Tuesday, September 4, 2012

Aneh : Ada sarang lebah raksasa di rumah orang Ini


Awalnya keluarga ini hidupnya sangat tenang dan tenteram, tetapi setelah mereka melihat cairan aneh keluar dari atap mereka, mereka merasa ada yang ganjil. Kerana mereka bingung apa sebenarnya yang ada di atap rumah mereka itu, akhirnya mereka memutuskan untuk menyelidiki penyebab jatuhnya cairan aneh dari atap mereka tersebut sampai mereka menemukan rumah sarang lebah raksasa di atap mereka. Ternyata cairan aneh yang keluar dari atap itu adalah madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah yang tinggal di sarang tersebut.
Tak perlu beli madu, namun bahaya jika lebah-lebah menyerang tuan rumah...







.

Lelaki ini kahwin dengan....errr..........buah nanas


Bak perkawinan para selebriti, kisah berikut boleh jadi menjadi salah satu hal yang heboh, dan boleh jadi yang termanis, yang pernah anda ketahui. Bintang pop asal dari Jerman, Ramma Damma atau Ulli Hopper, memutuskan mengahwini sebiji nenas! Dengan lamaran bernilai 8 poundsterling itu, Ramma mengemudi menyeberangi perbatasan Scotland menuju Gretna Green dengan sebuah Jaguar berselimutkan aksesori serba hijau.

Di sanalah, dia dan nenas yang kemudian dia namakan Tippi, berkahwin sebelum akhirnya kembali ke Munich, Jerman. "Kami berkereta sepanjang malam, perkawinan yang indah, tapi bukan kawin lari" katanya. Kata Ramma, "Saya mencintainya. Saya ingin mengahwininya. Kami menginap di Hotel Gretna Green Hall dan kami dikahwinkan oleh seorang yang mengenakan kilt. "


Kami menikmati berbagai hidangan. Kami melangkah ke pelbagai restoran dan Tippi menikmati segelas air selama makan malam itu," tutur lelaki itu lagi. "Tippi senang menonton filem -- khususnya filem-filem tentang gempa bumi -- dan dia akan duduk di pangkuan saya ketika dia merasa ketakutan," katanya.






.

Jatuh dari ketinggan 30 meter, lembu ini selamat


Seekor anak lembu diselamatkan secara dramatis oleh petugas pemadam kebakaran setelah jatuh dari ketinggian lebih dari 30 meter, dan tersangkut pokok di Sungai Leith, Cumbria, Inggris utara. Sparkle, anak lembu yang masih berusia 11 bulan itu, ditemukan dalam keadaan tertekan setelah jatuh di tebing sungai tak jauh dari penternakan Sheriff Park, dekat Penrith, Cumbria. Nasib baik Sparkle tersangkut pokok sehingga tak jatuh ke sungai. Aksi penyelamatan yang sukar berlangsung hingga empat jam. Tiga petugas pemadam yang terlibat dalam aksi penyelamatan memakai peralatan lengkap, termasuk peralatan pendaki gunung seperti tali dan sling.


Si anak lembu terpaksa harus dibius, sebelum berhasil ditarik dengan susah payah oleh para petugas pemadam. ”Petugas itu memakai baju pelindung dari besi, berjaga-jaga kalau kena tendang binatang tersebut,” ungkap Philip Armstrong, jurucakap kumpulan pemadam kebakaran serta penyelamatan Cumbria. Menurut Armstrong, meskipun terluka, namun Sparkle tidak mengalami cedera teruk.





.

Aneh: Misteri tulisan Al-quran di tubuh Bayi


Seorang bayi lelaki berusia 9 bulan di Rusia telah membuat doktor bingung. Kejadian di Dagestan, Rusia itu mengejutkan, apabila ayat Al-Quran suci (Al-Quran) mula muncul di kulitnya. Perkataan dari kitab suci Islam dikatakan muncul di punggung setelah Ali Yakubov berusia 9 bulan, lengan, kaki dan perut, sebelum memudar dan digantikan dengan ayat baru. Orang tua Ali dibiarkan terkejut ketika kata Allah muncul di dagu Ali Yakubov segera setelah kelahirannya. Sejak itu puluhan tulisan dalam aksara Arab telah muncul hampir di seluruh tubuhnya. Paramedik telah membantah bahawa tanda adalah dari tulisan seseorang di kulit anak itu. Ibu anak itu, Madinah Yakubov, mengatakan bahawa dia dan suaminya bukanlah yang terlalu patuh pada agama.


Sejak fenomena itu berlaku, anak itu telah menjadi fokus perhatian Muslim di provinsi Dagestan rumahnya, daerah yang dekat dengan sisa-sisa kerosakkan Chechnya di Selatan Rusia. Jurucakap pejabat tempatan, Akhmedpasha Amiralaev mengatakan "Anak ini adalah tanda murni dari Allah. Allah mengirimnya ke Dagestan untuk menghentikan pemberontakan dan ketegangan di republik kita". Ibu Ali Yakubov mengatakan, "Biasanya tanda-tanda muncul dua kali seminggu - pada hari isnin dan pada malam antara hari Khamis dan Jumaat. "Ali selalu merasa kesakitan ketika ianya terjadi. Dia menangis dan suhu tubuhnya naik"






.

Ramai wanita lebih suka lihat lelaki yang menangis


Sebagai seorang lelaki, sudah pasti mentalnya kuat dan paling susah dilihat menangis, apatah lagi menangis di depan perempuan atau lebih khususnya kekasih sendiri. Jika itu yanag terjadi, sudah pasti harga diri akan tercabar.. tapi sebenarnya buat masa sekarang, semua itu tidak lagi benar, kerana kini, wanita sekarang lebih menyukai lelaki yang menangis. Ada banyak alasan yang membuat wanita menyukai lelaki yang menangis. Salah satunya adalah kerana mereka kelihatan begitu manis (wanita kan punya sifat keibuan). Dan, bagi para wanita, lelaki yang menangis malah kelihatan gentle..wow! cubalah kalau nak cuba :p







.

Berbohong untuk nampak hebat


Satu dalam lima orang didapati berbohong kepada rakan mereka mengenai perkara seperti pekerjaan dan kereta dalam usaha untuk menampakkan mereka lebih berjaya, kata satu kajian. Penyelidikan mendapati bahawa sebanyak 21 peratus mengakui berbohong ketika mereka bersama dengan rakan dari sekolah dan universiti, lapor Daily Mail.


Perjumpaan semula sekolah atau perhimpunan rakan lama kolej boleh dipenuhi dengan banyak cerita tidak benar. Semua perasaan mengenai sama ada anda hebat atau sesuaikan saya muncul semula" - Dr Linda Papadopulos, Pakar psikologi 



Paling terdesak 

Golongan lelaki paling terdesak untuk menampakkan mereka lebih berjaya dengan sejumlah 55 peratus akan menokok tambah cerita mengenai jumlah pendapatan yang mereka peroleh. Kajian terbabit juga mendapati bahawa sebanyak lapan peratus lelaki sering kali berpura-pura mendakwa mereka memandu kereta mahal. Sementara itu, kira-kira 45 peratus wanita yang berbohong mendakwa bahawa mereka mempunyai kerja yang lebih glamour berbanding apa sebenarnya yang mereka buat. Kebanyakan iaitu sebanyak 12 peratus juga berbohong untuk menampakkan mereka tinggal di kawasan yang lebih baik. “Kita tinggal di satu masa di mana semua orang terdesak kepada sesiapa saja untuk menampakkan mereka sebaik yang mungkin,” kata pakar psikologi, Dr Linda Papadopulos.


 
Manipulasi 

“Penggunaan Facebook orang ramai menunjukkan kita semakin menyedari bahawa bagaimana kita boleh menggunakan maklumat tertentu untuk memanipulasikan pemikiran orang lain terhadap kita. “Dan orang ramai tidak lihat mengapa mereka perlu untuk menyatakan kebenaran. Jadi kita maklumkan kepada mereka poskod yang kita mahu atau kereta yang kita ada atau kita inginkan untuk membuatkan orang lain terpegun.” “Perjumpaan semula sekolah atau perhimpunan rakan lama kolej boleh dipenuhi dengan banyak cerita tidak benar. Semua perasaan mengenai sama ada anda hebat atau sesuaikan saya muncul semula. Rasa tidak selamat ketika zaman kanak-kanak bermain semula di kepala apabila mereka bertemu dan mereka sering kali menipu untuk membuatkan orang ramai terpegun,” katanya.

Ketika perhimpunan itu menceritakan pengalaman mereka ke luar negara juga adalah satu kegemaran di mana 26 peratus mendakwa mereka lebih banyak mengembara berbanding keadaan sebenar. Satu dalam enam atau kira-kira 17 peratus mengakui bahawa mereka akan berbohong mengenai status hubungan, mungkin bertujuan untuk bertaut semula dengan rakan lama. Dan satu dalam 17 lelaki atau enam peratus mengakui mereka menyertai perjumpaan semula rakan sekolah sekadar untuk bermegah mengenai pencapaian mereka. - Agensi








.

Rumah mewah itu didalam permukaan tanah


Rumah yang kelihatan indah dan mempesona adalah idaman setiap orang. Apalagi rumah itu memiliki ciri khas yang tersendiri, juga mempunyai suasana alam yang boleh membuatkan anda menjadi relax selepas kegiatan anda seharian. Ramai orang memilih lokasi tempat rumah impian dengan adanya latar pergunungan. Mungkin juga dengan adanya latar satu bukit yang indah, sesiapa pun akan terfikir untuk membangunkan rumah impian mereka disana dengan latar pemandangan yang sangat fantastik. Itulah yang terjadi bila sebuah rumah mewah yang berada di bawah permukaan tanah, yang terletak di Fals Swiss siap dibina.. Menarik bukan?







.

Empat kali ditahan dalam tempoh 26 jam


Dalam tempo 26 jam, seorang wanita di AS ditahan hingga empat kali kerana memainkan lagu rock kuat. Joyce Coffey memainkan lagu dari band AC/DC berjudul "Highway To Hell" dan lagu lainnya dengan volume sangat kuat. Wanita warga Epping, New Hampshire, ini kemudian ditahan setelah sejam kemudian, kerana masih nekad mempertahankan kemahuannya. Setelah ditahan di balai polis, dia kembali ditahan berselang lima jam kemudian. Namun keesokkannya, Joyce kembali dijemput polis untuk ketiga kali kerana kembali memainkan lagu dengan kuat, termasuk lagu dari Guns N' Roses.


Polis kembali menangkapnya untuk keempat kali setelah anak saudaranya melaporkan ketika hendak mengeluarkan barang-barang dari kediaman Joyce, namun makciknya itu justru melemparkan kuali dan mengenai kepalanya. Menurut petugas, pelaku disyaki mabuk akibat dalam pengaruh alkohol. Dia kemudian dipenjarakan dan hakim menyarankan dia harus memakai headphone kepala.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!