Tuesday, September 18, 2012

Burung pelikan ini memiliki dua kepala


Kewujudan haiwan berkepala dua kembali mengejutkan umum berikutan gambar yang diambil oleh seorang jurugambar dari Ukrain. Vladimir Kucherenko tanpa sengaja mengambil gambar seekor burung pelikan di delta bernama Danube. Dia kemudian menyedari burung tersebut ternyata memiliki dua kepala. Danube sendiri dikenali sebagai delta yang menjadi tempat tinggal 300 spesies burung di kawasan Eropah. Vladimir pergi kesana pada awal bulan ini untuk berburu foto alam liar. Saat itu dia melihat seekor pelikan terbang melintasi langit dan terus mengambil gambarnya. Keadaan fizik tidak lazim pelikan itu tidak disedari Vladimir.

Jurugambar berusia 57 tahun itu hanya mengetahui sesuatu yang aneh setelah melihat foto tersebut di rumahnya di Odessa. Burung itu terlihat aneh dengan memiliki dua kepala yang berjajar. Pelikan unik yang ditemukan Vladimir ini bukan pertama kali dilaporkan. Agos lalu seorang wanita juga mengaku melihat pelikan berkepala dua di pantai di kota Seaside, California.







.

Ibu miliki anak beruang


Sejak bayi, beruang liar ini hidup dalam asuhan Velga Vitola, seorang ibu yang menetap dekat Taman Nasional Ligatne, Latvia. Dalam penjagaan Vitola, beruang hitam ini tak cuma mendapatkan makan. Ia juga diberi nama, Ilzite. Sama seperti mengasuh anak-anaknya, perempuan 55 tahun ini juga mengajak beruang ini bermain. Bahkan Ilzite kerap turut pada waktu Vitola tidur. Ilzite bakal merebahkan diri di selimut Vitola atau sofa. "Ilzite suka tidur ditemani patung beruang putih dan anjing coklat," kata Vitola. Ilzite tak cuma akrab dengan Vitola atau patungnya saja. Ia juga kerap menemani Dzintars, 9 tahun, anak lelaki Vitola, waktu mengerjakan pekerjaan rumah. Si beruang juga akrab dengan kucing peliharaan Vitola.

"Ilzite suka membangunkan anak-anak saya agar mereka bangun pagi untuk sekolah," cerita Vitola. Apabila orang bertanya mengenai keluarganya, Vitola akan menjawab bahwa dia memiliki tiga anak. Satu lelaki, satu perempuan, serta seekor beruang. Dan tak cuma Vitola yang menganggap mereka adalah keluarga. Ilzite juga sayang pada ibu angkatnya itu. Ia seering memberikan ciuman di pipi Vitola. "Ia tak seperti beruang lagi, lebih mirip manusia," ujar Vitola.


Di awal asuhan, tubuh Ilzite sangatlah kecil. Panjangnya cuma dua kali tapak tangan Vitola. Kini, usia Ilzite sudah 10 tahun. Kerana tubuhnya membesar, kini Ilzite boleh menumpang kereta ketika ibunya itu keluar rumah. Ia juga tidak tinggal di rumah Vitola. Si beruang remaja kembali hidup di hutan. "Tapi ia masih sering menemani saya berjalan-jalan dalam hutan," ujar Vitola.






.

Lubang neraka wujud di dunia?


Lubang maha dahsyat ini muncul minggu lalu di jalan Ciudad de Guatemala. Lubang ini merupakan gejala alam yang terjadi sebagai akibat lapisan-lapisan tanah (yang terdiri dari batu kapur, batu soda dan bebatuan lain) dibawa oleh arus air bawah tanah. Proses ini sebetulnya terjadi sangat lambat, namun kadang-kadang tanah boleh tiba-tiba ‘hilang’ tanpa ada tanda-tanda sebelumnya, seperti yang terjadi pada kes ini. Lubang tersebut muncul juga secara tiba-tiba, menelan seluruh benda yang ada diatasnya, termasuk beberapa bangunan.






.

Replika motor dan kereta dari pasta


Seniman yang berasal dari Rusia, Sergey Pakhomov sedang menjadi sorotan media di negara asalnya diatas kreativiti dan kepintarannya dalam membuat replika kereta, kapal terbang serta kapal persiaran dengan menggunakan pasta. Ya, pasta yang kita ketahui adalah merupakan makanan yang berasal dari Itali. Bahkan, dia juga membuat sebuah replika kota. Memang menarik.. Agaknya dia gemarkan makanan itu, untuk idea unik ini tercetus.....







.

Kisah menarik dari bekas pemain badminton negara


Kira-kira 10 tahun lepas rutin hariannya banyak dihabiskan di gelanggang badminton, tetapi kini Wong Choong Hann tidak lagi menghabiskan masanya dengan bulu tangkis, tetapi tangannya lebih selesa 'membelai' bunga-bunga segar yang diawet. Sejak bersara dari arena badminton dua tahun lepas, bekas pemain badminton kebangsaan yang pernah mewakili negara di beberapa kejohanan antarabangsa seperti Piala Thomas, sukan Olimpik dan Sukan Asia itu kini menghabiskan masa di butik bunga yang diusaha bersama dua rakannya.

Wong, 35, yang ditemui di 'LavieFlo', butik bunganya di Damansara Utama di sini, berkata bunga yang terdapat di butik itu berbeza daripada kedai bunga lain kerana ia hanya menawarkan bunga segar yang diawet. "Bunga segar biasa harganya mahal tapi cepat layu...bunga plastik hanya cantik dipandang semasa baru, tetapi bunga segar yang diawet bukan sahaja boleh tahan lama, malah mengekalkan tekstur asalnya yang lembut dan warna asli," katanya.

Pemain badminton yang dahulunya sentiasa bermandi peluh di gelanggang, kini juga pandai menyusun kata-kata yang berbunga sesuai dengan karier baharu beliau yang memerlukan lebih sentuhan kelembutan. "Bunga-bunga ini bukan sahaja indah dan tak jemu mata memandang, malah ia menyalurkan aura segar kepada sesiapa yang berada berdekatan...percikan haruman pada kuntumannya menjadikan bunga-bunga ini wangi seperti bunga yang mekar di waktu pagi," katanya. Wong berkata minat beliau dalam bidang itu bermula apabila mendengar cerita seorang rakan yang baharu pulang dari China mengenai keindahan bunga segar.

Ekoran itu beliau mengunjungi Kunming dan Yunnan di China dan terus 'jatuh cinta' pandang pertama sebaik melihat keindahan bunga-bungaan di kedua-dua tempat itu dan mengambil keputusan untuk memasarkannya di Malaysia. Beliau berkata bersama dua rakan kongsi -- Ellen Loke dan David Lim --mereka mengeluarkan lebih RM2 juta sebagai modal untuk membuka butik, membawa masuk hampir dua kontena bunga-bunga segar serta pelbagai perbelanjaan lain seperti sewa kedai dan gaji pekerja. Tiga jenis bunga iaitu bunga ros, carnation dan hydrangers dibawa masuk untuk dipasarkan di negara ini serta beberapa negara lain di Asia Tenggara.

Bagi memastikan bunga yang dibawa masuk berkualiti tinggi, Wong berkata pihaknya melantik ketua unit produk, Ji Xiang Sheng dari China sebagai koordinator di Kunming dan Ji adalah orang yang bertanggungjawab memajukan sistem pengawetan bunga segar di China. Mengenai proses pengawetan bunga, Wong berkata keseluruhan proses mengambil masa 15 hari termasuk masa paling kritikal empat jam pertama selepas dipotong daripada pokok, melunturkan warna bunga serta mewarnakan semula bunga mengikut warna yang dikehendaki.

Bunga jenis itu mampu bertahan lama dan sentiasa segar seperti bunga yang baru dipetik dan ia perlu disimpan di tempat yang bersuhu di antara 35 dan 40 darjah celsius serta tidak boleh diletakkan di kawasan terkena panas matahari atau air. Mengenai harga, Wong berkata ia dijual pada harga RM80 hingga RM1,000 dan pembeli boleh memilih tapak serta gubahan bunga mengikut citarasa mereka. Wong yang turut mempunyai empat pusat latihan badminton di sekitar Lembah Klang, berkata walaupun beliau kini terlibat dalam industri bunga, ia tidak melunturkan semangatnya untuk terus berusaha melahirkan pemain pelapis badminton negara.- Bernama






.

Apa ada kat muka dan badannya tu?


Wanita ini bernama Lucy McRae. Ia adalah seorang seniman yang membuat seni unik dengan peniti ketika ada pameran di Museum Gambar dan Suara di Sao Paulo, Brazil. Lucy memasang ratusan peniti di tubuhnya dengan idea kreatif menggunakan alternatif lain. Jika selama ini kita lihat peniti dipasang di tubuh dengan menusukkan peniti pada kulit, ini lain dari yang lain. Dia hanya menempel peniti tersebut di kulitnya. Dan bukti lebih lanjut, hal ini termasuk perkara agak aneh di dunia.







.

Bukan manusia saja yang dikahwinkan


Sejumlah 70 cacing tanah dikahwinkan pada majlis perkahwinan besar-besaran di selatan Taiwan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah, kata pihak penganjur semalam. Semua cacing tanah itu tiba di Taman Takang di bandar Tainan kelmarin. Persatuan Pembangunan Komuniti Takang yang menganjurkan perkahwinan tersebut menyatakan, haiwan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta yang dihias kain merah untuk disatukan dengan tanah-tanih di taman berkenaan.

"Upacara perkahwinan ini dilakukan menurut budaya tradisional Taiwan," kata ketua kumpulan persatuan itu, Huang Sen-nan. "Kami mahu meningkatkan kesedaran orang awam berhubung keperluan untuk melindungi tanah tempat kita tinggal," katanya. Hakisan tanah yang menyebabkan tanah runtuh apabila ribut taufan melanda merupakan antara masalah alam sekitar utama di Taiwan. Kehadiran cacing tanah itu dapat membantu menghalang hakisan dengan meningkatkan struktur dan aliran air dalam tanah. - AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!