Thursday, November 29, 2012

Ibu ini sanggup bunuh anak kerana tidak sanggup membesarkannya


Polis Soka, Saitama, Jepun menangkap seorang wanita berusia 41 tahun kerana berusaha menenggelamkan anak perempuannya yang berusia satu tahun di dalam tab mandi. Menurut polis, tertuduh bernama Yumiko Takahashi, disyaki berusaha menenggelamkan anak perempuannya, Kurumi. Ibu mertua Takahashi berhasil menggagalkan rancangan Yumiko, ketika dia berkunjung ke rumahnya, untuk membantu menantunya tersebut mengasuh anak.

Ketika itu dia menemui Yumiko dengan cucunya berada di dalam tab kamar mandi. Dalam keadaan sedar, namun lemas, Kurumi dilarikan ke hospital berdekatan. Kepada polis, Yumiko mengaku sanggup berbuat demikian, kerana dia mengalami kesukaran membesarkan anaknya. Takahashi menurut polis, mengatakan, "Saya mengalami kesukaran membesarkan anak. Saya terfikir jika saya membunuhnya, tanggungjawab saya akan hilang," tuturnya. (japantoday)






 P/S - Gambar hiasan



.

Jessica Simpson hamil lagi selepas 7 bulan bersalin


Berita mengejutkan dari penyanyi ini.. Jessica Simpson hamil dengan anak keduanya hanya tujuh bulan selepas melahirkan anak perempuannya, Maxwell. Ibu yang berusia 32 tahun ini, telah menurunkan berat yang agak banyak sejak melahirkan pada bulan April, mengakui berita ini sangat mengejutkan namun dia tidak merancang kehamilan itu. 'Ia pasti tidak dirancang. Tetapi ya, Jessica mengandung lagi ', sumber mendedahkan kepada US Weekly. Ianya adalah bayi kedua kepada penyanyi itu dan tunangnya Eric Johnson. Menurut TMZ, bintang itu kehilangan berat 60 pound menerusi pelan pemakanan yang sihat dipenuhi dengan rendah lemak, protein dan sayur-sayuran sebagai sebahagian daripada penajaan $ 4million dengan Weight Watchers.






.

Unik..Kota yang dikelilingi gurun pasir


Ica adalah sebuah kota kecil yang indah di bahagian selatan Peru. Namanya cukup menonjol dalam senarai tempat perlancongan, terutama kerana iklimnya yang panas, memiliki deretan bukit dan padang pasir yang menawan. Pemandangan cakrawala yang seperti tak ada habisnya, juga kerana oasisnya yang menakjubkan. Penduduk tempatan menyebutnya sebagai La Huacachina, terletak 5 km barat daya dari Ica. La Huacachina adalah sebuah destinasi yang istimewa, sebuah tempat ideal untuk bersantai atau untuk menikmati pengembaraan di kawasan gurun pasir.


Menaiki kenderaan buggy dan sandboarding adalah aktiviti paling popular di wilayah terkering Kota Ica ini. Selain itu para pelancong juga dapat menghabiskan waktu dengan berkunjung ke perkebunan anggur tradisional yang berada di desa sekitar La Huacachina, serta mempelajari minum segelas Pisco Sour (cocktail berisi campuran Pisco, lemon, putih telur, sirup dan bitters) khas Peru yang nikmat.






.

Cara Israel ajar kanak-kanak bencikan islam dan Palestin


Konflik Israel dan Palestin memang mengorbankan ramai mangsa. Penyebab konflik ini tidak selesai hanya dalam sehari semalam dan telah berlarutan selama bertahun-tahun. Sebenarnya, Israel melakukan banyak cara untuk mendidik generasi mudanya (khususnya kanak-kanak) agar kekal membenci orang arab dan golongan islam. Contohnya tv Israel Channel 1 mengadakan acara pendidikan anak-anak dimana anak-anak berusia 3-4 tahun diajak menyanyi dengan gembira. Salah satu lirik yang diajarkan adalah: “Makanan paling sedap adalah daging orang Arab, minuman paling sedap adalah darah orang Islam”.


Dan salah satu bahagian dari acara pendidikan tersebut adalah mengajarkan anak-anak Israel menulis "surat cinta" bagi sahabat mereka di Palestin di peluru/bom yang akan dijatuhkan di Palestin. Dan banyak hal lain yang tidak baik untuk diungkapkan. Sanggupkah kita? Perang memang sangat kejam. Apa salahnya kita hidup damai dan berbaik, bukankah kita ini sama-sama makhluk ciptaan Tuhan?







.

Lelaki Bunuh Burung Dengan Garpu

 
Lelaki berusia 63 tahun dari Washington dihukum enam bulan penjara apabila bertindak menikam seekor burung nuri bekas teman wanitanya menggunakan garpu. The Daily Herald melaporkan bahawa Richard J. Atkinson mengaku bersalah terhadap kekejaman haiwan dan berniat jahat pada 19 Ogos lalu. Dalam surat kepada akhbar pada bulan September, wanita itu berkata dia mempunyai burung nuri bernama Bailey.

Peguam bela, William Steffener berkata anak guamnya tidak ingat apa yang berlaku, dia mungkin dipengaruhi alkohol dan ubat yang diambil membuatkannya hilang pertimbangan. Hakim Mahkamah Tinggi Snohomish County, George Appel mengarahkan Atkinson untuk menjalani penilaian psikiatri. Dia juga diarahkan membayar kepada wanita sebagai pampasan terhadap nuri dan memusnahkan harta benda, dan dia tidak boleh memiliki apa-apa haiwan peliharaan selama lima tahun. -AP







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!