Wednesday, January 30, 2013

Dia kehilangan isteri kerana isterinya gemuk


Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Janos Soltesz yang 'kehilangan' isterinya pada tahun lalu selepas tiga syarikat penerbangan enggan membawa isterinya itu dari Eropah ke AS, bertindak menyaman syarikat-syarikat terbabit berjumlah AS$6 juta (RM18 juta), semalam. Syarikat-syarikat penerbangan itu enggan membawa isteri plaintif, Vilma Soltesz kerana wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, menurut saman yang difailkan lelaki itu di Mahkamah Persekutuan di Manhattan.

Ketika kejadian itu, Soltesz dilaporkan mempunyai berat badan sebanyak 193 kilogram, selain berkerusi roda dan menghidap penyakit diabetis serta buah pinggang. Soltesz ditemui meninggal dunia di kediaman percutian mereka di Hungary pada Oktober 24 Oktober lalu. Menurut saman yang difailkan, ketiga-tiga syarikat penerbangan itu menyebabkan kematian dan melakukan kecuaian melampau. -AP






.

1 Penyokong CHELSEA:

fifie on January 30, 2013 at 11:58 PM said...

Erk agak2 dia menang tak kes nie.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!