Wednesday, December 19, 2012

Terkini : Lelaki Jepun Berusia 115 Tahun Orang Tertua Di Dunia


Datuk Bandar di Jepun menyatakan kebanggaan terhadap seorang pemastautin di bandarnya kerana menjadi orang tertua di dunia. Berusia 115 tahun, Jiroemon Kimura mewarisi gelaran itu daripada seorang wanita Amerika yang meninggal dunia pada Isnin.Yasushi Nakayama, Datuk Bandar Kyotango yang terletak berhampiran ibu kota purba Jepun Kyoto, mengesahkan status Kimura pada Selasa, dengan memanggilnya "kebanggaan bandar kami."

Kimura, lahir 19 April 1897, adalah 15 hari lebih muda daripada pemegang gelaran sebelumnya, Dina Manfredini, yang meninggal dunia di Iowa kurang dari dua minggu selepas mewarisi gelaran sebagai orang yang masih hidup tertua di dunia.Kimura, bekas pekerja pos, mempunyai 14 cucu, 25 cicit dan 13 piut. Dia tinggal bersama keluarga anaknya. Keluarga Kimura pada Selasa enggan mengulas kepada pemberita tanpa pertimbangan keluarga Manfredini. -AFP







.

Lelaki Ini Tertusuk Mata Kail Ketika Memancing


Mata memang sangat penting buat kita. Kalau kita tidak boleh melihat, maka kualiti kehidupan kita akan berkurang dan tidak produktif. Apa yang dialami oleh seorang lelaki dari Australia ini amat menakutkan. Matanya tertusuk oleh mata kail pancingnya ketika dia memancing ikan bersama keluarganya. Mata kail itu tertusuk tepat di bola matanya kerana ikan yang memakan umpannya menggelepar dan mata kail itu tercabut...(aduh!!)

Inilah gambarnya, ketika doktor menahan mata kail tersebut dengan pelekat agar tidak bergeser dari posisinya sebelum dibedah (gambar lainnya terpaksa disensor). Doktor memang berjaya mengeluarkan mata kail tersebut tanpa komplikasi. Tapi kejadian ngeri ini membuatkan lelaki ini kehilangan penglihatannya. -AGENSI






.

Bayi kembar yang pandai berenang


Bayi kembar yang dinamakan William dan Ellenita Trykush (sepasang - perempuan dan lelaki) yang baru berumur 9 bulan mampu berenang di kolam renang dewasa tanpa mengenakan alat pelampung dan bantuan oksigen. Bayi kembar ini adalah anak dari pasangan Trykush dan Charlotte.


Menurut ibu bapa ini, anak kembar mereka selalu berenang tanpa ada yang mengajar mereka, dan mereka mampu berenang sama seperti orang dewasa. Kembar ini selalu mengundang rasa hairan orang lain yang turut berada di kolam renang itu.






.

Pencuri telefon 911 kerana takut ditembak tuan rumah yang dicurinya


Mendapat ancaman akan ditembak oleh pemilik rumah, membuatkan seorang pencuri panik ketakutan dan terpaksa menghubungi 911 untuk meminta bantuan kepada polis. Polis di daerah Springtown, Texas, mendapat panggilan telefon dari sebuah rumah yang baru saja dirompak. Lucunya, panggilan itu berasal dari pemilik rumah, dan satu lagi berasal dari pencuri itu sendiri. Panggilan pertama berasal dari isteri pemilik rumah, Lindy Gerow: ”Saya mendapati seseorang sedang berusaha memasuki rumah saya. Saya perlukan pertolongan. Tolong datang secepat mungkin kerana suami saya sudah bersedia menembak pencuri itu.” Tidak berapa lama kemudian, panggilan kedua dari si pencuri yang diketahui bernama Christopher Moore, “Orang ini akan menembak saya.”

Ketika si pencuri meminta pertolongan kepada polis melalui telepon, pemilik rumah bersama anaknya memang ketika itu sedang sama-sama memegang senjata, dan mengarahkan senjata mereka ke arah Moore, yang terperangkap di dalam keretanya sendiri. James Gerow, si pemilik rumah, mengarahkan anaknya untuk menembak kaki si pencuri jika pencuri itu keluar dari keretanya. Ketika polis akhirnya datang, Moore selamat, namun dia ditangkap atas tuduhan mencuri. -Fox





.

Gambar anak Mario Balotelli (Manchester City), yang baru lahir


Ini adalah gambar pertama Pia Balotelli, bayi penyerang Manchester City, Mario Balotelli yang baru lahir. Bayi kecil ini dilahirkan awal bulan ini, merupakan anak Mario bersama bekas kekasihnya, Raffaella Fico yang berusia 27 tahun, dan lahir tiga minggu awal - namun wanita ini gembira bakal menyambut hari natal bersama bayi itu. Menurut Rafaella, Mario Balotelli tidak pernah datang dan berjumpa dengan Pia. Dia berkata, lelaki itu hanya melihat gambar Pia melalui email.


'Mario bagi saya adalah tidak bertanggungjawab. Pada mulanya, dia berjanji untuk bertanggungjawab, namun kata-kata itu tidak berlaku dalam perbuatan. Saya tidak pernah menerima wang atau saraan darinya, terutama buat bayi ini. Jika dia meragui bayi ini adalah anaknya, saya akan buat ujian DNA dan buktikan bahawa Pia adalah anaknya yang sebenar. Saya melahirkan Pia tanpanya, walaupun saya telah mesej dia berulang kali. Dia hanya mampu berkata, baiklah, saya takkan ganggu..' ujar Rafaella.. -DM






.


Ada orang sibuk sebar khabar angin hari kiamat


Polis China menahan 101 orang yang didakwa menyebarkan khabar angin bahawa kiamat atau kejadian akhir zaman akan berlaku. Agensi berita Xinhua melaporkan hari ini bahawa polis merampas risalah, cakera padat dan pelbagai bayangan dasyat dalam tangkapan terbaru di lapan wilayah seluruh negara. Penahanan itu dibuat menjelang Jumaat (21 Disember 2012) ini, yang mana berdasarkan kalendar kaum Mayan, tarikh berkenaan adalah hari berlakunya kiamat. Separuh daripada mereka yang ditahan adalah ahli sebuah kumpulan agama, yang dikenali sebagai ‘Kilat Timur’. - AP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!