Thursday, November 1, 2012

Tempat tinggal mewah dengan harga tinggi kerana menghadap kubur..


Tempat tinggal mewah dengan pemandangan menghadap ke ‘rumah masa depan’ di Paris menarik minat pembeli internasional. Satu unitnya dianggarkan berharga EUR440 ribu atau tiga kali ganda lebih dari apartmen dengan pemandangan serupa di negara lain. Sebuah projek apartmen mewah bertajuk Le Factory didirikan di kawasan perkuburan eksklusif Montmartre. Dengan menawarkan produk relatif terbatas, hanya 76 unit, apartmen bercirikan studio, satu bilik sehingga empat bilik dijual dari EUR440 ribu per unit.

Nick Leach, Partner Athena Advisors, mengatakan perkuburan berusia 200 tahun ini terbukti mampu menjadi daya tarik projek apartmen yang ditawarkan perusahaan. Bahkan projek ini popular di mata pembeli yang berasal dari luar negeri, seperti England, Amerika Syarikat dan Rusia. “Apartmen yang berlokasi di daerah perkuburan seperti ini sangat jarang ditemui di dunia, kebanyakan orang justru ingin menghindarinya. Tapi di Montmatre ini berbeza, kerana merupakan rumah masa depan tokoh-tokoh terkenal dunia. Dan justru perkuburan ini yang menjadi daya tarik pembeli luar negeri,” kata Nick.






.

Kenaikan gaji hanya untuk penjawat awam yang cecah gaji maksimum


Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian kenaikan gaji daripada dua hingga lima peratus yang sedang dilaksanakan kerajaan pada masa ini hanya melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai gaji maksimum. Beliau berkata kajian ini bukan membabitkan kenaikan gaji secara keseluruhan bagi perkhidmatan awam. "Apa yang saya umumkan mengenai kenaikan gaji (semalam), (ada) yang disalah tafsir, sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah kita mempunyai penjawat awam yang telah mencapai had maksimum gaji mereka. "Jadi kajian itu tertumpu kepada golongan yang sudah mencapai had maksimum. Tetapi semua ini akan diberikan dan dilaksanakan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi markah yang melebihi 80 peratus," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya ia juga bagi memberikan keadilan kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi yang baik dan cemerlang, dengan mencatat markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan. -- Mengenai tangga gaji maksimum, beliau berpendapat ada penjawat awam yang terhenti gaji dua tiga tahun tidak ada kenaikan lagi, seterusnya gaji mereka menjadi statik, sedangkan dalam semua hal perlu ada pertumbuhan. Ali berkata antara cadangan yang boleh dikemukakan dalam kajian berkenaan ialah golongan ini diberi kenaikan pangkat atau diberikan kenaikan gaji biasa.

"Dan kita perlu kaji bagaimana untuk menentukan setiap tahun mereka akan dapat kenaikan gaji setimpal dengan kadar inflasi dan sebagainya. Ia mungkin dalam lingkungan dua hingga lima peratus. Kita kena buat satu formula dan untuk mereka yang di gred lebih rendah mungkin (peratus itu) akan tinggi sedikit berbanding di gred yang lebih tinggi. "Kajian ini akan mengambil kira jumlah penjawat awam yang terbabit, implikasi kewangan dan kadar yang diperakukan kepada kerajaan, katanya. - BERNAMA





.

Gempar! Pasangan ini lahirkan bayi jelmaan setan??


Seorang perempuan Colombia mengakui, ilmu hitam dan roh jahat telah merasuki anak lelakinya yang masih bayi. Di usianya yang masih satu bulan, bayi lelaki itu sudah boleh berjalan seperti seorang dewasa. Ana Feria Santos melahirkan anak lelakinya sebulan yang lalu, namun kegembiraan yang dirasakan Santos justru berubah menjadi ketakutan kerana tingkah laku abnormal anaknya. Bayi itupun disebut sebagai jelmaan setan. Menurut Santos, bayi yang dilahirkannya sudah boleh berdiri dan berjalan meskipun usianya empat bulan. Tingkah laku anak Santos mengingatkan kita semua dengan filem horor, The Omen. Jiran Santos, Lorica yakin, bayi kecil itu dirasuki roh jahat kerana boleh menyemburkan api.

Pengakuan itu diutarakannya setelah melihat adanya kesan di pakaian bayi itu, yang kelihatan seperti habis dibakar. Kesan yang sama juga dapat disaksikan di sofa yang sering diduduki bayi itu. Rumah Santos dilempar batu, kerana jiran-jiran takut akan bayi aneh yang baru lahir itu. Meskipun demikian, doktor sama sekali tidak percaya, bayi itu adalah jelmaan setan. Psikologi, pekerja sosial, pakar nutrisi, dan peguam, akan segera menyelidiki kes itu. Kini, ada pula luka bakar di tangan kiri bayi berusia satu tahun itu.






.

Cara unik dalam persembahan Orkestra


Kita mungkin biasa menyaksikan persembahan orkestra melibatkan sejumlah pemuzik yang memainkan pelbagai jenis instrumen muzik. Namun, seorang komposer muzik, Dr. Alexis Kirke ingin mencuba kelainan dengan mengetuai orkestra menggunakan 'pemuzik' yang dihasilkan daripada air. Dalam satu eksperimen yang diadakan di sebuah kolam renang di Universiti Plymouth di sini, Kirke dengan bantuan alat pengesan gerak cuba mengawal pergerakan air bagi menghasilkan melodi. Kirke, 42, menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menggerakkan alat pengesan tersebut, semakin banyak pergerakan yang dilakukan, semakin kuat pelbagai alunan melodi yang dihasilkan.

Alat pengesan gerak yang terdiri daripada 24 pendayung gergasi itu membolehkan Kirke mengawal saiz ombak yang dihasilkan. Setiap ombak yang dihasilkan akan diukur sebelum menghantar isyarat elektronik bagi menghasilkan melodi yang hampir serupa dengan bunyi ikan paus. Eksperimen selama 12 minit tersebut disaksikan beratus-ratus pelajar di universiti terbabit dan Kirke menamakan percubaannya itu sebagai 'Persembahan Orkestra Ombak'. Selain itu, kolam tersebut turut diletakkan pelampung khas yang boleh menghasilkan bunyi seperti loceng ketika ombak dihasilkan. - AGENSI





.

Berita baik buat penjawat awam.. Gaji bakal naik lagi


Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat. "Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh. Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini. "Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya. -Bernama





.

Chelsea membuktikan kehebatan apabila menyingkirkan Manchester united


Chelsea membalas luka tiga hari lalu apabila menundukkan Manchester United 5-4 pada saingan pusingan keempat Piala Liga di Stamford Bridge,, sebentar tadi. Chelsea menyumbat dua gol menerusi Ramirez dan Daniel Strrudge pada masa tambahan selepas kedudukan terikat 3-3 tamat masa penuh permainan. United seakan mengulangi kemenangan 3-2 pada Ahad lalu namun Edin Hazard menyamakan kedudukan 3-3 melalui penalti pada minit terakhir permainan.

United terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ryan Giggs pada minit ke-22 sebelum Chelsea menyamakan kedudukan melalui penalti David Luiz pada minit ke-32. Namun United kembali di depan 10 minit kemudian menerusi penyerang Mexico, Javier Hernandez. Masuk masa kedua David Carhill menanduk masuk pada minit ke-51 untuk menjadikan kedudukan 2-2 . Nani kemudian menjaringkan gol pada minit ke-58 meletakan kembali United di depan. Giggs pula menyumbat gol keduanya ketika permaianan menerusi penalti tetapi ia sudah terlambat bagi United.




P/S - ^__*





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!