Tuesday, October 23, 2012

Demi mengabdikan diri pada dewa, lelaki ini sanggup tangan jadi buruk??


Amar Bharti adalah seorang pekerja pada sebuah perusahaan di New Delhi. Sejak 38 tahun lalu dia memutuskan untuk meninggalkan aktiviti duniawinya untuk mengabdikan diri kepada Dewa Siwa. Sebuah keputusan yang sangat extrim menurut sebahagian orang kerana untuk melakukan itu dia harus meninggalkan keluarga dan rumahnya.

Dari sumber yang diketahui sejak saat itu Amar Bharti mengangkat lengan kanannya secara vertikal dan tidak pernah menurunkannya lagi, hingga seperti yang dapat anda lihat dalam gambar tangannya berubah dari bentuk normal. Amar Bharti melakukan ini sejak tahun 1973. Keyakinan agama memang boleh membuat seseorang melakukan hal yang diluar kemampuan manusia.






.

Cara unik potong rambut... dengan api


Seorang tukang potong rambut ini berbeza dengan tukang potong rambut yang lain. Dia menggunakan api.. ya api,  sebagai gunting pemotongnya. Jadi, rambut pelanggannya tidak di potong dengan gunting, melainkan dibakar dengan api. Oleh itu hasil potongan dengan api ini sangat rapi bagi beberapa model rambut tertentu. Namun yang pasti saat proses pemotongan pasti akan ada aroma-aroma rambut terbakar. Entah apa akibatnya kesan terbakar itu pada rambut..huhu





.

Ini dia karpet paling mahal di dunia


Sebuah karpet BARODA yang direka untuk menghias makam Nabi Muhammad SAW di Madinah terjual 4.585 juta dollar AS dalam sebuah lelong di Qatar. Tidak hanya nilai sejarah yang membuat karpet tersebut bernilai tinggi. Karpet yang sudah berusia 150 tahun itu juga dihiasi ratusan batu-batuan mahal seperti intan, safir, rubi, dan emerald. Karpet itu dikenal dengan nama Karpet Mutiara dari Baroda (Pearl Carpet of Baroda) kerana banyaknya mutiara yang dipakai untuk menghiasnya. Dianggarkan, dua juta batu mutiara digunakan yang diambil dari perairan Teluk Persia. Selama ini, karpet yang dibuat tahun 1860-an tersebut dikenal sebagai hadiah dari Maharaja Baroda dari India untuk dipasang di makam Nabi Muhammad.

Namun, karpet tersebut tidak jadi dibawa ke Arab Saudi kerana raja itu meninggal. Akhirnya karpet hanya disimpan keluarga raja. Karpet tersebut sempat dipamerkan dalam Delhi Exhibition pada tahun 1902. Kemudian disimpan di Monaco. Pada tahun 1985, karpet itu juga dipamerkan di New York. Balai lelong Sotheby"s selaku penyelenggara lelong sebenarnya berharap karpet tersebut dapat terjual minima 20 juta dollar AS.

Namun, penawaran perdana 5.5 juta dollar AS tak menarik minat pelelong. Lelong (19/3) dibuka dengan nilai 4.5 juta dollar AS yang diikuti tiga penawar. Penawaran tertinggi berhenti pada angka 5.4585 juta dollar AS termasuk komisen dan pembiayaan lelong. Namun, Shoteby"s belum bersedia mengumumkan pemenang lelong tersebut. Dengan banyaknya batuan mahal yang menghiasnya, karpet tersebut mungkin tak akan diletakkan di lantai, tapi lebih sesuai sebagai hiasan dinding.






.

Gempar! Arnold schwarzenegger telah meninggal dunia?


Aktor Hollywood, Arnold Schwarzenegger dikhabarkan meninggal dunia pada Selasa (16/10) waktu tempatan. Khabar kematian mantan Gabenor California, Amerika Syarikat ini tentu saja mengejutkan ramai orang. Dia dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir saat bermain snowboarding di resort ski di Zermatt, Swiss. Khabar kematian Arnold ini menyebar luas di berbagai laman jejaring sosial.

Termasuk juga para pengguna Blackberry Messenger (BBM) yang ramai menyebarkan berita itu. Bahkan, di microblogging Twitter, sempat menjadi trending topic. Namun anehnya, di negara asalnya Amerika, khabar kematian Arnold tidak ada sama sekali. Tidak ada satu pun media yang memuatkan berita kematian aktor yang berusia 65 tahun itu. Bahkan, keluarga Arnold juga tidak memberikan keterangan berhubungan khabar tersebut.



P/S - Kompem lah tipu kan..hehe





.

Stacy dan Akim kembali bersama


TIDAK lama dahulu kedua penyanyi remaja ini pernah mencuri tumpuan melalui hubungan mesra yang terjalin antara mereka. Menafikan hubungan baik itu menerbitkan rasa cinta, kini mereka kembali bersama. Biarpun badai gosip sudah lama berlalu, kasih yang mengikat mereka sebagai kawan terus dikukuhkan dengan kerjasama di dalam membantu karier masing-masing. Keserasian yang tercipta sejak lama dahulu sentiasa menghasilkan gandingan terbaik. Terbaru Akim sekali lagi memilih Stacy sebagai rakan duet untuk lagu terbaru ciptaannya berjudul Kembali, lagu yang dimuatkan didalam album terbarunya berjudul Akim Ahmad ini ternyata mempunyai aura tersendiri. Tahu eksperimen bakal menyebabkan khabar angin mengenai hubungan cinta mereka kembali, bagi dua penyanyi yang meningkat dewasa ini itu bukan sesuatu yang perlu ditakutkan mereka lagi.

Sekian lama menyepi, Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 21, memberitahu dia tidak pernah menghilangkan diri daripada industri ini. Menerangkan apa yang berlaku selama dia kurang berada di barisan hadapan, menurut Akim dia sebenarnya sedang mempelajari corak permainan di dalam industri. "Saya tidak kemana-mana, masih berusaha memberikan yang terbaik untuk karier saya. Namun pada masa yang sama saya tidak nafikan sedang memerhati dan mempelajari tentang industri kita kini," kata Akim yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7. Membuktikan kesungguhan di dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu, Akim mengakui lakonan juga merupakan bidang yang sentiasa memberi sebab untuk dirinya terus berusaha.

Malah menurut jejaka ini, dia tidak kisah sekiranya diberikan peluang untuk melakonkan watak antagonis didalam memberi peluang dirinya untuk bersinar. "Saya masih muda. Jika ada mereka yang di luar sana masih tidak berpuas hati dengan lakonan saya, saya hanya boleh pastikan diri ini terus berusaha. "Mungkin melalui watak-watak yang lebih keras saya mampu membuktikan bakat yang saya miliki. Dan dengan umur yang masih muda ini juga saya yakin mahu mencuba semua watak dalam memberi peluang kepada saya untuk lebih sebati dengan lakonan," katanya.

Sekali lagi memilih Stacy sebagai pasangan duet untuk lagu terbaru ciptaannya, Akim memberitahu bukan niatnya untuk sengaja mencipta kembali gosip lama tetapi dia percaya Stacy merupakan pilihan yang tepat untuk menyanyikan lagu ini bersamanya. "Sewaktu mencipta lagu ini saya memang dapat rasakan Stacy merupakan penyanyi yang tepat. "Dan tidak terlintas langsung untuk saya fikirkan lagu ini akan menyebabkan gosip bercinta kami kembali meletus. Cukup saya katakan kami sudah pernah berkerjasama dan ia memudahkan kerja kami," katanya. -utusan






.

Lelaki ini tetap bersemangat walaupun tubuhnya tinggal separuh


Bagi sebahagian diri kita yang berfizikal normal, mungkin orang ini kelihatan agak aneh. Tetapi ini tidak lucu. Lelaki ini mengalami kemalangan serius suatu ketika lalu, yang mengharuskan sebahagian tubuhnya dipotong (dari pinggang ke bawah). Namun dia tidak patah semangat, melainkan semangat hidupnya semakin membara.


Dia cekal berlatih menggunakan kaki palsu dan tongkat untuk kembali berjalan.. Semangat hebat lelaki ini wajar menjadi contoh buat kita semua. Walaupun memiliki kekurangan, dia tetap meneruskan hidupnya. Sesungguhnya, marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada hari ni.






.

Mengelak pencemaran udara, mari pakai seluar 'hijau'


Seorang ahli kimia dan pakar fesyen di sini, menghasilkan sejenis seluar jean mesra alam yang mampu membantu mengatasi kematian kira-kira 1.3 juta penduduk dunia akibat pencemaran udara setiap tahun. Rekaan inovatif itu merupakan kerjasama antara ahli kimia dari Universiti Sheffield, Profesor Tony Ryan dan pakar fesyen dari Kolej Fesyen London, Profesor Helen Storey. Setiap seluar jean rekaan mereka disalut dengan partikel titanium dioksida yang bertindak balas terhadap cahaya dan udara bagi meneutralkan nitrogen dioksida yang terhasil daripada asap kenderaan dan kilang.

Menurut Storey, dia memulakan projek menghasilkan pakaian berunsurkan teknologi hijau yang diberi nama 'Catalytic Clothing' setelah berjumpa dengan Ryan pada 2004. Katanya, projek itu telah diusulkan kepada syarikat cucian, Ecover bagi menghasilkan bahan tambahan dipanggil 'CatClo' dalam serbuk pencuci dan pelembut fabrik. "Untuk menjadikan ia berfungsi, orang ramai hanya perlu menggunakan CatClo ketika mencuci seluar jean mereka,'' katanya. Ujian keselamatan telah dilakukan ke atas jean tersebut dan tiada bukti menunjukkan ia berbahaya kepada kulit manusia dan bekalan air. Seluar jean itu akan dijual dua tahun lagi. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!