Monday, September 3, 2012

Misteri Anak Bermata Biru Dari Afrika


Tidak tahu di mana letak "istimewanya" anak kecil ini, tapi sesuatu yang tidak lazim terlihat adalah matanya yang biru seperti langit. Ramai yang mengatakan bahawa sedikit kemungkinan bahawa seorang anak dengan ciri-ciri fizikal Afrika (warna kulit, hidung, rambut keriting) akan lahir memiliki mata yang biru. Kerana biasanya orang berkulit gelap memiliki mata yang jelas (hitam), dan biasanya memiliki ciri "Anglo" .  Hampir tidak mungkin mereka memiliki mata yang biru, bahkan mata dengan warna cenderung coklat, hijau atau abu-abu sangat mustahil". Tidak ada yang mustahil di dunia ini.. Allah menjadikan segala-galanya dengan alasan dan fungsi tersendiri.. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.








.

Apa punca dua wanita ini bergaduh?? Jom tengok..


China memang banyak menyimpan keunikan-keunikan yang sampai tidak pernah terfikirkan oleh kita. Setelah khabar berita wanita memanggang anak anjing hidup-hidup di Guangzhou, China..kini ada kejadian lucu dan sedikit gila yang terjadi lagi di Guangzhou. Dua orang wanita saling bergelut di atas jalan raya sehinggakan salah seorang daripada mereka nyaris tak berpakaian kerana pakaian yang dipakainya koyak. Ramai orang yang kebetulan lalu menjadikan keadaan itu sebagai tumpuan mereka. Khabarnya, punca pergelutan ini adalah suami wanita penyerang berselingkuh dengan wanita yang diserang. Gila... Mujurlah akhirnya keadaan itu berakhir dengan kedua-duanya hanya mendapat cedera ringan.








.

Ayah tembak anak kandung sehingga mati kerana disangka monyet


Seorang petani di Nepal tak sengaja menembak anaknya sendiri, setelah dia fikir dia adalah seekor monyet yang cuba mencuri tanamannya. Menurut polis Nepal, Chitra Bahadur Pulami tengah memanjat pohon untuk mengusir kera yang menggangu tanaman keluarganya, namun ayahnya Gupta Bahadur (55), mengira dia adalah seekor monyet, lalu melepaskan tembakan ke arahnya. "Anak lelaki itu berada di atas sebuah pokok di ladang mereka untuk mengusir monyet yang tengah mencari makanan," ujar Wakil Inspektor Polis di kawasan Arghakhanchi, Arun Poudel, seperti dipetik oleh Channelnewsasia.com. "Anak lelaki itu mati setelah Gupta Bahadur keliru akan ada monyet di pokok dan melepaskan tembakan. Penyelidikan awal kami menunjukkan bahawa dia tidak menyedari bahawa itu adalah anaknya," lanjutnya.


Pihaknya kata Arun telah menyita senjata api yang digunakan oleh Gupta untuk menembak anaknya tersebut. "Pistol yang dia gunakan untuk menembak anaknya sekarang di bawah penguasaan kami," tuturnya. Tiga spesies monyet asli Nepal, iaitu rhesus macaque dan Assamese dan lutung, dianggap haiwan suci. "Saya menyedari kesalahan saya hanya ketika anak saya jatuh dan terjebak di salah satu cabang pokok,"ucap Gupta dengan ekspresi penuh dengan rasa kesal.






.

Sebelum mati, dia sempat merakam aksi penyerangnya


Seorang lelaki ditemukan mati diserang oleh seekor beruang buas di sebuah taman nasional di Amerika Syarikat (AS). Tetapi mangsa berhasil merakam aksi penyerangnya selama lapan minit. Lelaki yang tidak diketahui namanya tersebut diketahui tengah berjalan sendiri di Sungai Toklat minggu lalu. Tidak jauh dari lokasi itu dirinya diserang oleh beruang grizzly berwarna coklat. Demikian diberitakan Associated Press. Mayatnya baru ditemukan setelah tiga pendaki gunung tertendang beg yang dibawanya. Mereka kemudian menemukan pakaian yang sudah terkoyak dan dipenuhi darah. Ketiga pendaki itu kemudian memberitahu penemuan mereka kepada petugas taman nasional.


Petugas di Taman Nasional Denali mengatakan, serangan ini merupakan serangan mematikan yang pernah terjadi di taman nasional itu. Petugas yang memeriksa barang bawaannya kemudian menemukan kamera dari mangsa. Melalui penemuan itu, petugas menyedari bahawa mangsa telah merakam aksi penyerangannya selama lapan minit. Video itu menunjukkan bahawa beruang ganas memang telah menyerangnya hingga dia mati.







.

Kurang makan coklat adalah risiko sakit jantung


Anda mungkin lebih cenderung untuk makan coklat selepas penyelidikan mendakwa ia boleh mengurangkan risiko angin ahmar. Lelaki yang makan coklat dalam kadar sederhana setiap minggu didapati semakin kurang kena angin ahmar dalam tempoh 10 tahun dibandingkan mereka yang tidak makan langsung. Responden yang mengambil bahagian dalam kajian perkara itu makan banyak coklat, sama dengan satu pertiga cawan cip coklat mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 17 peratus. Seramai 37,103 lelaki Sweden berusia 49 hingga 75 tahun mengambil bahagian dalam kajian itu, lapor akhbar Daily Mail. Cara pemakanan mereka dinilai menerusi soalan mengenai makanan terutama sekerap mana mereka makan coklat.


Kemajuan dari segi kesihatan lelaki terbabit direkod selama 10 tahun. Daripada bilangan keseluruhan responden, penyelidik mencatat 1,995 orang yang kena sakit jantung sebanyak sekali. Kajian sebelum ini menunjukkan coklat mungkin membantu mencegah diabetes, menghalang tekanan darah dan melindungi daripada sakit jantung. - Agensi






.

Haiwan yang satu ini juga bijak..


Beruang hitam didapati mampu menyelesaikan kiraan mudah dan memiliki kebijaksanaan menyamai haiwan primat, menurut satu kajian terkini. Kajian yang dijalankan pakar psikologi dari Universiti Oakland, Michigan itu mendapati, beruang hitam mampu menyelesaikan tugasan berangka, termasuk membezakan bilangan titik pada sesuatu imej. "Kajian tersebut menunjukkan beruang dan beberapa haiwan mamalia lain juga mempunyai kebolehan yang hampir dengan manusia," kata penyelidik bersama, Jennifer Vonk. Tiga ekor beruang hitam yang tinggal di sebuah zoo terlibat dalam kajian tersebut yang menggunakan komputer dengan skrin sentuh.

Apabila beruang tersebut menghampiri komputer, skrin akan memaparkan dua imej yang terdiri daripada satu set imej mengandungi titik-titik besar dan satu lagi imej yang lebih kecil, yang mana kedua-duanya diwarnakan secara rawak hitam atau merah. Beruang tersebut yang sudah dilatih menyentuh komputer dengan hidung atau tapak tangan, akan melakukannya bagi memilih imej tersebut. Sekiranya menyentuh imej yang tepat, komputer tersebut akan mengeluarkan bunyi dan beruang itu akan mendapat makanan sebagai balasan.


Keputusan menunjukkan beruang-beruang itu mampu memilih imej yang tepat untuk mendapatkan makanan dan kemampuan itu hampir menyamai kebolehan mengira, kata Vonk. Satu lagi eksperimen lanjutan menunjukkan, seekor daripada beruang tersebut yang bernama Brutus, mampu membezakan nombor. - AGENSI






.

Shah Rukh Khan ucap selamat hari raya


Kebiasaannya bintang tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya, Gauri dan anak-anak, Aryan dan Suhana serta kakaknya, Lala Rukh. Namun, disebabkan kesibukan tugasnya sebagai seorang pelakon, kali ini dia terpaksa beraya bersendirian. Hero Bollywood itu terpaksa beraya di lokasi penggambaran filem terbarunya di Ladakh dan Kashmir, sejak beberapa hari sebelum ketibaan Aidilfitri. "Selamat hari raya untuk semua. Semoga Allah mengurniakan kita semua kebahagiaan.


Saya sangat teruja untuk bertakbir di lembah asing di Ladakh ini, insya-Allah. "Bersendirian beraya kali ini di sebatang jalan yang dingin, di mana-mana saja... hanya memeluk tubuh, merayakan hari bahagia dengan rasa gembira," katanya dalam laman Twitter miliknya. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!