Saturday, November 10, 2012

Kambing untuk korban? Kambing ini dijual dengan harga yang mahal kerana kalimah ALLAH di badannya


Kambing ini telah diletakkan untuk dijual di India dengan harga £ 128.000. Islam Bhati, berusia 37 tahun, dari Rajasthan di India, yang cuba untuk menjual kambing yang terbaik untuk 11 juta rupee kepada keluarga seorang Muslim yang menyambut perayaan hari raya aidiladha, atau lebih dikenali sebagai hari raya korban. Haiwan yang berusia dua tahun ini mempunyai perkataan 'Allah' dalam bahasa Arab terpampang di sebelah badannya. Ia juga mempunyai bulan sabit dan bintang disebelah badan yang lain.


Menurut Mr Bhati yang mengendalikan perniagaan marmar keluarga, dia membeli kambing itu dari ladang berhampiran dua tahun yang lalu. Mr Bhati telah ditawarkan jumlah wang yang besar untuk kambing itu sejak dia mengeluarkan iklan di Internet sejak minggu lepas. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang telah tampil ke hadapan dan membayar harga yang ditawarkan.





.

Lelaki Perancis ini mengislamkan warga Arab Saudi...


Ya, anda tidak salah baca.. Bukankah sepatutnya orang Arab yang mengislamkan orang Perancis??? Ini adalah kisah benar, dan terjadi di musim haji tahun 2012 ini. Seorang lelaki berasal dari Perancis, Bernard Maxim, yang sudah mengislamkan puluhan orang Eropah, turut melaksanakan ibadah haji tahun 2012 ini. Puluhan orang berkumpul di sekitar khemahnya di Mina, umumnya berasal dari jemaah haji Eropah, dia membimbing dan mengajar mereka tentang tata cara menaiki haji. Tapi ada pengalaman istimewa buat Maxim di tahun ini, iaitu dia mengislamkan seorang warga Arab Saudi. Seperti dipetik dari harian Al-Watan, Maxim (atau yang lebih suka dipanggil Abdus Salam) bercerita: “Ketika berada di pejabat saya di Jeddah beberapa minggu lalu, saya didatangi seorang pemuda Arab Saudi berambut perang, namanya Ray, dia berbincang dengan saya dengan bahasa Inggris, sebab hanya bahasa itu yang dia mengerti, hingga akhirnya dia menyatakan masuk Islam di hadapan saya, dan saya mengajarkannya tentang hal-hal ibadah”. Ujar Maxim.

Maxim menceritakan lebih lanjut, bahawa Ray (22 tahun) adalah pemuda Arab Saudi kelahiran Jeddah. Dia berasal dari keluarga yang sangat dihormati di Jeddah. Ibunya seorang warga Amerika. Tapi ketika baru saja dilahirkan beberapa hari, Ray dibawa ibunya ke Amerika hingga dia menetap di sana selama 22 tahun. Dan beberapa minggu lalu, Ray memutuskan kembali kepada keluarga ayahnya di Jeddah, tapi sayang, dia sudah tidak boleh berbahasa Arab. Sesampainya di Jeddah, Ray dibawa ayahnya ke tempat Maxim, dan saat itulah Ray menyatakan keinginannya untuk memeluk Islam.

Menurut penuturan Ray, selama ini dia tidak merasakan ketenangan hidup. Budaya dan didikan barat yang selama ini dia rasakan membuat batinnya berkecamuk. Maxim sendiri sekarang tinggal di Jeddah bersama keluarganya. Seluruh anak lelakinya (salah seorang di antaranya bernama Umar) sudah sangat mahir berbahasa Arab. Dan yang lebih menakjubkan, seluruh anak lelakinya tersebut adalah penghafal Al-Qur’an. “Anak saya lebih pintar berbahasa Arab dialek Jeddah daripada anda” selorohya kepada wartawan.






.

Hotel bekas kamar mayat. Beranikah anda bermalam disini?


Bekas kamar mayat, lengkap dengan meja autopsi dan peti sejuk mayat, diubah menjadi hotel oleh pengusaha Australia. Mahu menginap di sana? Seperti yang dipetik dari The Telegraph, meja-meja autopsi di bekas kamar mayat di Willow Court, Tasmania, tersebut nantinya akan dijadikan tempat tidur. Jadi tidak akan ada katil empuk seperti hotel lain jika pengunjung menginap di tempat ini. Kamar mayat tahun 1950an ini sebenarnya sebahagian dari hospital bagi banduan dari tahun 1830. Namun 12 tahun yang lalu, kamar mayat ditutup dan tidak digunakan lagi.


Di dalam kamar mayat, ada peti sejuk dan besen mandi yang pernah digunakan untuk memandikan mayat. Hadyn Pearce selaku pemiliknya mendedahkan bahawa dia berniat memulihkan bangunan tersebut secara beransur-ansur. Pearce juga berkata bahawa kawasan meja bekas membedah mayat akan dipromosikan menjadi suite utama hotel. Pearce sendiri adalah seorang pedagang barang antik yang telah membuka sebuah motel.


Ketika ditanya apakah nanti pelancong akan menginap di hotel bekas kamar mayat miliknya, dia berkata, “Kita lihat saja nanti.” Harapan Pearce adalah hotel bekas kamar mayat tersebut akan dibuka awal tahun depan. Selain kamar mayat, sebenarnya ada beberapa bangunan tidak biasa lainnya yang diubah menjadi hotel. Sebut saja bunker nuklier di Swiss, penjara di Australia, dan kabin kereta api di West Sussex.






.

Gambar dan edisi lengkap perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo


Majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 tetamu. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berkenaan menghadiri majlis yang berlangsung di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada Jumaat. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir meraikan pasangan mempelai.Terdahulu, pasangan pengantin turut menyampaikan hadiah istimewa, berupa raket badminton kepada tetamu diraja dan Perdana Menteri.

 
Nyata gelaran 'wedding of the year' memang sesuai dengan majlis Chong Wei-Mew Choo kerana majlis bermula dengan perarakan masuk pasangan mempelai ke dalam dewan dengan diiringi lagu romantik, 'Colors of The Wind' nyanyian Vanessa Williams. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Chong Wei segak dengan sut lengkap berwarna hitam sementara Mew Choo tampil jelita dengan gaun putih gading.Hadirin turut disajikan dengan persembahan istimewa daripada bekas juara One In A Milion, Suki dan Man Bai. Turut ditayangkan video majlis pendaftaran perkahwinan kedua mempelai yang diadakan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga dan teman rapat mereka. Antara barisan Menteri Kabinet yang hadir termasuk, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 
Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong antara tetamu turut hadir. Selesai makan beradab, upacara memotong kek setinggi enam tingkat dijalankan, kali ini pemain nombor satu dunia, Chong Wei tampil dengan busana berbeza dengan berpakaian sut biru sementara Mew Choo anggun dengan gaun merah.Sementara itu, teman rapat Chong Wei, L.L Kong menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai cukup istimewa kerana temannya itu merupakan juara kebangaan negara.

"Tanpa usaha daripada kedua ibu bapa Chong Wei dia tidak akan dapat berada pada tahap ini. "Justeru, kita perlu berterima kasih atas galakkan dan sokongan yang diberikan oleh kedua ibu bapanya sehingga dia berjaya menjadi pemain nombor satu dunia lebih daripada 172 minggu," katanya. Majlis resepi tersebut dapat disaksikan secara online di laman web, Tonton.com.my. Malam esok, satu lagi majlis resepi yang akan diadakan di venue yang sama namun kali ini bagi meraikan atlet sukan dan rakan perniagaan mereka. -Mstar







.

Anak jatuh dalam kandang anjing liar di zoo, dan diserang hingga mati


Seorang anak kecil diserang hingga mati setelah jatuh ke dalam kandang anjing liar Afrika di Pittsburgh Zoo & PPP Aquarium. Peristiwa ini dilaporkan Pittsburgh Post-Gazatte. Berita tersebut menyatakan anak kecil itu berusia sekitar tiga tahun dan bersama ibunya, ketika dia jatuh dari pagar dan jatuh ke dalam kandang yang berisi 11 anjing liar. "Penjaga zoo mengusir beberapa anjing tersebut dan berusaha menakut-nakutkan yang lain dengan melepaskan anak panah ke arah mereka, tapi tak dapat mencapai anak kecil itu, sehingga polis menembak dan menewaskan seekor anjing yang paling agresif," kata surat khabar tersebut.

"Zoo itu ditutup sehingga pemberitahuan lebih lanjut," kata akhbar tersebut. "Anjing Afrika itu adalah haiwan terancam pupus dengan nama saintifiknya, Lycaon pictus, bererti serigala yang dilukis," menurut National Geographic. Haiwan liar tersebut, yang juga terkenal sebagai anjing pemburu Cape, memiliki kaki panjang dan berbulu belang dengan warna merah, hitam, coklat, putih dan kuning. Pegawai zoo belum mengeluarkan apa-apa komen, dan polis Pittsburgh mengatakan mereka masih belum memiliki berita terperinci. -PPG





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!