Friday, December 14, 2012

Kanak-kanak 20 bulan makan lada macam makan keropok


Hampir sebahagian dari kita menyukai ada rasa pedas sebagai sebahagian dari rasa disetiap masakan. Tapi pernahkah anda membayangkan jika kita memakan lada tanpa ada makanan lain, kita kunyah seperti makan keropok tanpa minum selepasnya? Sudah tentu kita akan terasa sangat pedas. Tapi hal ini tidak berlaku buat seorang kanak-kanak yang baru berusia 20 bulan. Pemakan lada termuda di dunia. Namanya, Naaman Amer yang tinggal bersama orang tuanya di Nablus, Palestin.

Sejak berusia 14 bulan anak kecil ini sudah menyukai lada. Setiap kali makan, lada harus ada dan dia memakannya seperti makan keropok. Dan anehnya tidak ada masalah kepada kesihatannya akibat dari kebiasaannya ini. Kini dia digelar 'Pemakan Lada Termuda di Dunia.






.

Kisah renungan : Memeluk Islam Setelah Minum Air Zamzam


Mukjizat Allah SWT terbukti kepada Raju, seorang pembantu yang berasal dari Sri Lanka yang bekerja di Arab Saudi. Penyakit epilepsi yang dideritanya selama 15 tahun sembuh setelah meminum air zamzam. Setelah penyakitnya sembuh, Raju kemudian mengucapkan dua kalimah syahadah dan menggantikan namanya menjadi Farida. Kejadian bermula saat majikannya membawa air zamzam dari Kota Makkah. Si majikan lalu meminta Raju meminum air yang dipercayai berkhasiat menyembuhkan berbagai penyakit itu sebanyak-banyaknya.

Maha suci Allah, setelah dua minggu rutin meminum air zamzam, penyakit Raju hilang. "Pembantu ini terus meminum air zamzam selama hampir dua minggu. Lalu, doktor mengesahkan penyakit epilepsinya sembuh," tulis sebuah surat khabar Saudi, Sharq. Telaga mata air zamzam terletak di kawasan Masjid Al-Haram, tenggara kiblat umat Islam seluruh dunia, Kaabah. Kedalaman telaga itu sekitar 42 meter, dan hingga kini telaga itu tidak pernah kering. -emirates247






.

Walaupun sudah lama kahwin, mereka baru sedar mereka pernah bergambar bersama semasa kecil...dulu


Cinta sejati benar-benar wujud. Sepasang suami isteri mendapati bahawa mereka sesungguhnya sudah pernah bertemu ketika keduanya secara tak sengaja bergambar bersama sewaktu masih kanak-kanak kira-kira 14 tahun yang lalu. Gambar hitam putih itu menjadi saksi cinta sejati mereka. Mandy Best, yang saat itu berusia 4 tahun, sedang bercuti bersama keluarganya. Mandy, yang kini berusia 50 tahun, bergambar untuk kenang-kenangan. Ray Knaggs kecil, yang ketika belum mengenali Mandy, ketika itu secara tak sengaja turut bergambar bersama. Setelah 20 tahun berlalu, Ray Knaggs dan Mandy Best akhirnya berkahwin. Tapi, keduanya belum sedar bahawa mereka pernah bergambar bersama ketika masa kanak-kanak dahulu. Mereka mengetahuinya setelah Ray Knaggs dan Mandy Best saling menunjukkan gambar masa kecil mereka.


Ketika Mandy Best memperlihatkan gambar bercuti tersebut, Ray Knaggs sangat terkejut. “Gambar itu diambil oleh ibu saya atau ayah. Ray terkejut dan berkata,’Itu aku!” Bagaimana mungkin? Cerita Mandy Best. Gambar itu diambil di Butlins, Filey, Yorks Utara, pada 1965. Keluarga Ray Knaggs dan Mandy Best ketika itu sebenarnya tinggal berdekatan di Billingham, Teesside. Rumah mereka hanya dipisahkan oleh jalan. Mereka ketika itu sedang bercuti, kebetulan bersama tetapi tidak saling mengenal. Ray Knaggs dan Mandy Best bertemu di sebuah kelab pada 1979. Mereka kemudian berkahwin pada 1985. Mereka kini memiliki anak Louise (23), Mark (20), Jessica (18), serta kembar Ashleigh dan Liam (16).






.

Calon berusia 94 tahun guna simpanan pengebumian untuk bertanding dalam pilihan raya


Seorang lelaki berusia 94 tahun menggunakan kesemua simpanan pengebumiannya sebagai deposit untuk bertanding dalam pilihan raya, mulai keluar merayu undi hari ini, cuma dua hari menjelang pilihan raya umum Jepun. Ryokichi Kawashima adalah calon paling tua untuk pemilihan kerusi dewan rendah Ahad ini dan berkata, dirinya perlu terbabit dalam politik bagi menghalang golongan muda daripada melakukan kerosakan. "Saya mewakili golongan yang lemah," kata Kawashima, seorang daripada 1,504 calon yang bersaing merebut 480 kerusi Dewan Perwakilan. - AFP






.

Wanita yang berbakat.. Menulis serentak dengan kedua belah tangan dan dengan bahasa yang berbeza


Di era komputer dan smartphone ketika ini, sebahagian dari kita merasa sukar untuk menulis dengan baik dengan satu tangan, apatah lagi dengan dua tangan. Namun hal itu tidak menjadi masalah bagi penterjemah dari China bernama Chen Siyuan. Dia telah membuat ramai orang kagum dengan kemampuannya yang tidak hanya dapat menulis dengan kedua tangan pada waktu yang sama, tetapi melakukannya dalam bahasa China pada sebelah tangan dan bahasa Inggris pada tangan lainnya. Chen Siyuan yang ketika ini berusia 24 tahun juga dapat melakukan trik dengan menulis dengan dua tangan dari arah yang berbeza.

Dalam bahasa China, nama Chen bererti 'berfikir lebih jauh', dia tidak mengembangkan kepakarannya melalui latihan. Dia berkata kepada People's Daily Online "Ketika saya masih di sekolah menengah, saya sengaja menulis dengan kedua tangan ketika cuba untuk menyelesaikan kerja rumah ketika terburu-buru. 'Rakan sekelas saya hairan dan cuba untuk meniru saya, namun tidak seorang pun dari mereka yang berjaya." Chen yang kemudian memperolehi gelaran sarjana dalam bahasa Inggris, sekarang menggunakan bakatnya untuk menulis puisi, tentu saja dengan dua bahasa berbeza pada waktu yang sama. -People's Daily Online






.

Lelaki ini mati selepas menari Gangnam style..


Tragis! Seorang ayah tiga anak di England mati sebaik selesai membuat tarian 'Gangnam Syle'. Lelaki tersebut menghembuskan nafas pada usia 46 tahun. Lelaki bernama Eamonn Kilbride itu baru saja selesai memperagakan tarian "Gangnam Style" yang dipopularkan oleh PSY, dalam acara pesta Natal yang diadakan di pejabatnya di Blackburn, Lancashire baru-baru ini. Setelah menari, Kilbride tiba-tiba pitam dan pengsan. Isteri Kilbride, Julie yang juga berada di acara tersebut, sempat cuba melakukan CPR namun gagal. Lelaki itu mati akibat kegagalan jantung. Julie berkata kepada surat khabar tempatan, The Sun, suaminya merupakan lelaki hebat dan sangat penyayang kepada keluarga.  Kilbride meninggalkan tiga anak bernama Laurajade (22), Jack (21) dan Conor (18) yang semuanya masih belajar. -TheSun






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!