Monday, September 10, 2012

Dah tengok filem ditangga teratas filem box office di Amerika sekarang?


Filem seram "The Possession" kekal di tangga teratas senarai filem box-office pada minggu yang perlahan ini di Amerika manakala filem gangster "Lawless" akan kekal di tangga kedua. "The Possession", sebuah triler seram lakonan Kyra Sedgwick meraih AS$9.5 juta (RM29.45 juta) manakala "Lawless" yang diasaskan dari novel karya Matt Bondurant pada 2008, "The Wettest County in The World" meraih AS$6 juta (RM18.6 juta). - AFP





.

Awas! Gadai nyawa untuk kurus


WANITA sememang sangat sensitif terhadap penampilan mereka. Setiap daripada mereka mahu kelihatan cantik dan penampilan menarik bagi memikat si lelaki. Pelbagai cara dilakukan, ada antara mereka yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kelihatan cantik, membeli hiasan diri malah juga mengamalkan diet untuk mendapat postur badan yang diingini. Bagi mereka mempunyai badan agak berisi, tidak mengapa untuk mengamalkan diet tetapi perlu berhati-hati kerana kamu mungkin akan menjadi obses terhadap bentuk dan berat badan kamu. Akibat terlalu obses, wanita sering kali merasakan diri mereka mempunyai masalah kegemukan walhal di mata lelaki ia tidak begitu.

Hal ini mendorong kepada wanita itu untuk melakukan diet yang berbahaya semata-mata untuk mendapat bentuk badan ideal walaupun sebenarnya badan mereka sudah kurus. Berhati-hatilah kerana jika kamu terlampau obses untuk diet, tanpa disedari kamu mungkin mengalami salah satu daripada penyakit ini iaitu Anoreksia atau Bulima Nervosa. Berikut .com kongsikan kepada pembaca sedikit maklumat mengenai kedua-dua penyakit ini. Jangan kerana mahu kelihatan cantik di mata sendiri, nyawa sanggup digadaikan.

GEJALA penyakit ini hadir apabila kamu menahan selera makan atau mengawal gaya pemakanan kamu. Hakikatnya, penderita anoreksia sebenarnya sedar mereka mengalami kelaparan namun risau untuk makan kerana tidak mahu penambahan berat badan. Akibat daripada gaya pemakanan begini, pesakit akan cepat rasa kenyang dan mual walaupun mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Ia sangat berbahaya kerana badan akan mengalami kekurangan sumber tenaga diperlukan untuk berfungsi dengan sempurna. Akibat daripada kekurangan sumber tenaga yang diperlukan oleh badan, ia boleh membahayakan pesakit sehingga menyebabkan kematian. Dianggarkan satu daripada 10 orang meninggal dunia akibat penyakit ini sehingga ada yang sanggup membunuh diri.

PESAKIT yang mengalami bulimia berbeza dengan pesakit anoreksia. Walaupun pada dasarnya pesakit bulimia juga mahukan tubuh badan ideal tetapi pendekatan mereka berbeza. Pesakit bulimia tidak akan menahan selera makan mereka sebaliknya mereka akan makan apa sahaja yang mereka inginkan. Tiada sekatan. Malah, ada juga yang makan secara berlebihan untuk memuaskan nafsu makan mereka.

Namun, setelah makan, mereka akan memuntahkan kembali apa yang dimakan tadi untuk menghindar sisa makan mereka bertukar lemak di dalam badan. Ini juga sesuatu yang berbahaya kerana sukar untuk mereka mendapatkan tenaga sekiranya mereka memuntahkan kembali makanan yang sudah dicerna dimuntahkan kembali. Akibatnya, tubuh akan menjadi lemah dan akhirnya mengurangkan jumlah tenaga yang ada di dalam badan kerana semua makanan yang ada sudah dimuntahkan.

* Gangguan degupan jantung
* Hormon terjejas
* Gangguan kitaran haid
* Kemandulan
* Tulang rapuh
* Gangguan sistem saraf
* Bahan galian tidak seimbang
* Hilang selera makan
* Luka pada kerongkong dan keracunan saluran kerana sering memuntahkan makanan
* Rosak gigi dan gusi akibat kesan asid perut dalam badan yang dimuntahkan
* Dehidrasi badan
* Tidak bermaya
* Keradangan pada dinding saluran pemakanan
* Sembelit
* Kematian
* Dapatkan nasihat pakar mengenai pola makanan seimbang.
* Melakukan rutin senaman setiap hari.
* Waktu tidur yang terkawal dan mencukupi.
* Tidak mengambil ubat yang tidak perlu seperti pelangsing badan.
* Makan secukupnya untuk mengimbangi tenaga dalam badan.








.

Kepercayaan? Jalan atas bara untuk elak bencana


Bagi kebanyakan orang, berjalan di atas bara api adalah suatu perbuatan yang boleh membahayakan diri, tetapi lain pula bagi rakyat China yang percaya ia boleh menghalang berlakunya bencana alam. Atas kepercayaan itu, mereka sanggup mengambil risiko mengalami kecederaan serius demi hasil yang sukar dipercayai itu. Perbuatanitu sering dilakukan di negara ini kerana rakyatnya percaya, selain dapat menghalang bencana alam, ia juga dipercayai boleh membina keberanian serta memperolehi merit kebatinan yang membawa kekayaan kepada mereka dan ahli keluarga.

Ritual ini juga dikatakan memberi kebaikan kepada kehidupan bermasyarakat, kepada tokong dan kuasa tuhan mereka untuk melindungi wilayah sekitar dan penghuninya. Apa yang lebih menakjubkan, rakyat China melakukan aksi ini di atas timbunan arang batu yang terbakar, tidak seperti yang biasa dilakukan oleh sesetengah orang. - AGENSI






.

Best tak pelihara ular besar, ular python kat rumah?


Anak kecil dari Kemboja ini memelihara binatang yang luar biasa besarnya, iaitu ular Python. Ketika anak kemboja ini berumur tiga tahun, ayahnya menemukan ular python ini di rumahnya dan kemudian membuangnya ke hutan agar rumahnya selamat daripada ular itu.


Tetapi pada keesokan harinya, ular Python ini kembali ke rumah keluarga tersebut dan kemudian dijadikan sebagai haiwan peliharaan keluarga.


Dalam gambar-gambar dalam entri ini kita boleh melihat bagaimana asyiknya anak Kemboja ini bermain denga ular Python peliharaannya yang luar biasa besarnya!






.

Ayam berkaki empat?


Warga emas yang terkejut mendapati salah seekor ayam yang dibeli anaknya mempunyai empat kaki, membatalkan hasrat menyembelih haiwan tersebut. Ismail Awang Teh, 70, berkata, dia menyedarinya ketika mahu menyembelih ayam tersebut di gerai ayam proses milik anaknya, Adnan Yusof, 44, jam 7.30 pagi kelmarin. Katanya, ayam istimewa itu berbeza dengan ayam lain kerana tidak banyak bergerak ketika hendak disembelih. “Saya akan memelihara ayam ini kerana inilah kali pertama saya menemui ayam berkaki empat, dua kaki normal dan dua lagi berada di bahagian punggung.

“Walaupun kaki di belakang seperti tidak mempunyai fungsi tetapi ia lengkap,” katanya. Sementara itu, Adnan ketika ditemui berkata, itulah kali pertama dia menemui ayam berkaki empat sejak berniaga ayam proses enam tahun lalu. “Bagus juga ayah saya tidak menyembelihnya kerana bukan senang memiliki ayam seperti itu,” katanya. Ayam itu katanya, dihantar pemborong awal pagi kelmarin bersama ayam lain untuk diproses dan dijual kepada penduduk sekitar.







.

Minat dengan Gangnam Style? Apa itu Gangnam style?


SEKARANG ini orang ramai asyik bercerita tentang Gangnam Style, lagu dendangan Psy, penyanyi hip hop dari Korea. Ternyata penyanyi yang nama sebenarnya, Park Jae Sang, 35, berjaya mencetus fenomena 'Gangnam Style' di seluruh dunia. Penyanyi yang mendapat pendidikan dari Universiti Boston dan Berklee College of Music, Amerika Syarikat itu mula menghasilkan album pertama, PSY From The Psycho World pada 2001. Dia bukanlah siapa-siapa jika dibandingkan dengan populariti Jay Park atau kumpulan idol seperti Super Junior dan Wonder Girls kerana Psy hanya popular di kalangan peminat underground. Psy dikenali kerana sikap humor dan gemar meniru gaya penyanyi popular sewaktu persembahan dan pada 2006 namanya menjadi sebutan kerana meniru aksi penyanyi Lee Hyori. Dia juga banyak muncul dalam pelbagai program, antaranya Good Sunday: X-Man dan The Golden Fishery.

Namun siapa sangka, lagu Gangnam Style yang dimuatkan dalam album keenamnya itu berjaya mengangkat nama Psy sebagai artis Korea pertama yang menduduki tangga tertinggi carta iTunes dan US Music Video. Selepas disiarkan di Internet ia telah ditonton oleh kira-kira 99,460,637 pengunjung. Penyanyi naungan pengurusan YG Entertainment itu bukan sahaja berjaya memukau peminat seni dengan lagu dan tarian ala kuda itu malah dia berjaya mempromosi daerah Gangnam yang terletak di bandar Raya Seoul, Korea Selatan. Gangnam (sebutan gang-nam) dirujuk kepada sungai-selatan dan istilah itu digunakan untuk merujuk kepada keluasan bahagian selatan Sungai Han yang terletak di Seoul, yang merangkumi daerah Gan-nam-gu, Seo-cho-gu dan Song-pa-gu.

Ketiga-tiga daerah itu umpama kawasan segi tiga emas berbanding tempat lain di Seoul kerana kehidupan di situ penuh gaya ibarat bandar Manhattan, New York atau Beverly Hills serta Orange County di California. Secara kasar Gangnam Style atau Gaya Gangnam merujuk kepada kehidupan kelas atasan yang dipenuhi hotel mewah, pusat beli-belah yang penuh dengan barangan berjenama lagi trendy dan penduduk yang gemarkan sosial. Semua itu dapat dilihat pada setiap bait lirik Gangnam Style.




Cetus fenomena 

SELEPAS dua tahun mendiamkan diri dari dunia seni, Psy kembali dengan muzik video menerusi single berunsur satira Gangnam Style yang disiarkan di YouTube bermula 16 Julai lalu. Muzik video yang dikenali sebagai tarian kuda dan popular dengan korus Heyyyy, sexy lady! mampu menggubah nasib Psy dalam tempoh sesingkat itu. Keunikan tarian yang ditampilkan oleh Psy itu turut mendapat liputan media Amerika Syarikat seperti Gawker (30 Julai), CNN International (2 Ogos), Wall Street Journal (8 Ogos) ABC News (14 Ogos), Time (15 Ogos) dan The Atlantic (23 Ogos).

Malah selebriti popular turut bercakap tentang Gangnam Style dalam Twitter masing-masing seperti Katy Perry, T-Pain, Robbie Williams, Josh Groban dan Britney Spears yang ingin belajar tarian gaya Psy. Pada 4 September lalu, jurucakap Psy memberitahu, penyanyi itu telah menandatangani kontrak dengan Island Records, sebuah syarikat rakaman di Amerika Syarikat yang mengurusnya di peringkat antarabangsa. Island Records milik Universal Music Group itu mewakili artis terkenal seperti Mariah Carey, Melissa Ethridge, Jennifer Lopez, Justin Bieber, The Killers, Snow Patrol, dan Fall Out Boy.






.

Akhirnya..... setelah menanti selama lima tahun


Penyanyi Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 32, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras di sini malam Ahad. Bayi seberat 3.07 kilogram itu lahir secara normal kira-kira pukul 8.37 malam dan diberikan nama Nur Iman Syafie. Haiza berkata, dia dimasukkan ke pusat perubatan itu kira-kira pukul 1 petang hari yang sama selepas mengalami kesakitan ketika di rumah. Katanya nama Nur Iman Syafie dipilih selepas dia dan suami Norhanaphe Omar, 32, mengetahui jantina anak mereka itu selepas beberapa bulan mengandung.

"Nur Iman Syafie bermakna cahaya keimanan. Saya dan suami berharap anak kami ini akan menjadi orang yang beriman," katanya kepada mStar Online sewaktu ditemui di pusat pakar itu di sini, malam Ahad. Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.30 malam, wajah anak pasangan ini tidak dapat dirakamkan kerana masih dalam rawatan susulan di wad berasingan oleh pihak hospital. Sementara Haiza berkata, dia amat bersyukur kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Allah mengurniakan zuriat buat mereka selepas puas berusaha.

"Zuriat ini amat bermakna buat saya dan suami. Syukur kepada Allah," katanya. Haiza yang popular dengan lagu terbaharu berjudul Semalam bercuti daripada sebarang pertunjukan pentas dan akan kembali aktif selepas tempoh berpantang. Haiza dan Norhanaphe mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2007. -mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!