Sunday, October 21, 2012

Lelaki ini mampu menjinakkan buaya raksasa


Foto-foto ini sungguh menakjubkan. Seorang lelaki bermain-main dalam air dengan buaya raksasa. Dulu buaya itu pernah hampir tewas dan dia sembuhkan. Nama lelaki hebat ini adalah Chito, dan buaya besar itu dinamakannya Pocho..! Dua puluh tahun lalu Chito menemukan buaya ini di sungai dengan keadaan hampir mati, terluka bekas tembakan senjata api. Dia menaikkan buaya besar itu ke perahunya dan dibawa ke rumah, lalu dia ubati lukanya.


Perlukan masa selama 8 tahun sebelum Chito benar-benar dapat menaklukkan buaya raksasa Pocho. Sekarang dia sudah boleh dengan bebas berenang bersama Pocho di kolam. Saat memberikan makanan pun Chito langsung masuk ke dalam air. Hubungan persahabatan manusia dengan buaya ini menjadi tontonan pelancong!





.

Kucing yang selalu masam muka ini memikat hati pengguna youtube


Biasanya orang berwajah masam tidak disukai, tapi nampaknya, berbeza buat kucing yang berwajah seperti ini, malah membuatkan orang geramkannya. Kucing ini bernama Tard. Pemilik kucing ini suka menggeletek bahagian perutnya tapi Tard tidak sedikitpun menunjukkan wajah ceria. Dia tetap memberikan muka selamba, walaupun kucing biasanya sangat menyukai diperlakukan sebegitu. Wajah masam dan selamba Tard dirakam dan di muat turun ke laman video Youtube, dan nampaknya memikat hati ramai pengguna youtube.. Adakah dia memikat hati anda? hehe..





.

Anak bermata biru ini boleh melihat dalam gelap..


Bukan saja bermata biru, apa yang istimewanya dari mata Nong adalah matanya itu boleh melihat dalam gelap. Awalnya, ayah Nong, Ling sempat membawa Nong ke rumah sakit di Dahua, China selatan, kerana mata birunya itu. Namun seperti yang dijelaskan Ling, doktor di sana mengatakan mata Nong akan berhenti bersinar dan warna bola matanya akan kembali hitam.


Anehnya mata Nong bahkan boleh membaca di tempat yang gelap tanpa perlu sedikitpun cahaya dan yang lebih hebat, mata Nong boleh melihat sejelas seperti penglihatan mata normal di siang hari. Menurut pakar, Nong lahir dengan keadaan yang jarang yang disebut leukodermia dimana keadaan itu membuat mata Nong memiliki sedikit pigmen pelindung dan jadi lebih sensitif pada cahaya.






.

Lelaki berkelulusan sarjana ini hanya kerja disawah


UNTUK mengusir burung-burung, para petani biasanya memasang orang-orangan sawah di tengah ladang. Jamie Fox, seorang pemuda 22 tahun, melihat hal ini sebagai kesempatan perniagaan yang cukup menggiurkan. Beberapa bulan lalu Fox lulus dari Bangor University, England, dengan gelaran sarjana mesin dan bahasa Inggris. Sambil menunggu pekerjaan di bidang muzik, Fox membuat pekerjaan lain yang cukup unik. Fox bekerja sebagai orang-orangan sawah di Norfolk, England. Tugasnya cukup sederhana, Fox tinggal duduk sambil membaca, mendengarkan muzik, kemudian mengusir burung atau ayam hutan yang memakan tanaman yang siap dituai. Semuanya dilakukan setiap hari selama lapan jam.

Gajinya pun cukup besar. "Rakan-rakan saya yang pekerjaannya jauh lebih sibuk sering merasa iri dengan pekerjaan saya,” ungkap Fox seperti dipetik dari Oddity Central. “Siapa yang tidak ingin dibayar £250 per minggu hanya untuk duduk-duduk di ladang dengan pemandangan indah?” sambungnya. Petani yang melatih Fox pun sangat gembira dengan hasil kerjanya. Lelaki yang tidak disebutkan identitinya itu mengaku setelah Fox menjaga ladangnya, tidak ada lagi tanaman yang dimakan burung atau ayam hutan.


Sebelumnya, dia sudah mencuba berbagai cara, salah satunya memasang orang-orang sawah konvensional, namun tidak juga berhasil. “Salah satunya cara untuk menyingkirkan haiwan-haiwan itu ialah mengusirnya langsung. Sekarang saya boleh melihat perbezaannya,” tutur si petani.





.

Candi Borobudur cipta sejarah


Candi Borobudur diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai lokasi arkeologi Candi Buddha terbesar di dunia. Akhbar Surya Online melaporkan wakil Guinness World Records, Lusia Sinigagliesi berkata, Borobudur yang dibangunkan antara 750 dan 842 Masihi dengan keluasan 60,000 meter kubik, merupakan candi yang tiada bandingannya, ''Borobudur sebagai candi terbesar bukan sahaja menerima perakuan Guinness World Records tetapi juga daripada pelbagai pihak lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Pengarah Taman Wisata Candi Borobudur Prambanan Ratu Boko, Purnomo Siswoprasetjo di sini, baru-baru ini. Lusia berkata, pemilihan candi itu juga dilihat daripada sudut jumlah kedatangan pelancong ke sana. Purnomo berkata, selain Candi Borobudur, tarian Sendratari Ramayana Prambanan juga diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai tarian terbesar yang seninya bermula sejak 1961. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!