Thursday, September 13, 2012

Kanta lensa yang korang belum ada :)


Kevin Carter (36) yang mencipta kanta lensa yang unik. Dia menghabiskan waktu dua hari untuk melukis setiap kanta lensa ciptaannya. Namun sebenarnya bukan semua kanta lensa ciptaannya unik. Ada juga yang seram dan mungkin menakutkan bila dipakai. Harga sepasang kanta lensa ini adalah 500 euro.


Agaknya, kanta lensa yang berwarna biru atau hijau dah selalu sangat tengok. Oleh itu pencipta kanta lensa inginkan perubahan. Tak tahulah kan kalau orang berani pakai..huhu






.

Kerana obses menjadi karakter animasi


Dulu, patung Barbie merupakan mainan yang paling diminati oleh anak perempuan, bahkan masih tetap menjadi kegemaran hingga sekarang ini. Ramai di antara mereka yang bercita-cita menjadi cantik seperti patung Barbie tersebut. Sama halnya dengan karakter animasi yang dipopularkan oleh negara Sakura, Jepun.


Karakter animasi dalam filem mahu pun komik juga menjadi kegemaran sebahagian besar orang dari berbagai kalangan usia. Uniknya, hal ini tidak hanya mempengaruhi penduduk Asia, tetapi juga negara barat, salah satunya adalah Ukrain. Di Ukrain, ada seorang gadis 19 tahun yang bernama Anastasiya Shpagina.

Anastasiya sangat obses untuk menjadi karakter animasi yang hidup di dunia nyata, sehingga dia nekad berdandan unik ala karakter animasi. Gadis remaja yang akrab dipanggil Nastya ini, juga memiliki nama Jepun, iaitu Fukkacumi. Nastya memerlukan waktu 2 jam untuk merias wajahnya setiap hari agar dia dilihat mirip seperti karakter anime Jepun. Dia juga ingin menurunkan berat badannya sedikit lagi agar tubuhnya dilihat ramping seperti seorang karakter animasi dalam filem-filem animasi Jepun. Sedangkan berat tubuhnya kini sudah 39 kg.






.

Aneh dan misteri.. Batu besar melayang ke udara?


Di sebuah bukit di Gushan, China, sebuah objek berbentuk batu besar terlihat melayang di udara, seakan-akan ada tangan tak terlihat sedang memegangnya. Sama ada objek itu sebuah UFO atau memang sebuah batu besar yang melayang kerana fenomena alam, tidak ada yang dapat memastikannya seperti yang disiarkan di uniknews. Foto tersebut diambil oleh seorang bernama Gang Hao. Dia mengambil foto itu ketika dia dan keluarganya sedang mendaki bukit. Apabila semua foto selesai diproses dan diupload ke komputer, dia melihat objek tersebut ada di salah satu fotonya. Kamera yang digunakan adalah Canon SX 110IS. Foto itu tidak mengalami proses editing apapun.


Apabila melihat foto itu, dianggarkan diameter batu tersebut adalah 5 meter. Ukuran yang luar biasa besar...Walaupun keadaan ini sangat luar biasa aneh, namun ternyata fenomena serupa juga pernah dilihat di Limon State Park dan Yellowwood State Park di Indiana, Amerika. Pada kedua lokasi tersebut, para pemburu pernah melihat bongkahan batu besar melayang diatas pokok.







.

Lukisan mengkagumkan ini dari majalah dan surat khabar


Masih ingat dengan teknik kliping? Mengumpulkan beberapa helaian kertas dari surat khabar serta majalah dan ditempelkan secara bersamaan pada satu kertas manila kad.


Itulah yang dilakukan oleh seorang seniman yang berasal dari New York, Derek Gores menggunakan sebuah teknik yang hampir sama dengan teknik yang digunakan untuk kliping dalam menghasilkan karya lukisannya.


Dia mengumpulkan berbagai kertas majalah yang telah dikoyak dan disusunnya hingga membentuk sebuah gambar..






.

Nenek ini lahirkan cucunya sendiri


Seorang nenek, Cindy Reutzel (53), melahirkan cucunya. Ya, cucu yang dikandungnya adalah anak dari anak perempuannya, Emily Jordan. Reutzel menawarkan diri mengandung cucunya setelah Jordan didiagnosis memiliki kanser rahim pada tahun 2010. Pembedahan untuk membuang kanser itu membuatkan Jordan tidak dapat mengandung. ”Saya tidak dapat menggambarkan bagaimana rasanya ketika setelah membuang kanser, lenyap pula harapan memiliki anak sendiri,” kata Jordan.

”Emily dan suaminya, Mike, tidak dapat memiliki anak, saya menjadi sangat sedih. Saya ingin Emily memiliki hubungan dengan manusia lain seperti yang saya lakukan terhadapnya,” kata Reutzel. Dia lalu menawarkan untuk mengandungkan cucunya sendiri. ”Pada mulanya kami beranggapan itu bukan idea yang realistik,” kata Emily.

Namun, setelah anak dan ibu melakukan pelbagai ujian, termasuk ujian psikologi, doktor menanamkan embrio yang terbentuk dari sel telur Emily dan sperma Mike. Akhirnya, Reutzel melahirkan cucunya, Elle Cynthia Jordan, melalui pembedahan ceaserean.






.

Aneh : Bertahan hidup selama 12 tahun tanpa makanan


Henan, China, Berapa lama orang dapat bertahan hidup tanpa makanan? Menurut data, manusia tidak boleh bertahan hidup tanpa makanan lebih dari 3 minggu. Tapi seorang lelaki di China mematahkan teori tersebut, kerana dia mengaku telah hidup selama 12 tahun tanpa makanan dan hanya minum air. Ning Xuefa, lelaki 22 tahun berasal dari Henan, China, baru-baru ini menjadi perbualan kerana mengaku dirinya sudah tidak makan sejak 12 tahun. Melihat keadaan tubuhnya dengan tinggi 150 cm dan berat 40 kg, lelaki ini memang dilihat seperti orang yang tidak makan, tetapi ceritanya sukar untuk dipercayai. Ning mengaku dia benar-benar meninggalkan makanan ketika dia baru berusia 10 tahun. Hanya dengan melihat roti atau sayuran di atas meja saja dia sudah merasa mual.

Tenggorokannya kering dan merasa aneh sehingga dia minum banyak air sepanjang hari. Kini, Ning boleh minum hingga 15 liter air per hari. Ayahnya juga mengakui cerita Ning. Menurut si ayah, Ning sudah tidak pernah menyentuh makanan, baik nasi, roti atau pun daging. Satu-satunya yang paling dekat dengan makanan tapi tidak membuat Ning mual adalah susu. Sayangnya, keluarganya terlalu miskin untuk membelikan susu setiap hari. Oleh itu, pemuda ini terpaksa bertahan hidup hanya dengan minum air. Dia sudah cuba bekerja, tapi tubuhnya terlalu lemah. Dia juga harus sering berulang-alik ke tandas. Ning harus bergantung pada keluarganya.

Tapi dengan kebiasaan makannya yang aneh, keluarga mungkin tidak menganggapnya sebagai beban yang besar. Ning juga telah diperiksa oleh doktor dan didiagnosis dengan penyakit kronik thirst-inducing disease, tetapi doktor belum menentukan bagaimana dia mampu bertahan hidup selama bertahun-tahun tanpa makanan.






.

Samsung Galaxy S3 dengan pilihan warna baru


Samsung Malaysia Electronics memperluas rangkaian Samsung Galaxy S3 dengan koleksi warna baharu bagi telefon pintar yang mesra pengguna. Dua warna baharu itu -- Merah Garnet dan Kelabu Titanium -- diilhamkan daripada bahan-bahan bumi yang paling berharga, kata Samsung dalam satu kenyataan. Etos reka bentuk yang elegan, pintar dan bergaya itu dijelmakan melalui variasi warna baharu, yang diraih daripada hubungan manusia dengan bahan-bahan semula jadi, katanya.

Minhyouk Lee, Naib Presiden dan pereka utama Samsung Galaxy S3 di Samsung, berkata setiap inci telefon pintar itu dicipta untuk mencerminkan unsur-unsur semula jadi, yang memberi ilham bagi reka bentuk ergonomiknya, daripada bentuk melengkung lembut, kepada bentuk panel yang lebih kecil. "Dengan memperluas rangkaian warna Samsung Galaxy S3, kami meneruskan usaha mengevolusi tema reka bentuk organik minimal telefon bimbit ini," tegasnya. - Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!