Tuesday, December 11, 2012

Sebenarnya, saya isteri dia



Hai peminat dan pembaca novel semua..

Serius lulu jatuh hati dengan novel ni, tak tau dah baca berapa kali, sejak seminggu asyik usung jer novel setebal 897 muka surat ni kemana-mana. Memang tak bosan baca. Dan nampaknya berbaloilah penantian selama ni untuk memilikinya. (novel ni dah koyak kat dalam dia, nak nangis..huhu)

Mula baca, memang agak keliru dengan nama watak-watak dalamnya. Ada banyak watak. Namun, helaian demi helaian, lulu dah mula faham dan, cerita yang disampaikan oleh penulis sangat menarik. Kisah bagaimana bila suatu kejadian yang tidak disangka, boleh dikatakan tragedi, menyatukan Syafa Aqira dan Firash Arshad didalam sebuah perkahwinan yang sangat asing. Keadaan tu lebih lagi pelik bila perbezaan umur antara mereka adalah 4 tahun iaitu Syafa Aqira yang merupakan seorang wanita berkerjaya, dan Firash yang masih belajar. Firash yang masih belajar dilihat sukar menyesuaikan diri didalam perkahwinan itu kerana beranggapan dia masih terlalu muda. Namun ada banyak kejadian yang berlaku, yang membuatkan sedikit demi sedikit wujudnya rasa cinta dan kasih diantara mereka.

Permulaan yang menyakitkan kerana Syafa merupakan kekasih abang Firash, Farish. Malah dugaan yang pahit terpaksa dilalui, apabila mereka merahsiakan hubungan mereka sebagai suami isteri kepada semua orang. Lucu juga baca reaksi mereka berdua apabila ada saja yang memikat. Maklumlah, seorang handsome dengan lesung pipi, seorang lagi cantik, awet muda.. Namun siapa sangka, walaupun Firash masih muda, namun dia belajar menjadi seorang suami yang sempurna buat Syafa. Rasanya novel ni menarik kerana kita akan terbuai dengan alam rumahtangga mereka seawal novel, yang berbeza dengan novel lain yang hanya mewujudkan alam rumahtangga 'happy ever after' tu di akhir cerita. Dari benci menjadi cinta. Dari kekurangan menjadi kesempurnaan.

Bagaimanakah akhir cerita kisah Syafa dan Firash? Adakah mereka bahagia bersama? Marilah miliki novel hebat ini dan buktikan keterujaan lulu membaca novel ini tanpa jemu, juga turut akan korang rasakan..





P/S - Recommended by Lulu Caldina




* Lupa nak tulis, novel ini akan diadaptasi kedalam slot akasia tv3 tahun hadapan.. tahniah penulis..








.

Ayuh bekerjasama.. TM (Telekom Malaysia) nak bagi RM1000 sebagai ganjaran jika....


Telekom Malaysia (TM) menawarkan RM1,000 kepada orang ramai yang melaporkan sebarang kes kecurian kabel dalam usahanya mencegah kejadian terbabit sehingga mengakibatkan kerugian beribu ringgit kepada syarikat itu. Pengurus Besar TM Kuala Lumpur, R. Manivannan berkata, tawaran itu juga terbuka kepada anggota polis, individu dan kumpulan yang dapat menahan suspek terbabit sehingga kes itu dibuktikan bersalah di mahkamah. Mutakhir TM tawar RM1,000 kepada orang ramai lapor kecurian kabel 2012/12/11 - 14:41:41 PM Cetak Emel Kawan KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia (TM) menawarkan RM1,000 kepada orang ramai yang melaporkan sebarang kes kecurian kabel dalam usahanya mencegah kejadian terbabit sehingga mengakibatkan kerugian beribu ringgit kepada syarikat itu.

Pengurus Besar TM Kuala Lumpur, R. Manivannan berkata, tawaran itu juga terbuka kepada anggota polis, individu dan kumpulan yang dapat menahan suspek terbabit sehingga kes itu dibuktikan bersalah di mahkamah. "Sehingga Oktober tahun ini, di Kuala Lumpur sahaja, TM menanggung kerugian sehingga RM891,110 melibatkan 63 kes curi kabel. "Sebanyak RM471,927.79 pula terpaksa ditanggung syarikat kami yang membabitkan 30 kes pada tahun lepas," katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen Pencegahan Kecurian Kabel TMKL bersama Polis KL di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pusat Media Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rasdi Ramli. Manivannan berkata, TM sebelum ini menggunakan sistem penggera I-Watch yang akan mengesan sebarang kes kecurian kabel, namun ia kurang berhasil. "I-Watch ini macam 'alarm' system. Bila ada orang potong kabel tu, kita tahulah di mana lokasi dia potong kabel tu...

Walaupun sistem ini beroperasi dengan baik, namun masih berlaku kes kecurian kabel," katanya sambil menambah satu meter kabel yang dicuri, dijual sehingga RM300 di pasaran gelap. Sementara itu, Rasdi berkata, program hari ini akan memberi taklimat, ceramah dan penerangan terperinci kepada peserta termasuk anggota polis mengenai jenis kabel dan bagaimana kecurian dilakukan. "Pihak TM juga akan memberi penerangan bagaimana untuk mengenal pasti seseorang yang berada di sesebuah kawasan itu, sama ada dia adalah kontraktor TM atau sebaliknya. "Seseorang yang berada di sesebuah kawasan, yang melibatkan kerja-kerja melibatkan kabel ini, perlu menunjuk atau mempamerkan dokumen yang dibekalkan kepada mereka. Jika tidak, pihak polis boleh mengambil tindakan ke atas mereka," katanya. - BERNAMA






.

Terkejut bil telefon sangat tinggi


Seorang lelaki di Arab Saudi terkejut apabila menerima bil telefon bimbitnya berjumlah lebih SR10 bilion (RM8.16 bilion) dan lebih mengejutkan, apabila syarikat penyedia kemudahan itu menyatakan bil itu mungkin betul. Akhbar Arab Saudi, Alyoum melaporkan, pemilik telefon bimbit itu, Fahd Matar berkata, beliau tidak percaya keseluruhan bil telefon bimbitnya SR10,828,705,046.28.

“Saya menghubungi Mobily, syarikat yang membekalkan kemudahan talian itu dan terkejut sekali lagi apabila diberitahu bil itu besar kemungkinannya betul. Saya langsung tidak mempercayainya. “Seorang pegawai syarikat berkenaan memberitahu saya bayaran tinggi dikenakan ke atas panggilan antarabangsa yang saya buat selain caj tambahan kerana melayari internet,” katanya. Matar berkata syarikat talian telefon bimbit itu sudah menamatkan perkhidmatan talian telefonnya. “Saya membayar bil secara tetap dan jumlah bil yang paling banyak pernah saya terima ialah SR3,000 (RM2,447). Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya. - Agensi






.

Bagaimana keadaan pengemis di tahun 1900


Kehidupan tidak selamanya mudah. Demikian juga dengan nasib para pengemis di awal tahun 1900. Mereka menjalani kehidupan mereka dari hari ke hari, melakukan apa saja yang mereka mampu untuk mendapatkan nafkah di New York. Jika mereka beruntung mendapat pekerjaan, jika tidak, cara mudah mendapatkan wang adalah dengan mengemis. Ditambah dengan kemelesetan ekonomi di awal tahun 1900 membuatkan segalanya semakin tidak mudah.

Ada juga, veteran perang, wanita dengan anak kecil, orang tua bahkan lelaki yang masih muda. Tapi mereka semua memiliki sesuatu yang sama, mereka adalah warga yang merempat, terpaksa mengemis untuk hidup. Tidak peduli kisah mereka, gambar-gambar menghantui dari awal 1900-an menangkap momen kecil rutin seharian mereka – duduk, menunggu, dan berharap.






.

Wanita ini membunuh 4.05 juta........ nyamuk!


Yuyen, warga Taiwan yang setiap hari menternak khinzir, berjaya membunuh lebih dari 4 juta nyamuk. Kerana kejayaannya ini, dia mendapat hadiah sebesar USD 3 ribu. Penghargaan ini diberikan oleh perusahaan perangkap nyamuk, Imbictus International. Sebelumnya, mereka memang mengadakan sebuah pertandingan di seluruh wilayah Taiwan untuk membunuh atau menangkap nyamuk terbanyak di sana. Rupanya, cabaran itu benar-benar dilakukan oleh Yuyen dengan serius. Dari ribuan warga yang terlibat, dia berhasil keluar sebagai juara kerana berhasil menangkap sekitar 4.05 juta nyamuk dengan berat mencapai 1.5 kilogram.


Yang menarik, dalam melakukan aksinya, Yuyen hanya meletakkan penangkap serangga di sekitar penternakan khinzir miliknya. Dan jumlah 4.05 juta itu sendiri mampu dikumpulkan hanya dalam waktu sebulan. Dengan pencapaian ini, ada kemungkinan Yuyen juga akan mencatatkan namanya dalam rekod dunia Guiness World Record. Pertandingan menangkap atau membunuh nyamuk di Taiwan ini bukanlah yang pertama kalinya di dunia. Sebelumnya di Tartu, Estonia, pernah diadakan sebuah pertandingan yang serupa. Bezanya, waktu yang ditetapkan hanya selama 10 minit.






.

Bukti : Manusia juga boleh bersahabat dengan jerung


Majalah Perancis "Le Magazine des Voyages de peche" di edisi ke 56, membawa cerita yang mengkagumkan: "An Astonishing Love Story". "Arnold Pointer, seorang nelayan professional dari Australia Selatan menyelamatkan nyawa seekor "jerung putih besar betina" yang tertangkap di jaringnya. Sekarang nelayan itu mempunyai masalah. Dia berkata, 'keadaan ini sudah berlaku selama 2 tahun dan ia tidak pernah meninggalkan aku sendiri. Ia selalu mengikutiku kemana pun aku pergi dan kedatangannya selalu membuat semua ikan pergi. Aku tidak tahu harus berbuat apa."

Sukar untuk pergi dari jerung yang panjang nya hampir 17 kaki (sekitar 5.1 meter) kerana jerung putih dilindungi oleh Pemuliharaan Hidupan Liar, tapi kasih sayang adalah sebuah ikatan yang tidak dapat disangkal lagi antara Arnold dan "Cindy". Arnold Berkata : Saat aku memberhentikan perahu ku ia datang kepadaku, dia memutar badannya dan membiarkan aku mengusap perut dan lehernya. Ia menggerakkan matanya dan sirip nya keatas dan kebawah memukul air dengan senang nya... "







.

Polis ini kerja selama 14 tahun tanpa mengambil cuti


Seorang wakil inspektor polis di ibukota India, Delhi, belum pernah sehari pun mengambil cuti dalam 14 tahun terakhir. Baljit Singh Rana, 60 tahun, sudah menjadi polis selama 40 tahun, dan selalu masuk kerja setiap hari dan hal ini dibuktikan dengan catatan kehadirannya. Keluarga lelaki kurus dan sederhana ini mengatakan Rana tidak pernah mengambil cuti selama belasan tahun ini bahkan ketika ketiga anak perempuannya berkahwin. Meskipun demikian lelaki itu disebut-sebut ayah yang sangat penyayang dan suami yang bertanggungjawab pada keluarga. "Dia belum pernah tidak mengendahkan keperluan kami atau pekerjaan di rumah, meskipun pada mulanya kami juga sangat kesal kerana dia tidak pernah mahu mengambil cuti," kata isterinya, Sushila, kepada siaran BBC Hindi.

"Kami merasa semua orang boleh cuti kecuali dia. Tapi kemudian kami rasa mungkin ini memang sudah sikapnya. Lagi pula dia juga tidak pernah meninggalkan keluarganya. Dia selalu ada waktu kami memerlukannya. Jadi kami terima kenyataan ini," tambahnya. Rana adalah vegetarian yang juga mengamalkan yoga secara teratur, dia mengatakan tak pernah sakit dan tak pernah perlu mendapat rawatan kesihatan. Atas kerajinannya yang luar biasa ini, Rana mendapat anugerah bintang jasa Presiden atas sumbangannya terhadap masyarakat. Meskipun Rana akan mula berpencen tidak lama lagi, pegawai super rajin itu sudah diminta bekerja kembali oleh pihak polis tempatan. -BBC







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!