Thursday, September 6, 2012

Ajaib : Emma sembuh dari penyakit kanser


Seorang gadis kecil yang disahkan gagal buah pinggang dan telah dua kali berjuang melawan kanser dan dinyatakan penyakitnya itu sembuh sendiri, Emily Clark kini telah bebas dari kanser. Emily pertama kali didiagnosis hanya berusia dua tahun, ketika pakar menemui tumor Wilms ', suatu bentuk yang jarang dari kanser ditemukan di dalam buah pinggang. Doktor terkejut ketika buah pinggang dan kanser sembuh dengan sendirinya. Ternyata dia pulih setelah salah satu buah pinggang dibuang dan empat bulan kemoterapi dan rutin check-up 10 bulan kemudian ternyata penyakitnya itu kembali. Ahirnya Claire, adiknya bersedia untuk menyumbangkan salah satu buah pinggang miliknya, yang mana doktor menemukan bahawa buah pinggang Emily sudah berfungsi dan dia sembuh sepenuhnya. Dan dari sekarang, Emily hanya perlu minum ubat untuk buah pinggang dan suntikan hormon pertumbuhan.






.

Pulau yang sangat unik kerana bahagian atasnya selalu berawan


Info menarik mengenai Luytla-Duymun yang merupakan sebuah pulau terkecil dari 18 Kepulauan di Faroe, terletak antara Skodland dan Islandia. Pulau indah ini hanya berukuran seluas 0.8 km persegi (0.3 mil persegi) dengan titik tertinggi, Gunung Ravan, 414 meter (1.358 kaki). Pemandangan indah tercipta dari pulau tak berpenghuni ini yang selalu diselimuti awan. Bentuknya yang unik menjadi objek keindahan di pulau ini. Menarik, dan sangat cantik..






.

Perempuan ini mesti berdiri dengan kepala di bawah agar tidak pengsan


Saat berada dengan posisi kepala di bawah dan kaki di atas, kebanyakan orang akan merasa pening. Tapi hal sebaliknya malah terjadi pada seorang wanita. Wanita ini akan pengsan tiap kali dia berbaring atau berdiri tegak. Satu-satunya cara agar dia tetap sedar adalah dengan berdiri terbalik dengan kepala di bawah. Kes wanita tersebut telah diterbitkan dalam majalah Discover dan diceritakan oleh Dr. Louis Janeira. Dalam artikel tersebut, wanita dengan keadaan perubatan aneh disebutkan dengan nama Mary. Suatu hari, Mary (60 tahun) tak sedarkan diri. Suaminya, Jason membawanya ke dalam ambulans.

Namun doktor dan jururawat panik langsung berteriak ketika Jason membalikkan tubuh Mary dengan posisi kepala di bawah. Doktor mengatakan hal tersebut boleh menyakiti Mary, tapi Jason menjelaskan bahawa posisi terbalik dengan kepala di bawah adalah satu-satunya cara untuk membuat Mary sedarkan diri. Sehari sebelumnya, Mary datang ke rumah sakit kerana tekanan darah rendah. Doktor mengimplankan alat pacu jantung dan dia diperbolehkan pulang. Di hari berikutnya, Mary batuk dan pengsan. Dia cuba untuk berdiri tegak tapi malah pengsan. "Mary mungkin mengalami keadaan yang menghalang aliran darah dari jantung ke otak, yang boleh diatasi ketika kepalanya dibalikkan.






.

Pokok ini boleh berpindah tempat sendiri


Di hutan hujan tropika Amerika Selatan ada sejenis pokok palem yang boleh bergeser dari tempatnya semula. Socratea exorrhiza, atau sering disebut Walking Palm. Dinamakan Walking Palm kerana boleh "berjalan", tentunya bukan seperti pokok raksasa Ent dalam filem Lord of The Rings. Namun, memang benar-benar boleh berpindah tempat sendiri. Bagaimana hal ini boleh terjadi? Rupanya kerana pergerakan akar yang mengikuti arah cahaya matahari. Akar yang tidak mendapatkan sinar akan mati dan kemudian digantikan oleh pertumbuhan akar yang baru. Bentuk akarnya muncul dari bahagian batang seolah tentakel sotong gurita.

Pada tahun 1961 sebuah fakta baru mengenai tanaman ini ditemukan oleh para ahli. Sebuah pokok jenis ini tumbang kerana ditimpa oleh pokok lainnya, namun beberapa hari kemudian, tumbuh akar baru di sekitar akar yang lama.Menurut penelitian, dalam tempoh 1 tahun, pokok yang mampu tumbuh hingga 25 meter dan berdiameter sekitar 16 cm ini dapat bergeser dari tempatnya semula sejauh 1 meter.







.

Awas : Serbuk putih ditemui dalam pejabat pos


Pejabat pos berdekatan bandar raya ini dikosongkan selepas bahan yang tidak dikenali dijumpai dalam bangunan itu apabila 20 orang mendakwa mereka tidak sihat, kata polis. Polis berkata, salah seorang daripada 20 mangsa dibawa ke hospital tetapi bahan berkenaan dianggap tidak berbahaya berdasarkan penyiasatan awal. Polis dimaklumkan mengenai dua pucuk surat mengandungi serbuk putih yang menyebabkan sebahagian daripada petugas berasa gatal. Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian. - AFP






.

Rokok jenis itu kini disahkan berbahaya


Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya. Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru. Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya. Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu. Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya. "Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya. "Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya. - AGENSI






.

Samsung buat hal lagi?


Samsung didakwa memaksa pekerja kilangnya di China supaya bekerja lima kali melebihi had kerja lebih masa dan melarang mereka daripada duduk dan menafikan hak asas buruh, kata pemerhati yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Menurut siasatan Pemerhati Buruh China di lapan kilang syarikat berkenaan, Samsung didapati bersalah “mencabuli undang-undang dan tidak berperikemanusiaan”. Ia termasuk memaksa pekerja di kilang Samsung Mobile Display Tanjin membuat kerja lebih masa sehingga 189 jam sebulan walaupun undang-undang hanya membenarkan 36 jam, demikian menurut laporan yang dikeluarkan di New York. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!