Monday, November 19, 2012

Penyakit aneh seorang remaja!!


Seorang remaja Pennsylvania biasa tertidur selama 64 hari dari November hingga Januari--yang merupakan episod terpanjang tidurnya. Nicole Delien, nama remaja ini, berjuang dengan gangguan tidur yang disebut Kleine-Levine atau Sleeping Beauty Syndrome. Gadis 17 tahun ini boleh tidur secara tiba-tiba. Selama tidurnya, dia akan bangun dalam keadaan tak sedar untuk makan dan pergi bilik mandi untuk kemudian kembali tertidur lagi. Kleine-Levin Syndrome adalah sebuah kelainan jarang yang menyebabkan penderitanya tertidur paling sedikit 18 sampai 19 jam sehari. Ibu Nicole, Vicki, mengatakan anaknya akan tidur 18 sampai 19 jam sehari. Kemudian ketika dia akhirnya bangun untuk makan, "Dia tetap dalam keadaan tak sedar," katanya. Vicki Delien mengatakan kepada wartawan bahawa sebelumnya dia sangat tertekan dalam upaya mendapatkan diagnosis yang betul untuk anaknya.

Hingga kini, belum ada doktor yang menemukan dengan pasti apa penyebabnya. Seorang doktor di Allegheny General Hospital di Pittsburgh, Pennsylvania, kini menangani Nicole, termasuk memberikan latihan dan ubat-ubatan. "Individu yang penghidapnya mungkin akan mengalaminya selama beberapa minggu, bulan, atau bahkan bertahun-tahun tanpa mengalami gejala apa pun," katanya.

Selain tidur berlebihan, termasuk dalam sindrom Sleeping Beauty adalah disorientasi, halusinasi, perilaku seperti anak-anak, makan selama tidur, hingga perilaku hiper-seksualiti ketika terjaga, menurut laporan Oxford Journals. Laporan itu mengatakan gangguan umumnya dialami lelaki. Penyebab Kleine-Levin Syndrome tidak diketahui. Sebelumnya, Eric Haller, seorang mahasiswa muda dengan gangguan ini, diketahui mengalami sindrom ini setelah sembuh dari sakit. Dia jatuh ke dalam episod tidur lama sekitar lapan sampai 10 kali setahun.





.

Kim Kardashian diugut bunuh kerana sokong Israel


Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dilaporkan menerima ugutan bunuh ekoran menyiarkan kenyataan menyokong Israel di laman sosial Twitter miliknya. Dalam laman sosial itu, Kardashian menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang berlaku di negara Asia Barat itu dengan menulis 'Berdoa untuk semua di Israel'. Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan peminatnya dan mengugut untuk membunuhnya. Kardashian bagaimanapun, memadam kenyataan tersebut dan menjelaskan perkara sebenar.

"Saya mengaku menghantar dua tweet yang berkaitan dengan doa untuk penduduk di Palestin dan Israel tetapi selepas mendapat reaksi daripada pengikut, saya membuat keputusan untuk memadamkan tweet tersebut kerana sedar ramai yang tersinggung. "Saya sepatutnya menerangkan niat sebenar sebelum menyiarkan tweet tersebut. Saya berdoa supaya mereka selamat,'' kata Kardashian dalam blog miliknya. Katanya, dia akan lebih berhati-hati dengan apa yang akan ditulis dalam twitternya selepas ini bagi mengelak sebarang kekeliruan. - AGENSI







.

Giliran Madonna disampuk Gangnam Style


Kemunculan Psy secara langsung memancing histeria penonton dan mampu menghentikan lagu Give It to Me yang sedang dinyanyikan Madonna. Sebaik muncul di atas pentas, Psy terus menarikan rentak lagu Gangnam Style di depan 20 ribu penonton. Kesempatan itu langsung digunakan Madonna yang juga turut goyang mengikuti gerakan yang ditarikan oleh Psy. Bahkan, dengan gaya seronok, Madonna membongkok dan mengangkat gaun belakangnya dan memperlihatkan seluar dalam warna merah, sama seperti pakaian yang dikenakan Psy. Psy tersipu melihat aksi spontan Madonna yang dilakukan di depan matanya itu. “Dia datang dari Frankfurt pagi ini untuk ku dan kalian,” teriak Madonna, dipetik ABC News. Tanpa malu, Madonna mengakui merupakan salah seorang peminat penyanyi itu.






.

Model dari Brazil mati setelah sedut lemak 3 kali


Nasib malang menimpa model seksi yang berasal dari Brazil, Pamela Baris do Nascimento, dimana dia ditemui mati ketika melakukan pembedahan sedut lemak atau liposuction setelah terjadi pendarahan pada pembedahan yang telah dilakukan untuk yang ketiga kalinya itu. Huffington Post,  melaporkan, makciknya, Enedida Nascimento, melaporkan kepada polis, 10 hari setelah Pamela disahkan mati di Green Hill Hospital Sao Paulo. Enedida bertanya sebab kematian Pamela yang disyaki kerana kebocoran pada ginjal dan hati. Jika hal tersebut benar, disyaki pembedahan diselesaikan untuk menyembunyikan adanya kesalahan prosedur.

Dia sangat terobsesi dengan penampilannya. Dia selalu berfikir bahawa tubuhnya terlalu gemuk, ujar Enedida seperti dipetik dari Fox. 'Dia tidak memberitahu saya tentang pembedahan sedut lemaknya yang terakhir. Jika dia memberi tahu saya, saya tidak akan mengizinkannya', sambungnya. Peguam keluarga mensyaki adanya kepincangan oleh pihak hospital, dan jika benar, dokter bedah yang menangani pembedahan Pamela bakal dijatuhi hukuman kerana pembunuhan.





.

Inilah bukti nyata Presiden USA, Barrack Obama adalah seorang muslim


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merupakan seseorang yang amat menarik untuk diikuti kisah hidupnya. Masa kecil Presiden ini dihabiskan di Indonesia, negara dengan penduduk Muslim terbesar di dunia. Untuk menyingkap kisah Presiden Obama, diadakan wawancara dengan ketua sekolah pertama Presiden, Bapa Bart Janssen, oleh Charles C. Johnson wartawan The Blaze, yang pergi ke Indonesia untuk mengetahui lebih lanjut tentang masa lalu Obama. Dokumen pendaftaran sekolah digunakan sebagai bukti untuk mengesahkan bahawa Barack Obama muda terdaftar sebagai warga negara Indonesia dan seorang Muslim pada pendaftaran sekolah di tahun 1960-an.


Dokumen ini difoto beberapa kali di bilik ketua sekolah Santo Fransiskus Assisis, sebuah sekolah Katolik tempat Obama bersekolah dari Januari 1968 hingga Disember 1970 di Jakarta. Catatan menunjukkan bahawa Obama (atau orang tuanya) - setidaknya untuk selama hidupnya - disahkan sebagai warga negara Indonesia, bahawa dia mengambil nama Soetoro terakhir (nama terakhir dari langkah ayah-nya, Lolo), bahawa agamanya terdaftar sebagai Islam, dan dia lahir di Honolulu.







.

Luis Suarez bakal ke Chelsea?


Pemilik Chelsea, Roman Abramovich memasang impian untuk menggandingkan bintang penyerang Liverpool, Luis Suarez dengan penyerang sensasi Atletico Madrid, Radamel Falcao. Jutawan Rusia itu yakin, impian untuk memiliki Suarez, penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris ketika ini mampu menjadi kenyataan seandainya mereka berjaya membawa masuk bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola sebagai jurulatih Chelsea. Ejen Suarez iaitu Pere adalah abang kepada Guardiola. Dan, Liverpool bimbang, kaitan tersebut akan menyebabkan penyerang antarabangsa Uruguay itu pergi meninggalkan Anfield.

Biarpun mengimpikan Guardiola membimbing Chelsea pada Januari depan, namun perkembangan semasa menyaksikan bekas jurulatih mereka, Jose Mourinho yang mungkin kembali ke Stamford Bridge, apatah lagi pengurus Real Madrid itu sudah mendaftarkan anak perempuannya, Tita di sebuah kolej di London. Mourinho mempunyai hubungan baik dengan Abramovich dan dia tidak menyembunyikan hasrat untuk kembali dalam Liga Perdana. Namun, bagi penyokong Chelsea, Guardiola adalah opsyen terbaik andai dia boleh memancing Suarez.

Manchester City juga memburu Suarez tetapi Chelsea mampu menawarkan gaji lebih lumayan sebaik menjual Fernando Torres. Abramovich sedia membayar 50 juta pound (RM243 juta) untuk Suarez dan melepaskan Torres. Kelmarin, Suarez mengukuhkan kedudukan sebagai penjaring terbanyak dengan meledak gol ke-10 liga musim ini selepas menyumbat dua gol ketika membantu Liverpool menumpaskan Wigan 3-0. - Agensi





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!