Sunday, November 25, 2012

Bumi dijual di Yahoo Auction! Siapa nak beli?


Di era yang canggih ini, ramai orang yang memanfaatkan internet untuk melakukan transaksi. Salah satu transaksi yang setiap hari dilakukan adalah transaksi jual beli. Sebut saja eBay dan YahooAuction, kedua laman ini setiap hari dijadikan media untuk menjual dan membeli. eBay dan Yahoo Auction adalah pasar tempat melelong atau menjual apapun di dunia maya. Oleh kerana para penjual bebas menjual apapun yang dimilikinya maka tak hairanlah kedua laman tersebut di penuhi dengan benda-benda aneh dan tak masuk akal. Jika sebelumnya ada kaki perajurit perang AS, Kotoran burung yang menyerupai wajah Michael Jackson yang di jual, kini yang tak kalah aneh atau lebih tepatnya sangat aneh adalah planet kita, bumi di jual di Yahoo Auctions.Seorang lelaki dari Jepun mendedahkan bahawa dia telah di berikan bumi oleh Tuhan melalui mimpinya.


Selama ini dia memutuskan untuk tidak menjual bumi kerana dia masih memiliki cukup wang. Namun kerana terhimpit masalah ekonomi, kini dia memutuskan untuk, menjual bumi kita ini. Harga yang di tawarkan hanya $ 0.86 USD. Tapi kerana semakin banyaknya bidaan, kini harga bumi naik menjadi $ 123.000.000. Kedengarannya ini sangat mustahil, kerana seperti yang kita ketahui, bumi adalah milik bersama. Namun masih ramai orang yang melakukan bidaan.







.

Inilah cerita sebenar, apa yang terjadi pada jenazah Osama bin Laden


Kontroversi berhubung apa yang terjadi kepada jenazah orang yang paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS), Osama bin Laden selepas beliau dilaporkan dibunuh oleh komando AS tahun lalu, sedikit terjawab apabila beberapa e-mel antara pegawai tentera AS mendedahkan persoalan itu. Akhbar Daily Mail melaporkan e-mel dalaman rahsia tentera AS itu mendedahkan jenazah Osama dimandikan, dikapankan dengan kain putih dan kemudian dibuang ke dalam laut, mengikut cara pengebumian Islam. Menurut e-mel rahsia itu, tiada kelasi yang menyaksikan proses pengebumian itu dilakukan. E-mel antara pegawai tentera AS yang sebelum ini dirahsiakan dan dikawal ketat dan berjaya didapati melalui Akta Kebebasan Maklumat, merupakan pendedahan pertama maklumat kerajaan AS mengenai pembunuhan Osama pada 1 Mei 2011 oleh komando SEAL AS dalam serbuan di pekan Abbottabad, Pakistan.

Bagaimanapun, pendedahan e-mel itu masih menimbulkan keraguan kerana ketiadaan bukti-bukti lain termasuk gambar pengebumian, selain dianggap sebagai 'permainan' kerajaan AS bagi mengaburi apa sebenarnya yang berlaku. Satu e-mel yang ditandakan sebagai sulit dan dihantar oleh pegawai kanan tentera, Laksamana Muda Charles Gaouette pada 2 Mei lalu, secara ringkas menerangkan bagaimana mayat Osama dimandikan, dikapan dan kemudian dimasukkan dalam beg yang mengandungi pemberat.

Satu lagi e-mel oleh pegawai hal ehwal awam kapal pengangkut USS Carl Vinson menyatakan, hanya sejumlah kecil kepemimpinan kapal itu dimaklumkan mengenai pengebumian Osama itu. ''Selepas dimandikan dan dikapan, mayat (Osama) diletakkan di dalam sebuah beg mengandungi pemberat. Seorang pegawai tentera membacakan doa yang kemudian diterjemah dalam bahasa Arab. Selepas selesai, mayat itu diletakkan ke atas papan dan dilepaskan ke dalam laut,'' kata e-mel Gaouette itu. - AGENSI






.

Kemalangan besar melibatkan 150 kenderaan (4Gambar)


Cuaca berkabus dipercayai punca kemalangan membabitkan 150 kenderaan termasuk trak dan lori besar di lebuh raya Texas kelmarin. Sekurang-kurangnya dua orang maut dan lebih 100 lagi cedera dalam kejadian itu, kata jurucakap polis. Lebuh raya Interstate 10, kira-kira 25 kilometer ke barat Beaumont, membabitkan pelanggaran di sepanjang laluan itu.


Ia juga menyebabkan laluan di lebuh raya berkenaan terpaksa ditutup kepada kenderaan, kata jurucakap sherif Jefferson County, Rod Carroll. “Kami dapati beberapa lori besar di atas kenderaan dan kereta di atas kereta lain. Keadaan sungguh teruk,” kata Carroll yang mengesahkan anggota penyelamat terus mencari mangsa.


Dua mangsa yang maut ditemui di bawah sebuah treler, katanya. Selepas semua kenderaan diperiksa, pihak berkuasa menganggarkan 100 orang cedera, 12 daripada mereka parah atau cedera teruk, kata Carroll. “Pemandu tidak mengikut peraturan memandu dalam keadaan cuaca begitu,” katanya lagi. Ada pemandu yang cedera ringan membantu anggota keselamatan mencari mangsa.


Dia memberitahu, beberapa kemalangan berlaku di kawasan berasingan meliputi jarak 1.5 kilometer di sebelah timur dan barat lebuh raya itu. Lebuh raya berkenaan penuh sesak dengan pemandu yang mengambil cuti sempena perayaan ‘Thanksgiving.’ Kebanyakan kenderaan mencatat kelajuan hampir 110 kilometer sejam meskipun cuaca berkabus yang mengurangkan jarak penglihatan, kata Carroll. Selepas beberapa lama, laluan ke arah barat lebuh raya itu dibuka semula kepada kenderaan, katanya. - Agensi






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!