Tuesday, December 4, 2012

Serangan harimau..........aummm


Seorang wanita penoreh getah terbunuh akibat serangan harimau di Tumbon Aiyerweng, Betong, Yala, Selasa. Pranee Mahasuk, 43, yang cedera parah di kepala dan muka mati di Hospital Betong. Suaminya Boontham Mahasuk berkata mereka sedang menoreh getah pada awal pagi bila dia terdengar isterinya menjerit dan mendapati seekor harimau Benggala berada dekat isterinya. "Saya memanjat pokok dan menembak harimau itu lima kali tetapi binatang itu masih berjalan sekeliling. Saya tembak lima kali lagi," katanya. Beliau turun dari pokok beberapa jam kemudian bila harimau itu telah pergi. Polis Betong mengesahkan kejadian itu dan berkata polis dan orang kampung cuba menangkap harimau berkenaan yang dipercayai cedera terkena tembakan. - BERNAMA






.

Sayur segar dari planet Marikh?


Angkasawan China sedang bersiap sedia untuk tumbesaran sayuran segar di Marikh dan bulan selepas para penyelidik berjaya melengkapkan ujian awal mereka di sini. Empat jenis sayuran hidup dalam "sistem sokongan hidupan secara ekologi", satu kabin dengan keluaran 300 kubik meter yang membolehkan angkasawan membangun bekalan udara sendiri, air dan makanan diperlukan ketika misi ke angkasa, lapor agensi berita Xianhua semalam. Sistem tersebut, yang berasaskan tanaman dan alga, "dijangka dapat digunakan sebagai bekalan asas tambahan ketika di bulan atau Marikh," kata laporan itu. Para peserta kajian tersebut akan dapat "memetik sayuran segar untuk dimakan," kata Xinhua yang memetik kenyataan Deng Yibing, seorang penyelidik di Pusat Latihan dan Penyelidikan Angkasawan China, di sini. - AFP






.

Lelaki yang membuat pengorbanan besar buat negaranya


Seorang lelaki warga Iraq yang prihatin terhadap keselamatan negaranya, membelanjakan hampir 30 juta dinar (RM73,188) untuk membina sebuah helikopter sendiri bagi tujuan tersebut. Hatim Kadim Salman, 59, membina helikopter itu di Muqdadiyah, bandar yang terletak kira-kira 97 kilometer ke utara Baghdad dan dihuni kira-kira 300,000 orang. Salman menamakan helikopter ciptaannya itu sebagai Diyala 1, sempena nama wilayah tempat kelahirannya. Diyala 1 jauh lebih murah daripada helikopter gempur Apache yang digunakan tentera Britain di Afghanistan dan Iraq yang berharga kira-kira AS$20 juta (RM61.4 juta) sebuah.

Helikopter itu juga hanya mempunyai dua bilah kipas berbanding empat yang dimiliki pesawat Apache. Pesawat udara ciptaan Salman itu juga tidak dilengkapi sebarang senjata, berbanding Apache yang memiliki pelbagai jenis senjata, termasuk peluru berpandu udara ke udara dan peluru berpandu anti kereta kebal. Dilaya 1 dicat dengan warna biru terang, sama seperti warna langit bagi membolehkannya terbang di udara tanpa disedari. Walaupun telah berhabis wang sehingga berpuluh-puluh juta dinar, Salman sendiri tidak pasti sama ada helikopternya itu mampu terbang atau tidak. - AGENSI






.

Buaya raksasa, berjaya dikesan


Buaya raksasa seperti yang pernah kita lihat di filem-filem Hollywood rupa-rupanya memang wujud di dunia nyata. Steve Curle berhasil mengabadikan seekor buaya raksasa di Zimbabwe yang sering memakan haiwan ternak masyarakat bahkan juga manusia. Buaya ini di bunuh di Zimbabwe dekat perbatasan Mozambik. Sayangnya tidak disebutkan mengenai panjang dan berat dari buaya raksasa ini. Tapi, melihat pada gambar, dianggarkan panjangnya sekitar 15-16 kaki. Buaya ini memang besar. Bayangkan buaya sebesar ni didepan mata.. Lariiiiii :)






.

'Cara' paling berkesan untuk menghindarkan gadget dari diserang virus?


Ramai orang berkata, bahawa teknologi itu memang berguna tetapi juga boleh menjadi malapetaka. Dan mungkin kerana anggapan seperti itu membuat sebuah kuil di Jepun memberikan perkhidmatan untuk "memberkati" gadget yang baru saja anda beli. Kuil Kanda-Myojindi di Tokyo akan"mendoakan" gadget anda, terutama untuk komputer dan notebook agar terhindar dari masalah seperti diserang virus, harddisk yang rosak mahu pun blue screen. Untuk melakukan itu semua, anda diwajibkan untuk membawa komputer atau notebook ke kuil tersebut. Setelah selesai "diberkati", sebuah plakat (berfungsi sebagai azimat) akan diberikan untuk diletakkan di rumah sehingga si komputer tidak akan "kerasukan". -AFP





P/S - Hoho, nak tergelak baca berita ni..






.

Official : Kate Middleton hamil, waris England seterusnya


William dan Kate Middleton mengejutkan Queen Elizabeth dengan berita yang menggembirakan seluruh rakyat England dengan berita bahawa pasangan itu bakal melahirkan pewaris takhta. Berita gembira itu dikesan sebaik pasangan diraja itu berkejar ke hospital kerana Kate mengalami penyakit yang didiagnosis sebagai Hyperemesis Gravidarum, satu bentuk morning sickness yang teruk. William hanya memberitahu ratu, dan ayahnya, Putera Charles dan Putera Harry, adiknya mengenai keadaan Kate dan hospital segera mengeluarkan kenyataan kepada umum bahawa Kate, 30, akan dimasukkan ke hospital selama beberapa hari "dan akan memerlukan tempoh rehat selepas itu. Dalam pada itu, istana telah mengeluarkan kenyataan, bahawa pasangan terkenal itu kini bakal melahirkan waris England kerana Kate sedang hamil 6-12 minggu. Menurut istana lagi, kehamilan Kate adalah dalam peringkat awal. Seluruh keluarga diraja gembira dengan berita itu. Bayi ini juga akan menjadi cucu pertama untuk Putera Charles dan ketiga cicit raja pemerintah, Ratu Elizabeth. -nydailynews







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!