Wednesday, September 12, 2012

Bela harimau atas bumbung?


Pihak berkuasa menahan seorang lelaki yang didakwa membela enam ekor harimau secara tidak sah di kawasan bumbung sebuah apartmen empat tingkat di kawasan kejiranan Pathum Thai, pinggir Bangkok, kelmarin. Menurut polis, kesemua haiwan mamalia pemakan daging itu termasuk dua anak harimau tersebut dikurung di dalam sebuah sangkar besar. Pegawai polis, Adtapon Sudsai berkata, pemilik haiwan itu, Surasak Bunthienthong, 28, telah didakwa atas kesalahan memiliki haiwan liar yang dilindungi.

"Hasil siasatan awal kami mendapati, apartmen tersebut dijadikan tempat transit untuk urusan jual beli harimau secara haram di Thailand, di mana spesies tersebut diseludup untuk mendapatkan kulit dan organnya bagi menghasilkan ubat tradisional," katanya. -SH






.

Penemuan..Buah dengan warna paling banyak


Sejenis buah dari hutan hujan di Afrika telah disebut-sebut sebagai tanaman yang paling berwarna-warni yang pernah dilihat. Buah itu berbentuk bola kecil berwarna biru metalik. Warna kulit buah yang tak lazim itu terlihat berbeza-beza di setiap sudut penglihatan. Penemuan buah ini disiarkan dalam jurnal ilmiah Proceedings of the National Academy of Sciences. Para peneliti mendedahkan kekayaan warna buah dari tanaman Pollia condensata ini melalui penelitian selnya. Tanaman setinggi 40 cm itu dapat ditemukan di kawasan Ethiopia, Angola dan Mozambik.

Dalam ukuran mikroskop menunjukkan kulitnya berubah warna sesuai sudut dimana itu diamati namun tidak memiliki pigmen biru. Warna berkilau itu muncul dari interaksi cahaya pada serat halus berlapis-lapis pada sel kulit buah tersebut. Jarak antara lapisan sel itu bervariasi namun tetap menampilkan warna bercahaya yang indah. Semua sel buah menunjukkan warna berbeza yang memberikan efek "penampilan titik-titik". Efek titik ini sama dengan teknik yang digunakan pelukis ketika menggambarkan titik-titik hingga membentuk suatu bentuk utuh.

Warna cantik itu diandaikan berfungsi sebagai penarik perhatian burung untuk membantu menyebarkan biji. Dr Vignolini dari Cambridge University mengungkapkan warna indah seperti ini banyak terdapat di alam. Namun fungsinya berbeza untuk setiap spesies dan pada tanaman masih diteliti hingga kini.






.

Ning Baizura tarik diri persembahan Souled Out


PENYANYI bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada mengadakan persembahan di Souled Out 28 September ini. "Kami ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa Ning Baizura telah menarik diri daripada persembahan di Souled Out yang bertarikh pada 28 September 2012," kata pihak pengurusan Ning, HappenNINGS (M) Sdn Bhd dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di laman webnya. Penyanyi itu dukacita di atas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi mengenai penglibatannya dalam persembahan acara ‘Guinness Arthur’s Day’ yang akan berlangsung di Bukit Kiara.

Ning berkata dia tidak terlibat langsung dalam promosi jenama arak itu dan gambarnya telah digunakan tanpa mendapat persetujuan daripada pihaknya. Pihaknya turut menjelaskan bahawa Ning telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada tarikh itu dan bukannya didampingi oleh Guinness Anchor Berhad. Pengurusan penyanyi itu turut berkata, pihaknya sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana syarikat yang mempromosikan minuman keras.

Kerana pemiliknya mati, kucing ini terpaksa berlapar selama sebulan


Lemak tubuh biasa digunakan sebagai cadangan makanan bagi beruang saat hibernasi, namun apakah itu mungkin terjadi pada kucing? Dua ekor kucing obes nampaknya boleh membuktikan teori tersebut. Mereka bertahan hidup selama sebulan meskipun tanpa makan. Kucing bernama Roly Poly dan Pudding itu ditemukan polis dalam keadaan melarat. Kedua kucing itu disyaki menggunakan lemak tubuhnya untuk bertahan hidup ketika terlantar dalam rumah selama sebulan. Meskipun begitu, masing-masing memiliki dua kali ganda berat normal iaitu 9 kg saat ditemukan dan pasti lebih berat lagi keadaan sebelumnya. Rupanya kedua kucing berusia 18 bulan itu tidak dapat makanan sejak pemiliknya dirawat di rumah sakit hingga meninggal.

"Sebelum ke rumah sakit, majikannya tidak memiliki keluarga yang dapat menjaga mereka dan dia tidak sempat memberitahu orang lain," tutur Jane Worsley, dari lembaga penampungan haiwan. "Kucing-kucing itu tidak dapat makanan dan menggunakan rumah sebagai tandas," lanjut Jane. "Maka polis dipanggil ketika jiran mengeluhkan tentang bau." Saat ini keadaan Roly Poly dan Pudding sudah baik sejak pertama kali ditemukan. Kini pihak penampungan sedang mencari pemilik baru mereka. Mereka berharap menemukan orang yang sedang diet agar keduanya tidak bertambah gemuk lagi.






.

Kahwin adalah penawar barah


Walaupun ubat dan terapi adalah perkara asas dalam rawatan barah paru-paru, perkahwinan juga menjadi ‘ubat’ mujarab bagi mereka yang menghidap penyakit ini, lapor satu kajian. Penyelidikan yang dibuat mendapati penghidap penyakit ini boleh hidup lebih lama lagi berbanding mereka bertekad terus membujang. Malah, pengkaji mendpati perkahwinan boleh menjadi ubat mujarab kepada penyakit lain termasuk barah prostat, sakit kepala dan sakit tengkuk. Laman web mid-day.com melaporkan, satu kajian yang dijalankan di Universiti Maryland menunjukkan, perkahwinan boleh meningkatkan semangat penghidap barah untuk berjuang melawan penyakit itu.

“Kajian kami menunjukkan pentingnya sokongan sosial dalam proses penyembuhan dan merawat penyakit barah paru-paru,” kata pakar onkologi dan ketua kajian, Elizabeth Nichols yang mengemukakan hasil kajiannya pada satu simposium di Chicago baru-baru ini. Beliau berkata, berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, pihaknya percaya mekanisma sokongan kepada pesakit barah, mempunyai kesan lebih besar terhadap kelangsungan hidup berbanding teknik atau terapi barah yang baru. “Kami juga yakin bahawa usaha mencegah barah tidak sewajarnya hanya memberi tumpuan kepada mencari ubat baru dan terapi, tetapi keutamaan perlu diberi kepada kaedah yang dapat menyokong pesakit,” katanya.

Nichols berkata kajian yang dijalankan membabitkan 168 pesakit barah paru-paru tahap lanjut yang sudah menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi bagi tempoh satu dekad dari 2000 hingga 20120. “Kami dapati satu pertiga daripada responden yang masih hidup selepas tiga tahun, berbanding 10 peratus pesakit bujang yang masih hidup dalam tempoh sama,” katanya. Nichols berkata keadaan ini adalah kerana pesakit barah sentiasa memerlukan sokongan dalam kehidupan harian mereka, terutama ketika tinggal di hospital dan menjalani rawatan kemoterapi. – Agensi






.

Op op oppa Gangnam style.. Britney Spears pun dah tersampuk..


Sebagai salah seorang bintang pop terbesar di planet ini, Britney Spears memang berminat untuk tahu semua rentak tarian terbaru. Bersama Ellen DeGeneres semalam, penyanyi 30 tahun itu diperkenalkan kepada penyanyi rapper Korea Selatan, PSY, yang mengajar Britney dan Ellen bagaimana untuk menari gaya Gangnam.


Dalam episod yang ditayangkan itu, Britney dengan semangat cuba untuk belajar tarian K-pop walaupun dia berpakaian dengan gaun ketat. Tarian menunggang kuda pada asalnya diperkenalkan dalam video muzik PSY untuk Gaya Gangnam dan ianya sudah mencatatkan 144000000 views dalam masa dua bulan di YouTube.












.

Superman 'bantu' pasangan jayakan pertunangan


Bekas bintang siri televisyen Lois & Clark: The New Adventures of Superman, Dean Cain mungkin tidak lagi melakonkan watak superhero itu, namun dia tetap dianggap sebagai wira di kalangan peminatnya. Bekas superhero itu dilaporkan telah menerima permintaan sepasang kekasih bagi menjayakan majlis pertunangan mereka semasa sesi fotografi konvensyen fantasi Komik DC di Atlanta, Georgia, semalam. Pelakon berusia 46 tahun itu berkata, dia menerima pelawaan daripada peminatnya, Ruby Rinekso dari New York, yang merancang untuk melamar teman wanitanya, Jennifer Haviland.

Katanya, dia bersetuju apabila Rinekso meminta bantuannya untuk memberikan cincin pertunangan kepada Haviland. Rinekso, 39, telah bercinta dengan Haviland, 33, selama 11 tahun dan memakai kostum Batman dan Batgirl semasa sesi fotografi tersebut. Rinekso dan tiga rakannya sebelum itu merancang untuk menjemput Cain menghadiri konvensyen berkenaan dan membantu memberikan cincin kepada Haviland, walaupun dia meragui pelakon terkenal itu akan menerima permintaannya.

Namun, keraguan lelaki itu terpadam sama sekali apabila pelakon kelahiran Amerika Syarikat tersebut sudi membantunya dengan membuat kejutan apabila membawa cincin pertunangan kepada Haviland. "Saya berasa sangat gembira, gementar dan tidak terkata-kata. "Saya dan Haviland tidak menyangka Cain sanggup membantu melangsungkan pertunangan kami ini," katanya. - AGENSI







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!