Wednesday, August 22, 2012

Gadis remaja ini berwajah nenek


Apakah anda pernah menonton filem The Curious Case of Benjamin Button yang dibintangi oleh Brad Pitt? Filem yang merupakan adaptasi dari sebuah buku yang diterbitkan pada 1992 ini disajikan dalam bentuk filem yang menceritakan keunikan dari seorang kanak-kanak bernama Benjamin. Benjamin yang lahir sebagai orang tua dalam bentuk fiziknya. Namun di England, kisah serupa terjadi nyata pada seorang gadis 15 tahun bernama Zara Hartshorn. Doktor mendiagnos dia mengidap Lipodystrophy, sebuah penyakit yang dianggarkan hanya mempengaruhi 15 orang di dunia. Keadaan ini membuat tubuhnya lebih cepat menua dan menyebabkan kerepot di seluruh kulitnya, pada usia yang masih muda bahkan dia harus berjuang dengan kerapuhan tulang dan gigi.

Dengan penampilan tuanya, Zara cuba untuk menikmati masa mudanya. Dia terus bersemangat walaupun selalu diejek orang-orang di sekitarnya yang menyebut dirinya 'nenek'. Dia juga belajar untuk beradaptasi ketika sedang diterima lingkungan sekitarnya. Seperti dipetik dari mirror.co.uk, Zara mengatakan, "Kadang-kadang hal ini membuat saya marah, katanya. Zara mengalami banyak pengalaman buruk. Dia pernah disangka sebagai guru sekolah, dia juga dilarang naik bas sekolah kerana disangka bukan pelajar. "Membesar dengan lipodystrophy sangatlah buruk", ungkapnya.

Pada 2010, dia melakukan suntikan kolagen dengan sorang pakar di Jepun. Tapi syukurlah, apapun adanya, Zara sekarang sudah dapat menguasai keadaan, dan dia mengatakan, "sekarang saya lebih menerima diri saya, saya harus melihat ada orang yang lebih buruk dari saya", ungkapnya.





.

Awas, buah dari pokok ini boleh meletup


Tumbuhan diatas dipanggil Dinamit Hura Brasiliensis yang berasal dari hutan tropika Amazon. Kadang-kadang pokok ini dipanggil dengan nama lain, Pokok Neraka atau Pohon Kotak Pasir. Batang pokok ini ditutupi oleh duri-duri yang tajam dan getahnya pun sangat beracun. Dan para penduduk tempatan memanfaatkan getah itu untuk meracuni mata panah mereka. Dan, buah dari pokok inilah yang boleh meletup. Buah ini akan meletup ketika sudah matang. Duorr!! Ledakan dari pohon ini boleh melukai manusia dan haiwan yang tidak sengaja melalui di dekat pokok ini. Jadi, berhati-hati kalau anda ada niat untuk mengunjungi hutan tropika Amazon.








.

Tragedi : Menteri Dalam Negeri maut dalam nahas pesawat kecil..


Mayat Menteri Dalam Negeri Filipina, Jesse Robredo dijumpai dan dibawa dari laut di mana berlakunya nahas pesawat kecil yang terhempas tiga hari lalu pada awal Selasa. Mayat Robredo ditarik keluar dari badan kapal terbang dengan enjin berkembar Piper Seneca yang terbalik, kira-kira 55 meter dari paras lalut dan kira-kira 800 meter dari wilayah Masbate, kata Setiausaha Pengangkutan, Mar Roxas. Roxas berkata, mayat juruterbang warga Filipina dan pelajar juruterbang warga Nepal terperangkap dalam kokpit dan akan dibawa keluar kemudian. “Penyelam sukarelawan kami menjumpai badan kapal terbang yang terdapat beberapa mayat di dalamnya, pada pukul 7.25 pagi,” kata Roxas kepada para pemberita di Masbate.


Robredo, 54, dalam perjalanan ke kampung halamannya di bandar Naga pada Sabtu dari bandar Cebu, di mana beliau berjumpa dengan pegawai tempatan, apabila salah satu daripada enjin pesawat tidak berfungsi selepas 30 minit penerbangan. Roxas berkata, pesawat itu terhempas dalam cubaan untuk membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Masbate, kira-kira 380 kilometer tenggara Manila. - AP






.

Kerana imej ahli sains wanita berwajah asia, bank pusat Kanada memohon maaf


Bank pusat Kanada memohon maaf pada Isnin kerana membuang imej seorang ahli sains wanita berwajah Asia pada versi awal wang kertas polimer $100 yang baru. Kenyataan Gabenor Bank of Canada Mark Carney dikeluarkan hanya beberapa hariselepas laporan berita menyiarkan bahawa bank itu telah menggantikan lakaran wanita berwajah Asia dengan seorang wanita berkulit putih, membangkitkan kemarahan orang ramai di negara pelbagai budaya ini. Imej asal itu ditukar selepas kumpulan sasaran yang dirujuk oleh bank terbabit berkaitan wang kertas baru itu membangkitkan persoalan tentang etnikwanita berkenaan.

"Dalam pembangunan wang kertas $100 kami, usaha oleh pereka wang kertas untuk mengelakkan menggambarkan individu tertentu, menyebabkan imej yang dihasilkan hanya mewakili satu kumpulan etnik," kata Carney dalam kenyataan yang disiarkan di laman web bank berkenaan. "Itu bukan niat bank dan saya memohon maaf kepada mereka yang tersinggung. Cara bank mengendalikan isu ini tidak memenuhi piawaian rakyat Kanada sewajarnya yang diharapkan daripada kami," katanya. Beliau berkata, lakaran yang telah diubah itu adalah imej 'photoshop' wanita Asia yang melihat melalui mikroskop. Carney berjanji untuk mengkaji semula proses rekaan bank itu susulan pertikaian berhubung wang kertas berkenaan, dan berkata wang kertas itu milik semua rakyat Kanada.


Sebagai negara yang dihuni kira-kira 35 juta orang, penduduk Kanada pada 2006 termasuk 5.2 juta orang daripada kumpulan minoriti yang ketara. Bank of Canada mula mengedarkan wang kertas polimer itu hujung tahun lepas dengan memperkenalkan wang kertas $100. Wang kertas $50 diperkenalkan pada Mac tahun ini dan denominasi lain dijangka berada dalam edaran menjelang hujung tahun depan sebagai sebahagian daripada kempen memerangi wang palsu. - BERNAMA






.

Diusia 101 tahun, dia masih boleh menghafaz surah Yasin


Walaupun usianya sudah mencecah 101 tahun, Chenbeng Sijat dari Kampung Tenai Air Gelugor, dekat sini masih lagi dikurniakan keistimewaan menghafaz surah Yasin dan menjadikannya sebagai amalan hampir setiap hari. Anak ketujuhnya, Siti Hawa, 56, berkata, ayahnya itu masih dikurniakan ingatan yang baik terutamanya dalam membaca ayat suci al-Quran walaupun tahap kesihatan ayahnya semakin terbatas akibat faktor usia. Menurutnya, walaupun pergerakan ayahnya terbatas, ayahnya tidak pernah menjadikan masalah berkenaan sebagai alasan utama untuk meninggalkan solat dan juga mengaji al-Quran pada setiap hari.

“Alhamdulillah, ayah masih sihat hingga ke hari ini kerana tidak menghidap penyakit tiga serangkai mahupun penyakit kronik. Cuma, kesihatan fizikal ayah makin merosot dan memerlukan bantuan alat bantu dengar. “Jika diikutkan tiada ahli keluarga kami yang usianya mencecah ke angka 100 tahun. Malah arwah ibu saya juga meninggal ketika di usia 56 tahun iaitu kira-kira 26 tahun lalu. Bagaimanapun, keistimewaan ayah ini membolehkan ayah untuk melihat keturunannya berkembang hingga masuk generasi kelima,” katanya. Untuk rekod, Chenbeng mempunyai 11 anak tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia, 45 cucu, 41 cicit dan 20 oneng-oneng. Pada kunjungan yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Tenai Air Gelugor, Baharuddin Rasid; Chenbeng menerima sumbangan daripada MIMI Sdn Bhd.


Anak bongsunya, Norlela, 45, berkata, pada setiap pagi sebelum subuh, ayahnya sudah bangun dari tidur dan bersiap-siap mandi untuk menunaikan solat Subuh. "Sejak dari dahulu, rutin ayah masih sama walaupun keadaan kesihatan fizikalnya semakin merosot kerana usia yang semakin lanjut. "Malah, ayah juga masih mampu berpuasa penuh sepanjang Ramadan tanpa berdepan sebarang masalah," katanya yang menetap bersama ayahnya itu.-SH





.

Owh Robin Van Persie.. Gagal menyerlah dalam perlawanan sulung - Pengurus MU


PENGURUS Manchester United, Sri Alex Ferguson kecewa dengan prestasi pasukan itu, khususnya Robin van Persie, yang dibeli minggu lalu. Everton menewaskan kelab gergasi itu 1-0 dalam perlawanan sulung musim 2012/13 awal pagi tadi (waktu Malaysia). Van Persie, bekas pemain kelab Arsenal, yang menandatangani kontrak RM75.31 juta, beraksi sebagai pemain gantian. Bagaimanapun dia tidak menghasilkan sebarang gol. "Kami tidak mempamerkan keupayaan untuk menembusi lawan," kata beliau dipetik BBC. "Dengan adanya Robin dalam pasukan, sememangnya kita mahu menggunakan kebolehannya di bahagian tengah dan belakang, tetapi kita tidak menggunakan kebolehan itu dengan sebaik mungkin," kata Ferguson lagi. Ferguson menurunkan Wayne Rooney dan Danny Welbeck di bahagian depan.

Pada minit ke-68, van Persie pula diturunkan untuk kemunculan sulungnya beraksi dengan kelab itu. Beliau mengakui pasukannya gagal untuk berdepan dengan keupayaan Toffees dan Fellaini. Tambah beliau, mereka merupakan pemain yang hebat dan berkebolehan. Ferguson juga berhadapan dengan masalah kecederaan dialami Rio Ferdinand, Chris Smalling, Phil Jones dan Jonny Evans tetapi tiada masalah dengan prestasi Carrick bersama Nemanja Vidic, yang bermain di bahagian pertahanan tengah. "Bahagian tengah dan belakang mempunyai beberapa masalah tetapi kita dapat atasi dengan agak baik, saya tidak fikir anda patut mengkritik prestasi mereka dalam hal itu.


"Sukar untuk menanganinya lebih-lebih lagi jika mereka menanduk bola," katanya. Analisis BBC juga menyebut bahawa penjaga gol, David de Gea telah beraksi dengan cemerlang pada separuh masa pertama. "Kami merupakan sebuah pasukan yang terbaik, De Gea berjaya menghalang lapan serangan dan ia merupakan prestasi yang harus dipuji. "Selain itu, kami pemain yang bagus dan bermain dalam kombinasi yang baik, kami akan menang dalam perlawanan seterusnya," kata Ferguson lagi.-SH





.

Syabas Pandalela - sebagai tanda penghormatan buatnya


Pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela Rinong Pamg, dianugerah bintang negeri di atas kejayaannya itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini dengan diberi sambutan sebagai seorang srikandi. Pandelela, 19, yang diiringi ibu bapanya dan dua orang peserta Olimpik lain dari Sarawak, Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivien Tukiet, menjadi atlit tempatan pertama dianugerah bintang Johan Kenyalang (JBK) oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di satu upacara penyampaian anugerah di Astana Negeri, Petra Jaya, di sini.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semasa berucap diupacara itu berkata sebagai gadis pertama pemenang pingat di Olimpik, kerajaan negeri juga mengumumkan satu insentif istimewa kepada jagoan terjun itu berupa biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran selama empat tahun di Australia dengan pilihan tumpuan kepada bidang jurulatih renang atau pengajian tertiari. Beliau berkata, kebajikan keluarga penerjun wanita itu yang berasal dari Kampung Jugan di Bau dekat sini juga akan dijaga terutama sekali oleh kerajaan persekutuan.


Semasa mengucapkan terima kasih di atas anugerah kerajaan Sarawak kepadanya, Pandelela berkata keutamaannya buat masa sekarang ialah meneruskan program latihan tetapi beliau mungkin menimbang tawaran biasiswa itu oleh kerana tidak menyertai sebarang kejohanan sehinggalah di tahun depan. "Saya berasa bangga dan ingin mengucap terima kasih kepada Tun kerana memberi kehormatan ini kepada saya, yang juga satu kebanggaan kepada keluarga saya dan semua warga Bidayuh," kata Pandelela. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!