Monday, October 15, 2012

Kad kredit dicipta lengkap dengan kompas untuk arah kiblat


Sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bank Al Hillal memperkenalkan kad kredit dilengkapi kompas yang menunjukkan arah kiblat. Pengenalan kad kredit MasterCard baru itu adalah sempena pelaksanaan undang-undang syariah mengharamkan faedah dikenakan terhadap pinjaman di negara-negara Arab. Jurucakap Mastercard, Hames Issokson berkata, pihaknya melihat terdapat peningkatan terutama di Asia Barat untuk perbankan Islam dan dalam kes itu, pengeluaran kad kredit mengikut undang-undang syariah.

Selain kompas, katanya, pemilik kad kredit baru itu akan mendapat beberapa faedah lain iaitu baucer perjalanan untuk mengerjakan haji. "Sejumlah wang daripada penggunaan kad kredit itu juga akan didermakan kepada badan kebajikan tempatan,'' katanya kepada agensi berita, NBCNEWS.com. Operator kad kredit di negara-negara Arab akan melaksanakan yuran kad selepas mereka dilarang mengenakan faedah ke atas pinjaman dibuat oleh pelanggan. - Agensi





.

Apakah? Wanita ini suka makan batu


Wanita ini memanggil dirinya sebagai "rock fan". Bukan kerana dirinya peminat muzik rock, tapi wanita dari Amerika Syarikat ini hobinya makan batu! Selama 20 tahun, Teresa Widener menjadikan batu sebagai makanan kegemarannya. Widener bahkan memiliki almari penyimpanan khusus untuk menyimpan stok batu yang akan dilahapnya. Batu-batu ini biasanya didapati oleh Widener dari tepi jalan. Jika ukurannya kecil, Widener akan langsung memakannya. Wanita asal Bedford, Virginia itu juga sudah menyediakan tukul untuk menghaluskan batu-batu berukuran besar. “Saya pilih batu-batu yang bentuknya unik.

Saya suka rasanya, kadang saya juga menghisap tanah-tanah yang melekat dibatu itu,” ujar Widener kepada Metro UK. Selama 20 tahun, jumlah berat batu yang telah dimakan Widener mencapai 1.4 ton, atau nyaris seberat ikan jerung. Tapi setelah berkahwin lalu, kebiasaan Widener ini perlahan-lahan mulai surut. “Dia membuat saya bahagia, kebiasaan saya makan batu jadi berkurang,” tutur wanita 45 tahun itu.

“Tapi saat saya sedang dalam masalah, makan batu boleh membuat perasaan saya lebih baik,” lanjutnya. Kebiasaan ini disebabkan oleh keadaan yang disebut Pica, iaitu terobsesi memakan benda-benda yang tidak lazim dimakan. Selain kes Widener, keadaan Pica yang pernah diberitakan adalah memakan sabun, batu bata, dan juga tanah tanah.







.

Terpaksa letak ditempat yang tinggi kerana harga tempat parkir mahal


Meningkatnya jumlah pengguna kenderaan yang tak diimbangi dengan parkir membuatkan beberapa buah negara menerapkan harga parkir tinggi dan denda besar bagi yang parkir sembarangan. Tapi, peraturan itu justru ditangani dengan sikap berbeza oleh seorang warga Kiev, Ukrain. Seperti dilaporkan Dailymail, orang yang tak diketahui namanya itu memilih memarkirkan Toyota Yaris di balkoni apartmennya di tingkat tiga. Apa yang menghairankan, di apartmen itu tidak terlihat pintu lebar atau alat hidrolik pengangkat kereta yang memungkinkan kereta itu berada disitu.

Ini berbeza dengan apartmen di Singapura yang menawarkan fasiliti "Sky Garage", iaitu layanan khusus garaj yang dibuat bersama dengan tempat tinggal penghuni. Di apartmen ini sudah menyediakan lif khusus untuk kereta-kereta penghuninya. Tentu saja, aksi warga Kiev ini menjadi tontonan setiap orang yang melalui apartmennya. Mereka hairan bagaimana menaikkan kereta di balkoni dengan ketinggian lebih dari 10 meter. Namun, disebalik itu, persoalan timbul apakah ini hanya untuk menghindari parkir mahal atau cuma iklan perusahaan. Yang jelas, aksi ini berhasil menarik perhatian ramai orang.






.

Wah, mewahnya cyber cafe di Jepun.. Bagaikan bilik hotel..


Siapa yang tidak kenal cyber cafe? Ada antara kita pasti pernah ke cyber cafe untuk menggunakan perkhidmatan internet ataupun bermain games. Cyber cafe di Malaysia umumnya tidaklah selesa berbanding dirumah. Kebanyakan komputer disini, hanya dibatasi dinding nipis dan ruang yang terhad, dan itu membuatkan privasi agak terganggu. Namun, bagaimana pula keadaan cyber cafe diluar negara?

Jepun contohnya.. Kelajuan internetnya amat jauh meninggalkan kelajuan internet di negara-negara lain. Malah cyber cafe disana amat selesa dan privasi. Sudah seperti hotel saja. Pintu biliknya pun seperti pintu bilik hotel. Fasilitinya lengkap. Pelbagai minuman disediakan percuma. Mandi air panas ada (tapi yang ini bayar). Ramai pekerja yang berehat di tempat ini. Dan bagusnya...walaupun Miyabi orang Jepun, tidak ada seorang pun pengguna yang berbuat tak senonoh di dalam bilik itu..






.

Berlian ini berusia 400 tahun


Sebutir berlian berusia 400 tahun sebesar ibu jari orang dewasa yang dianggarkan bernilai lebih AS$15 juta (RM45 juta) bakal dilelong di Switzerland pada 13 November ini. Berlian Archduke Joseph yang diberi nama sempena nama Putera Hungary, Archduke Joseph August itu dianggarkan 10 kali lebih berat berbanding cincin berlian yang dipakai aktres terkenal Hollywood, Jennifer Aniston. Berlian milik Aniston itu dipercayai seberat 1.6 gram, manakala berlian Archduke Joseph pula seberat 15.2 gram. Program stesen televisyen NMC, Today yang memetik kenyataan Pengarah Bahagian Berlian firma lelongan Christie, Rahul Kadakia berkata, sukar untuk membayangkan saiz sebenar berlian Archduke Joseph itu.

"Berlian berkenaan dianggarkan sebesar telur burung puyuh dan benar-benar asli serta mempunyai warna yang terang," katanya. Berlian tersebut dipamerkan di New York, hari ini sebelum dilelong pada jualan lelong Magnificent Jewel di Geneva, Switzerland, awal bulan depan. Meskipun harganya dianggarkan bernilai AS$15 juta (RM45 juta), pakar berlian percaya harga barang kemas itu lebih mahal daripada itu. Malah, beberapa pembeli dari Asia Barat, Asia dan Rusia telah menyatakan minat untuk membida berlian terbabit.

Menurut Kadakia, RM45 juta merupakan harga yang berpatutan dan pihaknya mengharapkan jualan berlian itu akan mencatat rekod baharu. Firma Christie pernah menjual berlian tersebut pada harga AS$6.5 juta (RM13.5 juta) di Geneva pada 1993. Berlian itu dilombong dari lombong Golconda di India dan tergolong sebagai antara berlian termahal di dunia termasuklah berlian Kohinoor milik koleksi kerabat Diraja Britain dan berlian Regent yang dipasang pada Mahkota Perancis. - AGENSI






.

Kerana terlalu maju, kumpulan wanita ini nekad berkerja sambil memakai lampin pakai buang


Jepun adalah negara yang mempunyai banyak keunikan, lebih tepatnya keanehan yang tidak pernah disangka-sangka dalam bayangan terliar sekalipun! Bangsa Jepun adalah bangsa penemu. Mereka adalah bangsa yang rajin dan memiliki semangat kerja yang tinggi. Boleh dikatakan mereka amat gila kerja. Bagi orang Jepun, mati di tempat kerja adalah suatu kehormatan dan kemuliaan. Oleh kerana itu, mereka sangat menghargai waktu.

Waktu bagi mereka adalah wang. Inilah yang menyebabkan keanehan. Para wanita Jepun ramai yang bekerja di luar rumah. Mereka tidak suka hanya berdiam diri saja di rumah. Mereka pun mengejar karier. Dan, demi mengejar karier, mereka memakai lampin pakai buang ke pejabat. Mereka malas ke tandas demi membuang air kecil. Bayangkan saja, barang tersebut kini menjadi "HOT ITEMS" di Jepun!





.

[Kejam] Festival seksa kura-kura :(


Sebuah festival tahunan paling aneh dan paling tidak berperikemanusiaan diadakan di Ohio County, Indiana, festival gila yang bernama Festival Snapperfest ini tujuannya adalah untuk menyeksa kura-kura yang tidak berdosa sampai setengah mati bahkan ada yang mati. Festival gila tetap diadakan walaupun setelah People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) cuba untuk menghentikan festival tersebut tapi sayangnya gagal. Festival yang diadakan pada Sabtu 20 ogos ini diharuskan para peserta untuk menyeksa haiwan yang tidak berdosa ini.


Mereka menarik ekor dan membanting haiwan itu ditanah kemudian menarik kepala mereka, banyak cengkerang kura-kura hancur bahkan ada yang sampai mati. Banyak keluhan mengenai festival ini tapi festival terus berlanjutan setiap tahun.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!