Saturday, October 13, 2012

[Sedih] Kerana akan mati, seorang Ibu tunjukkan sayangnya pada anak melalui blog


Setiap tahun, ratusan ribu wanita meninggal kerana kanser payudara. Penyakit itulah yang menyerang wanita berasal dari New Jersey, Meredith Israel Thomas. Doktor mengatakan bahawa hidupnya hanya tinggal tiga bulan. Awalnya, Meredith didiagnos kanser payudara tahap 2. Baru dua minggu, kansernya bertambah ganas hingga memasuki tahap 4 pada 26 Jun 2009. Penyakit itu telah menjalar ke hati, tulang belakang, tulang rusuk, dan tulang lainnya. Setelah tiga tahun dia boleh melewati masa-masa senang bersama anaknya, doktor mengesahkan hidup Meredith hanya bertahan selama 3 bulan dari sekarang. Wanita berumur 39 tahun ini sangat sedih kerana harus meninggalkan Niomi, anak tunggalnya yang baru berumur 5 tahun. Meredith kemudian menulis blog agar suatu hari nanti Niomi tahu bahawa ibunya sangat menyayanginya.

"Blog ini untuk Niomi, mungkin dia tidak ingat segalanya, tapi dengan ini dia akan ingat. Orang akan bercerita padanya tentang ibu yang sangat menyayanginya," tutur Meredith. Blog tersebut ditulis bukan kerana takut akan kematian, tapi takut meninggalkan anaknya tanpa seorang ibu. Meredith takut buah hatinya membesar menjadi wanita yang tidak terurus. "Siapa nanti yang akan memberitahunya tentang menstruasi, membeli bra pertama, mengajarkan tari, menghindari pergaduhan antara gadis, mengajarinya tentang lelaki, dan menggunakan make up," ungkapnya. Meredith dan suaminya, Gary memutuskan untuk tidak memberitahukan keadaan saat ini kepada Niomi.

Dia selalu menyembunyikan kesan dari kanser tersebut sehingga membuat Niomi bingung kerana fizikal si ibu kian memburuk. Mulai dari sering kelelahan, rambut rontok, hingga perut yang membengkak. Menjelang kematiannya, Meredith sudah mempersiapkan psikologi anaknya. Dia juga membantu suaminya menjadi orang tua tunggal. Kini, Meredith berharap masih boleh mengajak Niomi bermain ski, berjalan menyusuri pantai, memetik epal, dan menghirup udara segar bersama-sama sebelum dia pergi untuk selama-lamanya.








,

Gempar! Naga dilihat di Jiang Xi, China


Seorang lelaki dari Fuzhou China timur, Provinsi Jiangxi mendedahkan telah mengambil foto naga terbang dilangit. Menurut Guan Mulin dia mengambil foto tersebut saat dia sedang memandu kereta. Dia menjelaskan "Saya sedang memandu dan saya dapati orang ramai sedang melihat keatas, lalu saya parkir kereta dan memeriksanya". Guan terkejut melihat naga terbang diatas awan "ini terlihat seperti 2 naga berenang-renang di langit, atau seekor naga dengan kepala dan ekornya yang muncul dari balik awan" Guan berkata, kejadian itu berlangsung selama beberapa minit sebelum akhirnya naga itu menghilang..






.

Benar! Lelaki ini boleh berjalan atas air


Manusia berjalan di atas air mungkin hanya kita temukan dalam filem saja, namun bagaimana pendapat anda jika anda melihat hal tersebut benar-benar dilakukan di alam nyata. Seorang lelaki yang berasal dari Poland, bernama Maciek Kozierski memiliki kemampuan berlari di atas air.


Tentang bagaimana caranya lelaki ini melakukan hal tersebut, masih tidak dapat dipastikan. Mungkin dia mempunyai ilmu "meringankan tubuh" seperti dalam filem-filem atau menggunakan helah tertentu..






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!