Friday, December 7, 2012

Anjing dilatih memandu kereta


Tiga ekor anjing penyelamat di New Zealand, mahir memandu kereta dengan baik, setelah mereka dilatih oleh seorang pelatih khusus binatang. Monty, Porter dan Ginny (nama anjing-anjing tersebut) diajar kemampuan memandu untuk membuktikan, betapa cerdasnya sahabat manusia itu, selain mendorong para majikannya untuk lebih melihat potensi binatang peliharaan mereka.


Sebuah badan, Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan yang mengasas kempen itu, memerlukan tempoh selama empat minggu untuk melatih binatang berkaki empat itu memandu. Mereka dilatih untuk menghidupkan engin kereta, dan memandu dengan baik. -AFP






.

Wanita tertinggi di dunia, meninggal dunia


Seorang wanita di China yang dinobatkan sebagai pemegang gelaran wanita tertinggi di dunia, Guniness World Records, meninggal dunia di usia 40 tahun di kota kelahirannya di kota Shucha, Timur China. Yao Defen, secara rasmi diberi gelaran wanita tertinggi oleh Guinness World Records pada 2010, dimana dia mencatatkan tinggi 7 kaki dan lapan inci. "Yao Defen meninggal di pertengahan bulan lalu," kata seorang jurucakap kerajaan Kota Shucha, seperti diberitakan oleh Oddnews.org.

Wanita raksasa itu meninggal dunia setelah dia berjuang melawan penyakit tumor kelenjar pituitari, yang dideritanya, namun penyebab kematiannya, tidak didedahkan oleh pihak berkuasa Kota Shucha. Menurut berita akhbar tempatan, Anhui, Yao meninggal dunia pada 13 November 2012. Yao digelar wanita tertinggi ketiga dalam sejarah, dimana tingginya hanya selisih lima inci lebih pendek dari Zeng Jinlian wanita tertinggi didunia lainnya yang memiliki tinggi lapan kaki. -Oddnews







.

Benarkah 'Cinta selepas kahwin lebih indah'..? Apa kata mereka yang mengalaminya..


WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cinta sebelum berkahwin, namun pasangan ini berjaya membuktikan pilihan keluarga mampu memberi kebahagiaan. Bagi pengacara terkenal, Ally Iskandar, tidak pernah mengungkap rasa cinta sebelum disatukan bukanlah halangan untuk membahagiakan isteri tercinta, Nurfarahin Romli, 22. Membina bahtera rumah tangga bersama insan pilihan keluarga, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mirdza Mohd Radzi, 36, tidak pernah menduga mampu memiliki insan istimewa seperti Farah sebagai pendamping hidup. Malah, bagi Ally, hubungan yang dibina tanpa berpandukan cinta sebelum kahwin ini mampu memberikan seribu satu nikmat buatnya. "Alhamdulillah, saya menerima jodoh yang ditentukan keluarga dan terbukti mereka membuat perkara tepat dalam memilih Farah sebagai isteri.

Walaupun sudah hampir setahun hubungan perkahwinan ini, namun ia masih 'baru' dan indah. "Mengenali Farah membuatkan saya kenal diri sendiri. Segala kelemahan dan kekurangan sama-sama kami perbaiki dalam kehidupan. Kami sama-sama belajar memahami diri masing-masing dan cuma memberikan yang terbaik. "Maklumlah, cinta kami disemai selepas kahwin, jadi di saat ini kami masih bercinta. Namun bagi saya, cinta selepas kahwin lebih indah berbanding cinta tanpa ikatan," katanya yang disatukan pada 20 Januari lalu di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Pegang prinsip, jaga batas Mungkin ramai yang menggelengkan kepala apabila berbicara mengenai hubungan jarak jauh bagi pasangan suami isteri. Namun, bagi Ally, tiada istilah jauh atau dekat sekiranya masing-masing utuh dengan prinsip dan sentiasa menjaga batas-batasnya. "Kami saling mempercayai dan menganggap ia sebagai sebahagian daripada dugaan alam perkahwinan.

Lagipun, dia perlu berada di Korea untuk menghabiskan pengajian yang masih berbaki sehingga hujung tahun ini. "Rindu memang rindu, tetapi saya harus bersabar dan berkorban buat ketika kerana masing-masing mempunyai komitmen sendiri. "Namun, kami sentiasa menyokong kerjaya masing-masing dan saling memberi sokongan moral. Walaupun saya bergelar selebriti, namun Farah memahami dunia kerjaya saya," katanya yang sesekali terbang ke Korea untuk melepaskan rindu. Farah yang melanjutkan pelajaran di Universiti Inha, Incheon, Korea Selatan, bakal menamatkan pengajiannya pada bulan depan. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya melahirkan rasa keterujaan untuk memiliki cahaya mata.

Bagi Ally, walaupun sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai bapa, namun dia harus memikirkan beberapa perkara termasuk situasi isterinya yang sedang belajar. "Memang saya teringin nak anak, tapi saya harus fikirkan keadaan Farah pula. Ini bukanlah masa sesuai untuk berbicara mengenai cahaya mata kerana tidak mahu Farah terbeban. "Biarlah dia habis belajar dulu, barulah kami akan fikirkan perkara ini. Insya-ALLAH, selepas Farah pulang, kami akan berbincang," katanya.


Tidak mengongkong 

Sebagai selebriti, tidak pernah terlintas di fikiran Ally untuk 'menarik' Farah menceburi kerjaya seninya. "Saya pernah membawa Farah dalam program, Singgah Sahur, untuk memperkenalkan dunia saya kepadanya. Namun, bukan untuk mengajarnya menceburi dunia seni. "Dengan cara itu, dia akan lebih faham kerja saya dan kami saling memahami tugas masing-masing," katanya. Namun, akui Ally, walaupun dunia mereka berbeza, namun jika diamati, ia lebih kurang sama kerana Farah juga mempunyai kelompok pengikut dalam dunia blognya. "Saya tidak pernah menghalang minat Farah, jika dia selesa menulis, dia boleh teruskan aktiviti itu. "Namun, saya tidak mahu tulisan itu lebih menjurus kepada kesempurnaan dan menggambar betapa baiknya kita kerana kami juga manusia biasa. Saya bimbang jika penyampaiannya mengundang rasa tidak puas hati pihak lain," kata Ally yang enggan dilabel sebagai otai dalam bidang pengacaraan.


Ceburi perniagaan online 

Bijak mengatur langkah untuk mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan, kini Ally dan Farah memiliki perniagaan online sendiri, Farah Iskandar. Mula beroperasi pada 10 November lalu menerusi tempahan online, perniagaan ini mendapat sambutan daripada golongan Muslimah. Memetik kenyataan daripada laman Facebook milik Farah, sebagai permulaan, mereka memperkenalkan selendang bawal yang dijual menerusi online secara tempahan. "Pertama kali membuka tempahan, masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam menguruskan koleksi. "Jadi kami mengambil keputusan untuk tidak menerima terlalu banyak order, khuatir tidak terlayan dan berlaku kecuaian. "Insya-ALLAH kami akan kembangkan perniagaan secara beransur-ansur. Maafkan kami jika gagal memuaskan semua pihak," kata Farah menerusi laman Faceboknya, Farah Iskandar. -SH







.

Wanita ini dipenjara dan disebat kerana kahwin warga asing tanpa izin pihak berkuasa


Sebuah mahkamah di Arab Saudi menjatuhkan hukuman lima hari penjara dan 10 kali sebatan ke atas seorang ibu empat anak kerana berkahwin dengan warga asing tanpa keizinan pihak berkuasa, perbuatan yang menyalahi undang-undang di negara itu. Akhbar harian berbahasa Arab Almadina melaporkan, ibu itu, Muna Mohammed Ladan sebelum itu berkahwin dengan warga Syria tanpa mendapat kebenaran rasmi kerajaan. Pasangan itu kemudian bercerai sebelum rujuk semula dan kemudian bercerai sekali lagi.

Mahkamah di Jeddah itu juga menjatuhkan hukuman sama ke atas bekas suami wanita berkenaan dan mengarahkannya membayar nafkah SR1,600 (RM1,300) setiap bulan. Muna ketika memberi keterangan berkata, beliau berkahwin dengan suaminya pada 2005 dan memperoleh dua orang anak sebelum memfailkan tuntutan cerai, berikutan layanan buruk yang diterima. Pada 2008, beliau bersetuju berkahwin semula dengan bekas suaminya selepas lelaki itu berjanji tidak akan menderanya lagi. Mereka mendapat dua orang lagi anak, tetapi Muna sekali lagi memfailkan tuntutan cerai minggu lalu apabila suaminya mengulangi kelakuan buruknya dan menderanya semula. Agensi






.

K-Pop dengan ramai....artis terkemuka Korea bakal berada di Malaysia..


Peminat K-Pop tempatan berpeluang menyaksikan acara anugerah muzik terbesar dan terbaik Korea Selatan, Golden Disk Awards yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 dan 16 Januari ini. Lebih 20 artis terkemuka Korea Selatan yang telah dicalonkan menerima anugerah akan mengadakan persembahan mereka di acara tersebut. Mereka termasuklah PSY, Big Bang, Super Junior, KARA, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, Girls Generation dan Beast. Dianjurkan oleh Mediartncomm Co Ltd, acara ditaja oleh Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, dan disokong oleh Biro Malaysia Convention and Exhibition (MyCEB). Siaran pra rakaman penyampaian anugerah akan ditayangkan ke Korea Selatan. Bercakap pada satu sidang akhbar mengenai acara anugerah tersebut, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon berakata Samsung teruja kerana dapat membawa artis-artis terkemuka Korea Selatan ke Malaysia.

"Kami gembira dapat menganjurkan acara paling berprestij ini. Ini adalah lanjutan kepada falsafah Samsung yang dibawa secara langsung, ketika kami terus berusaha memberi inspirasi dan memperkaya kehidupan pengguna kami," katanya. Acara tahunan Golden Disk Awards yang dianggap sebagai Anugerah Grammy Korea paling berprestij adalah anugerah muzik K-Pop begitu berprestij bagi pencapaian terkemuka dalam industri muzik. Anugerah dikategorikan berdasarkan pada muzik K-Pop paling popular tahun sebelumnya daripada muat turun digital. Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 untuk kedua-dua hari acara tersebut boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my, info@ticketpro.com.my, atau telefon 03-78807999 mulai 9 Disember.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!