Monday, September 17, 2012

Hebat! Minuman ini tidak memerlukan peti sejuk untuk sejuk!


Tidak lama lagi kita dapat menikmati teknologi baru, iaitu tin minuman yang boleh berubah jadi sesejuk minuman ais hanya dalam 2 minit! Apa yang perlu dilakukan hanya menekan tombol di dasar tin, dan automatik kapsul dalam tin melepaskan karbon dioksida yang mendinginkan tin sehingga -15 darjah Celcius. Penemunya adalah Profesor Clift, yang sekarang bekerja untuk Pusat Strategi Persekitaran di Universiti Surrey. Profesor ini menemukan cara yang mesra persekitaran membuat tin menjadi sejuk- disebut: ChillCan - tanpa perlu lagi menggunakan peti sejuk.

Penyelesaiannya adalah menggunakan karbon dari tempurung kelapa yang terkandung dalam kapsul aluminium di dalam tin. Karbon tersebut akan aktif - mengirim semburan karbon dioksida bertekanan - ketika kita menekan tombolnya. "Teknologi baru ini akan lebih baik untuk persekitaran daripada penggunaan dispenser," terang Profesor Clift.






.

Aneh.. 2 ekor ayam ini tidak mati walaupun sudah disembelih dan dimasukan air mendidih


Seorang pengusaha ayam potong di Kota Parepare, Deng Jarung, yang biasa membekalkan daging ayam ke beberapa kapal swasta di kota itu, mengalami kejadian aneh. Bagaimana tidak, ketika menyembelih 250 ekor ayam potong, ada dua ekor di antaranya yang masih hidup. Lebih menghairankan lagi, sepasang ayam berwarna putih tersebut tetap hidup meskipun sudah direndam ke dalam air mendidih. Hal itu dilakukan agar bulu semua ayam tersebut mudah dicabut. Kejadian aneh ini mengundang ingin tahu ramai warga sekitar rumah Deng Jarung, di Jalan Reformasi, Kelurahan Kampung Baru, Kecamatan Bacukiki Barat, Kota Parepare.

Kerana kejadian itu, Deng Jarung sangat terkejut. Diambilnya dua ekor ayam tersebut, kemudian disimpan di sebuah kandang ayam di rumahnya. "Mungkin masih bukan ajalnya," tuturnya. Anehnya, sepasang ayam potong tersebut sudah boleh berjalan, bahkan makan dan minum. Pada tenggorokan terlihat saluran berupa selang sudah putus, hanya kulit dan sedikit daging yang menyokong leher ayam tersebut. Ketika makan dan minum, ayam ini mengeluarkan makanan dan minuman pada luka di bahagian lehernya.

"Dua hari yang lalu, beberapa orang datang melihat ayam aneh dari Kabupaten Bantaeng. Bahkan ada yang menawar ayam ini hingga jutaan rupiah, tapi saya tidak akan menjualnya," jelas Deng Jarung. Sementara Sudi, seorang pengunjung yang melihat ayam tersebut mengatakan, baru kali ini dia melihat ayam yang selang tenggorokannya putus tapi masih hidup. "Saya 10 tahun bekerja sebagai tukang potong ayam potong, tapi baru kali ini saya melihat, ayam yang sudah disembelih masih boleh bertahan hidup, dan bahkan makan dan minum," katanya.







.

Ketahuilah, perkahwinan tidak lama jika ragu-ragu


Hampir seorang setiap lima wanita yang ragu-ragu untuk berkahwin menjelang hari pernikahan mereka biasanya akan bercerai empat tahun kemudian, menurut satu kajian. Meskipun ada laporan mengatakan sebaliknya, penyelidikan baru mendedahkan pengantin baru yang was-was untuk mendirikan rumah tangga didapati menghadapi dua setengah kali kemungkinan untuk berpisah beberapa tahun kemudian. Penyelidik mengkaji 464 pengantin baru dalam tempoh beberapa bulan perkahwinan dan menjalankan kaji selidik susulan setiap enam bulan sekali hingga empat tahun. Mereka mendapati, purata usia ketika perkahwinan itu ialah 27 tahun bagi lelaki dan 25 bagi wanita.


Ragu petanda awal cerai 

Apabila ditanya sama ada mereka pernah meragui atau berat hati untuk berkahwin pada wawancara pertama, 47 peratus suami dan 38 peratus isteri berkata ya. Meskipun tidak rasmi wanita daripada lelaki yang ada keraguan, penyelidik di Universiti California, Los Angeles, mendapati keraguan itu sebenarnya menjadi petanda bahawa perkahwinan berkenaan akan menghadapi masalah tidak lama selepas itu. Di kalangan wanita, 19 peratus daripada mereka yang memberitahu bahawa mereka ada rasa was-was bercerai empat tahun kemudian, berbanding lapan peratus yang tidak ada perasaan itu, lapor Journal of Family Psychology.

Bagi lelaki, 14 peratus yang mengakui keberatan, berpisah empat tahun kemudian, berbanding sembilan peratus bagi yang tidak ada perasaan itu. Seorang penyelidik, Justin Lavner berkata: “Ada yang menganggap semua orang ada perasaan itu tetapi tidak perlu risau. Kami dapati, ia sesuatu yang biasa. “Wanita baru kahwin yang meragui perkahwinan mereka juga berkemungkinan dua kali ganda dan setengah berpisah empat tahun selepas itu daripada yang tidak berperasaan begitu.” -Agensi






.

Aneh.. Ditemui bayi seperti alien di Mexico


Pada akhir 2009, Mexico gempar dengan penemuan makhluk yang disyaki bayi alien oleh seorang petani bernama Marao Lopez. Dia menemukan makhluk aneh itu di dekat sebuah perangkap haiwan, dan kemudian haiwan tersebut dibunuhnya. Namun kemudian, Marao Lopez meninggal dunia kerana keretanya meletup. Pakar alien, Joshue P. Warren, menemukan bahawa suhu kereta Marao ketika itu menjadi lebih panas dari suhu sekitar. Namun ramai yang menilai foto tersebut hanya rekaan, disebabkan oleh bentuknya yang mirip dengan anak kera.







.

Awas! Ramai berbual sambil memandu


Lebih dua daripada lima pemandu berbual menggunakan telefon bimbit meskipun perbuatan itu salah di sisi undang-undang, menurut kaji selidik. Malah, ada yang sempat mengambil gambar ketika lalu di lokasi kemalangan, lapor kaji selidik terbaru. Daripada 42 peratus yang berbual dengan telefon bimbit ketika memandu, 60 peratus pemandu mengakui menyebabkan mereka cuai. Selain itu, hampir 74 peratus daripada 21,000 pemandu yang terbabit dalam tinjauan, berkata mereka lihat orang lain berbual menggunakan telefon bimbit dalam kebanyakan keadaan.

Lebih mengejutkan, 25 peratus responden mengakui menggunakan telefon bimbit dalam setiap perjalanan, lapor kaji selidik AA/Populus. Selain itu, kira-kira 20 peratus pula mengakui menggunakan telefon bimbit untuk menghantar teks, empat peratus memeriksa emel, 2 peratus menghantar emel ketika memandu. Sementara itu, dua peratus membaca Twitter atau Facebook ketika memandu dan satu peratus sempat menghantar tweet ketika memandu.


Rakam kemalangan

Polis di Northamptonshire merekodkan 80 pemandu menggunakan telefon bimbit atau kamera untuk merakam ketika lalu di lokasi kemalangan. Perbuatan itu disedari ketika anggota penyelamat cuba menyelamat seorang pemandu berusia 21 tahun yang terperangkap dalam traknya bulan lalu di lebuh raya M1. Presiden AA, Edmund King berkata: “Pemandu perlu beri perhatian kepada pemanduan bukannya cuai disebabkan teknologi digital. “Penyelidikan kami menunjukkan ada pemandu menggunakan ‘smart phones’ untuk berbual ketika memandu. “Bagaimanapun, bukan sesuatu yang bijak bagi seseorang itu berbual, menghantar teks atau tweet ketika memandu,” katanya -Agensi






.

Inilah seramik paling tipis di dunia


Inilah seramik paling nipis di dunia, dengan ukuran diameter 12 cm, berat 4 gram, dan tipis hanya 0.15 milimeter. Seramik ini dibuat seniman China, Huang Cheng-nan. Oleh kerana tipisnya, seramik berbentuk mangkuk ini boleh disimpan di sebuah jaring labah-labah tanpa terjatuh disebabkan ringannya.


Karya Huang ini mengalahkan rekod sebelumnya atas nama Jingde seramik. Selain yang tipisnya 0.15 mm, dia juga membuat seramik dengan tipis hanya 0.18 mm. Karya ini diserahkan ke Taipei dan sedang menunggu pengesahan dari Guiness World Record.





.

Kedai untuk pakaian wanita, didapati ada pekerja lelaki, diarah TUTUP!


Kementerian buruh telah mengarahkan penutupan kira-kira 100 kedai pakaian dalam wanita di ibu negara Arab Saudi itu kerana mempunyai lelaki sebagai pekerja jualan mereka, laporan sebuah akhbar pada Ahad. Al-Eqtisadiah memetik pegawai kementerian sebagai berkata bahawa semua kedai yang melanggar dekri mengenai “pekerjaan feminisme dan nasionalisme” akan ditutup. Langkah itu bagi menyediakan persekitaran yang selamat untuk para pekerja wanita.

Kementerian itu pada awal tahun ini telah melarang lelaki daripada menjadi pembantu yang bekerja di kedai pakaian dalam wanita, sebagai langkah permulaan diikuti dengan hanya wanita sahaja dibenarkan menjadi pembantu jurujual di rangkaian kosmetik.

Raja Abdullah telah mengeluarkan sebuah dekri pada Jun 2011 mengenai had tugas untuk wanita di kedai pakaian dalam wanita untuk wanita Arab Saudi dalam usaha untuk mengurangkan jumlah pengangguran wanita yang tertinggi di negara konservatif itu. Kadar pengangguran di kalangan wanita di negara yang kaya dengan minyak itu dianggarkan sebanyak 30 peratus. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!