Friday, November 30, 2012

Didenda kerana tidak 'jaga' rumah..


Siapa tidak suka memperbetulkan rumah dan membiarkan ianya rosak tanpa diperbaiki? Berhati-hatilah. Jika kebiasaan itu tetap anda lakukan di England, anda mungkin didenda dengan jumlah yang banyak. Hal itu dialami oleh Philip Gunwhy, seorang pemilik rumah di Worcester, England. Dia dikenakan denda sebesar £2.000 oleh pihak berkuasa, kerana Phillip dianggap lalai menjaga rumahnya. Jiran-jiran Philip telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan sejak 2008, kerana merasa sangat terganggu dengan ‘keadaan’ rumah Philip. Seperti diberitakan, Keadaan rumah Pihilip memang sangat teruk.  Tingkapnya tidak ada kaca, yang ada hanyalah palang-palang kayu. Sebahagian besar bahagian dari dinding rumah Philip juga hilang. Sebelum ini, Philip dikenakan denda sebesar £1.100. Tetapi kerana dia masih tidak memperbaiki rumahnya, dendanya dinaikkan menjadi £2.000 dan £515 lagi sebagai denda tambahan.






.

Kucing yang selalu menyelamatkan tuannya.


Seekor kucing peliharaan dipercayai menyelamatkan nyawa pemiliknya, seorang remaja perempuan yang mengalami serangan jantung. Maria Gillon, 13, menghidap sejenis penyakit jantung dikenali sebagai ventricular tachycardia yang menggandakan kadar degupan jantungnya menyebabkannya sering mengalami serangan jantung sehingga dia sering mengalami kekejangan dan tidak boleh bergerak. Ibu remaja itu, Adele Gillon berkata, kucing itu yang diberi nama Perla berumur tiga tahun sudah beberapa kali menyelamatkan nyawa anaknya itu dengan mengejutkan wanita tersebut daripada tidur apabila Maria mengalami serangan jantung. ‘‘Perla yang kami bela sejak berumur lapan minggu, akan menggigit ibu jari kaki saya apabila Maria mengalami serangan jantung. ‘‘


Apabila keadaan ini berlaku, saya akan terus memanggil talian kecemasan, 999.’’ katanya. Beliau berkata, keluarganya sangat bertuah dengan kehadiran Perla dalam keluarga mereka. ‘‘Baru-baru ini, Perla cedera teruk akibat dilanggar kereta dan Maria merasa sangat sedih. ‘‘Bagaimanapun, doktor haiwan berjaya menyelamatkannya dan kini Perla masih menjadi teman setia Maria,’’ katanya. Adele berkata, anaknya itu akan menjalani pembedahan bagi merawat jantungnya dalam tempoh terdekat ini. - AGENSI

Penantian 65 Tahun Berakhir, PBB Kini Iktiraf Palestin


Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menaikkan taraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota meskipun keputusan itu dikecam keras oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS). PBB memberikan taraf itu lebih seminggu selepas gencatan senjata dicapai di wilayah Gaza, yang diserang selama lapan hari berturut-turut oleh Israel. Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, Presiden Palestin Mahmoud Abbas memberitahu Perhimpunan Agung bahawa undi itu peluang terakhir untuk menyelamatkan penyelesaian dua negara membabitkan Israel.






.

Tumbuhan Karnivor yang mampu makan tikus dan burung secara bulat-bulat


Para ilmuwan telah menemukan tanaman pemakan daging dengan ukuran begitu besar bahkan tanaman ini mampu memakan tikus bulat-bulat! Spesies baru ini disebut Nepenthes attenboroughii, nama tersebut diberikan kepada tanaman ini oleh seorang ilmuwan yang berasal dari England bernama Sir David Attenborugh. Tanaman ini termasuk dalam spesis tanaman berkantung bahkan dapat tumbuh sehingga 4 kaki panjangnya. Kantung dari tanaman ini akan menampung air hujan, tanaman ini juga dapat mengeluarkan nektar untuk memancing binatang atau serangga untuk masuk kedalamnya.


Setelah binatang masuk kedalamnya maka binatang tersebut akan tenggelam dan mati, setelah itu tanaman unik ini akan mengeluarkan enzim dan asam untuk melumat habis binatang yang terperangkap kedalamnya hingga tersisa tulang. Tidak hanya tikus dan serangga yang sering terperangkap kedalam tanaman ini, katak dan burung juga sering menjadi korban dari tanaman karnivora ini.





 P/S- Ini periuk kera kan??






.

Gila! lelaki ini penggal kepala seorang gadis kerana menolak lamarannya


Seorang lelaki di timur laut Provinsi Kunduz, Afghanistan, ditangkap pihak berkuasa kerana disyaki memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun yang menolak lamarannya. Dia ditangkap oleh polis bersama seorang rakannya, setelah membunuh gadis itu. Keduanya menghabiskan nyawa gadis itu sekitar 100 meter dari rumahnya, ketika si gadis sedang pergi mengambil air. Menurut Ketua Distrik Imam Sahib, Quraishi, suspek meminang gadis yang bernama Gaiseena, melalui keluarganya pada tahun lalu, namun gadis itu menolaknya. Namun Quraishi belum boleh memastikan apakah suspek dan seorang rakannya tersebut merupakan ahli keluarga atau pun tidak. Insiden itu terjadi selang satu bulan, setelah empat anggota polis tempatan Afghanistan (ALP), dijatuhkan hukuman penjara kerana memperkosa seorang perempuan.






.

Artis ni buat hal lagi......


Aktres bermasalah Amerika Syarikat (AS), Lindsay Lohan sekali lagi ditahan polis selepas dia bergaduh dengan seorang wanita di sebuah kelab malam di sini, awal pagi semalam. "Dia ditahan atas dakwaan melakukan serangan dan diarahkan untuk hadir pada satu tarikh yang tidak dinyatakan buat masa ini," kata jurucakap Jabatan Polis New York. Tambahnya, pelakon berusia 26 tahun itu yang telah menamatkan tempoh kelakuan baik Mac lalu didakwa telah menyerang wanita tersebut. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!