Sunday, December 23, 2012

Senarai lengkap untuk blogwalking..



Alhamdulillah. segmen ringkas sudah pun berakhir..
Teruja yeay sebab lama tak blogwalking, walaupun pernah buat segmen sampai beratus orang join, jumlah kali ni pun boleh tahan walaupun hanya 24 jam saja. Kalau banyak sangat pun letih nak senaraikan link :P..

Jom kita blogwalking. Semoga dengan ini akan menambah kenalan kita, dan blog kita semakin dikenali. Insya Allah. Bila blogwalking tu, kalau 'rajin' jomlah follow sekali. Saling berkunjung balas. Takde ruginya asalkan kita ikhlas, kan.. (click kanan mouse, open link in new tab)


Karya seni unik dari rantai basikal (entri bergambar)


Siapa sangka, benda seperti rantai basikal yang biasa dibuang jika rosak boleh digubah menjadi karya seni yang unik. Nirit Levav Packer, seorang seniman berhasil mengubah potongan rantai basikal menjadi anjing-anjing lucu.


 Levav yang lulus dari Parsons School of Design di New York tertarik untuk membuat karya seni menggunakan bahan-bahan metal, seperti dipetik oleh Oddity Central. Sebelumnya, Levav menggunakan banyak bahan seperti paku, kunci, besi, dan lainnya.


Namun suatu hari ketika dia datang ke sebuah kedai basikal dan menemukan sekotak penuh rantai basikal yang sudah tidak digunakan. Hal ini membuatkannya memutuskan untuk membuat karya seni dari rantai basikal itu. Setakat ini dia telah membuat patung Rotweiler, pudel, greyhounds, dan banyak lagi.







.

Inilah Enam Tanda Kiamat Menurut Rasulullah SAW


Hari kiamat pasti terjadi. Hanya yang ingin semua orang tahu, bilakah peristiwa besar itu akan terjadi.. Allah SWT sajalah yang Maha Mengetahui. Tak ada satu pun makhluk di alam semesta, termasuk malaikat, yang mampu meramal waktu kiamat. Bahkan, Nabi Muhammad SAW juga tidak diberi informasi yang jelas. Hal tersebut ditegaskan Allah dalam Surat al-A’raf ayat 187. “Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang kiamat, bilakah terjadinya? Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat hanya ada pada sisi Tuhanku. Tiada seorang pun yang mengetahui waktu kedatangannya selain Dia.” Tidak dapat dimungkiri bahawa kita saat ini hidup di akhir zaman. Berbagai peristiwa telah mengisyaratkan bahawa bumi semakin tua. Cuaca semakin tidak menentu dan sukar diramal. Berbagai bencana, seperti gempa bumi, gunung meletus, badai, dan banjir kerap terjadi di berbagai penjuru dunia. Ini ditambah dengan gejala pemanasan global (global warming) yang semakin membimbangkan.

Dalam kehidupan sosial, berbagai kejadian memilukan juga sering terjadi akhir-akhir ini. Misalnya pembunuhan, pemerkosaan, perang saudara, rasuah, dan berbagai bentuk kerosakkan moral lainnya. Hal tersebut melanda di berbagai penjuru dunia. Ramai yang mengatakan berbagai kejadian tersebut merupakan petanda kiamat sudah dekat. Dan memang, meskipun kiamat adalah suatu rahsia besar, tapi Allah memberikan beberapa isyarat atau tanda kepada manusia bahawa saatnya telah dekat. Perlukan kepekaan hati untuk boleh menyedari tanda-tanda tersebut. Buku karya ulama besar Ibu Katsir mengungkap banyak hal tentang kiamat. Antara lain, tentang tanda-tanda kedatangannya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, “Segeralah beramal baik sebelum terjadi enam tanda kiamat. Iaitu, matahari terbit dari arah ia terbenam, dajjal, asap tebal, binatang yang mampu berkata-kata (dabbah), malapetaka (kematian spesifik) perseorangan, dan malapetaka umum (kiamat besar).” (HR Ahmad).

Dalam hadis lainnya Rasulullah menjelaskan,” Ada enam tanda kiamat. Iaitu kematianku, pembebasan Baitul Maqdis, kematian akibat penyakit di dada (wabak binatang), harta benda melimpah sehingga orang memberi 100 dinar masih membuat yang diberi marah, malapetaka menimpa semua rumah bangsa Arab dan gencatan senjata antara kalian dengan keturunan kuning (bangsa Romawi). Namun, mereka berkhianat dan menyerang kalian melalui lapan puluh panji, yang masing-masing dengan 12 ribu orang.” Hal lain yang banyak dikatakan orang berkaitan dengan kiamat adalah kemunculan Dajjal. Dalam Alquran dan hadis banyak digambarkan tentang Dajjal. Antara lain, dari Abu Hurai rah, Rasulullah bersabda, “Kiamat tidak akan terjadi sehingga muncul 30 kaum Dajjal sang pendusta.  Semuanya mengaku sebagai utusan Allah, harta benda melimpah, timbul banyak malapetaka, dan kekacauan merebak. Sahabat bertanya, ‘kekacauan seperti apa?’ Beliau menjawab, ‘pembunuhan, pembunuhan, dan pembunuhan’.” Dr Muhammad Nu’aim Yasin mengatakan, di antara tanda-tanda kiamat besar (kubra) adalah munculnya susuk makhluk yang oleh Rasulullah dinamakan Dajjal.

Disebut Dajjal kerana terlalu ramai yang menipu dan mendusta, mengaku diri sebagai Tuhan, berupaya terus melepaskan manusia dari agamanya melalui berbagai cara yang luar biasa dan hal-hal yang menakjubkan dengan izin Allah. Akibatnya, sebahagian manusia teperdaya. Namun, Allah akan menyelamatkan orang-orang yang beriman sehingga mereka selamat dari tipu daya dan penyesatan Dajjal. Dengan ketentuan Allah, kemudian timbul fitnah atau malapetaka akibat perbuatan Dajjal. Lalu, Allah menurunkan Nabi Isa yang akan membunuhnya. Pembahasan tentang turunnya Nabi Isa juga dibahas panjang lebar dalam buku ini. Juga tentang kemunculan Ya’juj dan Ma’juj, binatang keluar dari bumi dan menyapa manusia, matahari terbit dari arah tenggelam, asap tebal yang mengepul di akhir zaman. Selain itu, juga tentang apa yang telah dan belum terjadi berkaitan tibanya saat kiamat dan gambaran umat akhir zaman. -LC







.

Pekerja yang terlalu mendedahkan tubuh, dipecat


Mahkamah Iowa kelmarin membenarkan majikan di negeri itu memecat pekerja yang didapati terlalu mendedahkan anggota tubuh. Dalam keputusan sebulat suara, hakim menyokong tindakan seorang doktor gigi memecat pembantunya selepas isterinya menganggap wanita itu menggugat perkahwinan mereka. Pembantu pergigian berkenaan, Melissa Nelson, bekerja untuk James Knight selama lebih 10 tahun dan tidak pernah berfoya-foya dengannya menyebabkan Nelson memfailkan saman. Ketika perbicaraan, Knight mendedahkan, dia ada memberitahu Nelson beberapa kali bahawa pakaiannya terlalu ketat, terlalu mendedahkan dan mengganggunya.

Kemudian, pada 2009, mereka mula bertukar-tukar mesej, kebanyakannya berkaitan kerja dan tidak mencurigakan tetapi ada mesej yang agak keterlaluan termasuk pertanyaan Knight yang terlalu peribadi sehingga ke bilik tidur. Nelson tidak menjawabnya. Lewat 2009, isteri Knight mendapat tahu mengenai pertukaran mesej itu dan menuntut suaminya memecat Nelson. Knight memecat Nelson awal 2010. -REUTERS






.

Haiwan peliharaan ini menjadi 'pembantu' seorang doktor gigi


Anjing adalah haiwan peliharaan yang paling dekat dengan manusia. Namun pelik bila seekor anjing duduk di pangkuan kanak-kanak yang sedang diperiksa giginya. Seorang doktor gigi, Dr. Paul Weiss sengaja membawa anjing peliharaannya yang bernama Brooke itu sebagai pembantunya. Doktor gigi ini membawa anjingnya untuk menenangkan ketegangan pesakit kanak-kanak yang gugup ketika membuat pemeriksaaan. Doktor gigi yang berasal dari New York tersebut melatih haiwan peliharaannya menjadi anjing terapi untuk menenangkan pesakit.

Brooke memang sudah memiliki sijil sebagai anjing terapi pada tahun ini dan dikenali sangat ramah, pintar dan mudah menerima sentuhan fizikal dari orang lain. Anjing golden retriever ini hanya akan dipanggil jika diperlukan, dia tidak selalu menemani setiap ada pesakit yang datang. Brooke memiliki "jam kerja" setiap hari khamis. Dan kerana popularnya anjing berusia 4 tahun itu, setiap hari khamis digelar sebagai "Brooke Day". Pesakit kanak-kanak senang menjadikan Brooke teman mereka ketika membuat pemeriksaan gigi.






.

Bahaya! Ayam KFC tercemar?


Yum Brands Inc, pemilik rangkaian makanan segera KFC telah dibekalkan dengan ayam yang mengandungi antibiotik berlebihan di China, kata pihak berkuasa keselamatan makanan yang menyiasat dakwaan mengatakan produk KFC tercemar. Penemuan oleh Pentadbiran Dadah dan Makanan Shanghai (SFDA) memberi tamparan hebat terhadap reputasi KFC di China, yang mana ia berdepan persaingan sengit daripada rangkaian ayam goreng Taiwan, Dico dan syarikat mee Jepun, Ajisen (China) Holdings Ltd. Yum Brands mengunjurkan penurunan dalam jualan di kedai sama di China pada suku keempat. Lapan daripada 19 kumpulan sampel ayam Yum Brands dihantar ke makmal ujian pada 2010 dan 2011 mendapati ia mengandungi tahap antibiotik yang terlalu tinggi, kata SFDA dalam satu kenyataan di laman web lewat kelmarin.

Satu siasatan telah dijalankan untuk menentukan sama ada Yum Brands telah mengambil langkah pencegahan pada masa itu dan syarikat berpangkalan di Louisville, Kentucky mungkin berdepan hukuman keras jika siasatan menunjukkan ia telah melanggar undang-undang, kata SFDA. Saham Yum Brands menyusut empat peratus sejak 18 Disember apabila televisyen China, CCTV melaporkan beberapa pembekal ayam di wilayah timur Shandong telah membekalkan ayam dengan ubat anti-virus dan hormon untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka. SFDA sedang meneliti laporan di dalam CCTV itu dan masih tidak mengeluarkan sebarang penemuan lagi, tetapi pihak berkuasa di Shandong telah menutup dua ladang ayam di timur China, termasuk satu yang dibekalkan ke KFC dan McDonald Corp, lapor akhbar harian rasmi Shanghai kelmarin.

Pegawai di Yum Brands di China tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. Anak syarikat KFC di China telah berikrar untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa, manakala McDonald menulis dalam blog mikro rasmi mereka mengatakan bahawa ayam dan bahan-bahan mentah mereka telah melalui ujian makmal pihak ketiga yang bebas. Saham Yum Brands yang turut memiliki Pizza Hut dan Taco Bell, ditutup satu peratus lebih rendah pada AS$69.49 di New York kelmarin. China telah cuba menghapuskan perlanggaran undang-undang kesihatan yang menghantui sektor makanan di negara itu di tengah-tengah laporan minyak masak palsu, susu yang tercemar dan termasuk buah tembikai meletup. Pada 2008, susu yang dicampur dengan bahan kimia industri melamin membunuh sekurang-kurangnya enam kanak-kanak dan menyebabkan hampir 300,000 jatuh sakit. - REUTERS







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!