untuk mengawal obesiti. Terdapat beberapa laporan mengenai gaya hidup ringkas di pejabat dan rekreasi yang boleh merbahayakan.

Kajian yang dijalankan tahun lalu mempunyai kaitan antara gaya hidup ringkas dan peningkatan risiko kepada penyakit diabetis. Sementara itu, satu kajian di Australia yang dikeluarkan pada Mac 2012, mendapati terlalu lama duduk mempunyai risiko untuk mudah meninggal dunia walaupun aktif dalam aktiviti fizikal. Hasil kajian tersebut mendapati seorang dewasa yang duduk selama 11 jam atau lebih dalam masa sehari mempunyai 40 peratus risiko untuk meninggal dunia dalam tempoh tiga tahun berbanding dengan mereka yang kurang daripada empat jam sehari. - AGENSI






.

Kisah buat renungan. Walaupun sangat kaya, wanita ini tetap bekerja sebagai pekerja membersihkan bandar


Yu Youzhen (53) bukan wanita biasa. Warga kota Wuhan, China ini memiliki kekayaan yang luar biasa. Menurut harian South China Morning Post, Yu adalah pemilik 17 bangunan apartmen di Wuhan dengan nilai aset sebesar 1.6 juta dollar AS. Namun, tak seperti orang kaya lainnya yang memilih bersantai mengira kekayaan atau bercuti ke luar negeri, Yu tetap memilih bekerja di usianya yang sudah senja itu. Dan, pekerjaan yang dipilih Yu adalah pekerja kebersihan bandar dengan gaji sangat rendah sejak 1998. Dia harus bangun sejak pukul 3 subuh, lalu bekerja selama enam jam membersihkan jalan sepanjang 3 km dari sampah dan kotoran lainnya.

Tak hanya itu, Yu harus bekerja selama enam hari dalam seminggu. Sebenarnya, Yu dan suaminya lahir dari keluarga miskin dan biasa bekerja keras. Sejak 1980-an, Yu dan suaminya bekerja dari pagi hingga malam demi mendapatkan sedikit wang. Penat lelah mereka terbayar, ketika mereka akhirnya boleh membina rumah tiga tingkat. Dan dengan beberapa ruangan di rumah tiga tingkat inilah yang kemudian disewakan Yu untuk warga desa yang merantau ke Wuhan. Dengan menyewakan ruangan dengan harga 50 yuan sebulan, Yu dapat menyimpan wang untuk membina lebih banyak apartmen. Hanya dalam beberapa tahun, Yu sudah memiliki lima bangunan apartmen.

Kini, ramai yang tak memahami mengapa Yu, yang sudah kaya, tetap bekerja sebagai pembersih jalan. Apa sebenarnya motivasi Yu mempertahankan pekerjaannya? "Saya ingin menjadi contoh bagi anak-anak saya. Seseorang tak boleh hanya duduk di rumah dan bersenang lenang dengan semua kekayaannya," kata Yu menjelaskan motivasinya. Bahkan Yu tak segan-segan memperingatkan kedua anaknya agar tidak malas. "Jika mereka tak mau bekerja maka saya akan serahkan semua kekayaan saya kepada negara," ujar Yu. Dan ancaman si ibu ternyata cukup berkesan. Anak-anaknya kini kerja dan berpangkat dengan gaji yang besar.. -Cdaily






.

Kejam! Remaja dera anak kucing (3 Gambar)


Dua remaja perempuan Britain menggemparkan ramai pihak apabila aksi mereka menghayun seekor anak kucing menggunakan ekor haiwan itu dirakam dan disebarkan di dalam laman sosial Facebook. Remaja berusia 15 dan 16 itu turut membaling ke arah satu sama lain anak kucing berusia lapan minggu sambil ketawa di sebuah kediaman yang terletak di Isle of Sheppey, di sini. Walau bagaimanapun, kedua-dua remaja itu ditangkap dan didenda sebanyak 85 pound (RM425) selepas aksi mereka dilapor kepada polis.


Mereka turut diarahkan bertemu panel khas bagi memastikan tidak terlibat dalam perlakuan sedemikian selama sembilan bulan lagi dan tidak layak memelihara haiwan selama setahun, selepas mengakui kesalahan tersebut di Mahkamah Belia Maidstone. Ketua Inspektor Persatuan Diraja Membanteras Jenayah Kekejaman terhadap Haiwan (RSPCA), Steve Dockery berkata, rakaman itu sangat mengejutkan ramai pihak. "Paling membimbangkan apabila remaja tersebut menganggap perbuatan mereka melucukan. "Penderaan haiwan bagi tujuan hiburan tidak boleh dipandang ringan, tambahan lagi disebarkan di dalam laman sosial, seolah-olah mengatakan perbuatan tersebut boleh diterima," katanya.


Walau bagaimanapun, anak kucing tersebut terselamat dan kini ditempatkan bersama penjaga baharu yang menjaganya dengan baik. Doktor haiwan yang melakukan pemeriksaan tersebut mendapati anak kucing itu hanya mengalami tekanan dan menakjubkan apabila tidak mengalami kecederaan fizikal yang teruk. Seorang lagi rakan kepada dua remaja yang bertanggungjawab merakamkan aksi itu mengaku tidak bersalah dan dijangka dibicarakan pada satu tarikh yang tidak dinyatakan. - AGENSI






.

Gambar-Gambar Salji Tebal Yang Menyelimuti Baitulmuqadis


Bandar suci tiga agama ini telah dilitupi salji tebal sejak malam Rabu sekaligus mengubah wajah lanskapnya bagaikan sebuah bandar peranginan musim sejuk.


Suhu dingin dan hujan sejak beberapa hari lalu yang melanda Timur Tengah telah menukar suasana kepada salji menjadikan bandar suci ini putih melepak.


Sekurang-kurangnya salji setebal 10 sentimeter (empat inci) telah menutupi bandar ini yang terletak 800 meter dari paras laut. Kebanyakkan sekolah terpaksa ditutup sepanjang hari Khamis dengan beribu kanak-kanak keluar bermain salji dengan memakai baju dan jaket tebal.


Salji bukanlah sesuatu yang lazim di Timur Tengah tetapi kadang kala berlaku apabila angin sejuk bertembung dengan hujan. -AFP





.

Apa dah jadi dengan jari kaki penyanyi terkenal ini?


STEVEN Tyler muncul dengan penampilan yang mengejutkan. Seperti dilaporkan Daily Mail, penyanyi kumpulan Aerosmith itu muncul dengan jari kaki yang pelik. Apakah sebenarnya yang terjadi? Tetapi itu yang jelas kelihatan ketika Steven berhibur di Hawaii baru-baru ini. Sungguhpun begitu, rocker berusia 64 tahun kelihatan tidak terganggu dengan keadaan jari kakinya itu. "Steven memang mempunyai latar belakang penyakit neuroma morton yang pernah dialaminya sebelum ini.


"Oleh kerana sering mengadakan konsert dengan memakai kasut yang terlalu kecil, kakinya mula membengkak dan berubah," kata sumber. Bagaimanapun, dia sempat menjalani beberapa pembedahan untuk memulihkannya. Namun, penampilan gila-gilanya di panggung rupa-rupanya telah menjejaskan semula jari kakinya. Walaupun kelihatan sangat mengerikan, namun juri rancangan X- Factor ini masih lagi sempat bergaya. Lihat sahaja bagaimana dia menghias jari kakinya dengan pewarna kuku biru. -DM





.

Apa kata ND Lala mengenai hubungan Shila Amzah dan cinta hatinya, Sharnaaz


Bohong andai dikatakan hatinya tak tersentak setiap kali timbul cerita kurang enak membabitkan anak kesayangan, Shila Amzah dan pelakon, Sharnaaz Ahmad diperkatakan peminat. Namun, sebagai bapa, N D Lala sebolehnya mahu bersikap rasional - tidak sesekali mengherdik atau memarahi Shila yang makin memuncak popularitinya sekarang. Misalnya, insiden berbalas mesej Twitter antara Shila dan Sharnaaz sejurus memenangi trofi pada Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura, baru-baru ini, disifatkan berpunca daripada keghairahan anaknya meraikan kejayaan hingga alpa dengan apa yang diluahkan dalam forum sosial itu.

Enggan menyalahkan sesiapa, N D Lala menganggap kesilapan dilakukan Shila mengajarnya menjadi lebih matang dan berhati-hati ketika meluahkan isi hati. Malah, N D Lala juga menegur sikap anak sulungnya itu yang sering menyebut cinta hati tatkala menjulang anugerah. Ini kerana bagi N D Lala yang berpengalaman luas dalam dunia seni, ungkapan itu suatu publisiti murah yang tidak perlu dilakukan.



Tak pernah duduk berbual 

Mengakui anaknya intim dengan Sharnaaz, N D Lala bagaimanapun tidak pernah menganggap mereka adalah pasangan bercinta. N D Lala juga tidak menghalang anaknya berkawan rapat dengan sesiapa saja asalkan dia mengawasi Shila. Saya tidak kenal siapa Sharnaaz secara mendalam. Jadi, tidak adil untuk saya memberi komen sama ada suka atau tidak kepada dia. Tidak timbul soal jodoh atau perancangan masa depan mereka. Ini kerana tidak pernah berlaku perbincangan antara kedua-dua keluarga. Dia (Sharnaaz) sering datang ke rumah kalau ada majlis atau kenduri. Tetapi saya dan dia tidak pernah duduk bersembang atau berbual. Kalau jumpa di rumah pun dia cuma tegur Hi Uncle. N Lala berkata, dia sering sering mengingatkan anak-anak bahawa soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut ditentukan Allah. Saya berpesan jangan sesekali menghebahkan sebarang perancangan bagi perkara yang tidak pasti. Mungkin esok atau lusa dengan orang lain, kita tidak tahu dan ia akan menjadi buah mulut orang, katanya.



Buang isu remeh 

Menyedari Shila sedang meniti puncak seni, N D Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah lebih selesa memfokuskan perhatian kepada perjalanan seni anaknya itu daripada mengambil tahu hal remeh membabitkan peribadi Shila. Sering dilihat menemani Shila di setiap majlis sejak akhir-akhir ini bukanlah bererti N D Lala mahu menghalang anaknya bersama Sharnaaz. Dua belas tahun Shila menantikan saat ini. Takkanlah dia nak melepaskan peluang yang ada dengan masalah peribadi? Soal kontrak dia dengan pihak di China, saya yang uruskan dan ini soal perniagaan. Jadi, saya cakap pada dia, kalau nak berjaya dan mencapai impian yang diingini, buang perkara remeh yang boleh menjejaskan karier.

Dia masih muda dan apabila meraih kejayaan, dia jadi teruja sampai terkeluar ungkapan yang tidak sepatutnya. Tetapi dia sudah belajar daripada kesilapannya itu. Saya cakap pada dia, ini bukan kesalahan tetapi kesilapan yang tidak disengajakan dan kalau berlaku kali kedua, itu baru kesalahan. Tidak timbul soal saya menghalang atau melarang Shila berkawan dengan sesiapa pun kerana itu kehendak dia. Hari ini berlakon dengan orang lain, esok menyanyi dengan orang ini pula. Jadi, dengan sesiapa saja dia boleh berkawan atau keluar tetapi saya kena ambil tahu, sebab dia masih tanggungjawab saya sebagai seorang bapa selagi dia belum berumah tangga, katanya.



Susun strategi mulai 2013 

N D Lala teruja berbicara soal masa depan Shila. Menurutnya, anaknya mahu memberi perhatian serius kepada karier seninya dan mengejar impian menjadi artis bertaraf antarabangsa. Menganggap Shila seorang anak yang kuat berusaha dalam menggapai impiannya, N D Lala tidak mahu melihat cita-cita anaknya itu terkubur. N D Lala tidak mahu lagi melihat anaknya terlalu memberi tumpuan kepada hal peribadi. Ini kerana dibimbangi ia akan memberi kesan kepada karier dan kontraknya dengan Shanghai Media Group.

Banyak perancangan yang saya cuba aturkan untuk perjalanan karier seni Shila sepanjang tahun ini seperti menanti tarikh World Music Awards 2012 di mana Shila tercalon dalam dua kategori iaitu Worlds Best Female Artist dan Worlds Best Entertainer Of The Year. Shila juga berulang-alik ke Shanghai untuk belajar bahasa Mandarin serta merakamkan album Mandarin dan Inggeris di sana. Manakala, album Melayu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat, katanya yang sibuk menguruskan Shila dan syarikatnya, The Right Entrepreneur Sdn Bhd.



Bukan seperti remaja lain 

Masih dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, N D Lala menganggap tumpuan diberi terhadap Shila sekarang menjadi petunjuk untuk dia mengembangkan kariernya. Tidak mahu terperangkap dalam kepompong dunia seni tempatan yang kecil, N D Lala mahu melihat bakat Shila diangkat di peringkat antarabangsa. Baginya, kepuasan Shila dalam menggapai apa yang diingini adalah matlamatnya. Mengakui Shila membesar tidak seperti remaja lain kerana banyak menumpukan kepada bidang seni, ia sebenarnya bukanlah kemahuan N D Lala dan isteri, Fauziah Sarman. Sebaliknya, ia adalah kehendak anak-anaknya sendiri. Baginya, apa saja kemahuan dan kehendak anak-anak, sebagai ibu bapa mereka sentiasa menyokong dan tidak pernah melarang.-BH






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!