Thursday, November 22, 2012

Pengako Sayo kembali ditayangkan di Malaysia



Drama tv Filipina ini memang pernah menggemparkan Malaysia.. Huhu, dan tak terkecuali dengan lulu sendiri masa tu, memang tak ketinggalan. Itulah pertama kali rasa hati ni terpaut dengan drama-drama dari negara itu, terutama hero dan heroin drama ni, Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Mereka memang sangat sepadan, tapi setelah beberapa tahun, kita tahulah kan mereka berdua memang takde jodoh bersama.. hehe..


Jangan terkejut bila lulu katakan, yang lulu ada koleksi lengkap VCD original keluaran NSR, yang dikeluarkan ketika drama ini meletup-letup kat Malaysia masa tu.. Sumpah, macam nak mengamuk pun ada sebab koleksi drama tu ada 16 box semuanya (1 box ada 10 keping VCD). Bayangkanlah, 1 box tu berharga RM69.90, cuba darab 16... cuba.............. ^__^..   Jangan tanya kenapa tak download jer, free.. Masa tu takde download yer.. :( well dah minat sangat, terpaksa pasrah.. Tapi bila astro bella akan menyiarkan semula drama hebat ni bermula pada 22hb november ni, yeay, dalam hati ada taman.. :)

Jom peminat Jericho dan Kristine, kita kembalikan nostalgia bersama...




P/S - Entah ada tak yang sama dengan lulu kumpul box demi box untuk drama ni? *dalam gambar hanya ada sebahagian dari box, yang lain dalam stor, malas nak bongkar :P







.

Lelaki dengan penyakit kulit luar biasa kini memulakan rawatan


Seorang lelaki di China yang digelar 'Chimp' mula menerima rawatan untuk membantu menghilangkan tompok hitam berbulu di badannya. Zhang Hongming dari Chongqing, barat daya China, menderita penyakit kulit luar biasa yang dipanggil pigmentasi nevus itu, sejak dia dilahirkan, menyaksikan pesakit mempunyai tahi lalat berbulu gergasi. Hongming dilahirkan dengan tanda lahir hitam di badannya, tetapi ekoran keluarganya miskin, dia tidak pernah mendapat sebarang rawatan. "Tompok hitam itu telah menjadi mimpi ngeri sejak saya dilahirkan.

"Pada mulanya saya hanya ada tanda lahir berwarna hitam, tetapi sejak umur lapan tahun, benda itu semakin membesar dan mengeluarkan bulu," katanya. Menurut Hongming, akibat penyakit yang dialaminya itu, dia juga sering dibuli dan diejek, selain digelar monyet atau cimpanzi. "Setiap kali saya melihat orang di sekeliling saya berbisik-bisik sesama mereka, saya akan melarikan diri," ujarnya. Hospital Pembedahan Plastik Hua Mei di Shanghai telah bersetuju untuk menyediakan rawatan percuma bagi merawat penyakitnya itu. Dia kini sedang menjalani rawatan pertama daripada enam prosedur yang perlu dilaluinya untuk menghilangkan bulu-bulu dan tahi lalat tersebut. - AGENSI






.

Fanatik permainan video ini cipta rekod baru


Seorang fanatik permainan komputer berhempas pulas bermain permainan video Call of Duty: Black Ops 2 selama 135 jam dan 50 minit untuk mencatat rekod baru dunia. Okan Kaya, 28, dari Sydney, Australia menghabiskan masa lebih lima hari setengah untuk memecahkan rekod bermain permainan video secara berterusan dalam Guinness World Record. Rekod sebelum ini ialah selama 120 jam dan tujuh minit dipegang oleh dua rakyat Kanada, Chris Gloyd dan Timothy Bell yang bermain permainan Resistance dan Resistance 2 pada Mac lalu. Kaya memulakan cabaran tersebut pada Selasa minggu lalu dan dibenarkan berehat selama 10 minit bagi setiap jam. Bagi mengekalkan tenaga dan staminanya, dia turut dibekalkan dengan minuman isotonik dan makanan.

Untuk memastikan cabaran tersebut berjalan lancar, setiap empat jam, dua saksi baharu akan dibawa masuk dan aksi Kaya turut dirakam sebagai bukti kepada Guinness World Record. "Kedua-dua tangan saya berasa kejang, menyebabkannya terpaksa dibalut," katanya. Peraturan yang ditetapkan oleh Guinness juga membenarkan Kaya tidur selama beberapa jam pada satu-satu masa. Peraturan terbabit dibuat bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang peserta melakukan cabaran tersebut. Awal tahun ini, seorang remaja Taiwan meninggal dunia semasa bermain permainan 'Diablo 3' secara berterusan selama 40 jam. - AGENSI





.

Ritual Unik Di India, lelaki harus dipijak lembu


Setiap negara memiliki beragam tradisi yang unik dan pelik. Begitu juga dengan India. Beberapa daerah di sekitar wilayah Ujain, India, memiliki ritual unik yang mewajibkan lelaki berbaring di tanah dan dipijak haiwan ternakan. Meskipun cukup ekstrem, ritual ini telah dilakukan selama berabad-abad. Konon, tradisi itu boleh membuat para dewa mengabulkan doa-doa warga desa. Biasanya, ritual ini diadakan selama perayaan Ekadashi, sehari setelah Diwali, festival lampu paling popular di India. Puluhan warga desa dilihat menghiasi haiwan ternakan mereka dengan berbagai warna dan corak henna yang berbeza.

Kemudian seluruh warga pun berduyun-duyun ke jalan untuk menyaksikan ritual tersebut. Para lelaki diminta berbaring bak karpet di atas tanah dan menunggu proses dipijak lembu. Lantas, lembu-lembu itu pun dibawa melalui "karpet manusia" yang terhampar di hadapan mereka. Lalu, beberapa bahagian tubuh yang penting, terutama dada dan kepala, dipijak oleh lembu. Anehnya, tidak pernah ada yang terluka atau bahkan cedera sikit pun selama ritual berlangsung. Wow..Menakjubkan!







.

Satu Kebetulan? Pekerja Apple yang bernama Sam Sung


Kita semua tahu bahawa Apple dan Samsung merupakan pesaing besar dalam industri smartphone dan tablet. Bahkan walaupun ada banyak komponen iPad dan iPhone yang diproduksi oleh Samsung, Apple tetap keras mendakwa Samsung atas pelanggaraan paten dan berhasil menang ratusan juta dollar. Walaubagaimana pun baik Apple, mahu Samsung, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi siapa sangka hal yang satu ini benar -benar terjadi. Seorang pekerja Apple Store The Pacific Centre, Vancouver bernama Sam Sung! Dia adalah 'specialist' kat apple tau...








.

Kehidupan bahagia dan tenang Palestin sebelum serangan Israel suatu masa dulu... (4 Gambar)


Dunia kini mengutuk dan marah dengan aksi serangan Israel kepada rakyat Palestina yang banyak mengorbankan nyawa manusia, khususnya anak-anak dan wanita. Serta banyak bangunan-bangunan yang hancur menjadi puing-puing akibat serangan Israel.


Jauh sebelum penjajahan Israel, kehidupan di Palestin sangat makmur dan damai. Dari foto-foto yang diambil pada tahun 1900 ini terlihat bangunan-bangunan bersejarah disana masih utuh, tidak seperti sekarang yang telah dimusnahkan dan dihancur leburkan oleh Israel.


Dan wilayahnya semakin menyempit dari tahun ke tahun.. Betapa deritanya rakyat Palestin, keturunan demi keturunan merasai kebiadaban Israel..








.

Pengurus baru Chelsea - hanya untuk sementara


CHELSEA mengumumkan pihaknya melantik bekas pengendali Liverpool, Rafael Benitez sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi menggantikan Roberto di Matteo yang dipecat serta-merta semalam. Pengurusan kelab itu memecat di Matteo sehari selepas Chelsea tewas 0-3 kepada Juventus dalam saingan Liga Juara-juara. Sebelum itu Chelsea berhadapan dengan siri kekalahan dalam pertemuan EPL. Ia kini berada di tangga ketiga selepas menguasai tempat teratas sepanjang lapan perlawanan pertama EPL.


Benitez yang pernah mengendalikan Liverpool, satu lagi kelab dalam saingan EPL, menjadi pengurus kesembilan sejak Roman Abramovich mengambil alih Chelsea pada 2003. Di sebalik pelantikan Benitez sebagai pengurus sementara, Abramovich dikatakan akan mengadakan perundingan dengan bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardioa.




P/S - Owh, tak suka orang ni.. Apalah sangat pencapaiannya pun dengan Liverpool.. Tapi dia hanya sementara di The Blues. Mari tengok apa yang boleh dia lakukan..






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!